Monday, May 31, 2010

Minggu Ke-28.

"Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. Sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita."

Sumber dari mengandung.com.

*********************************************

Setakat ini, aku dah rasa 2 perkara yang aku bold kat atas. Mula-mula aku ingatkan aku dah tua ke hape. Rupanya, memang simptom-simptom memasuki minggu ke-28. Alhamdulillah.

Kekejangan kaki atau simpul biawak semakin berleluasa sekarang ni. Tengah-tengah syok mengulit mimpi, confirm akan terjaga sambil menangis-nangis kejutkan suami. Masa malam pertama kena hari tu, Wahid cemas tak tahu nak buat apa. Makin diurut, makin kuat aku menjerit. Menangis merengek macam kena pukul. Tapi bila dah lega, aku terus tidur macam takde pape. Wahid yang dah terjaga ni terpinga-pinga tak paham satu benda. :)

Simptom pelupa pula berjaya dirasai 2-3 hari yang lepas. Bayangkan, sudah 1 tahun pakai lock code handphone yang sama tak pernah tukar, tiba-tiba terus blank tak ingat sampai sekarang. Penat dah kepala ni memikir apalah nombor nak unlock handphone sendiri. Tapi langsung tak berjaya. Sampai dah kena block. Menggelabah lah Wahid google cara nak unblock lock code handphone isteri yang pelupa secara tiba-tiba. Memang haru.

Semuanya macam serba tak kena. Aku banyak termenung. Diam. Malas nak bercakap. Fikiran tak menentu. Tapi bukan bersedih-sedih. Aku okeh. Aku gembira. Cuma ianya mungkin separuh dari simptom pembawakan. Mungkin. :)

Oh ye. Esok, 3 barangan yang bakal tiba.

Hot Package - Spectra 3 Breastpump Deluxe Set
yang dibeli kat LilKaiStore.


Little Bean: Sterilizer Combo Pack
yang dibeli kat LittleWhiz.
(Tengah ada SALE. RM159.90 sahaja)


MAM: UltiVent Anti-Colic Bottle (160ml)
juga dibeli kat LittleWhiz.


Alhamdulillah. Barang-barang besar dah berjaya dibeli. Tinggal barang-barang kecik aje. Baju bayi pon dah ada 4-5 pasang. Sekarang tengah memikirkan set bersalin untuk diri sendiri. Mungkin akan pakai Jamu Selapan dari Nona Roguy. Sama macam zaman berpantang Nashrah dulu. Tapi belum dipastikan sama ada jamu berkenaan boleh dimakan untuk ibu breastfeeding ke tidak.

Ada cadangan Jamu @ Set Bersalin yang bagus tak?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

14 comments:

  1. Chaiyok2 Aishah! Hehe. Semua barang2 yang Aishah bakal dapat tu sama dengan kita nye :P
    Pasal jamu & produk lepas bersalin, tak leh nak komen sebab saya tak beli, cuma guna jamu makcik urut buat.. tu pun tak abes makan lagi sebab dok terlupa :p

    ReplyDelete
  2. aishah bersalin masa bulan puasa ke?
    mana tau tersama dengan haqq nanti.. :P

    ReplyDelete
  3. i love MAM product :) raina buat nasa nie mmg serasi dgn MAM soothers ,bottle, feedind bowl dan lain2. dulu nurul selalu kejang kaki gak. kaki nurul mula bengkak dr kandungan 5 bln. kaki sha bengkak tak?

    take care ye sha

    ReplyDelete
  4. my SIl kata sendayu tinggi best..lgpun utk 60 hari..penjagaan yg lebih lama

    ReplyDelete
  5. yay bakal dpt ye itu pam..wah dah ada steriliser ye..maria masih dgn kaedah merebus..huhu..duit lebih mgkn nk rembat gak satu..hehe...maria dlu rajin kejang kaki..tp kaki tak bengkak smp dah bersalin..jamu?maria tak reti nk rekemen sbb maria ni hampeh bab2 mkn jamu..(jgn ikut tau)

    ReplyDelete
  6. hari tu cuba afiat, tp stop masa baby kena kuning.. sampai sekarang tak abeh sbb ngelat pastu selalu lupa.. hehe..

    ReplyDelete
  7. tak sabar nak tengok baby akak laaaaaaaaaa! :D

    ReplyDelete
  8. saya guna nona roguy. good for weight loss, kesegaran + kesihatan badan dan tambah susu.

    mahal pun berbaloi-baloi...

    ReplyDelete
  9. nona roguy!! sebab paling senang, tak leceh hehe. time pantang semuanya malas tau nanti, so baik amik yang simple!

    ReplyDelete
  10. spectra 3 & steriliser+warmer tu sama sebijik cam kite punyer :) botol susu je Naurah serasi dgn Avent :))

    ReplyDelete
  11. jamu??mun guna set jamu mak dara...okla...baby menyusu pown ok..takde effect kt baby...berat badan pown turun...badan terasa segar..

    ReplyDelete
  12. Aneen : Hahahaha. Same here Aneen. Nona Roguy yang beli masa pantang hari tu macam tak luak-luak aje tengok. Nampak nah pantang main-main masa tu.

    Mak Haqq : Insya-Allah. Kalau diizinkan, mungkin pada 15 hari puasa. Sama dengan Haqq eh?

    Nurul : Kaki Aishah belum bengkak. Tapi tak tahulah dah bengkak ke belum. Sebab kaki Aishah ni memang jenis kembang sebelum kahwin tau. Tak ada beza. Hehehehe.

    Yana : Sendayu Tinggi eh? Thanks Yana. :)

    Maria : Sakit kaki kan? Terkejang-kejang dibuatnya. Ewah, tak makan jamu eh? Badan rasa ok tak?

    MinatGiler : Afiat? Okeh, try google sekarang!

    Yonna : Heeeee. Akak pon! Eh? :p

    DD : Mahal kan? Saya pon tak habis makan masa pantang yang pertama dulu. Nak beli balik lah nanti.

    Zaza : Haaaa. Lagi satu peminat Nona Roguy. Patut consider balik ni. Hehehehehe.

    Sharena : Iye ke? Avent bagus tak?

    Mun : Mak Dara eh? Thanks tau!

    ReplyDelete
  13. salam aishah..excited erk nk jd mom for 2nd time..congrat...
    baju2 tu kite rs cukup dh 4-5 psg,sbb baby sng membesar..nti ne tau dpt pezen,so,bju & mandian enough dah tu..hehehe..kite dl 1st bby mkn sendayu tggi..mmg tip top,tp kite xtahan le bau jamu,mkn pun balut ngan nasi,pehtu telan! ha3x..so,2nd & 3rd..kite amik homopati salindah..so far ok...susu badan pun byk...try ler..gud lak k! :)

    ReplyDelete
  14. asmalziqfirin :
    Salindah eh awak? Bagus jugak. Terima kasih ye? :)

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015