Tuesday, December 6, 2011

Sudah Tibakah Masanya?


Taklah. Ini bukan cerita pasal tiba masa nak bersalin ke apa.

Nashriq dah mula duduk dalam Portable Car Seat yang dibeli dari Aziyana beberapa bulan lepas. It's quite emotional feeling for me. Melihat anak yang selama ini duduk di atas peha sepanjang perjalanan dalam kereta, bergurau senda, berpeluk cium dan bergedik-gedik - aku rasa sedih gila.

Aku over sangat kot. :(

First time dudukkan dia dalam Portable Car Seat tu, menangis dia nak kat aku yang duduk kat belakang. Nasib baik, Wahid pandai tackle sambil tepuk-tepuk dan nyanyi-nyanyi untuk anak bujang dia tu. Harapkan aku yang duduk kat belakang nak renyah-renyah entertain dengan perut macam gini, memang tidaklah.

Bila dia pandang belakang sambil kerut dahi kat aku, aku rasa down gila. Aku takut Nashriq fikir yang aku tak sayang dia lagi. Aku takut Nashriq kurang kasih sayang. Aku takut Nashriq fikir, aku ketepikan dia bila dah ada adik.

Haih. T_____T

Perasaan emak-emak ni memang complicated, kan?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

5 comments:

  1. Hi Aishah..

    I pun pregnant macam u. memang ajar baby dari kecik dok dalam carseat. Bagitau la kat dia selalu yang u bukan x sayang kat dia. More pada kebaikan u ngan dia. And u tetap sayang kat dia..sama macam dulu..even after dah ader adik nanti.. :)

    ReplyDelete
  2. bagus!
    husna sampai sekarang masih diriba ayhnya..ulang ayat, ayahnya..tak ke bahaya tu tp nk buat camni car seat tu akan jd kepunyaan nashriq jua akhirnya

    ReplyDelete
  3. Alahai Aishah, janganla fikir sampai macamtu. Husna pun duduk dalam carseat dari baby sampai sekarang. Its good actually. Chill okeh~

    ReplyDelete
  4. tuhla aisyah. zue pon cm sian ni ngan amani. taktaula die nk dok tak dlm car seat blk. dlu mmg ajar die dok dlm carseat dr baby. tp sejak infant car seat tu dh tak muat ng die, tu yg start dok atas riba tu. skg nk start blk tp car seat bru utk die pon lom beli huhu

    p/s: ade ke reader aisyah nak letgo car seat murah2 tell me okay. eh eh tumpang iklan plak ;)

    ReplyDelete
  5. @MyRule : Tengah cuba positifkan diri. Harap2nya, Nashriq faham. Baru 1 tahun 3 bulan, macam tak cukup kasih sayang aje rasanya. :(

    @Aziyana : Hahaha. Ini lebih hebat! Duduk dengan Ayah dia? Anak manja Ayah ni!

    @Fashya : Yelah. Bila fikirkan Husna, terus rasa rileks. Fashya lagi selalu berdua aje kan dengan dia?

    @Zughai : Aishah pon beli 2nd hand Zu. Dari Aziyana. Tapi mungkin Zu boleh tengok kat kedai online mana-mana kot. Banyak jual tu.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015