Tuesday, January 12, 2010

Sakit Bersalin.

masa aku tengah sibuk buat persiapan perkahwinan, kalangan blog list aku pon dari golongan yang sama. masing-masing akan update segala cerita kahwin. mak andam, make-up, pelamin, hantaran dan segala macam hal kahwin lagi. seronok masa tu. :)

bila aku mengandung, mereka pon sama. dan tiap-tiap hari lawat blog diorang, akan berkongsi bermacam cerita. pantang larang mengandung lah. kisah mengidam pelik-pelik dan alahan muntah segala. itu pon seronok. :))

bila aku bersalin awal, dan mereka belum bersalin, rasa macam janggal juga. ditambah dengan apa yang telah terjadi, emosi sangat masa tu. bukak blog yang ini, rasa nak menangis. bukak blog yang itu, menitik airmata. haha. kau tahu lah, perempuan cengeng macam aku.

dan sekarang, bila mereka dah bersalin, aku happy baca semua pengalaman bersalin. rasa sakit diorang macam mana. saat pecah air ketuban dan keluar darah. sesuatu yang berbeza-beza antara semua orang.

kes aku, tentulah lain. kan? :)

kalau suruh aku describe balik macam mana rasanya sakit masa nak bersalin, SUMPAH AKU TAK INGAT. tapi sakitnya memang SAAAAAAKIIIIT. tapi sekarang aku dah lupa macam mana sakitnya. pelik kan?

apa yang aku ingat, lepas aje nurse induce aku dengan Pitosin, aku boleh guling-guling atas labour bed tu ke kiri dan ke kanan. mulut aku tak henti istighfar dan selawat. selang seli dengan tu, aku asyik cakap sendiri;

"Ya Allah, kurangkanlah sakit ni Ya Allah...."

"tak tahan sangat ni Ya Allah. ampunkanlah dosa aku Ya Allah....."

"permudahkanlah semuanya Ya Allah...."

memaaaaang sakit, aku tak tipu. :)

lagi satu yang pelik, sakitnya nak bersalin tu, tidak sampai menitiskan airmata. sakit memang sakit. Tuhan aje yang tahu. tapi aku tak menangis pon. kalau kat rumah, tangan tersepit pintu dah boleh meleleh airmata macam kena pukul. tapi sakit ini TIDAK.

itu yang aku pelik sampai sekarang.

bila nurse inject aku dengan ubat tahan sakit Pentadine pon, sakitnya tak kurang. cuma aku rasa mengantuk dan mamai. dalam sakit-sakit tu pon boleh tertidur. tapi tidur yang terjaga-jaga lah. bila terjaga, sambung balik guling-guling atas labour bed. hehe.

doktor pelatih pada mulanya nak offer aku Epidural. kononnya nak menjadikan aku bahan uji kaji lah - kes bersalin bayi meninggal then pakai epidural. tapi dihalang oleh doktor pakar. i'm not sure why. tapi lepas kena lecture dengan doktor pakar baik hati berkenaan, terus aku tak nampak muka doktor pelatih yang comel itu. padan muka hang. kau ingat aku ni hape??

eh, back to story.

saat aku paling tak boleh lupa pulak, bila dah keluarnya bayi. peh, perut rasa lega gila. rasa sakit yang maha hebat tadi hilang dengan tiba-tiba. kepala rasa ringan macam kena urut. masa ni aku rasa nak tidur aje. dah tak peduli apa dah. aku macam dah lupa yang aku sakit guling-guling baru kejap tadi. hehe. pelik kan?

dan masa tu, aku terdetik;

"macam ni punya lega, bolehlah mengandung lagi."

kau bayangkan macam mana leganya tu. memang lega habis-habisan. macam baru lepas berlari keliling taman dan kau dapat berendam dalam air sejuk nan nyaman dan tenang. hebat kan?

tapi sakit bersalin ni lumrah alam kan? tak sakit banyak, Tuhan kasi kau sikit. sakitnya tetap sakit. TAPI YANG PELIK TU, AKU LUPA MACAM MANA RASA SAKITNYA BERSALIN!!

tension betul aku bila cuba nak ingat balik macam ni.

oklah, baik blah. penat nak ingat. ;p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

8 comments:

  1. em mgkin itu kelebihan sakit bersalin..kalau kita ingat mcmn sakit bersalin mungkin kita dah tak mau bersalin kan..maria pn lupa mcmn..tp mmg sakit..cuma tak tau mcmn nk describe dah..

    p/s:wkt sakit tu maria siap ckp tak mau bersalin dah..tp pas bersalin tu tak rs serik dah..haha..

    ReplyDelete
  2. comella aishah ni...kalo Allah nak buat kite asik ingat sakit bersalin, mesti xde sape dah nak bersalin lagi...Allah kan Maha Adil..Lagi Maha Penyayang...

    ReplyDelete
  3. hehehe suke ar bc entry kali ni..kelakar pun ada...xper aishah, blh usaha lg nnt..samer2 la kita berdoa

    ReplyDelete
  4. Akak pun tatau sakit bersalin camne walaupun anak da nak masuk setahun..
    Sbb kes c-zer awal, so mmg takde rasa sakit..
    =)
    Harap2 nnt, dipermudahkan jugak la kan..
    Tanak sakit gila2..
    Takuttt..
    :P

    ReplyDelete
  5. aishah, itu la yg dikatakan NIKMAT tuhan beri pada wanita yg melahirkan anak..

    bile aishah ckp x meleleh airmata semasa berperang ngan kesakitan alin teringat ms alin brsalin dulu pun sakit yg tramat sgt tp x kuar airmata..

    minitiskan airmata disaat selamat melahirkan baby ngan first time tgk wajah baby..

    ReplyDelete
  6. Yup. Cant agree more with you.

    Banyak perasaan yang digambarkan adalah sama belaka.

    Feels like you can read my mind pulak. Heheh..~

    P/S: Myiesha says Hi to Aunty Aisha. Dia kata raya nanti turun JB boleh jumpa. :)

    ReplyDelete
  7. hannah : boleh sangat! tak sabar nak jumpa budak comel rambut lebat tu. kirim salam peluk cium gigit semua okeh?

    ReplyDelete
  8. aisyah...susah nak gambarkan rasa sakit bersalin ni yer! tapi tolong doakan kat kita supaya tak takut sgt..and senang bersalin yer??

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015