Aishah Rahim's Diary

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya.

Gambar ulang tayang.
Aidilfitri 2010. :)

Maafkan segala salah dan khilaf. Ampunkan tiap kekasaran bahasa. Halalkan makan dan minum. Moga kita dipanjangkan umur untuk berjumpa lagi dengan Ramadan Mubarak yang akan datang. Amin.

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. :)

P/S : Nanti aku upload gambar Aidilfitri 2011 ye?

P/S Lagi : Aku nak mohon maaf jugak sebab tak sempat update entry Projek Hari Raya #3. Lagipon dah nak raya ni kan? Mana dan nak cerita persiapan bagai. Lagi 3 hari nak Raya woi! :D



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, August 25, 2011

Happy One, Anas Nashriq!

Malangnya, saya tak ada entry bunga-bunga indah bahasa untuk di dedikasikan buat anakanda tercinta. Sudah dua hari saya emergency leave duduk rumah sebab keadaan kesihatan Nashriq yang tidak mengizinkan.

Mulai hari Isnin (22 Ogos 2011) yang lepas, badan Nashriq dah mula panas. On and off. Balik dari kerja, saya bawa dia ke klinik berdekatan lagi setengah jam waktu nak berbuka. Bayangkan betapa terdesaknya saya waktu itu? Keadaannya memang panas betul. Muka Nashriq merah padam dan asyik merengek. Bila diagah dan diajak berbual, langsung boo layan.

Doktor bagi ubat masuk bont*t dan Alhamdulillah panasnya turun serta merta. Berbekalkan beberapa ubat lain, saya yang ditemani kakak dan abang (Wahid tak ada sebab kerja petang), kami pulang dan berbuka pada jam 7.45 petang. Kedengaran sadis kan? Tapi, tak apa lah. Demimu anak.

Oh ya, masa ni doktor kata Nashriq ada Tonsil dan ianya hampir menutup anak tekaknya. Sebab tu Nashriq langsung tak mahu makan dan refuse susu. Dan sebab itu juga, badan dia panas. Sakit lah tekak tu agaknya kot. Ermmm.

Hari Selasa (23 Ogos 2011), saya ke tempat kerja seperti biasa. Telefon Emak di rumah dan Emak khabarkan yang suhu badan Nashriq masih on and off. Saya dah mula risau. Nak balik, kerja masih banyak pula. Saya tabahkan juga hati sedangkan di dalam sini hanya Tuhan yang tahu. Saya tahu anak saya seorang yang happy boy. Tapi bila dia tak sihat macam gini, kita satu rumah boleh risau. :(

Hari Rabu (24 Ogos 2011), saya ada check up di Klinik Kesihatan Kempas dan kena minum air gula. Saya bercadang untuk balik rumah dulu, salin baju dan baru ke tempat kerja. Wahid temankan saya sepanjang berada di klinik. Balik rumah, Emak mengadu yang dada Nashriq berbunyi kuat. Semacam ada kahak. Tido pon tak lena sebab dia asyik terbatuk-batuk. Saya pandang Wahid dan kami mati akal. Saya tak tahu apa yang patut kami buat. Akhirnya, kami buat keputusan untuk bawa Nashriq ke klinik yang ada perkhidmatan Nebulizer. Cari punya cari, akhirnya kami singgah di klinik Bio-Sucinas, Bandar Baru Uda.

Jumpa doktor dan doktor pon kata dada Nashriq berbunyi sangat kuat. Doktor consult Nebulizer dan merasalah kami bagaimana sayunya memegang anak yang menangis meronta-ronta tak mahu sedut gas. Kesian sangat! Sampai tak bermaya dah Nashriq menangis. Keluar dari bilik rawatan, saya termenung dan menangis. Mesti Nashriq fikir kami ni kejam. Tapi what to do sayang? Kami nak Nashriq sihat. Macam selalu.

Balik dari klinik, kelihatan semuanya ok. Dada dah tak berbunyi. Demam sudah tiada. Aktif macam biasa dan boleh main-main dengan sepupu sepapat. Legalah sikit hati ni nak pergi kerja esok (hari ini). Lagipon dah nak birthday dia ni kan. Harap-harap tak ada lagi sakit-sakit.

