Aishah Rahim's Diary

Thursday, October 6, 2011

Kelajuan Blog Anda.

Pagi ni sampai office, sempat buat sesi jalan-jalan cuci mata kat blog list. Menyinggah lah aku kejap ke blog adik manis Puan Reen. Satu info yang bagus bila beliau berkongsi ilmu bagaimana untuk kita menimbang kelajuan loading sesebuah website. Marilah, tengok apa hasilnya bila aku timbang kelajuan berat blog aku ni ha.


Over 100 means berat lah ek?

Apa benda yang nak kena buang ni? T__T



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, October 5, 2011

Nashriq & G6PD.

Rasanya, aku memang tak pernah cerita pon dalam blog pasal ni kan? Yes, Nashriq telah dikesan menghidap G6PD Deficiency atau kekurangan G6PD sejak lahir. Kami mula tahu pon bila Nashriq kena warded due to Jaundice pada hari ketiga kelahiran beliau. Agaknya, kalau Nashriq tak warded, kami memang tak akan tahu sampai bila-bila.

Apakah G6PD?

Klik untuk tumbesaran. Echeh.

Apakah perasaan kami ketika tahu dulu?

Actually, yang pertama tahu tentulah Wahid. Aku kat dalam wad bersama Nashriq sebab sibuk breastfeed semua nak kasi Jaundice dia turun. Doktor call henpon Wahid suruh datang ke hospital segera sebab ada perkara urgent yang perlu dibincangkan. Tapi, sampai sekarang aku tak puas hati dengan doktor pelatih yang call Wahid tu. Ada ke dia cakap macam gini, "Datang hospital cepat eh? Anak awak ni TAK NORMAL". Orang tu sebagai Ayah tentulah jadi kelam kabut hati bimbang bila dengar macam gitu. Sampai menangis suami I tau? Patut kena saman doktor pelatih macam gitu. Ehek.

Bila sampai hospital, Wahid terus jumpa aku dan beritahu apa yang doktor cakap dalam phone tadi. I was all surprised lah. Menangis jangan cakap lah. Masa tu memang dalam hati asyik bertanya, "Why me? Why my son?". Siap Wahid tarik duduk luar wad dan berjujuranlah airmata menangis mengenangkan anak yang kononnya 'tak normal' tadi. Siot punya doktor. Kalau aku jumpa lagi, memang sah kena sound. Echeh macam berani.

Tiba masa berjumpa doktor pakar, kami diterangkan tentang simptom-simptom kekurangan G6PD ni. It's not bad as we expected. Ianya cuma sejenis alahan pada bahan-bahan, bau-bauan dan makanan tertentu. Takdelah sampai membawa kepada kemudaratan yang melampau-lampau. Nashriq still boleh hidup macam budak lain (Alhamdulillah), cuma dia tak boleh terdedah kepada sesetengah perkara.

Perkara apakah yang perlu dielakkan?

Klik untuk tumbesaran sekali lagi. :D

Kami diterangkan secara panjang lebar. Apa yang boleh makan. Apa yang tak boleh dimakan. Apa yang boleh bau. Apa yang tak boleh bau. Sampai satu tahap, kami rasa lega sebab tengok kat beberapa baby cot yang lain pon ada tag G6PD Dificiency. Aku tanya doktor, penyakit ni normal ke? And he answered me with, "Yes!". Nothing to worry katanya. Just elakkan perkara-perkara yang dia sebutkan tadi and Nashriq will be okay. :)

Start from that lah yang Wahid balik rumah terus buat projek membuang segala benda herba, minyak urut siap bukak cadar dan salin sarung bantal sebab ada bau-bau minyak urut aku melekat kat serata bilik. Sampai pek Jamu Sebelum Bersalin pon selamat masuk tong sampah. Dahlah tak sempat makan. Bukak pon belum. Punyalah dia risau kot anak dia terbau bauan herba dan mendatangkan mudarat.

Oh ya. Satu benda yang paling aku ingat doktor tu cakap, sekiranya Nashriq terbau atau termakan perkara-perkara yang dilarang itu, Nashriq akan menjadi seorang kanak-kanak pasif dan duduk diam termenung aje. Itulah benda yang paling kami takuti sampai sekarang. Sampaikan kami anti benar dengan Minyak Yuyi Cap Limau sebab doktor asyik sebut benda tu berkali-kali tak boleh dipakaikan ke Nashriq. Sudahnya, dari kecik sampai ke sekarang ni, Nashriq depends on Vicks semata.

