Thursday, January 14, 2010

Sebab Musabab.

aku kerap menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. even, kisah Nashrah pon, aku masih tidak mampu memaafkan diri. apa sahaja yang membuatkan aku ingat detik sedih itu, akan menghasilkan satu kekacauan jiwa yang parah. nak duduk tak selesa. nak baring macam tak best. apa sahaja yang aku buat, macam mintak hantuk kepala kat dinding. :)

kini, aku semakin kuat. kalau orang suruh aku cerita dari A sampai Z pon, aku boleh cerita dengan muka ceria dan senyum melebar. bukan aku dah lupa atau tak ingat. tapi aku sentiasa semat dalam hati dan jiwa;

"Nashrah dijaga rapi kat sana. aku kat sini nak risau, kenapa?"

aku ingat lagi, sepanjang Nashrah belum boleh dikeluarkan, kami mengandaikan bermacam-macam benda yang menyebabkan pemergian beliau. segala benda cuba diingat semula. apa yang aku buat. apa pula selepas itu. apa yang aku minum. apa yang aku makan. semuanya. letih bila kena mengingat semula, sebenarnya.

aku terbayangkan saat aku mengemas rumah dengan aktif bagi menyambut Hari Raya. segalanya nampak mengujakan. memasang langsir, membentang karpet, mengganti kusyen kerusi dan bermacam kerja lagi. terbayang juga bagaimana aku harus memakai tali pinggang kaledar selama 2 jam lebih sewaktu jalan yang sesak untuk masuk ke Singapura. dan terbayang pula bagaimana aku dengan rakus menelan air gas oren berbotol-botol hanya demi membasahkan tekak yang kosong.

semua itu aku salahkan diri aku sendiri. :)

tetapi bila saat keluarnya Nashrah, dan mendengar sendiri punca yang diberitahu oleh Jururawat yang menyambut, lain pula detik hati waktu itu.

"oh. ni ha. tali pusat dia bersimpul sendiri. tu yang dia tak dapat oksigen, tak dapat makan."

adakah Nashrah memang nak pergi dari kami? adakah Nashrah tak mahu mama dan ayah macam kami? Nashrah tak suka menjadi anak kami? teruk sangatkah kami?

SUDAH!! itu pulak yang jadi tanda tanya. kelakar kan menjadi orang yang emosi? :)

kebanyakkan orang yang memberi semangat akan berkata begini;

"sabarlah. dia tak nak susahkan mama dengan ayah dia. mana tahu dia ada penyakit. kalau dia lahir pon, dia tak sempurna. nak buat apa. kan?"

tolonglah. nasihat macam itu tak kurangkan beban aku pun.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

11 comments:

  1. ternyata ALLAH lebih sayangkan nashrah..dia insan yg terpilih suci dari segala dosa..

    ReplyDelete
  2. aishah, nak address. nak jemput kenduri ni ^-^

    ReplyDelete
  3. owh, nasihat sebegitu mmg menyentuh rasa..
    tak sempurna nak buat apa?
    siapa yang tentukan sempurna atau tidak?
    anak ttp anak walau dlm apa keadaaan mereka hadir..
    masih membawa bahagia yang sama..
    masih membawa kasih syh yg sempurna..
    anak tetap anak!
    *touched*
    dik, kem salam kat org tu.. direct her to my blog will you?
    :P

    ReplyDelete
  4. nxt prgnant..sbb² yg lain perlu jg igt ye aisha..lbh lg bab air gas berbotol² tu..hurmm..

    xpe stp org blajar drp pengalaman...

    ReplyDelete
  5. aishah, jgn salahkan diri sendiri
    mmg adakalanya masa buat kita tak ingat apa, lepas buat baru nak pikir baik bruk dia
    smua org mcm tu, tp jgn salahkan diri sendiri, lagi2 kalau benda2 luar kawalan kita gini...

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan Dayu.

    Kita manusia tak perfect. Yang perfect cuma yang di atas sana. Hanya Dia yang mengetahui hikmah di sebalik semua ni.

    Cheer up. Kebahagiaan menanti awak dalam beberapa bulan saja lagi. InsyaAllah.

    *Peluk sayang Aisha* :)

    ReplyDelete
  7. sudah ketentuan Ilahi, mungkin Dia hanya mahu menguji auntie..
    anyway, Dia hidup disana tanpa sebarang dosa..
    so, dont worry be happy go lucky..^_^
    & sentiasa sedekah al-fatihah buat yang telah pergi..
    al-fatihah..

    ReplyDelete
  8. oo tali pusat terbelit rupanya..takpe aishah jgn salahkan diri sendiri k..sumer yg berlaku biarkan berlaku..looking forward for a new star 2010..maria tunggu khabar berita itu..leh jadi kawan aqil....;)

    ReplyDelete
  9. be strong gurl!!!
    saperla yg konon2nyer bg semangat , tp ckp "ala kalo lahir xsempurna nk wat ape"..
    anak tetap anak wlu mcm mn keadaannya..
    tp be strong gurl,ader hikmah utk segalanyer..
    there's reason form everthing...but for this,its not your fault..
    sume tu di luar kawalan kiter..
    look forward!!
    prepare yourself utk nxt prgnancy.
    i doakan u dpt healthy cute baby,
    blh main dgn anak i...i pun kau jb gak.

    ReplyDelete
  10. be strong gurl!!!
    saperla yg konon2nyer bg semangat , tp ckp "ala kalo lahir xsempurna nk wat ape"..
    anak tetap anak wlu mcm mn keadaannya..
    tp be strong gurl,ader hikmah utk segalanyer..
    there's reason form everthing...but for this,its not your fault..
    sume tu di luar kawalan kiter..
    look forward!!
    prepare yourself utk nxt prgnancy.
    i doakan u dpt healthy cute baby,
    blh main dgn anak i...i pun kau jb gak.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015