I was so desperate bila melihat gambar-gambar Pizza Melayu buatan sendiri di blog Ainul, petang semalam. Hinggakan sanggup menyeret Wahid yang baru pulang kerja dan singgah Maslee untuk beli beberapa bahan yang tiada di rumah. Harus juga tekadkan hati untuk buat dan makan sebelum bersalin. Kalau tidak, tentulah aku kempunan. Sudahlah baby akan keluar anytime. Anytime. #pengsan
Setelah ber-shopping beberapa bahan yang diperlukan, kami anak beranak pon pulang ke sarang. Tolong faham bahasa sastera ye. Sarang yang aku maksudkan adalah rumah. Bukan sarang burung.
"Aishah, tolong jangan merepek!"
Baiklah. Baiklah. Aku straight to the point sekarang.
Sesampai sahaja ke dalam rumah, kami suami isteri pon berterabur buat house chores masing-masing. Aku capai tupperware bubur yang di tapau dari rumah Emak untuk disuap ke dalam mulut Nashriq. Budak ini bukan jenis makan setempat. Kalau dudukkan dia dalam high chair, dia takkan makan dengan selera. Asyik merengek nak turun. Jadi, terpaksalah aku join dia main di bilik mainan sambil standby bubur bila mulutnya dinganga. Apa punya perangai lah macam ini.
Manakala suami di dapur menguruskan kain baju untuk dibasuh dan disidai. Siap boleh angkat baju di ampaian kemudian duduk melipat baju di depan TV. Isteri masih mengelat dengan memberi alasan 'anak makan'. Muahahahaha.
Selesai semua house chores, masa untuk tidurkan anak pula. Nashriq memang takkan tidur selagi kami berdua tak ada kat sebelah dia. Berbantalkan lengan Mama dan berdendang suara Ayah, Nashriq pon beradu seawal jam 9.30 malam.
Bila anak dah tidur, aku pon terus berdesup masuk dapur. Capai segala barang yang diperlukan dan memulakan tugas memasak inti pizza. Kau bayangkan pukul 9.30 malam ber-tung tang tung tang kat dapur? Jiran sebelah pon geleng kepala je agaknya.
Eh, meh layan gambar sat.
Inti pizza.
Ada inti, filet ketam dan nenas cube.
Selepas ditabur keju.
Selepas selesai memasak intinya, aku pon mula decorate Pizza Melayu aku tu. Sapu inti pizza atas roti. Kemudian susun pulak filet ketam, nenas cube dan tabur keju. Berdebar-debar okeh masa ni. Aku dahlah tak pandai masak kan. Tiba-tiba ada hati nak buat pizza. Haruslah berasa seram.
Masa tengah bakar roti tu dalam oven pon, aku asyik risau aje. Jam dah pukul 10.30 malam. Suami kat ruang tamu sanggup tahan mata nak meneman. Kalau tak sedap kang macam mana? Kesianlah dia kan? Tapi kesian kat aku jugak. Aku dah penat buat. Nanti aku sedih. Eh over tau aku ni.
Selepas dibakar. :))
Keluar je dari oven, aku suruh Wahid rasa dulu. Dia pon amik sekeping. Aku pandang muka dia. Pastu dia jegil mata. Aku jegil mata jugak. Ah, ni mesti tak sedap ni. Bencilah! Benci! Benci! Benci! Benci! Aku tak nak memasak lagi!!
"Hurm.... Sedap! Mana awak belajar ni?"
Jadi, korang fahamlah maksud gigit, kunyah dan telan tu kan? Tak payahlah aku explain panjang-panjang. Kang orang kata aku berlagak pulak (sambil angkat bahu, cebik mulut dan goyang kaki).
Bye! :D
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
tu dia dh ada yg berjangkit..haruslah lepas ni daku juga try..esok pg punye menu siap!
ReplyDeletemmg segera ni..
ReplyDeletehe he he..
nk terasa cm piza tul..sok2 leh gantikan dgn roti arab ke..ehehe..
Warghh..looks so yummy...btw,kita pun buat malam tadi..cuma tak teratur dan tersusun caa macam aishah...i main taram saje..hihihi
ReplyDeleteWee! Looks good!
ReplyDeleteNak buat jugalah. Letak ayam and nenas. Ala Hawaiian Chicken lah pulak. :P
Haha!! Teruk! Cepat putus asa. Macam kite. Hehehehe
ReplyDeleteOkeh, menu breakfast kat umah mak esok. Jyeah!
Ei, bencinye takde oven. :(
ReplyDeleteini yg seronok bila hidup sendiri berdikari....kalau duduk dengan mak mesti ngendeng mak jer kalo tingin nak makan apa-apa (aku ler tu)bila dah duk sendiri excited nak cuba masak macam2... macam main masak2 pulak kan....cutelah both of you...dan jugak sandwich tu!
ReplyDeleteoh ye..bleh juga buat dgn baby bun..
ReplyDeletecomel² gituu...
:|entri baru|: Kreatif, Cantik & Sama Padan...
@Aziyana : Sedap Yana! Harus cuba tu buat breakfast.
ReplyDelete@Ayue : Roti arab eh? Mana nak cari ek?
@MrsNageb : Hahaha. Tapi rasa dia sedap kan? So yummy!
@Hannah : I punya Island Supreme. Kahkahkah.
@Reen : Apalagas? Buat Nasi Lemak dengan pizza ni lah yoww!
@Fashya : Takpe. Takpe. Nanti dah ada boleh buat.
@Hidayah : Ahh, sama je macam aku masa duduk rumah Emak dulu. Mana pandia nak maska pon. Tengok orang buat, kecur liur sendiri. Sekarang je jadi rajin sikit. Sikit aje pon. Hahahaha.
@Ayue : Baby bun? Yang bulat-bulat tu kan?