TETAPI, baru-baru ni aku ada buat eksperimen ke Nashriq. Aku try pakaikan Nashriq Minyak Yuyi tu. Tapi tak ada apa-apa effect pon. Dia still active macam biasa suka gelak berjoget-joget. Kami pon pelik. Pastu try pulak kasi Tempeyek (ada kacang tanah), tengok slumber aje dia makan takde pulak pasif atau duduk termenung seorang diri. Haritu dia bau ubat gegat pon, takde pape jadi kat dia. Aku macam confius lah jugak. Betul ke ujian darah yang doktor tu buat dulu?

Rupanya, both of us sudah lupa yang doktor suruh repeat blood test bila Nashriq dah masuk 6 months above. Mereka nak reconfirm balik sama ada betul ke Nashriq ada G6PD Dificiency tu. Entah macam mana kami boleh lupa. Memang sama-sama salah lah kami berdua ni. Nak pergi dalam waktu terdekat ni memang tidaklah pasal dengan keadaan aku cenggini. So better wait after aku deliver atau diamkan sahaja anggap yang Nashriq normal sebab there's no effect to those things yang doktor sudah list up. Kan?

Harapnya, blood test yang pertama tu dulu silap dan Nashriq memang tak ada langsung masalah kekurangan G6PD. Tapi kalau ada pon, there's no big things to worry sebab kelihatannya Nashriq tak ada tindak balas negatif terhadap barang-barang larangan tadi. Insya-Allah.

P/S : Kenapa kejap 'saya', kejap 'aku' ni?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Open To Readers, BACK.

Sebenarnya tak ada benda nak private pon. Saje-saje buat renovation blog dan terlupa nak open to readers semula. Busy benar sampai terlupa nak tukar setting. Echeh.

Now, it's opened with new header picture. :)

Ayah, Mama, Nashrah, Nashriq dan N____.

I'm loving it. Parapapapap!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, October 4, 2011

Tebus.

Saya ada beberapa perkara yang hendak ditebus untuk kelahiran baby kali ini. Bila difikirkan balik, banyak perkara yang harus dibaiki dari segi persediaan emosi zahir batin sewaktu melahirkan Nashriq dulu. Let me list up supaya saya boleh baca balik bila emosi saya down nanti. Echeh.

1. Saya nak rileks dan tenang-tenang sahaja di dalam Labor Room nanti (harapnya!). Saya tak berapa tenang sewaktu melahirkan Nashriq dulu. Saya bergolek kiri kanan dan asyik merayu minta painkiller kepada nurse. Keadaan saya sungguh berpeluh-peluh dan asyik fikir nak operate sebab tak tahan sakit. Kali ni, saya betul-betul nak rileks. Walau saya tahu ianya memang agak mustahil! :D

2. Saya nak kuatkan semangat untuk bangun, duduk dan breastfeed baby for the first time nanti. Saya nak lawan sakit kena jahit kat bawah tu. Back to Nashriq's time, saya memang tak larat sungguh nak bangun dan duduk. Nurse kena bawak Nashriq dan saya menyusukan dia dalam keadaan mengiring - which is sangat seksa sebab Nashriq baru nak belajar latching. Saya hampir putus harap kat situ. T__T

3. Saya juga nak kuatkan semangat waktu malam pertama bersama baby nanti. Masa Nashriq dulu (kesian Nashriq asyik jadi contoh), saya memang collapse tak boleh bangun. Kepala senoneng tak boleh berjalan. Sampai segala aktiviti menyalin baju bla bla bla pon dijalankan di atas katil oleh nurse bertugas. Airmata saya jatuh bila Nashriq menangis dalam baby cot dan saya tak larat nak bangun untuk capai dia dan tengok apa masalahnya. Pengalaman saya memang zero betul waktu itu. Pampers Nashriq penuh saya tak tukar. Nashriq menangis saya asyik suakan breast. Serius, bab ini lah yang paling-paling saya nak tebus. Saya nak buat yang terbaik sebab saya dah kutip sedikit sebanyak pengalaman sepanjang 1 tahun bersama Nashriq kini. :)

4. Untuk permulaan, saya mahu target SEMINGGU EXCLUSIVELY BREASTFEEDING. Sebab masa Nashriq dulu, saya kecundang di hari yang ketiga bila Emak dah suapkan air masak ke dalam mulut Nashriq waktu saya sedang berurut. Apa yang boleh saya lakukan nanti ialah dengan mengepam awal sebelum sesi berurut bermula. Tinggalkan stok dalam 2oz dan minta Emak atau Wahid suapkan ke mulut baby menggunakan cup atau sudu. "No bottle for the first 50 days" - Kata Kak Farah Farhan Fattah sewaktu kami bersua muka di Mom and Baby Expo baru-baru ini. Insya-Allah, target exclusive untuk seminggu dulu. Then double up week by week and month by month.

