Monday, January 24, 2011

My Breastfeeding Journey Part 2.

Dah lama gila tak cerita pasal breastfeeding journey kan? Macam dah tak ada semangat nak cerita kat orang. Tapi, bila mengenangkan ini adalah blog peribadi yang bakal menyimpan sejuta kenangan, maka tulislah jugak. Mana tau boleh jadi panduan pada orang lain.

Well, sekarang ni Nashriq minum susu campur. Belah siang minum Dumex Dulac. Belah malam minum susu badan sepenuhnya. Dah lama sebenarnya aku tak pump dan simpan stok. Memang dah stop agak lama. Lebih kurang 3 bulan kot. Jarang-jarang sangat nak bawak pump pergi tempat kerja dan pump. Hilang semangat pon iye jugak kot. Haih. Silly me! :(

Semuanya bermula bila Nashriq masuk sekolah. Aku bekalkan Dumex Dulac bagi memudahkan proses menjaga beliau. Sedih sangat kalau ingat balik sebab aku tak kuat semangat. Tapi, what to do? Bagi mengelakkan masalah-masalah lain di masa akan datang, aku korbankan niat aku yang satu ni.

Bermula dari situlah, aku dah tak ada bawak pump lagi pergi tempat kerja. Hilang semangat orang kata. Buat semua benda pon mengundang kemarahan bila dikenangkan balik kebodohan aku masa tu. Serius tak ada mood untuk semua benda pon.

Bila Nashriq dah terbiasa dikenyangkan oleh Dumex Dulac pada waktu siang, dia jadi meragam pada waktu malam sebab lapar. Aku masih ketegaq jugak nak fully BF pada waktu malam. Pada waktu Nashriq bersama aku. Sebab apa? Sebab ini ajelah waktu dia bersama aku. Our sweet time. No others. Aku sibuk tung tang tung tang kat dapur. Kemas bilik bla bla bla. Tapi rasa tenang dan rehat bila BF time. Semua masalah hilang. Segala stress lari jauh.

Aku guna Plan B pulak. Kasik Nashriq makan seawal usia 4 bulan 8 hari. Semuanya bagi mengelakkan Nashriq kelaparan pada waktu malam dan menjadikan aku terus nak sumbat formula milk. Aku ni cepat tension. Kalau aku tak sabar, aku terus give up.

Alhamdulillah, lepas aje kasi makan, Nashriq dah tak cranky pada waktu malam. Tido lena dengan aman. Kalau bangun nak susu pon, cukup memadai dengan direct BF. Faedahnya apa kat sini? Haaa, tak payah bangun malam terjah dapur nak tunggu air panas, bancuh susu, sukat suhu semua. Tak ke bahagia namanya ni?

Eh, lupa pulak nak cerita pasal pump.

Faktor lain yang menyebabkan aku dah malas nak angkut pump ke hulu he hilir adalah kerana suction Spectra 3 yang dah tak power. Serius aku macam nak nangis bila suction pump dah macam hampeh. Dapat pon 1-2 oz padahal breast masih full. Aku rasa, ini semua menyumbang kepada kejahanaman niat aku nak BF lah. Menyampah bila ingat-ingat.

Aku tak berhenti kat sini. Aku teruskan semangat dengan baca info-info kat susuibu.com. Terima kasih jugak kat Evyn sebab invite aku masuk Group Kump. Ibu2 Menyusukan kat Facebook. Kat sinilah aku baca pengalaman breastfeed mommy yang lain. Macam mana susah payah diorang. Jatuh bangun diorang. Semuanya menjadikan aku muhasabah diri. Susu aku masih ada. Kenapa nak berhenti? Kan?

Aku tanya kat group berkenaan pasal suction Spectra 3 aku yang dah lemau tu. Tak ingat pulak siapa yang jawab. Kata beliau, mungkin membrane warna putih kat bawah tube warna biru tu dah kembang. Sebabnya, aku kerap rebus dan sterilize benda alah tu dan parts lain. Memang kembang setaman rupanya. Bila pumping, dia jadi bubble. Dan bubble tu akan naik pergi tube. Boleh imagine?

Bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai, aku pon ajak Wahid pergi Fabulous Mom kat Skudai untuk beli membrane dan tube berkenaan. Aku kena teruskan jugak niat aku ni. Walau tak dapat secara fully, aku harap 80% adalah susu badan. Aku tak kisah apa orang keliling nak kata. Katalah. Aku akan pekakkan telinga.

Terima kasih sangat-sangat kepada Encik Suami sebab terus bagi sokongan. Semalam, bila aku keluarkan balik segala warmer, munchkin rack dan parts lain, Wahid senyum.

"Orang sokong awak. Jangan patah semangat eh, Yang?"

Ini adalah aku pagi ini.
Semangat berondoh randah. :)

Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku yang satu ini. Amin.

P/S : Boleh share tak korang makan milk booster apa eh? Macam nak makan Shaklee balik lah. Itu hari makan memang bagus.