My expectation nampaknya meleset. Pagi tadi bangun sahur, dada Nashriq berbunyi lagi. Wahid wish Happy Birthday to him tapi saya tak sampai hati. Saya tengok bagaimana lelahnya dia nak bernafas. Kruuuk kraaaak bunyi nafas dia. Hembus dan hela nafas pon susah. Saya mati akal lagi. Kesian anak Mama sakit-sakit on his 1st birthday. :(

Pukul 6.30 pagi ni tadi, saya bangun untuk bersiap nak pergi kerja. Tapi saya dengar nafas Nashriq kuat betul. Dia merengek-rengek sebab sukar nak bernafas agaknya. Takkan nak pergi kerja jugak dengan keadaan anak macam gini? Saya tekad untuk emergency leave lagi. Saya tahu yang saya akan dikecam sebagai pekerja yang manjakan anak atau pekerja yang kerap cuti. Tapi saya betul-betul tak sampai hati nak pergi kerja dengan keadaan Nashriq macam gini. I really don't.

Saya terus bangun ke dapur dan capai rice cooker. Saya isi mangkuk nasi dengan separuh air. Saya letak garam halus (it supposed garam kasar @ batu kot) dan saya korek vicks separuh botol masuk dalam air tu. On kan rice cooker dan biarkan dia panas mendidih. Saya kelihatan kejam lagi bila sanggup buat pekak anak meraung minta lepas bila saya buat rawatan stim tadi. Tapi apa pilihan yang saya ada? Saya nak anak saya sihat. Saya nak semuanya berjalan seperti biasa. Wahid pon tak ada pilihan lain. Jadi kami tekad buat rawatan stim ni jika itu yang terbaik buat Nashriq.

Amazingly, sekarang Nashriq tengah tidur dengan lena tanpa bunyi kruukk krakkk tadi. Saya tahu dia lega. Ahhh, baru rasa tenang dan boleh wish him Happy Birthday walau hakikatnya dia tak dengar sebab tengah tidur. Kang bangun, kena buat lagi rawatan stim tu. Biar 4 jam sekali pon tak apa. Asalkan kahak-kahak tu semua boleh pergi jauh-jauh tak ganggu anak saya lagi.

Oh sorry sayang Nashriq. Mama dah plan nak buat entry bunga-bunga untuk awak sempena your 1st birthday. Tapi nampak gayanya, entry begini pula yang publish.

Anyway, sempena birthday Nashriq yang pertama ni, Mama doakan semoga Allah berikan kesihatan yang baik-baik buat anakanda Mama ini. Semoga Nashriq dipanjangkan umur dan diberikan umur-umur yang berkualiti untuk berbakti pada Agama dan bangsa. Jadilah anak yang soleh serta hormat orang tua. Mama dan Ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk Nashriq.

You will always be my baby, Abang Nashriq :)

P/S : Sorrylah entry tunggang terbalik. Update pakai BB memang terasa payah sikit. Kena korek ilmu banyak sikit nampaknya. :)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, August 23, 2011

Projek Hari Raya #2.

Hari Raya tahun ni, memang agak sibuk sikit memandangkan tahun lepas aku telah bersenang lenang duduk berpantang kelek anak 24 jam. Jadi tahun ini, banyak perkara yang harus ditebus sebab nak rasa lebih raya. Iyelah, sudah 2 tahun aku beraya macam tak raya. Bermula dengan tahun 2009 (tragedi Nashrah) dan membawa tahun 2010 (kelahiran Nashriq). Jadi tahun ni kena over excited sikit. Echeh.

21.08.2011 (Ahad) - Pagi

Berpeluang tidur semula selepas bersahur dan tunaikan kewajipan. Penat sangat agaknya semalam bertungkus lumus mengerjakan rumah. Nashriq pon tidur tak menyadar, memang pucuk dicita ulam mendatanglah buat si Mama dan Ayah. :D

Bangun pada jam 8.00 pagi terus keluar bilik. Tengok Emak tengah buat adunan doh Kuih Tart Nenas. Yeah, kuih wajib rumah kami zaman berzaman. Inilah baru raya kan? Rumah berbau kuih dibakar bersama lagu raya yang berkumandang sana sini. Sangat feel raya okeh. :D

Aku terus mandi dan bersiap. Ada satu tanggungjawab penting yang harus disudahkan pagi ini. Perkara yang terlalu lama sangat bertangguh dan aku menanti saat ini sekian lama. Erm, aku akan ke pusara Arwah Abah dan Nashrah pagi ini. Ye, pagi ini. Tak sabar rasanya. Tapi dalam masa yang sama, jantung aku berdegup kencang. Semua perasaan bercampur baur. Rindu, sayu, sedih, gembira. Entah.

