Friday, December 25, 2009

Terima Kasih 2009.

tahun 2009 merupakan tahun kematangan aku. bermula dengan penyatuan jiwa dalam ikatan pernikahan pada bulan Mac, dan seterusnya pemergian puteri tercinta, Nur Anis Nashrah pada bulan September. semuanya berlalu dengan cepat. sekelip mata masa berlalu. tanpa aku sedari, semua ini merubah aku menjadi manusia yang berbeza, dalam diamnya.

aku tak tahu kenapa aku sungguh tak sabar menanti 2010. aku inginkan 2009 ini pergi dengan segera. membawa segala resah dan gelora. agar aku lebih tenang. agar aku lebih kuat. agar aku lebih utuh luar dan dalam. insya-Allah.

minggu lepas, kami suami isteri dikejutkan dengan satu berita yang tidak disangka. sahabat baik kami diduga Tuhan dengan dugaan maha hebat. kegembiraan melahirkan putera sulung termati apabila rahim beliau terpaksa dibuang kerana mengalami pendarahan yang teruk.

Tuhan, tabahkan hati mereka.

dan semalam, aku termenung apabila menerima berita pemergian Allahyarham Mohd Ekram Zunaidi, suami kepada sahabat zaman persekolahan aku, Huda. ikatan pernikahan yang berusia 2 tahun 22 hari akhirnya terlerai dengan janji Allah.

tabahkan hati Huda juga, Tuhan.

semua yang berlaku ini, mencelikkan mata hati. menginsafkan diri dan sanubari. serta mengajar jiwa agar sentiasa bersyukur atas tiap nikmat dan dugaan-Nya.

Selamat Tinggal 2009. Selamat Datang 2010.

semoga tahun yang mendatang ini, bahagia milik kita semua. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

5 comments:

  1. Banyak perkara suka & duka.

    Namun kita berharap semoga kedatangan tahun baru membawa perkara-perkara yang lebih baik & indah dalam hidup kita.

    InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  2. kadang2 kita rasa tuhan dah beri kita ujian yg paling2 teruk. tapi kalau nak bandingkan dengan org lain, alhamdulillah syukur masih diberi peluang bersama dgn yg tersayang kan..

    ReplyDelete
  3. mungkin 2009 mcm penuh kedukaan
    tp 2009 juga lah cinta suci kamu disatukan
    kita anggap smua tu dugaan dan ujian allah ye aishah..

    yang baik mungkin menanti di 2010
    amin

    ReplyDelete
  4. maria : selamat tahun baru ye??

    hannah : untuk kita semua, saya doakan yang terbaik untuk tahun hadapan. amin.

    fuchsia : ye, itu yang cuba saya maksudkan. saya rasa nasib saya teruk. tapi hakikatnya orang lain lagi hebat dugaan. ini mengingatkan saya.

    dayu : yap. saya macam tak sangka dalam 1 tahun yang sama, hidup saya melalui macam-macam fasa. saya rasa macam sekelip mata.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015