5. Kalaulah ditakdirkan baby kali ni pon kena jaundice and have to warded duduk bawah lampu macam Nashriq dulu, saya akan pastikan yang saya duduk bersama dengan baby 24 jam dan berikan susu ibu sekerap yang mungkin. Kesilapan saya yang lalu ialah bila saya turun naik ward dan membiarkan Nashriq di bawah jagaan nurse. So, bila dia menangis, nurse akan terus suapkan FM walau hakikatnya saya telah meninggalkan EBM dalam warmer ward. This is also one of the reason kenapa saya asyik fikir yang saya gagal dalam perjalanan susu ibu saya.

6. Saya nak berpantang sungguh-sungguh kali ini. Masa Nashrah, saya pantang main-main. Ada makan ubat, tapi tak habis. Ada minum air akar kayu, tapi sampai setengah saya buang dalam sinki. Ada berurut, tapi saya singkatkan hari. Masa Nashriq lagilah teruk. Saya ada berurut tapi cuma sempat 2 hari sebab hari ketiga berurut tu, Nashriq sudah diarah masuk ward due to jaundice. Bab ubat pulak, saya memang LANGSUNG TAK MAKAN UBAT DAN MINUM AIR AKAR KAYU sebab Nashriq telah di suspect menghidap G6PD so tak boleh bau-bauan herba. Semua minyak-minyak urut dan ubat-ubatan herba yang sudah disedia beli terbuang begitu sahaja. Memang ralat sangat waktu tu. Tapi bila fikir untuk kebaikan anak, so we decide to clear our room dari bau-bau herba. Sebab tu untuk baby kali ni saya berharap yang saya boleh disiplin berpantang. Badan ni memang dah terasa tak kuat dan sakit-sakit sebab berpantang koboi haritu. Padanlah dengan muka aku. Teheee.

7. Saya memang betul-betul kena kuatkan mental dan fizikal kali ini. Saya tak mahu lagi menangis meraung bila baby menangis. Teruk betul bila diingatkan perangai saya dulu. Buruk beno saya menangis sama kuat dengan Nashriq sambil jerit-jerit suruh Nashriq diam. "Diamlah Nashriq!! Diam!! Mama penat ni!!" :D - Saya nak jadi kuat. Saya nak cuba selesaikan dan menenangkan anak saya dengan sendiri. Saya tahu saya boleh. Sebab saya dah belajar dari Nashriq. :)

8. Lastly, saya akan cari babysitter yang sanggup uruskan dan kendalikan susu ibu. Saya tahu ianya memang susah. Tak semua orang sanggup belajar perkara yang remeh begini. Tapi saya kena usaha selagi boleh. Saya pernah gagal sekali dan saya takut untuk gagal buat kali kedua. Saya HENDAK berikan susu ibu selama yang boleh. Semoga Allah permudahkan jalan bagi saya kali ini. Amin.

P/S : Senang aje buat entry pakai point-point sekarang :D



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, October 3, 2011

Bebelan Rawak.

1. Keadaan kesihatan saya memang sangat-sangat mendukacitakan. Hidung tersumbat, tekak perit, badan sakit, punggung sengal, jalan perlahan, nak bangun dari duduk pon payah, tangan lenguh dan jiwa tidak tenteram. Ini termasuklah pakej tidak sedap hati, tak sabar nak bersalin dan memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak diingini menjelang kurang 10 minggu lagi nak bersalin. Oih, sungguh seram!

2. Saya akan berpindah ke rumah kuarters kerajaan (Kompleks Institusi Pendidikan, Seri Larkin) bulan depan. Kenapa bulan depan? Bukankah saya sedang sarat sekarang? Iye, ini adalah kerana memikirkan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi apabila sudah ada dua bayi nanti. Seorang yang sedang melasak, dan seorang lagi memerlukan perhatian lebih tidak berbelah bahagi. Jadi, lebih baik berpindah sekarang dan kemas apa yang patut. Rumah berkenaan sudah siap dicuci dan proses mengecat sudah berjalan separuh. Tinggal sikit lagi di beberapa bahagian. Barang kat rumah sewa sekarang pon dah siap packing yang kecil-kecil. Tinggal nak angkut dan sewa lori untuk barang yang besar. Harap dipermudahkan segalanya.

