Monday, January 10, 2011

26.

Ya Allah, dah 26 tahun bernafas di bumi Allah. Alhamdulillah. Dikurniakan kesihatan yang baik, kehidupan yang sempurna dan kebahagiaan hidup yang indah. Tak sangka dah 26 tahun membesar dan hidup. Dari kecil molek menjadi besar molek. Heeee. :))

Harapnya tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

Jadi, apa sambutan yang dijalankan?

Macam biasa mesti ada sesi memenuhkan perut dengan juadah masakan Emak. Request macam orang mengidam. Semua benda pon sebut. Tapi kena pilih satu aje yang betul-betul nak makan. Jangan tamak. Tamak tu kawan syaitoonn.

Alhamdulillah. Sudah bertiga.
Ayah, Mama dan Nashriq puting.

Tak dapat berlama kat rumah Emak sebab ada janji nak jumpa Hannah yang buat Myiesha punya birthday celebration kat Pasir Gudang. Ye. Ye. Kami punya birth date adalah sama. 9 Januari. Yang bezanya Myiesha turn one dan aku turn 16. Gagagagagaga. :p

Kali kedua jumpa kawan blogger selepas Dayu dulu. Mula-mula jumpa dengan Hannah ni, masing-masing shy shy cat. Tapi dah lama-lama baru rancak berbual. Hannah adalah sangat cantik okeh. Senyum aje muka dia. So sweet. Myiesha pulak sangat adorable. Mata dia besar pandang orang. Dah ada gigi-gigi comel kalau senyum. Geram tengokkan. Mett pon ramah orangnya. :))

Hannah, me, Myiesha and Nashriq.

Nashriq mulut bising berbual entah hape hape. Terjerit-jerit sampai kena tutup mulut dia. Main air liur jangan cakaplah kalau tadah baldi dah penuh agaknya.

Baiklah. Entry tamat serta merta sebab waktu rehat dah habis. Bye.

P/S : I miss Abah so much. Tanpa Abah, aku takde kat sini.
Al-Fatihah.

12 Komen:

sharEna said...

aisyah pon da jumpe hannah. kite nie x jumpe2 lagi dia. hrp ahad nie gath kt midvly dpt pegi & jumpe. amin.

nak gak tepek gambo dgn mommy blogger mcm org lain. jeles mak..huhuh

m@Ri@ said...

hepi besday aishah..aishah muda beberapa bulan dari maria..)

abah dan mak haqq said...

Happy birthday mama Nashriq..

semalam tak sempat jumpa Aishah..
kid dah balik dulu..
husband kerja malam minggu ni..
kalau tak tentu kita boleh berposing sama.. :)

cira said...

happy besday macik.... semoga panjang umo, murah rezeki dan hidup lebey diberkati,...

nnti kite dating ek...

p/s - sbnrnye kn, kite nampak hannah ni kat JJ tebrau sabtu lepas.. tp ngk je laaa... mcm nampak retis.. muahhahahaha

yaya+frdz+auf said...

happy birthday aishah. sama dgn myiesha plak kan. hehe.

mieyza said...

sweetnya gambar kat kek tuh. Nashriq sibuk duk tenung kek tu. haha

Zuhaira said...

hepi bday aishah...smoga bertambah2 rezki :)

Dayu said...

aishah dh jumpa hannah
hoyay@@@
so nanti takde lah menjeles sgt

*nashriq tembam!!!

anyway hepi birthday aishah...
umur 26 dah kendung anak
kita dulu, baru terhegeh2 nak kawin

Hannah Johary said...

Happy 26th Birthday, Aishah! Sorry agak kelam kabut time majlis, sampai terlupa nak wish awak Happy Birthday pun.

Apa-apapun, thanks so much for coming. Dapat jumpa awak, Wahid & Nashriq yang semangat itu. Suka sangat dapat dukung dia.

Tak sabar nak update blog. :)

NURUL said...

hepi besday aishah. muda lagi aishah kan. bestnya. nurul ni tahun ni dah masuk 29 thn dah tua pun.

wow bestnya dpt jumpa hannah ye. so kalau sha tak join gath di MV ahad ni tak mengapa sbb dah jumpa hannah. tp tah bila kita boleh berjumpa pulak kan?

hepi besday :)

xeea said...

have a blast 26th mama nashriq! :)

ღnFashyaღ said...

Happy birthday to u mama nashriq..
bestnye jumpe blogger2 nih...
:)