Aishah Rahim's Diary

Tuesday, April 19, 2011

Tiram Indoor Water Park Review.

Entry ini telah terperap dalam draft selama 2 bulan. Memang tak bertauliah betul jadi blogger macam aku. Orang lain sikit punya cepat me-reportkan aktiviti harian. Aku pulak nak kena tunggu sampai 2 bulan baru nak publish. Heeee. :))

******************

Actually, review pasal Tiram Indoor Water
Park ni dijalankan pada 15 Februari 2011. Kau bayangkan berapa lama aku peram cerita ni? Lama gila okeh. Sikit punya pemalas nak berblog skang. Idea menulis dah menipis. Kesian Kid menunggu entry ni sikit punya lama. Dahlah kononnya nak buat BGWS kali kedua kat sini. Skang baru nak review? Memang Wasallam.

Aku tau pasal Tiram Indoor Water Park ni dari Mimie Mama Shifa. Kat JB ni memang kurang taman tema cenggini. Lebihnya tempat berendut tengah panas yang entah hape-hape. Kalau rasa nak mandi-mandi kena pergi jauh sikit macam kat Kota Tinggi tu. So, macam tak syok lah nak jalan jauh sangat kan? Jadi, bila Mimie kata kat Tiram ada Indoor Water Park, aku pon ajak Wahid gi review.

Tempat dia memang boleh tahan best. Mak Ayah kalau nak join terjun pon boleh. Lagi pulak kalau hantu berendam macam aku suami isteri, memang terasa indah lah dunia ni. Kekekekeke. Nak pi swimming pool kat manalah nak cari kan? Jadi, bila ada taman tema cenggini, seronok sket.

Baiklah. Mari kita mulakan dengan gambaran ringan. Cheh wah.

Pintu masuk ke Tiram Indoor Water Park.
Beratur Kak. Jangan tak beratur.



Bayaran masuk ke Tiram Indoor Water Park.
Bagi Ibu Ayah yang tak masuk dalam kolam, bayaran adalah separuh harga.



Locker tempat penyimpanan barang.
Tak pasti pulak kena bayar ke hape.



Inginkan boya aneka pilihan?
Sila ke The Paul Shop. Echeh.



Terlupa bawa baju dan seluar?
Takpe, boleh beli atau sewa di Nemo Shop. Heeee. :))



Lapar setelah penat berendam?
Kita makan duluuuuuu!!



Untuk yang tak mahu berendam, boleh lepak sini
Wi-Fi disediakan. Best kan? :))



Banyak gila tempat menunggu / melepak.
Anda pilih mana yang anda suka.



Orait. Dah habis gambar-gambar facilities yang disediakan. Sekarang, mari kita bergerak ke gambar-gambar klimaks. Ewah bercakap macam hebat pulak kau kan. :p


Main gelongsor di dalam air?
Aku chop yang ini!!



Pancutan air yang menyamankan.
Errr, berbunyi aneh di situ.



Jaws di udara?
Ajaib tapi benar!!



Sesiapa yang tak puas main playground macam aku,
memang akan terkesima tengok playground cenggini.
Heeeeee. :))



Riang ria sana sini.



Main gelongsor?



Yehaaaaa!!!



Blur. Tapi nak upload jugak.



Hamboi budak ni. Bukan main lagi kau ye?



Tiba-tiba Paul sangat popular kat sini.

Fuh, lega sangat bila entry ni dah habis. Selesai hutang pada Kid. So, lepas ni, Kid bolehlah planning untuk 2nd BGWS pulak eh? Amacam BGWS, ada berani? :p

Sebelum mengundur diri, mari ubat rindu dengan Nashriq yang ikut sama melepak kat Tiram Indoor Water Park. Lepak aje masa ni. No mandi-mandi.

Sewaktu 5 bulan 21 hari.
Muka BORINGGGGGGG!!!

EDIT : TIRAM INDOOR WATER PARK NI KAT DALAM TODAY'S MALL, TIRAM.
(Thank you to Qas sebab ingatkan aku.)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, April 18, 2011

Baby & Daddy Moment Contest.

Umi Payin ajak masuk contest. Contest anjuran Mommy Kysha. Aku pulak memang ketandusan idea meng-update. Tak tau dah nak cerita pasal apa. Heeeeee. Maka, inilah hasilnya - entry pasang siap dan copy paste. :))

Syarat-syarat Peraduan :

1. MESTI follow blog D'La Maya.
2. Klik 'LIKE' pada D'La Maya FB page. Tidak wajib, tapi satu kelebihan jika klik. ;)
3. Buat satu entry dan letakkan SEKEPING sahaja gambar baby & daddy. Baby mestilah berumur sehari hingga 2 tahun sahaja.
4. Pastikan entry anda ada link terus ke entry ini.
5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join contest ini.
6. Jangan lupa tinggalkan komen penyertaan anda ye.

Senang bukan?

Syarat nombor 1 dah 'Follow'. Syarat nombor 2, dah 'LIKE'. Sekarang, mari pergi syarat nombor 3 pulak. Teheeeee. :))


Daddy & Baby. :))

Gambar ini diambil masa Anas Nashriq berumur 7 bulan 13 hari. Baru aje lagi gambar ni. Al-kisah gambar ni, kami tiga beranak melepak kat tangga sementara aku bertelefon. Sibuk aku pot pet pot pet kat telefon, sibuk jugak mereka dua beranak mengekeh ketawa. Aku pon apa lagi? Capai henpon dan terus snap sebiji dua gambar.