Selesai aku mandi, Wahid dan Emak pon turut bersiap. Aku pon capai Nashriq yang kebetulan dah bangun tu dan terus mandikan dia. Nashriq tak boleh ikut ke kubur sebab Emak tak kasi. Jadi, kami akan tinggalkan budak kecik tu dengan Kak Ngah yang kebetulan memang ada kat rumah Emak untuk projek Tart Nenas tu tadi. Lagipon kami pergi tak lama. Kejap aje. So takdelah Nashriq mengganggu sangat projek Tart Nenas diorang tu.

Tepat 9.30 pagi, kami bergerak dua kereta ke Tanah Perkuburan Mahmoodiah. Aku dan Wahid satu kereta. Abang De dan Emak satu kereta. Kami terus menuju ke kedai pembikinan kepuk pusara di hadapan tanah perkuburan berkenaan. Dah lama sangat dah kami berniat nak buat kepuk untuk Nashrah, tapi asyik bertangguh. Jadi memandangkan 1 Syawal ini genap 2 tahun pemergian beliau, kami rasakan inilah waktu yang sesuai.

Sesi perbincangan pemasangan kepuk dijalankan oleh Wahid dan Abang De bersama pakcik pembuat kepuk itu. Aku dan Emak tak turun sebab nampak tak manislah kan orang perempuan sibuk-sibuk kat situ. Pakcik tu kata, kalau nak buat kepuk kena ambil masa dan tak boleh siap sebelum Hari Raya ni. Iyelah, kubur bayi tidak cukup bulan kecik sahaja. Kepuk yang sudah ready made semua saiz orang dewasa. Jadi kena tempah khas untuk Nashrah. Kata pakcik tu lagi, kalau nak sebelum raya, dia boleh buatkan tile. Lagi cepat katanya. So Abang De dan Wahid buat keputusan untuk bincang dulu. Kami pon bergerak masuk ke kawasan tanah perkuburan.

"Assalammualaikum, Ya Ahli Kubur".

Perasaan waktu ini memang tak tahu nak gambar macam mana. Rasa tak sabar sangat-sangat. Tak sabar nak tengok pusara kecil yang aku tak pernah bayangkan sekecil mana tempatnya. Bila Abang De dan Wahid dah parking nak turun, aku selawat banyak-banyak supaya dikuatkan semangat aku yang nipis itu. Berdoa juga dalam hati agar segala yang baik dan terpelihara untuk bayi dalam kandungan ini. Amin.

Kami menapak turun bukit ke arah pusara Arwah Abah dan Nashrah. Ahh, rindu sangat suasana hening begitu. Suasana tenang. Sunyi dan damai. Kelihatan banyak keluarga juga yang datang membersihkan pusara ahli keluarga mereka. Hampir nak raya kan. Tentulah ziarah menziarah pusara menjadi satu kewajipan.

Sampai pusara Arwah Abah.... Rindu.

Aku jenguk kepala ke sebelah pusara Abah. Ya Allah, kecik sungguh. Aku kira, tak sampai panjang lengan aku kot. Aku duduk di sebelah pusara kecil itu. Aku cabut rumput-rumput kecil yang mula tumbuh. Kata Emak, sebelum longkang besar menuju ke Pusara Abah dan Nashrah tu dibina, kerap kali kubur Nashrah terkambus. Bila hujan, air akan turun dari atas bukit dan kubur Nashrah akan tenggelam. Pusara Arwah Abah yang ada kepuk pon pernah terkambus sampai Abang De dan Abang Long kena cungkil semula kepuk bawa ke atas. Menangis bila kenangkan pusara Nashrah. "Mama senang lenang duduk atas dunia. Nashrah yang tinggal, Mama tak ingat".

Ahhhh.

Nasib baik jugaklah telah dibina satu longkang besar sebagai saluran air. Kalau hujan lebat turun pon, takkan membawa turun ke bawah bukit sini. Aku pandang Wahid. Nampak gaya, memang kena teruskan juga niat memasang tile untuk pusara Nashrah. Nak tunggu buat kepuk, kena bertangguh lagi. Kesian Nashrah. Kesian anak Mama. Kesian anak Ayah. Airmata menitis laju.

