Jumaat penuh Barakah. Jumaat penghulu segala hari.
Jubah yang dibeli khas untuk dipakai sedondon bersama suami.Tidak pernah pakai lagi selepas kejadian 2009 itu.
Fobia dan trauma.
Dan hari ini, sempena Jumaat, ianya tersarung kembali di tubuh ini buat kali kedua. Agak ketat dan tidak selesa.
Aku tanya Wahid; "Baju ni ketat eh? Macam mana eh orang boleh pakai masa mengandungkan Nashrah dulu? Mesti dia tak selesa kan? Sebab tu dia pergi kan?"
Jawapan pendek Wahid; "Mungkin......"
Aku bertanya lagi; "Jadi salah orang lah kan....?"
Wahid menghela nafas sebelum menyambung;
"Tak ada siapa yang salah. Dah takdir. Dah takdir dia nak pergi. Kita kena terima. Mungkin dulu awak kurus sikit, jadi awak muat pakai walau mengandungkan dia. Sekarang dah berisi, dah happy ada Nashriq, itu yang ketat sikit. Takmo fikir ah. Takmo sedih. Okeh sayang?"
Mungkin betul aku kurus sikit dulu.
Mungkin betul jubah ini selesa dipakai walau mengandung dulu.
Mungkin betul aku sudah lebih berisi kini.
Mungkin. Mungkin. Mungkin.
.
.
.
.
Tapi, yang pasti, aku gembira kini.....

Bila setiap hariku indah penuh warna, penuh cinta seluruh jiwa.
"Mama cinta awak sepenuh hati, Nashriq."
Dan cinta Kakak Nashrah ada dalam satu sudut paling dalam. Paling dalam dan terdalam di hati Mama. Ianya akan tersimpan sampai satu masa yang Hanya Tuhan yang tahu.
Allahu Akbar. Allah Maha Besar. Allah Maha Mengetahui.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com



