Monday, January 17, 2011

Blogger Gathering Wilayah Selatan.

Fine. Baik berterus terang kat sini. Sebenarnya hati ni sedih bebenor tak dapat join Blogger Gathering @ Midvalley itu hari. Tido malam sampaikan tak lena. Mandi hinggakan tak basah. Makan pulak tak kenyang-kenyang. Macam poyo pulak kan gini? Hahahahaha. Tipulah. Takdelah over macam gitu sekali. Aku okay ajeeeeee. :p

Jadi, bagi merealisasikan hasrat kawan-kawan kat Johor yang senasib dengan aku, maka aku pon berniat nak buat perjumpaan dengan mereka-mereka yang berminat. Ini pon atas cadangan Dayu jugak. Kebetulan Dayu akan berada di JB sepanjang cuti berangkai berkenaan. Mesti syok woooo dapat jumpa Eisya dan baby lain.

So, kepada yang berminat, berhasrat dan bertekad untuk sama-sama merealisasikan cadangan ini menjadi realiti, silalah memberi cadangan untuk TEMPAT, TARIKH DAN MASA yang sesuai dengan jadual cuti anda. Ini flexible okeh. Kalau rasa bertepatan, kita ON.

Kalau ramai yang nak join, mungkin kita boleh buat kat pusat riadah dan adakan pot luck. Masing-masing bawak makanan dari rumah masing-masing, pastu makan sama-sama. Mesti seronok kan? Ini cadangan saja tau. Anda berhak kemukakan idea lain.

Untuk berhubung dengan lebih mudah, boleh add Facebook atau Twitter aku.

P/S : Ini baru cadangan tau. Belum confirm lagi.

P/S : Semua pon dijemput join. Luar Johor pon dialu-alukan.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

11 comments:

  1. hai shah... nak wat kat johor ke..bila dan dimana

    ReplyDelete
  2. Elly : Insya-Allah. Tak dapat keputusan pon kat mana lagi. Elly ada rancangan?

    ReplyDelete
  3. kalo time tue balik johor, insyallah mmg akan pegi =D

    seb baek anak jati johor. mana2 gath. boleh terjah klu kena masa. heheh =B

    CNY nie cuti pjg. buat time tu ok tak? =)

    ReplyDelete
  4. Aishah!

    Me nak join juga since waktu tu memang di Johor.

    :p

    ReplyDelete
  5. jomla buat 30 jan. jomla, jomla....
    erm kalo CNY xdapatla nak join...

    ReplyDelete
  6. SERANGAN BALAS NIE. KAMI AKAN BALAS DI ALAMANDA PULAK. HEHE

    ReplyDelete
  7. memang serangan balas neh.. takpe akak, kami di kl akan menganjurkan dengan lebih kerap lagi.. wahhhh


    turun ah kl!

    ReplyDelete
  8. oooiiittt
    org2 KL jangan sabotaj
    jangan jeles la... kasik la chance kat org2 di JB

    *jgn jeles, yang ni pun aku join gak

    ReplyDelete
  9. jauhnye dari Putrajaya nak ke Johor tue.. jue kene tunggu zon tengah punyer gath ler nampaknye nie..last week pun tak dpat join sbb bby sakit..

    kengkawan.. hope u ols enjoy de gath k.. :).. kim salam pada yg mengenali.. :)

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015