Aku cabut juga rumput di pusara Arwah Abah. Terlalu rindu aku pada insan tercinta ini. Airmata ini bagai tak boleh berhenti. Rindunya hanya Tuhan yang tahu. Aku duduk pada satu batu dan termenung merenung dua pusara insan tercinta ini. Aku tekup mulut sambil berdoa. Airmata masih lagi laju. Haih, terlalu murah airmata aku pagi ini.

Kami bergerak untuk pulang. Emak kata, Isnin depan, sehari sebelum raya akan datang lagi. Aku pon rasa nak datang lagi. Nak jumpa Arwah Abah dan Nashrah sebelum berhari raya. Tentu mereka tunggu aku datang. "Mesti Nashrah tunggu Mama datang kan sayang?".

T_____T

Sampai ke kereta, aku katakan pada Emak yang aku nak go for tile sahaja. Aku tak mahu bertangguh lagi nak tunggu kepuk. Lama sangat dah aku bertangguh selama ni. Aku rasa, inilah waktu yang sesuai. Untuk Nashrah. Untuk kesayangan mama yang 'Melapangkan Dada'.

Kami patah balik semula ke tempat pembikinan kepuk tadi. Wahid turun dan confirm memasang tile berwarna fully putih. Tak nak warna lain. Tak nak warna warni. Tak nak. Untuk anak Mama, biar warna putih. Wahid panggil aku turun untuk berikan maklumat-maklumat yang pakcik tu mahukan.

"Nur Anis Nashrah binti Abdul Wahid - 9 Oktober 2009"

Aku nampak pekerja pakcik tu sedang mengecat kepuk. Aku tanyakan pada dia, ada amik upah cat kepuk ke? Dia kata ada. Aku tanya lagi, bila anggaran boleh siap? Dia jawab, kalau confirm cepat, sebelum raya dah boleh siap. Terus aku teringat kepuk pusara Arwah Abah. Dah lama sangat kepuk tu. Hampir 9 tahun. Kami yang hidup boleh tukar baju bajan cantik-cantik dan mahal-mahal untuk raya. Takkan nak upah cat kepuk Arwah Abah tak boleh?

Aku naik ke kereta dan jumpa Emak. Tanya nak cat kepuk Arwah Abah tak? Emak termenung. Aku nampak airmata Emak dah bergenang. Aku faham perasaan Emak. Aku turun semula ke tempat pakcik tadi dan confirmkan upah cat kepuk Arwah Abah. Aku pilih warna putih jugak. Warna yang suci bagi aku. Lebih tenang mata memandang.

Nashrah,

Mama tak sempat jumpa Nashrah. Mama tak sempat buat apa-apa untuk Nashrah. Mama dan Ayah buatkan kepuk tile ini supaya pusara Nashrah tak hilang lagi. Kami tak nak kenangan Nashrah hilang.

Raya ni, genap 2 tahun Nashrah pergi. Tapi bagi kami, ianya bagaikan semalam. Segalanya masih segar dalam ingatan Mama dan Ayah. Mama tak dapat tahan airmata bila kenangkan saat kita bersama. Mama tahu, Ayah pon sedih sangat. Ayah diam je sepanjang kat kubur Nashrah. Nashrah tau kami datang kan sayang? Nashrah tau kan kami ni Ibu Ayah Nashrah?

Rindu kami pada kamu, Nur Anis Nashrah.

Abah,

Ayang tak tahu macam mana nak kata. Abah dan Emak adalah kekuatan Ayang dunia akhirat. Ayang rindukan Abah sangat-sangat. Ayang sentiasa doakan keadaan Abah yang baik-baik sahaja di sana. Ayang doakan Abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan diredhai Allah. Ayang rindu Abah sangat. Terlalu rindu....

P/S : Projek Hari Raya #3 di lain entry.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, August 22, 2011

Projek Hari Raya #1.

Mempunyai rumah sendiri bermaksud, kau kena ada nafsu nak hias dan tengok rumah cantik. As for me, aku memanglah seorang yang konon-konon macam perfectionist tapi tak berapa nak menjadi. Siap ada satu buku nota tulis apa yang nak buat pada hujung minggu. Nak setel apa? Nak cabut apa? Nak basuh apa? Ahh, Wahid naik pening sampai dia kata, "Nak cabut cadar dan basuh pon tulis dalam buku nota?". Ye, itulah aku.

