Friday, April 1, 2011

Jumaat Dan Kenangan.

Jumaat penuh Barakah. Jumaat penghulu segala hari.

Jubah yang dibeli khas untuk dipakai sedondon bersama suami.
Tidak pernah pakai lagi selepas kejadian 2009 itu.
Fobia dan trauma.


Dan hari ini, sempena Jumaat, ianya tersarung kembali di tubuh ini buat kali kedua. Agak ketat dan tidak selesa.

Aku tanya Wahid; "Baju ni ketat eh? Macam mana eh orang boleh pakai masa mengandungkan Nashrah dulu? Mesti dia tak selesa kan? Sebab tu dia pergi kan?"

Jawapan pendek Wahid; "Mungkin......"

Aku bertanya lagi; "Jadi salah orang lah kan....?"

Wahid menghela nafas sebelum menyambung;

"Tak ada siapa yang salah. Dah takdir. Dah takdir dia nak pergi. Kita kena terima. Mungkin dulu awak kurus sikit, jadi awak muat pakai walau mengandungkan dia. Sekarang dah berisi, dah happy ada Nashriq, itu yang ketat sikit. Takmo fikir ah. Takmo sedih. Okeh sayang?"


Mungkin betul aku kurus sikit dulu.

Mungkin betul jubah ini selesa dipakai walau mengandung dulu.

Mungkin betul aku sudah lebih berisi kini.

Mungkin. Mungkin. Mungkin.

.
.
.
.

Tapi, yang pasti, aku gembira kini.....


Bila setiap hariku indah penuh warna, penuh cinta seluruh jiwa.

"Mama cinta awak sepenuh hati, Nashriq."


Dan cinta Kakak Nashrah ada dalam satu sudut paling dalam. Paling dalam dan terdalam di hati Mama. Ianya akan tersimpan sampai satu masa yang Hanya Tuhan yang tahu.

Allahu Akbar. Allah Maha Besar. Allah Maha Mengetahui.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

11 comments:

  1. everytime you say about nashrah, meremang bulu tengkuk tau. rase sedih tapi tatau nak cakap macamane. anyway kak, ingatan kite kat nashrah sehingga ke akhir hayat.

    jangan sedih2 ye. tengok nashriq tu. bukan main comel. macam perempuan muke dia. sweet gile!

    ReplyDelete
  2. kita baru tahu pls nashrah tapi xtau nak ckp rase sedih mcm mane.

    ReplyDelete
  3. ermmmmmmm aisyah... baca entry ni secara tak langsung buat elly teringat kat arwah abang2 kembar isya tauuuu... ermm rindu kat mereka tak boleh nak diungkapkan dengan kata2 kan aisyah walaupun kita tak sempat nak bermanja2... tapi kita tetap diberikan peluang mengandungkan mereka..membawa mereka bersama2 kita kemana sahaja...

    tak mo salahkan diri sendiri tauuuuu... kalau ikut elly lagi la salah...dah sakit semalaman..tapi boleh buat tak tau sebab tak tau pun tu sakit bersalin..

    Allah lebih sayangkan mereka kan.. semuanya ada perancangan Allah pada kita...


    skang mesti arwah Nasyrah dah kenal2 ngan Arwah Azam2 elly..hihi

    ReplyDelete
  4. aishah..tak mau sedih2 lg..ingat nashraq tgk tunggu awak kat syurga..semua yg berlaku ada sebabnya k..tak mau salahkan diri sendiri lg..ALLAH dah aturkan yg terbaik utk aishah..jg nash bam bam tu baik2 ek..kiss utk maria nnt..;)

    ReplyDelete
  5. aishah, awak wat sy rindu kt nashrah.. :(

    aishah, xmo sedey2 ek.. jgn salahkn diri awak lg... nashriq yg tomey dh ade untuk ceriakan hati awak day n nite.. 24hours..

    muarrhhh kt dak tomey tu..

    btw, macik pn nampak tomey la kt gmbar atas tu.. :)

    ReplyDelete
  6. no more sedih2 aisha..nashrah tetap dlm kenangan...tggu kamu semua di pintu syurga...itu janji Allah kan..:)

    ReplyDelete
  7. Dah ada bidadari syurga tunggu awak kat sana, Aisyah.

    p/s : Nasyriq kelihatan jambu :p

    ReplyDelete
  8. aishah, nashrah mesti sentiasa ada dalam hati awakkan? huhu...alhamdulillah, nashriq sentiasa ada dalam hati

    ReplyDelete
  9. alahai aishah.. :(((

    "Dan cinta Kakak Nashrah ada dalam satu sudut paling dalam. Paling dalam dan terdalam di hati Mama. Ianya akan tersimpan sampai satu masa yang Hanya Tuhan yang tahu."

    ayat yang buat kid terharu sangat..

    meh sini nashriq..
    aunty nak pelok ketat-ketat...
    gerammmmmmmmmmmmm <3 <3

    ReplyDelete
  10. nashrah will always be in our heart
    mungkin akan terlupa seketika
    tp dia akan muncul dalam hati, dalam ingatan bila2
    aishah,
    jgn sesekali salahkan diri
    itu takdir aishah

    dah ada nashriq tembam kan
    jgn sedih2

    ReplyDelete
  11. Allah lebih sayangkan Nashrah. Kamu beruntung Aishah sebab dah ada yg memimpin kamu ke syurga nanti.


    Jangan sedih2. Enjoy life bersama Nashriq.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015