Aishah Rahim's Diary

Thursday, June 14, 2012

Testimonial #4 : Wahid Dan Performance Drink.

Wahid adalah orang yang payah nak suruh makan ubat. Pernah sekali aku consult amik Vitamin E (ehem ehem!), Ostematrix untuk pembekalan kalsium dan Alfalfa untuk Detoks segala kotoran yang ada dalam badan dia. Makan sehari dua, pastu dia bohlayan bila aku suruh makan lagi. Sungguhlah tidak membina langsung.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini office Wahid buat shif 12 jam. Masuk 9 pagi, balik 9 malam. Masuk 9 malam, balik 9 pagi. Sungguhlah tak best kan sebab penat gilos nak melayan badan dan mata yang mengantuk. What to do? Perintah harus dituruti. Echeh. 

Lalu aku pon sebagai isteri yang mithali (PANGGGG!), telah berbaik hati membelikan Performance Drink untuk beliau. Apa fungsi Performance Drink meh tengok dulu sebelum aku habiskan cerita kat perenggan hujung nanti. Jeng jeng jeng jeng.

Apa itu Performance Drink
1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu / mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak-budak demam pun elok ambil ni sebab biasa la budak-budak bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.

Namun, ia tidak terhad kepada ibu menyusu dan mengandung aje tau. Seisi keluarga sangat digalakkan untuk mengamalkannya


Sumber dari Kak Cery lagi dan lagi.

So, malam tadi, aku pon membancuhkan secawan Performance Drink dengan penuh kasih sayang untuk suami. Echeh. Suami pon minum bagi menjaga hati isteri. Kang kalau tak minum kang kecik hati pulak kan? Daripada aku paksa makan ubat pil-pil tu semua, baiklah dia minum je Performance Drink tu. Rasa pon sedap. Macam Oren Tangg tu. Bubuh ais PEH!!!! Segar biji mata!!

Lalu suami pon pergi kerja seperti biasa.

Pagi tadi masa ambil aku nak pergi kerja, tiba-tiba Wahid sendiri yang minta aku bancuhkan lagi Performance Drink sebelum dia nak pergi kerja malam ni. Dia kata, badan dia rasa segar, kurang mengantuk tak macam selalu dan bersemangat je bekerja. It really works uolsss!

"Seee! I told you kan, sayang?" :)

Itu kisah Wahid. Kisah aku pulak?

Aku berniat nak berpuasa penuh (Insya-Allah) sepanjang bulan Ramadhan ini nanti. Cukup-cukuplah aku mengganti 26 hari masa bersalinkan Nashriq dan 15 hari masa mengandungkan Najah. Can you imagine?? Harap-harapnya, aku mampu untuk menjalankan ibadah puasa sebaik mungkin tahun ini.

Tapi aku breastfeed Najah. Apa yang perlu aku sediakan?

Khas untuk bulan puasa. This three products are really recommended! 

Performance Drink + ESP + Mealshakes.

Kenapa aku rekemen 3 products kat atas tu?

Mudah je kalau ikut logik akal. Performance Drink untuk elakkan dehydration, ESP dan MealShakes akan menjadikan perut kita rasa kenyang sepanjang berpuasa. You know lah BF mother especially akan cepat rasa haus dan lapar. Bukan BF mom je pon. Tu yang pregnant, yang kerja tengah-tengah panas, kerja ke sana ke mari. Senang cerita, memang sesuai untuk hadapi bulan puasa ah!

Apa tunggu lagi? Lai lai lai!

Bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi aku di;

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, June 13, 2012

Testimonial #3 : Zuhaira & MealShakes.

Klik gambar untuk XXL punya saiz!

Semalam dapat Whatsapp dari Zuhaira. Dia kata dah post testimonial kat group Ekslusif Shaklee kami kat FB. Sesiapa yang beli barangan Shaklee dari group kami, tahulah group khas ni. Memang banyak tips uolss. Tips menyusu, kesihatan badan, kecantikan dan pelbagai lagi tips tips panas. Sangat banyak documents kat sana. Rajin tak rajin je nak membaca. Ihiks.

I am so excited bila Zuhaira, antara customer pertama aku, bagitau yang anak dia Amani dah mula nak makan! Huuuuu lega ok bila apa yang kita suggest kepada customer, berhasil dan menjadi. Alhamdulillah sangat-sangat!

Anak saudara aku pon, aku suggest bagi MealShakes ni sebab masalah berat badan dan masalah pembelajaran. Alhamdulillah, semakin nampak peningkatan. Berat badan dah mula naik, belajar pon sudah mahu fokus. Lepas ni, nak suruh Mama dia (Kakak aku), add on Omega pulak. Bagus untuk otak dan penglihatan. 