20.08.2011 (Sabtu)

Bangun sahur pada jam 5.00 pagi. Makan-makan dan kemas dapur serba sedikit. Kemudian, mandi dan tunaikan kewajipan. Belek-belek buku nota dan terus mula dengan bilik belakang. Cabut langsir, cabut cadar dan bawa turun bawah humban dalam mesin basuh. Running washing machine dan berlari lagi ke atas untuk makeover bilik belakang supaya nampak fresh. Hahahaha. Ayat kau nak macam Eric Leong kan?

Alih beberapa perabot supaya nampak lapang dan senang Solat. Alih itu, alih ini. Lap *robok-robok yang berabuk. Simpan barang mana yang tak pakai. Humban mana yang tak berguna. Belek kotak barang-barang newborn Nashriq dulu, errr baik simpan dulu atas robok. Nanti dah 7 months above baru boleh turunkan balik. Capai vakum dan mula menghapuskan habuk-habuk yang bermaharajalela kat atas karpet bilik itu.

Setel dan lega. :)

Misi mengusahakan bilik depan pulak. Tapi kena pelan-pelan sebab Nashriq dan Wahid masih tidur. Cabut cadar, pelan-pelan. Syuhhhhh. Cabut sarung bantal, pelan-pelan. Syuhhhh. Susun bantal atas katil, elok-elok. Syuhhhh. Capai bantal atas kepala Wahid sebab nak buka sarung, pelan-pelan. Syuhhhh. Kejap lagi si kecik tu, "Hekkkkkkkk!" Memang aku dah dapat bayang dah buat kerja dengan si kecik ni dah celik mata. Wahid jegil mata kat aku. Aku menyeringai senyum. Terus blah cepat-cepat bawak cadar dan sarung bantal tadi semua turun bawah tunggu turn nak basuh. Nashriq biar Ayah jaga. Kekekeke.

Bila Wahid dan Nashriq dah bangun, tak payah nak slow motion sangat. Teruslah aku minta anak beranak tu bangun dan beredar dari bilik itu dengan segera sebab aku nak bertungkus lumus setelkan bilik depan tu pulak. Wahid nak tolong, tapi aku tak kasi sebab aku ni berlagak macam perfect sangat. Semua benda nak buat sendiri. Kalau dia tolong nanti, ada je benda yang aku buat / betulkan balik. Hahaha. Nampak macam kejam tak percaya suami kan? Tapi nak buat camno? Dah perangai aku cenggini dari dulu. Dia pon dah faham sangat dah.

Bukak robok baju, betul-betulkan baju yang hanger semua. Lipat apa yang tak betul dalam robok tu. Buang lagi apa yang nampak tak berkenan. Cabut langsir, lap tingkap. Lap robok-robok yang berhabuk. Susun itu, susun ini. On vakum dan terhapuslah habuk-habuk di bilik depan. Nampak puas, beralih pulak vakum bahagian tangga. Dah macam bibik dah aku bertungkus lumus semangat nak sambut raya. Padahal tak tahu siapa yang nak datang raya kat rumah aku tu haa.

Selesai kedua-dua bilik di atas, aku mula usahakan bilik air atas pulak. Basuh dinding, basuh lantai. Lap cermin dan main air. Kekekeke. Seronok rasa macam kat rumah Emak dulu. Tugas aku memang basuh bilik air. Itu je kerja aku dulu-dulu. Yang lain malas nak buat. Tapi sekarang satu rumah kena jaga. Tapi seronok jugak bila semua dah siap. Rasa puas hati dan lega sangat.

Selesai tingkat atas, mari usahakan bahagian bawah pulak.

(Pesanan Penaja : Kalau rasa tak cukup Iman di dada dan kudrat pemberian Tuhan, sila jangan beli rumah dua tingkat ye? Sila beli yang setingkat atau pergi beli rumah flat sahaja. Aku ni dah separuh pengsan dengan Nashriq dan baby dalam perut ni ha. Memang lepas ni kena jugak cari rumah tetap ber-satu tingkat.)

Tingkat bawah, aku mulakan dengan robok TV. Lap-lap habuk pastu amik table runner yang baru beli hari tu. Hehehehe. Warna maroon okeh rumah ahkak tahun ni. Warna cinta gitu. Muahahahaha. Pasang table runner tu, terus nampak sikit macam nak raya. Angkat meja kopi bawak ke tengah tapi fikir jugak berkali-kali sebab Nashriq tengah lasak kan? Meja tu pulak fully kaca. Kang naya pulak kang dia ketuk-ketuk pecah. Tapi bak kata Emak, nak tunggu anak besar, memang rumah tak berhias lah. Ye tak ye jugak kan? So aku tawakal aje lah. Amik table runner yang sedondon warna tadi, pasang pulak kat meja kopi. DONE!