Sorry lah sebab gambar tak berapa nak clear. Henpon Cap Bunga. :))

Link Baby & Daddy Moment Contest;

Dan mangsa tag aku ialah;


Seperti biasa, entry akan habis serta merta. Bye!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, April 13, 2011

Pemakanan Sewaktu Mengandung.

Dah lama gila tak keluar dengan entry berfaedah. Asyik keluar entry yang entah hape-hape. Oleh yang demikian, kerana takut status blogger ditarik balik (macam bagus je kan cakap cam gini), maka aku mendapat satu idea untuk come out with this entry. Taraaaaa.

Korang. Korang. Korang.

Korang makan vitamin apa ye sepanjang mengandung? Macam aku kan, aku makan beberapa jenis vitamin ni masa mengandungkan Arwah Nashrah dan Nashriq. Meh aku list up kan eh?

1) Vitamin C (Bekalan Klinik Kesihatan)
2) Folic Acid (Bekalan Klinik Kesihatan)
3) Iron (Bekalan Klinik Kesihatan)
4) Vitamin B Complex (Bekalan Klinik Kesihatan)
5) Spirulina (Beli - brand Kordel)

5 vitamin kat atas tu memang aku amalkan sejak mengandungkan Nashrah lagi. Sampailah mengandungkan Nashriq pon makan benda yang sama. Non-stop. Tanpa jemu. Tak pernah missed. Echeh berbunyi berlagak di situ. :p

6) Multi-Vitamin (Bekalan Klinik Swasta)
7) Kalsium (Bekalan Klinik Swasta)
8) Neuro-Gain PB (Bekalan Klinik Swasta)

3 vitamin yang atas ni pulak aku makan masa mengandungkan Nashriq. Oleh kerana kerisauan yang lebih lepas kejadian Arwah Nashrah dulu, kami suami isteri bertindak dengan membuat back-up check sebab suami nak dengar dan tengok sendiri keadaan anak dia. Itu yang kena makan berkepok-kepok ubat termasuk yang Klinik Kesihatan bagi tu.

9) Salindah B1 - B3

Yang Salindah ni pon, aku makan masa mengandungkan Nashriq aje. Sebab masa mengandungkan Arwah Nashrah dulu, ada orang-orang yang bercerita kalau makan Salindah nanti anak hyper-active. Jadi aku pon takut. Bila mengandungkan Nashriq, persepsi berubah dan rasanya ada anak yang hyper-active adalah best. Jadi, aku pon amiklah Salindah dari botol B1 hingga ke botol B3.

Apakah hasilnya vitamin-vitamin di atas?

Aku susah nak cakap sebab peningkatan setiap bayi adalah berlainan. Tapi apa yang aku boleh katakan, Nashriq punya tulang memang keras Nauzubillah. Usia sebulan lebih dah boleh tegak kepala masa didudukkan. Kalau susukan dia, lengan yang pangku kepala dia ni boleh lenguh, bisa, bengkak dan kadang-kadang sampai lebam!

Dari segi peningkatan minda, aku boleh katakan yang Nashriq agak cepat belajar. Mudah diajar dan senang belajar. Suka explore rumah (ini semua budak pon suka kan?), dan agak peramah atau dalam erti kata lain mesra rakyat. Nampak benda baru, dia akan tegur. Nampak benda pelik, dia nak pegang.

Baiklah, tak payah up anak lebih-lebih. Nanti pembaca muntah. :p

Bagi memendekkan entry, boleh tak kita sama-sama share apa yang korang makan during your pregnancy? Ubat apa? Vitamin apa? Susu apa? Makanan berkhasiat apa?

Can you? Can you? Sharing is caring kan?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, April 12, 2011

Hanyut.



Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, April 11, 2011

Missing You.



Honestly, aku dah tak pandai ber-blog. Aku dah tak pandai menyusun kata. Otak aku blur setiap kali bukak entry baru. Ada dua entry tersadai dalam draft. Nak cerita banyak benda sebenarnya. Tapi semua stuck setengah jalan. Aku rasa, aku bukan lagi seorang blogger.

Hurm.....

Dunia aku dah jauh berbeza sangat dah sekarang. Dunia emak-emak. Dunia yang hanya anaknya Putera idaman hati. Dunia yang aku rasa penat, tapi aku gembira sebab melakukannya. Setiap hari benda yang sama. Bosan yang seronok. Letih yang hebat.

(",)

Terlalu banyak sangat cerita nak diceritakan. Sangat banyak.

Oh ya. Aku berhajat nak private-kan blog aku ni. Aku perlukan kebebasan menulis dengan lebih lapang. Aku rasa, this is one of the reason kenapa aku malas nak blog sekarang. Tapi belum berapa nak confirm lagi. Maybe I should create another blog untuk aku melalak sorang-sorang?

Apa lagi nak tambah ni?

Pasal 'Besar Punya Gathering di Genting Highlands', Insya-Allah kalau tak ada aral melintang sampailah kami sekeluarga ke sana. Teringin sangat nak jumpa kawan-kawan semesta blog. Tapi aku bukan blogger lagi boleh join ke? Ini kena check balik lah dengan Jemaah Menteri. Kena pastikan status kat situ. :)

Baiklah, masa untuk mengundur diri. Chow chin cau.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015