P/S Lagi : Itu hari dah janji nak update pasal pot luck BGWS. Tengahari sikit lah okeh?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

17 comments:

  1. chaiyok chaiyok aishah.. never give up k :)

    ReplyDelete
  2. go aishah!

    kite milk booster cuma :
    *air longan suam
    *Horlicks 3in1 - cereal (paling mantopss)
    *Quaker Oats
    *cheese
    *Lauk sardin

    (Harap dapat membantu) :)

    ReplyDelete
  3. aishah, mmg membrane tu xleh rebus or masuk sterilizer. kite punye dulu... tiap2 2 bulan mesti tukar membrane sbb die loose walaupun jarang bebenor rebus tp sbb guna heavy duty, sbb tu die loose kot. ataupun dh try anta servis? kite baru anta servis... dpt suction strength die 330 tau!! mabeleesssss!! aritu masa anta suction dia cuma 220 je

    jgn patah smgt ye. milk booster bole try longan ke... horlicks ke... ape2 yg aishah suke. sumenye depends, xsume org akan react sama kat booster tu ;)

    ReplyDelete
  4. chaiyok aishah chaiyok
    dimana ada kemahuan disitu ada susu
    hehehe
    jgn putus asa yer...
    kata org baby boy mmg kuat nyusu tak mcm baby girl.
    Tak sabarlak nk peknen lg, nk dptkan baby boy lak

    ReplyDelete
  5. samlaah kita
    dah lama tak mengepump
    lagi2 lepas cha cirit aritu
    semingu dia minum FM
    breast merajuk
    hasil sgt hampeh
    maka..malam je lah bf
    siang2 minum FM

    ReplyDelete
  6. oh aishah..thank!mari kita sama2 menimba ilmu di sana..evyn pun bukan full time bf..kadang2 sedih gak..mcm aishah gak..evyn ni lg cpt putus asa..ni sekarang ni tgh berusaha la ni..amat jeles bila tgk mereka menunjukan susu ebm mereka dlm freeze..huhuh tuh yg membuat semangatku bangkit..tapi kolo rezeki tu ada alhamdulillah ....syukur ..

    ReplyDelete
  7. i support u darling. keep pumping ye aishah. Milk booster boleh try longan kering, lobak putih pegaga.

    Valve putih tu jangan masuk sterilizer, nanti die kembang. fashya dah guna 6bulan, alhamdulillah still okay.

    ReplyDelete
  8. support group mcm KIM tu mang bagus kan...menaikkan semangat

    ReplyDelete
  9. teruskan usaha aishah..go go..maria tak makan milk booster sgt...hasil pun ala2..tapi ckup utk aqil and bolehla buat stok beku skit2..tp skrg aqil dah minum fm..huhu..takpelah sok adik dah keluar harap leh sambung bf aqil balik..

    teruskan usaha tau shah..teruskan semangat..

    ReplyDelete
  10. takpe. at least masih ada susu badan. naurah skrg da fully stop susu badan dah. maklumla. kite kan fully pumping jer. lain dgn natural suction. jdkn sbg pengajaran. next baby insyallah better from the 1st one. make it a lesson =)

    ReplyDelete
  11. untung aishah dgn ibu lain dpt bf baby..go aishah! =)

    ReplyDelete
  12. yana sokong aishah gak..blum terlmbt lg dear..plz continue bf..demi nasyriq pasti aishah snggup bt apa sja kan?

    psl milk booster tu dpend pd org jugk..kna cuba daya..cuba mkn longan..vit pun ok jgk

    ReplyDelete
  13. Aneen : Thanks Aneen!

    Yaya : Thank you so much! Saya pon nak cari Air Longan lah!

    Fiza : Wuhuuu. Bestnya dapat hantar service. Kat mana eh kalau nak servis kat JB? Atau memang kena hantar Histopoint jugak?

    Mimie : Heeee. Tak sabar pregnant lagi ye? Hamboiiii. :))

    Dayu : Tapi lama-lama kalau buat part time cenggini, susu boleh stop terus kan? Itulah, kalau boleh nak berpanjangan sikit.

    Evyn : Insya-Allah. Aishah pon cepat sangat putus asa Evyn. Malu dengan diri sendiri sebenarnya. :(

    Fashya : Masatu memang taktau. Selamba badak je pergi sterilize sume benda. Bila suction dah tak power baru kelam kabut cabut membrane tu.

    Jiha : Ha'ah kan? Semua orang tayang EBM. Seronok betul. :)

    Maria : Thanks Maria. Maria antara kawan yang banyak kasi semangat. Aishah berkenalan dengan dunia BF pon dari Maria jugak. Thanks eh? :)

    Sharena : Itulah. 2nd baby nak buat betul2. Ceeeeeeh semangat tau cerita 2nd baby. :p

    Afni : Alhamdulillah Afni. :)

    Yana : Insya-Allah. Demi Nashriq. Itulah. Tengah nak cari makan apa yang bagus ni.

    ReplyDelete
  14. macik,

    buat sungguh2 ye..

    ira pun nk sungguh2, utk yg 2nd nnti.. insyaAllah.. amin..

    ReplyDelete
  15. Yantie : Insya-Allah!

    Cira : Amin. Insya-Allah tau makcik. Eh, dah planning kedua? Cececececece.

    ReplyDelete
  16. aishah... :)
    jarang tgglkn jejak rasanya...
    xpe,pelan2 kayuh,setiap hari kutip ilmu baru kn...
    mmg ade masa kita akn rasa down...tp aishah beruntung,sangat2 beruntung dapat suami yg supportive :)
    breastfeeding is life long journey...sama mcm apa yg kita tempuh hari2...

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015