Wahid bawak turun vakum dan bertungkus lumus lah dia vakum karpet ruang tamu tu pulak. Niat di hati nak beli karpet baru, tapi rasanya budget tak berapa mengizinkan. So, pakai ajelah karpet yang Emak bagi ni. Lagipon nampak elok lagi. Selalu je aku angkat dan sidai kat panas tepuk-tepuk kasi habuk hilang. Takpelah tak dapat karpet baru pon. Yang penting berhari raya dengan keluarga. Itu yang penting kan? Echeh, ayat sedapkan hati sendiri.

Dah selesai ruang tamu, aku setelkan Nashriq pulak. Mandikan dia siap pakai baju semua. Pastu bagi makan kasik dia kenyang. Lepas dah selesai urusan Nashriq, Wahid take over semula. Main-main dengan budak kecik tu sambil kecahkan mainan dekat ruang tamu yang Mama dah kemas ni tadi. Menyirap aje aku tengok kan. Nasib baiklah Wahid alert dan kemaskan balik. Dia tau aku memang tak suka kecah-kecah. Wah perangai macam Diva. Kau ingat anak kau tu patung ke Aishah oii? :D

Sebelum mulakan operasi kat dapur, aku pergi berlari menyidai langsir + cadar-cadaran yang dibasuh tadi. Sampai tak muat tempat sidai baju tu tau. Siap kena keluar kerusi-kerusi lagi buat sidai langsir. Nampak macam dobi dah rumah aku. Takpelah, sekali aje penat kan? Nak buat 2-3 hari memang takdelah. Lagipon aku dah takde time lagi nak kemas rumah sini. Minggu depan dah sibuk nak tolong kat rumah Emak pulak. Huh, dah macam SuperMama dah aku.

Selesai menyidai, aku kembali semula ke dapur untuk major cleaning. Pasang alas meja makan, sapu tikar buluh kat dapur, clearkan barang yang tak guna dalam kabinet, clearkan icebox dan lap-lap apa yang patut. Basuh bilik air bawah pulak, basuh sinki dan kumpul sampah sarap yang ada 5 beg! Memang banyak gila sampah sarap 1 rumah aku. Semua yang tak guna aku buang. Malas nak simpan buat semak mata. Abang yang angkut sampah pon geleng kepala tengok sampah rumah aku banyak cenggitu agaknya. Bukan ramai noo duduk serumah. Tapi sampah macam ada 8 orang.

Huh, selesai projek kemas pada jam 10.30 pagi.

Rehat kejap dan mandi buat kali kedua.

Aku tengok jam dah pukul 11.00 pagi. Nak start buat Biskut Cornflakes resipi yang Fad bagi aritu pulak. Bahan-bahan semua dah beli malam sebelum tu. Aku pon keluarkan tray yang dah sedia ada bersama oven pemberian Hannah haritu. Kopek paper cup dan susun satu-satu dalam tray. Susun jugak atas tudung periuk sebab nak buat banyak kali punya bakar kan. Dah setel susun paper cup, baru boleh bergerak ke dapur, naik periuk dan mulakan memasak bahan-bahan Biskut Cornflakes tu tadi. Dah siap masak semua, tinggal ceduk-ceduk masuk paper cup aje.

Ini je yang sempat snap.
Biskut Cornflakes tengah beratur tunggu turn untuk dibakar.

Selesai membakar dan masuk bekas siap-siap pada jam 1.00 petang. Wallah, amik masa 2 jam aje untuk buat 135 biji Biskut Cornflakes ni. Tapi dia punya sakit kaki dan lenguh ke pinggang sampai ke malam. Aku rasa, yang aku ni memang tak ada sense of memasak atau baking lah. Aku lebih kepada cleaning gamaknya. Nasib baiklah memang dah niat nak buat. So, go on aje lah. Macam manalah orang yang buat bisnes biskut-biskut semua ni ek? Mesti penyabar gila orangnya.

Dah selesai minor cleaning lepas membakar kuih tu, rehat kejap sebelum bergerak balik rumah Emak. Sebelum tu dah basuh baju bajan siap sidai semua. Langsir yang dah kering kasi angkat dan siap lipat simpan dalam robok. Langsir raya tak jadi pasang dulu sebab terlupa yang besi cangkuk langsir tu tak beli lagi. Lagipon nak kena bawak langsir tu pergi kedai dia balik nak tambah beberapa set untuk bilik (ini aku cerita kat entry lain ye).