Oh oklah. Tidak berniat nak update panjang. Daaaa! :))

Bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi aku di;

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, June 12, 2012

Breastfeeding Journey : Berperang dengan M.

M = MALAS.

Iye. Bukan mudah nak berperang dengan sifat malas sendiri. Selalu je aku rasa malas nak mengepam. Malas nak pergi stock check. Malas nak pergi sukat susu dan bekukan. Malas nak siapkan susu untuk Najah ke rumah BS esok hari. Malas untuk itu. Malas untuk ini. Ye. Breastfeeding journey bukanlah semudah aku dan engkau menaip dan bagi tips nasihat bla bla bla.

Masa mula-mula aku nak adapt dengan rutin hidup yang baru, terkontang kanting jugak aku dibuatnya. Selalu je menerima jelingan sinis dari Encik Suami seolah-olah berkata "Haaaaa kan orang dah kata, kasi susu tin lagi senang!". Tapi aku buat tak pandang je senyuman sinis tu. Aku pernah gagal dahulu. Aku tak mahu rasa gagal itu hadir lagi. Cukuplah Sekali <- lagu Jay Jay.

Rutin aku selalu bermula seawal 6.00 pagi. Bangun dan susukan Najah yang selalunya akan terjaga sharp on time dan tidur balik selepas kenyang. Kemudian, aku akan terus terjah dapur untuk masukkan susu, puting dan ice pack dalam cooler bag yang akan dihantar ke rumah BS. Tidak dilupa juga ice pack lagi 3 masuk dalam cooler bag yang aku akan angkut sekali ke tempat kerja. Standby semua beg yang sudah disediakan malam tadi untuk dibawa turun masuk dalam kereta oleh Encik Suami.

Encik Suami selalu akan siap dulu. Dialah yang akan bawa sekelian (?) beg turun ke bawah, kemudian kejut Nashriq, kemas katil dan bilik. Sementara aku akan terlompat-lompat menyiapkan diri apa yang patut. Tolong jangan imagine aku terlompat-lompat sebab ianya hanya cerita rekaan sahaja. 

Dah siap semua benda dan semua orang, kami akan travel ke Taman Cempaka untuk hantar Nashriq dan Najah. Untuk pengetahuan semua, Nashriq dijaga oleh Emak manakala Najah pula dijaga oleh jiran Emak. Sekali arung hantar satu tempat, balik kerja pon angkut dari situ aje. Amboi bukan main sedap lagi sebut angkut ye? Ingat barang mainan ke? :p

Selesai hantar anak, Encik Suami akan hantar aku ke tempat kerja dan beliau pon pergi ke tempat kerja beliau lah. Takkan dia nak kerja kat tempat kerja aku pulak kan? Hoi apa pusing-pusing ayat ni?

Tiba di tempat kerja, benda pertama yang aku akan buat ialah masukkan ice pack dalam peti beku icebox office. Kemudian, masukkan botol-botol ke dalam beg breastpump supaya senang aku terus angkut je bila nak mengepam nanti. FYI too, aku memang tinggalkan aje beg breastpump kat office sekarang sebab aku dah ada dua pam manual kat rumah. Haa sampai dua kau! Itu pon pemalas jugak nak mengepam kan?

Tiba waktu mengepam, aku angkut je beg breastpump tadi masuk Surau atau pantry. Selalunya aku 'berjaya' buat 2 session. Tapi kalau tak berapa nak 'berjaya', 1st session is around 2pm! Dan 2nd session terbabas kena pam pakai manual dalam kereta waktu pulang kerja. Haaaa. 'Rajin' tak aku?

Tolong jangan ikut perangai aku yang kat atas ni. Tolong pam strictly 3 jam sekali. Tolong ingat yang susu surely akan merundum kalau kita biarkan breast tidak di-stimulate terlalu lama. No demand, no supply. Tiada stimulation, tiada susu yang akan terhasil. 

Pulang dari kerja, kami akan terus ke Taman Cempaka untuk ambil Nashriq dan Najah. Dah siap tapau makan kat rumah Emak semua (tak malu sungguh nak cerita kau tapau makan rumah Emak!), kami anak beranak pon akan pulang ke sangkar. 

Benda pertama yang aku akan buat ialah simpan ice pack dan susu-susu hasil mengepam di tempat kerja tadi. Selesai bab susu baru boleh lengah-lengah buat kerja lain macam mandi, