Wednesday, January 26, 2011

Sarakids & Servis Spectra 3.

Semalam telah bercuti sebab bawak Nashriq pi check up. Sudah 5 bulan budak kecik itu. Sekarang ni, semua benda nak masuk mulut. Paling feveret ialah memasukkan kain / tuala ke dalam mulut. Sedap sangat la kot rasa kain tu agaknya. Kalau tak dapat kain, buku lima dia masuk dalam mulut. Sampai ternganga-nganga mulut nak masukkan tangan. Haih. :))

Oh, ya. Berat terkini Nashriq ialah 8.6kg. Naik 600 gram from previous month. Lega jugak sebab last month nurse ada cakap, kalau berat Nashriq naik pergi 9kg, we have to do something bagi mengelakkan obesiti. Takut eh kalau kecik-kecik lagi dah obesiti. Nak diet-kan budak kecik bukan mudah. Dia lapar dia nangis. Tak dapat susu dia meraung.

Oleh kerana cuti dan taktau nak buat apa, maka pergilah kami tiga beranak ke Sarakids Taman Daya. Sekarang ni memang hobi menerjah kedai baby la agaknya. Tiap-tiap minggu pergi kedai baby. Pastu masuk dalam kedai meroyan merayau sengsorang berangan nak beli semua benda. Suami pon jadi berjangkit. Pusing-pusing cari barang apa yang best nak beli untuk anak.

Berbalik kepada Sarakids tadi.

Niat asal ialah menghantar Spectra 3 untuk di-servis. Tapi kakak kat kedai tu cakap, lebih baik courier perseorangan sebab ianya akan jadi lebih cepat. Kalau hantar kat syarikat-syarikat macam Sarakids tu, proses akan jadi lambat sebab Histopint mendahulukan orang persendirian dulu. Halamak datang dari jauh nak servis pump, tapi tak jadi pulak.

Jadi, buat apa kat sana?

Tangan kanan ini sempat mencapai Botol MAM 160ml warna biru (again???) padahal telah membeli Botol MAM 260ml (panjang) bulan lepas. Ape pasal la suka membazir dah beli yang panjang masih nak beli yang pendek? Sebab, Botol MAM (pendek) yang Nashriq pakai sekarang sudah hilang penutupnya. So, nampak tak cool lah botol susu tak ada penutup. Sanggup beli lagi satu yang baru pastu yang lama simpan buat kenangan.

Suami :
Habis tu yang panjang bila nak pakai?


Aku:
Errrr. Masih belum difikirkan. Heeee. :p

Pastu berbual dengan Kakak Sarakids tu sampai keluar soalan cepumas. Kakak tu tanya aku fully BF ke? GULP! Aku jawablah takkk. Pastu dia jawab;

"Sayangnyaaa dah ada Spectra 3 tapi tak fully. Kenapa?"

Aku ceritalah dari A sampai Z. Pastu Kakak Sarakids telah meniupkan (tiup??) kata-kata semangat sampai suami pon telah termakan. Kata Kakak Sarakids;

"Masih awal lagi Aishah. Back to fully please. Untuk kebaikan anak awak. Baru 3 bulan awak tinggalkan fully. Sempat lagi nak undur. Patah balik. Naikkan semangat awak. Awak kena kuat. Kumpul stok. Kena rajin. Esok, kalau awak dah ada anak kedua, awak buat fully untuk anak kedua, masa tu mesti awak rasa menyesal kenapa awak tak fully untuk anak pertama ni. Balik semula. Pergi hantar pump servis. Kumpul stok balik."

"Awak tengok makcik ni (ada makcik umur 40 lebih kot), dia fully BF semuaaa anak dia. Anak yang ini pon (makcik tu dukung sorang budak umur 2 tahun lebih) dia masih BF. Walaupon makcik ni tak bekerja, dia rajin pump. Buat stok. Makan milk booster untuk tambahkan susu."

Dan makcik tadi pon menambah;

"Awak kalau nakkan yang terbaik untuk anak, awak kena kasi susu badan. Kuatkan semangat awak. Balik semula. Masih belum terlambat lagi nak patah balik."

Aku pon macam naik bulu roma satu badan. Semangat macam tiba-tiba datang tau. Dahlah cara Kakak Sarakids dengan makcik tu bercakap penuh semangat. Siap tangan-tangan berlegar di udara. Tarik semangat dengan senyuman dia. Memang bagus kakak dan makcik tu.

Sampaikan Wahid pon cakap diorang ni bagus. Wahid kata nasihat dia tu memang menaikkan semangat. Sebagai Ayah, semangat Wahid pon macam terbakar. Sampai dia tanya pulak bila aku nak pos pump jangan lambat-lambat.

Sebenarnya, dalam projek penyusuan susu ibu ni, kita memang patut dikelilingi oleh orang-orang macam gini. Barulah semangat kita sentiasa membara. I can say, kalaulah aku jumpa Kakak Sarakids ni awal dulu sebelum aku bersalin ke, memang aku akan terus fully BF kot. Plus, sebelum ni aku sorang aje yang menimba ilmu penyusuan, so semangat macam down sangat. Tapi bila semalam kakak tu ceramah kat Wahid sama, terus kami rasa nak ON balik projek yang terbengkalai separuh jalan tu. Apa yang aku nak katakan kat sini, SUAMI MEMAINKAN PERANAN PENTING TAUUU. SANGAT-SANGAT PENTING.

Woooo nak cerita banyak benda tapi tersangkut kat BF pulak.

Beralih pulak kepada pump kesayangan, Spectra 3.

Haritu aku ada cerita yang aku beli membrane dan tube sebab suction slow gila kan? Aku pon pasang lah membrane dan tube baru berkenaan konon nak pump balik. Semangat nak kumpul stok ni weh siap beli Melilea Organic Soya Drink kat Sarakids tu. Tapi hampeh suction tetap weak. Pastu bubble masih naik sampai pergi tube. Huwaaaaa aku macam nak nangis tengok tau.

Kakak Sarakids cakap, mungkin pump aku tu dah masuk air. Kadang-kadang masa kita pump, tube tu akan menghasilkan wap. Dan wap berkenaan lah yang bertukar jadi air pastu masuk dalam pump. Maknanya pump aku tu dah masuk air sebab aku pernah tersinggung botol yang penuh susu pastu susu terbalik masuk tube. Agaknya susu tu dah masuk dalam pump.

Kakak Sarakids pon men-suggest untuk pasang filter kat tube berkenaan bagi mengelakkan pump dimasuki air. Patutlah orang lain pakai pump bertahun-tahun rileks aje aku yang baru 5 bulan celam celup dah nak kena hantar servis.

Inilah rupa filter dia.
Wahid pon suruh beli.
Nanti nak beli ah lepas pump balik dari servis.

Oh yeah. Pagi tadi telah courier Spectra 3 balik Histopoint. Biar kena servis baik punya. Pastu dah berjanji dalam hati nak jaga baik-baik. Orang Histopoint cakap yang dia akan courier balik by Monday kalau tak ada apa-apa masalah. Heeee tak sabar. :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

17 comments:

  1. go go aishah..nak denga syarahan free dr maria psl bf ni hari2 pun boleh..kita bertwitter..;)

    p/s:maria last week dpt 1oz tiap kali pam tapi tetap pam..huhu..cuma start minggu depan akan stop pam..susu kering sendiri..hormon kot..huhu..

    ReplyDelete
  2. kak farah lah kakak oi.. heee


    u can do it kakak! reen x cukup semangat.. ape pon memang kesal reen punye bf history.. tapi da terlambat:(

    ReplyDelete
  3. :)
    selagi terdaya dan termampu,cubalah fully bf.
    sbb bf tu yg buat diorang rapat ngan kita.

    ReplyDelete
  4. aishah...kite cuba sehabis boleh k... u can do it....

    jiha nanges baca komen aishah kt blog jiha tu

    ReplyDelete
  5. auuuww menakutkan sungguh jika pump rosak. dah ler kita dok jauh.
    paper pon tahniah sebab bersemangat semula.

    ReplyDelete
  6. Wow baguslah Kakak tu. Go Aishah! I dah terlambat, but I tak nak orang lain terlepas sama.

    My support is all for you walaupun I sendiri BF Myiesha only for 3 months.

    *nangis!*

    ReplyDelete
  7. Sy tau awak mesti boleh aishah..lagi2 dengan adanya sokongan wahid..
    Semangat kena ada..usaha sebaik mungkin!
    semoga berjaya! ade eh filter tu..kat sarakids ade jual ke?

    ReplyDelete
  8. boleh aishah...masih boleh...
    dah masuk KIM kan?chayo!chayo!

    ReplyDelete
  9. btul tu aisha..plz continue bf..bg nashriq yg the best from his mother..dan suami mmg sngt2 mmbntu klodie trut timba ilmu dn sokong..happy bf kmbali yer..wanna hear a gud news from u

    ReplyDelete
  10. aishah, saye pon ade problem mcm awk. suction dah slow. tp dulu time beli kt Fabolosmom, kakak tu tak swoh pon beli filter. cisss..skrg dah nak kene htr pam pegi serbis plak. nasib baik ade info dr aishah ni. ingatkan suction tu dh tak bape kuat sbb kite dh imune ngan sakit suction tu. huhu

    ReplyDelete
  11. go aishah go!
    suke tgk org yang bersemangat nak bf ni....semnagat kene kuat ye kan...

    kalau fashya 1 opis dgn aishah, fashya mesti cakap camni.

    'hai aishah, dah pump ke arini? jom g ngepam...'
    hahaha...baru syok ade member kan?

    ReplyDelete
  12. waaah bestnye akak2 kat kedai tu. bg smgt yg betul2 smgt bknnye kondem or sinis.

    nnt bile dh servis, pam tu akan rasa mcm pam baru tau! masyuuukkkkkk

    ReplyDelete
  13. kat mana ader jual filter tu ek? Nak beli gak la.. nangis la kalau motor spectra tu masuk air..hehhe

    ReplyDelete
  14. sarakids taman daya??belah mana eh aishah??

    ReplyDelete
  15. kak nk tya..cmne kak courier spectra 3?kna hantar pe..cmne proses dia..kiah nk hntr gk tuk servis,tp x tau cmne..n brp kos pghantran ye..tq

    ReplyDelete
  16. waaa...nad pun sempat 6bulan jer fully bf..chaiyok2 aisyah...

    ReplyDelete
  17. Saya pun sedih...
    xde org nk paksa sy direct feed ms tgh pantang. Sampai sekarang sy x dpt direct feed baby huhu

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015