3. Kerja kat office pon seperti tidak habis-habis. Khamis yang lepas saya MC sebab keadaan diri seperti yang diterangkan di atas - refer point 1. Jumaat pulak saya cuti sebab Nashriq demam panas. Nak OT hari Sabtu dan Ahad adalah sangat-sangat mustahil kerana sekarang kami sibuk menguruskan urusan berpindah rumah. Niat di hati kononnya nak ambil cuti bersalin 90 hari (jika diizikan Ketua Jabatan). Tapi nampak gayanya macam tak ada harapan. :(

4. Anas Nashriq sudah pandai berjalan. Laju aje ke hulu hilir. To be exact, dia dah boleh berjalan masa berumur 1 tahun 1 bulan. Sangat seronok bila melihat anak sudah meningkat ke satu tahap yang lain. Tapi dalam hati sentiasa istighfar juga sebab nak kena double up energy nak mengejar. Makin manja, makin penyayang, makin pandai tunjuk perasaan dan makin menggeramkan. Oh, I love you so much, Anas Nashriq! Awak akan jadi Abang lagi beberapa minggu dari sekarang! :)

4. Gender bayi di dalam sini sudah diketahui (Insya-Allah). Kami suami isteri menerima sahaja dengan hati terbuka dan gembira. Beratnya kini sudah 1.5kg dan semuanya dalam keadaan sihat, Alhamdulillah. Barang-barang persiapan Mama dan bayi sudah completely done. Semuanya sudah dilonggok satu corner tinggal diangkut sekali masa nak pindah nanti. Err, nama bayi juga sudah ada. Sekarang ni, kami panggil beliau (An__ N_____). HAHAHAHA. Mestilah kena blank. Kang tak surprise pulak. :D

5. Mintak maaf banyak-banyak kepada yang mengadakan Jamuan Hari Raya, Majlis Hari Jadi dan Majlis Kahwin tapi hakikatnya kami memang tak dapat hadir. Point ini ditujukan khas kepada Yanti, Dayu, Afni dan kawan-kawan lain yang menjemput. Bukan tak sudi nak hadir, tapi masalah kesihatan (point 1) dan urusan berpindah rumah (point 2) adalah kekangan paling utama sekarang ini. Terima kasih atas jemputan semua. Sorry ye tak dapat hadir. :(

6. Sekarang memang agak terputus dengan dunia maya. Macam lost sekejap tak tahu apa. Bukak Facebook dan view sikit-sikit. Bukak Twitter dan baca apa yang patut. Lepastu terus tak ada apa dah. Blogwalking pon sekejap-sekejap tanpa log in account. Pastu bila nak komen, malas nak log in. Memang bagus betul perangai MALAS sekarang ini. Kawan-kawan datang komen blog pon tak reti nak balas. Hoih laaa. :(

7. Baca kat Twitter yang ramai babies tak sihat this past few days. Samalah macam Anas Nashriq. Last Thursday, dia punya temperature meningkat sampai 40. Sungguh panas dan kami kelam kabut jerlum kepala dia dengan air asam. Ubat demam pulak out of stock kat rumah. Itu yang kelam kabut amik EL on Friday dan bawa dia ke hospital. Sampai hospital terus amik darah sebab doktor suspect Denggi. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius. Doktor kasi ubat, pastu bawa dia pergi berurut terus ok dah. Mungkin tersilap urat kot. Sibuk sangat mengukur kawasan ke hulu ke hilir.

8. Ada juga baca kat Twitter beberapa rakan yang sedang tak sihat sampai kena admit ward. Err, point yang ini refer kepada Puan Hannah Johary. Kesian dia. Harap-harap dia cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. Ada keep in touch with her dalam Twitter haritu. Tapi itu pon tak dapat berlama sebab saya sekarang pon macam dah tak kawan sangat dengan Blackberry. Itulah, masa dulu sibuk sangat nak beli. Sekarang dah ada buat tak nampak pulak.

9. Ada juga baca kat Ukhwah Blogger Group yang ramai kawan telah tukar URL blog. Tapi seriously memang takleh catch up dah. As I mentioned before, bukak blog tak log in account, then bila nak edit blog list malas nak log in. Last-last, tersadai macam gitu aje. Sorry again kalau banyak tertinggal cerita korang. Nanti bila dah free sikit (kerja office selesai, hal pindah selesai, dan dah selamat bersalin), saya catch up balik ye? Insya-Allah.

10. Maaflah sebab entry kali ni macam carca marba sangat. Main compile dan taip aje semua benda yang terlintas dalam kepala. Actually, memang banyak sangat benda nak share in details macam biasa. Tapi rasanya bukan dalam waktu terdekat ini. Sorry guys.

11. My currently desktop background. Suka sangat rambut dan mata dia. Menawan! :)

Kris Chempaka
Sumber gambar dari Google




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015