Aishah Rahim's Diary

Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu, Semua Ibu.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Emak saya yang berada di rumah. Saya harap beliau akan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Saya nak Emak saya tahu bahawa saya sangat sayangkan dia. Saya sayangkan Emak lebih dari segalanya di dunia ini. Dari rahim beliau saya lahir dan keluar melihat dunia. Terima kasih atas penat lelah serta sakit pening mengendong saya. Terima kasih juga kerana susah payah membesarkan saya dan sentiasa memastikan segala keperluan saya dipenuhi. Terima kasih kerana sentiasa memanjakan saya dengan belaian dan peluk cium walau saya sudah ada suami dan ada anak seorang. Terima kasih Emak. Emak adalah segala-segalanya.

Ucapan Selamat Hari Ibu yang seterusnya saya tujukan khas buat Ibu Mertua saya yang berada di Taman Puteri Wangsa. Saya tahu yang saya bukanlah menantu yang baik. Malah saya tahu yang saya seorang menantu yang 'hantu'. Heeeee. Tapi saya comel (???) dan saya sangat sayang Ibu Mertua saya. Selamat Hari Ibu, Ibu. Terima kasih kerana menjadi seorang Ibu Mertua yang baik dan sporting. Aishah sayang Ibu sangat. :))

Ucapan Selamat Hari Ibu yang ketiga ini saya tuju buat diri saya sendiri. Oleh kerana Anas Nashriq masih kecik dan hanya tahu bercakap 'bababababababa', maka saya anggap yang beliau memberikan ucapan ikhlas beserta semburan air liur merembes-rembes ke muka Mama dia ini. Terima kasih Anas Nashriq sebab menjadikan dunia Mama sangat-sangat lengkap. Kerana Anas Nashriq, Mama kini mampu meraikan sambutan Hari Ibu walau tak ada hadiah yang istimewa dan spesifik dari Nashriq. Takpe, mungkin tahun depan Nashriq boleh pakat dengan Ayah untuk hadiahkan Mama sebuah Banglo. Ingat ye? SEBUAH BANGLO.

Dan terakhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh dunia yang memahami tulisan saya ini. Kalau omputih baca tapi tak faham, itu masalah mereka (???). Saya doakan anda-anda semua diberikan kesihatan yang baik-baik serta diberikan kekuatan agar dapat membesarkan serta mendidik anak-anak anda sebaik yang mungkin. Berusaha untuk berikan didikan dan kasih sayang yang terbaik untuk anak kita agar mereka bisa hidup sejahtera di dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Dan sebelum anda menutup blog saya ini, saya minta kita baca bersama doa di bawah ini.

"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil."

P/S : Cita-cita dulu nak jadi Ustazah. Heeee. :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, April 26, 2011

Tazkirah Hidup.

Fasa hidup manusia sentiasa berubah-ubah. Sama ada kau suka atau tidak, you have to face it. Bermula dari zaman kanak-kanak membawa ke fasa hidup yang kini, fasa yang mana paling korang suka?

Zaman kanak-kanak aku sangat menyeronokkan. Dibesarkan di sebuah Kuarters Kerajaan bersama-sama keadaan sekeliling yang terbuka. Di sinilah tempatnya tumpah darah, jatuh bangun. Bersekolah tadika di sini. Bermain 'pondok-pondok' dan 'cikgu-cikgu'. Di petang hari memanjat 'gelung' di taman permainan. Berkumpul bercerita kisah hantu dan akhirnya diakhiri dengan jerit pekik serta lingkang pukang berlari. Masa lapang diisi dengan bermain di dalam semak dan mencari 'lady bird'. Segalanya indah bila dikenang kembali. Di sinilah bagaimana aku kenal erti sahabat.

Meninggalkan Kuarters Hospital Sultanah Aminah (sekarang dah roboh) dan berpindah ke Taman Cempaka setelah Arwah Abah bersara. Ketika itu usia aku 8 tahun. Memulakan persahabatan di usia ini bukanlah perkara yang sukar. Join main 'getah' dan terlompat-lompat di bawah blok sudah cukup menjadikan kami serasi bersama. Bermain 'belon acah' (read : galah panjang), main rounders, main baling selipar, main sembunyi ibu, semuanya menjadikan kami teguh dan saling sayang antara satu sama lain. Membesar bersama disulami gaduh dan maaf, gurauan dan kecil hati. Hinggalah usia menginjak remaja. :)

Zaman remaja yang tidak berapa enak untuk diungkit. Selain zaman persekolahan serta rakan-rakan yang 'gila', tiada apa yang ingin aku ulang. Zaman hitam aku bermula di fasa ini. Berjinak dengan dunia MiRC, bertukar nombor telefon dan akhirnya pelajaran terabai. Dunia aku hanya MiRC ketika itu. Jiwa remaja yang bergelora mula bangkit. Aku berubah menjadi seseorang yang 'bodoh'. Bukan sahaja bodoh dari segi ilmu, malah bodoh dalam melangkah memilih hidup.