Terus pecut balik rumah Emak dan singgah kedai Elektrik sebab nak belikan Emak sesuatu sebagai hadiah Hari Raya. Dah beli dan order, tinggal tunggu penghantaran aje. Kami pon teruslah balik sebab aku dah penat sangat satu hari projek raya kat rumah kan. Balik rumah Emak, memang aku terus pengsan. Tunggu time berbuka, makan dan terus tumbang balik. :D

Dah habis part satu. Kang kalau rajin sambung part dua pulak.

P/S : *Robok = Almari



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, August 19, 2011

EDIT : Duit Simpanan Nashriq.

Alhamdulillah, selesai satu lagi tanggungjawab.

Dah lama sebenarnya tanggungjawab ini bertangguh. Dari Nashriq lahir sampailah dah nak masuk setahun ni ha. Semua duit hadiah masa lahir, duit raya tahun lepas dan duit hadiah masa cukur jambul terperap dalam robok baju aku. Sorok jauh-jauh dalam beg buruk. Sebab takut TERnampak dan TERpakai. Nanti bila dah TERpakai, susah nak MENGganti. Hehehe.

Jadi, sebelum mencecah 1 tahun ini, aku dan Wahid dah bincang untuk buatkan satu akaun simpanan untuk masukkan semua duit rezeki Nashriq itu. Pening jugak woooo nak memilih akaun apa yang bagus. Pada mulanya, kami plan untuk masuk dalam Amanah Saham Didik (ASD). Nasib baik jugaklah aku call dulu Pejabat Pos dan diorang kata, kuota untuk ASD belum dibuka lagi. Kena tunggu ada orang buat withdraw baru aku boleh bukak akaun dan masukkan duit. Tak ke payah cenggitu?

Jadi, setelah beberapa survey dibuat, maka ramailah yang kata lebih baik dimasukkan ke dalam Tabung Haji sebab duit simpanan kat situ akan di-Zakat-kan (Thanks to Fad!). Ialah, kita sebagai manusia ni kang hanya tahu buat simpanan. Tapi status zakat duit simpanan kita tu, kita tak fikirkan. Ini aku cakap pasal aku ni tau. Sebab aku pon asyik fikir dividen, dividen dan dividen pada mulanya. My bad. :(

Sebelum lebih tekad nak bukak akaun Tabung Haji ni tadi, aku adalah berbual dengan satu Cikgu kat sekolah ni ha. Aku tanyalah pendapat dia pasal akaun simpanan mana yang bagus untuk anak-anak kan. Dia jawab Tabung Haji ditambah dengan beberapa potong ayat yang buat bulu roma aku naik seram mendengarnya;

"Kau nak macam mana? Kau nak profit dunia semata? Atau kau nak profit dunia dan profit akhirat bersama yang lebih berkat?"

Termenung aku dengar.

Tanpa membuang masa, aku pon berdesup ke Tabung Haji dan tekad ajelah bukak akaun Nashriq di sana. Dengan harapan, duit simpanan yang akan digunakan oleh Nashriq di masa akan datang ini nanti akan lebih berkat untuk perbelanjaan kesihatan atau pembelajaran beliau di masa akan datang. Insya-Allah.

Nanti nak bukak akaun SSPN pulak. Tolak gaji Mama dan Ayah bulan-bulan. Moga-moga Nashriq tak payahlah meminjam banyak sangat kat PTPTN tu nanti. Kesian anak Mama nak mengganti puluh-puluh ribu semata-mata untuk mendapatkan segulung Ijazah.

Peh, dah fikir Ijazah. Tadika pon belum daftar. Blerghhh!

Edit : Terlupa pulak aku nak cerita pasal dokumen yang harus dibawa. Masa memula tadi ingat, tapi bila dah taip terus lupa. Bila Reen tanya kat comment, baru aku teringat nak kongsi.

Okeh, dokumen yang harus dibawa ialah MYKID ANAK dan MYKAD IBU / AYAH (salah seorang) sahaja. No need to fotostat salinan ke hape. Just bring the original one. Aku pon tadi semangat fotostat Surat Beranak, MyKid dan MyKad semua. Tapi haram dia tak pandang.

Mudah kan? Jimat kertas kata nyewww. :p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015