Friday, December 9, 2011

Satu Hari Ke Empat Puluh Minggu.


Esok sudah due date. Esok sudah 40 minggu. 

Perasaan? Tentulah tidak sabar. Dan tipulah kalau aku kata yang aku tak ada perasaan takut langsung. Sekarang ni, aku cuba jadi se-positif yang mungkin. Cuba melupakan sakit-sakit bersalin masa Nashrah dan Nashriq dulu. Kalau aku cuba ingat kesakitan itu, tentulah aku takut nak hadap sakit ni nanti.

Masa Nashriq dulu, esoknya menjengah tarikh due date, malam ini aku sibuk togok BioSelusuh, air Yaasin dan berjalan keliling rumah. Tapi untuk si adik ni, BioSelusuh aku dah habis. Air Yaasin yang ibu mertua bekalkan pon dah habis aku minum haritu. Jadi? Apa aku nak usaha malam ni?

Tawakal.

Badan aku pon tak berapa sihat. Petang ni tadi, boleh pulak datang selsema. Hidung tersumbat tak boleh bernafas. Eh, boleh bernafas, tapi macam susah. Baring masa waktu rehat tadi, pinggang semua jadi sakit. Nak pusing kiri tak selesa, pusing kanan pon susah. Dah berat sangat agaknya kan?

Dan aku pon macam konfius jugak, aku ni macam dah tak reti nak rasa contraction kot? Dah tak tahu nak beza sakit dengan rasa tak selesa? Eh, entahlah. Aku ni terlalu rileks ke ape ek? Macam selamba lalalala aje?

Aku rasa, korang mesti tak faham apa yang aku cuba nak bebelkan ni. Tapi takpelah. Aku pon menaip ikut sedap hati aje ni. 

Tolong doakan aku dan baby selamat, ye?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

9 comments:

  1. Insya'Allah..
    moga semua selamat ye Aisha...

    :|entri baru|: Akan datang..

    ReplyDelete
  2. Semoga selamat semyuanya. Harap by monday, kite boleh komen gambar baby baru :D

    ReplyDelete
  3. semoga selamat semuanya.
    insya Allah :)

    err..jadi tumpang nervous pulak sebab dh 3 malam dd mimpi bersalin je.gulp.

    ReplyDelete
  4. @Ayue : Thanks Ayue. :)

    @Reen : Kekeke. Itu kalau dia keluar weekend ye? :)

    @Has : Alaaaa. Kita mimpi pon takde. T__T

    ReplyDelete
  5. Okaylah, by next weeks kita dah boleh pegi melawat baby ye. hihi.

    Apa pun semoga selamat semuanya InsyaAllah.

    ReplyDelete
  6. aisya..moge selamat semuanye. Jaga diri okey.

    ReplyDelete
  7. One more day to go! Kejapnya! Jangan lupa inform sebelum pergi hospital ya. Nak sama-sama berdoa. :)

    ReplyDelete
  8. semoga selamat semuanya Aishah..:)

    ReplyDelete
  9. @Fashya : Hehehe. Masih belum boleh melawat auntie. Saya masih dalam perut Mama ni haaaa. :))

    @Lylie : Thanks Lylie. Insya-Allah! :)

    @Hannah : Insya-Allah babe. Dah 3 hari over due date ni. Camne? :D

    @Ana : Thanks Ana! :)

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015