Friday, December 2, 2011

Review Saya Tentang Filem OMBAK RINDU.


My old time favourite novel. :)

Baru pulang dari GSC Leisure Mall, Plaza Pelangi - untuk menonton sebuah filem adaptasi dari novel kesukaan aku - Ombak Rindu. Menggunakan masa rehat yang panjang di hari Jumaat bersama rakan-rakan sepejabat. Dapatlah juga menghilangkan stress kerja sambil menonton sendiri apa yang dibaca dahulu dikeluarkan dalam bentuk layar perak.

I can say, expectation aku terlalu tinggi untuk filem ini. Aku terlalu mengharapkan apa yang keluar di layar perak itu sebijik sejibon dengan apa yang aku baca 8-9 tahun yang lepas. Kepala aku memang terikat dengan novel. Awal-awal lagi, aku dah merungut berbakul-bakul kat Twitter. Siapa yang follow Twitter aku tengahari tadi, mestilah tahu apa yang aku kecewakan.

Setengah jam filem berlangsung, aku cuba 'buang' memori aku dari versi novel. Aku cuba untuk menyelami filem Ombak Rindu yang sedang aku tonton di hadapan mata ini seolah-olah aku tak pernah baca novelnya. It's quite interesting jugak. Dibantu oleh watak Hariz yang mencairkan (ehem!), dan OST yang best-best belaka. Lebih dari itu, aku boleh kata, 'so-so' sahaja.

Bagi aku, watak Izzah dibawa agak kaku oleh Maya Karin. Aku tak tahulah ini masalah aku sendiri atau apa. Tapi aku membayangkan Izzah tu wanita Melayu yang macam Lisa Surihani atau Tiz Zaqyah. Tapi, ianya satu lakonan yang baik juga. Kalau tidak, takkanlah sampai aku boleh menangis saat menonton adegan Hariz membelasah Izzah di bilik air dan saat Izzah mengejar kereta Hariz di rumah Pak Dollah. 

Ewah, review lebih nampak? :D

Watak Lisa Surihani sebagai Mila pon bagus juga. Walau kawan-kawan aku kata, pembawakkannya terlalu over dan psiko, tapi aku suka. Nampak kematangan dalam olahan watak Mila tu. Mungkin sebab aku suka dia - Lisa Surihani - jadi semua benda pon cantik dan elok kat mata aku. Kan?

Akhir sekali, bagi sesiapa sahaja yang berniat untuk menonton filem Ombak Rindu ini, aku cadangkan korang 'tinggalkan' memori yang pernah korang baca dalam novel. Just enjoy the film dan hayati jalan ceritanya. Aku pasti, korang jugak akan enjoy seperti mana aku enjoy menangis berbakul-bakul kerana touching tengok Hariz menangis sayangkan Izzah. 

Seriously, melting. :))

P/S : Aku kasi 7/10 untuk filem ini. Harus tonton!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

6 comments:

  1. wah dah tengok. tentu punya keistimewaan sendiri filem ini sebagaimana novelnya

    ReplyDelete
  2. seb baek dah lama x bace novelnya.so mcm dah lupe hihi

    ReplyDelete
  3. nasib baik kita tak baca novel dia..kita bagi 8/10!

    ReplyDelete
  4. nak tengok sgt2, tp xtau nk tinggal anak kat mana..huhuhu

    tp wata izzah tu mmg kecewa bila tau maya karin yg bawak, sbb terbayang2 muka tizz kat situ

    ReplyDelete
  5. @Izi : Sangat best! Harus tengok. :)

    @Susu : Mesti tengok tau!

    @Ena : Kalau dah lupa, lagi senang nak feeling. Ini sebab dah terikat sangat dengan jalan cerita dalam novel, itu yang tak best tu.

    @Fie : Lepas ni Fie bacalah novel dia. Best tau!

    @Anah : Ha'ah. Maya Karin macam kaku sikit. Lagi satu, watak Izzah kan macam wanita melayu kan?

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015