Monday, January 3, 2011

Nashriq Dan Makanan Pejal.

2-3 hari yang lepas. Nashriq punya tidur tak lena langsung. Tidur bercakap-cakap. Pastu menangis merengek tak sudah-sudah. Kesian bila tengokkan. Tidur Mama dia apatah lagi terpaksa dikorbankan sebab nak supply susu every 30 minutes. Badan kita penat satu hal. Kita stress pon satu hal jugak sebab fikir anak tidur tak lena.

Minta pendapat Emak. Emak cakap, budak kalau tak lena tidur mungkin sebab dia lapar. Aku ada dengar benda yang sama jugak. Dah banyak kali. Tapi tak sangka benda ni akan terjadi tersangat awal pada Nashriq. Yelah, Nashriq baru 4 bulan. Solid food sesuai untuk 6 bulan ke atas aje atas apa yang aku baca. So, kepala pon bingung tak tahu nak buat apa.

Teringat pernah baca satu entry Chika pasal solid food. Dalam entry tu, Paed baby Medina kata, kita boleh bagi solid food pada baby seawal 4 bulan. So, ada kelegaan kat situ.

Terus sepantas kilat ajak suami cari solid food untuk santapan anak. Nak buat sendiri memang tak sempat sebab tak ada google mana-mana resipi pon. Actually, not so ready. Kami plan memang nak bagi petang itu jugak. Tak nak bertangguh-tangguh lagi. Kesian Nashriq tak lena tidur.

Pusing-pusing department makanan baby. Semua pon tulis '6 Bulan Ke Atas'. Huwarghhh. Kami suami isteri dah termenung depan tin-tin cereal yang entah apa nama banyak sangat. Nak main bagi aje kanggg, takut tak sesuai dengan usus baby. Naya anak aku.

Akhirnya terjumpa Heinz Farley's Rusks. Kat belah atas kotak tu ada tulis ayat lebih kurang cenggini, 'TIDAK DIGALAKKAN UNTUK BAYI 4 BULAN KE BAWAH'. So, kami berdua kira halal lah dengan umur Nashriq yang dah plus beberapa hari tu. Heeeee. Main taram je kau kan jadi mak ayah macam gini. :p

Balik rumah terus semangat pecahkan biskut Farley tu pastu bancuh dengan breast milk. Emak aku dah geleng kepala sebab cucu dia jadi macam anak omputih makan biskut. Kalau ikutkan cadangan Emak, dia suruh beli cereal yang beras tu. Bancuh masuk botol lagi senang Nashriq nak makan. Tapi macam aku cakap tadi, semua pon tulis '6 Bulan Ke Atas', so tak belilah cereal beras tu.

Percubaan pertama adalah menyeronokkan. Mula-mula Nashriq sembur balik apa yang aku suap masuk mulut dia. Cuak jugak mula-mula. Emak dah mula nak keluarkan hujah-hujah "kan dah kata masuk botol lagi senang tapi awak degil bla bla bla". Tapi makin lama makin menganga mulut nak tangkap sudu. Lambat sikit kena jerit. Lambat sikit kena jerit. Seronok agaknya Nashriq dapat rasa makanan yang lain.

Memang langsung tak dapat snap gambar sewaktu sesi makan berjalan. Wahid dah sibuk pegang Nashriq. Aku pulak sibuk menyuap. Tak dan nak amik gambar. Yang sempat snap cuma gambar ini;


Solid food pertama Nashriq di usia 4 bulan 8 hari.
Setengah biskut dah habis.
Tak boleh kasi sekeping, kena slow-slow.
:))

Hasilnya? Nashriq tidur dengan sangat lena malam tadi. Tak ada hek. Tak ada hok. Tapi agak menakutkan jugak sebab Nashriq langsung tak ada bangun nak susu.

Errr, normal ke baby kenyang tak bangun malam minta susu?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

10 comments:

  1. comel giler entry ni
    pengalaman bagi anak makan..
    seronok dan menerujakan kan..
    kalau bleh jgn bg makan mlm2 aishah
    tu lah takut dia kenyang sgt
    tak bgn susu lak kan
    maximum kul 7...

    ReplyDelete
  2. mesti best suap anak mkn 1st time...my mom kata,kl bb lapa awal2 ni...nestum beras tu boleh...tp bg cair2 je masuk botol..hehe..

    *nampaknye kna prepare awal2 resepi2 mkn bb ni...mn tau amanda jd cam nashriq..

    ReplyDelete
  3. wah wah dah start makan ya nashriq..
    nasriq nak cepat jadi big boy ni.. :)

    ReplyDelete
  4. kenyang sgt kot. tu psl xnak susu..heheh =p

    advanced betol Nashriq. bb boy kuat makan & susu..huhu

    ReplyDelete
  5. wahhhh.... boyfren dh start makan... hihhihih

    ReplyDelete
  6. hehe sronok dgr cite aishah psl nashriq ni.. my daughter amani skg mmg dh jrg bgn mlm2 nk susu.. dr umur 4 bln lebih la cmtu.. last minum kul 11 gtu, minum blk kul 6 pg..kdg2 kul 8 pg... huhu normal ke ek? skg pon lom start solid lg, tgu ckup 6 bln dlu la..

    oh btw, penah bce kt mane tah, die tulis klu nk bg baby solid, better suap die pakai sudu, bkn masuk dlm botol cmpur ng susu.. so then kite leh tgk respon die suke ke tak ng food tu :)

    ReplyDelete
  7. wah nashriq dh mkn solid food :)

    ReplyDelete
  8. blend buah buahan.paling senang.

    pastu ade makanan yang dah siap punye dalam botol brand heinz gak. ade untuk 4 months.

    resepi plak.. leh jenguk jenguk website susuibu & wholesomebabyfood

    ReplyDelete
  9. rsanya cm xnormal mlm2 x bgn mnum susu...susu lg penting drp rusk tu dlm umur cmtu...

    byk sgt awk bg ke aisha? bg sblm pkul 7mlm...

    sgt risau klu bby x mtk susu mlm2...

    ReplyDelete
  10. apa yg asben anim gitau, memang boleh bg baby solid food start umur 4 bulan.. tu pun dia dh bising2 nak bg hadeef solid food sebab nak berat naik banyak, tapi anim tak nak.. hehe.. selagi dia boleh kenyang dgn susu, ok lah kot..

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015