Akhirnya aku menapak ke fasa pekerjaan. Dari seorang minah kilang, aku beralih kepada kerani kedai. Dan sebelum aku di sini (kini), aku pernah bekerja di sebuah syarikat perkapalan yang mana banyak mengajar aku erti hidup. Kematangan aku bermula di sini. Di usia 21 tahun. Aku berkawan dengan ramai orang. Aku melihat banyak ragam manusia. Aku belajar mengenai hidup. Aku cedok sebanyak mungkin pengalaman serta pandangan. Aku belajar erti persahabatan yang sebenar. Bonding yang terbina, sangat kuat dan utuh.

Dan aku kini, berada dalam satu fasa yang paling mencabar. Alam perkahwinan dan keibu-bapaan. Dari luaran, semuanya tampak indah dan menyeronokkan. Yes, it is. Tapi dugaan dan cabarannya bukan calan-calang. Betapa kuatnya dugaan bak Tsunami tinggi yang cuba menghancurkan benteng yang dibina. Cabaran yang tak tercapai dek akal.

Bercinta dan berkahwin tak sama, sayang. Tengok anak orang comel alololololo tak sama macam engkau ada anak sendiri. Nampak dari luar berbeza daripada apa yang dihadapi sendiri. Perkara ini terlalu sensitif untuk dibicarakan. Aku rasa, ramai wanita yang dah melalui fasa ini faham maksud aku. Korang rasakan perbezaannya?

But yet, aku still akan katakan bahawa Fasa Perkahwinan dan Keibu-bapaan ini adalah yang paling terbaik sepanjang hidup aku. Bergaduh suami isteri kemudian bermaaf-maafan adalah sesuatu yang normal dalam rumahtangga. Betapa engkau perlu semat dalam hati, bahawa 'ini Syurga aku dan aku harus bersama Syurga ini sampai mati'.

Bila seluruh dunia mengeji dan mengherdik, engkau harus tahu dan yakin bahawa 'Syurga' ini akan teguh berdiri bersama sambil memeluk erat dan segala tangisan akan segera hilang.

Nampak comel kan bila aku bagi Tazkirah? :p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, April 25, 2011

Day 1 - Your Facebook profile photo.

Muhammad Anas Nashriq Bin Abdul Wahid

Currently, ini adalah profile picture aku kat Facebook. Adatlah kan, bila bercouple-couple bubuh gambar dengan couple. Kalau bertunang-tunang bubuh gambar dengan tunang. Kalau berkahwin-kahwin, bubuh gambar outdoor sekeping dua. Bila berpregnant-pregnant (???), bubuh gambar scan baby semua minggu. Bila baby dah keluar, ha amik semua gambar anak. Kan? Kan? Kan? Jangan cakap tak. Jangan cakap tak. Tak baik menipu. Haaaaa.

Yes, ini adalah favourite picture buat masa ini. Gambar Abang Belang tengah senyum simpul entah pandang apa. Gambar ni, Mak Ngah Nashriq yang tag aku kat Facebook. Terasa indah je bila tengok muka anak senyum-senyum kan?

To be honest, masa Nashriq masa mula-mula lahir dulu dan everyone keep saying that muka Nashriq 100% muka Ayah dia, aku ada macam frust sikit. Yelah, penat wooo bawak perut sana sini tapi Ayah dia yang dapat muka. Tapi lama-lama cam okeh jelah kot. Bagus jugak muka cam Ayah dia. Kang muka cam orang lain kang jadi kontroversi pulak. Heeeee. :))

Hari demi hari. Minggu demi minggu. Bulan demi bulan. Lama kelamaan muka Nashriq ni berubah. Sampailah sekarang, terkeluar muka Aishah Rahim waktu kecik. SERUPA. Sebab Nashriq ni ada iras perempuan sikit. Dengan mata membulat dan bulu mata lentik yang dirembat dari Ayah dia. Kiranya, mata dan bulu mata jelah Ayah punya. Bentuk muka, bentuk badan, hidung dan lain-lain ikut Mama. Echeh ayat tak nak kalah.

Heeee. Sebenarnya tak kisah pon rupa ikut siapa. Yang penting Nashriq sihat, kuat dan cergas macam iklan Milo. Okeh sayang?

P/S : Happy 8 months old, baby. Cepat sangat masa berlalu. :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

10 Days Picture Challenge.

Aku ni boleh dikategorikan manusia yang mudah terpengaruh. Nampak orang buat gini, aku ikut. Nampak orang buat gitu, aku pon nak ikut gak. Esok-esok orang terjun lombong pon aku ikut. Heeeeeee. :p

Dan atas dasar mudah terpengaruh itu, maka aku pon nak ikut buat 10 Days Picture Challenge ni. *Padahal 30 Days Quest pon tersangkut di tengah jalan*. Mari kita tengok apa yang perlu di-entrykan.

Day 1 - Your Facebook profile photo.
Day 2 - A photo of yourself a year ago.
Day 3 - A photo of someone you love.
Day 4 - A photo that makes you happy.
Day 5 - A photo of you making a funny face.
Day 6 - A photo of a former crush.
Day 7 - A photo of you and your best friend.
Day 8 - Your most recent photo of you.
Day 9 - A photo of you have taken.
Day 10 - A photo that makes you laugh.

Nampak mudah kan? Entry pertama bermula kejap lagi. Yow!

P/S : Cubaan menggunakan allign Justify. Ewah, sungguh skema hari ini. :))


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, April 20, 2011

Wordless Wednesday : Ketika Masih Berdua.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015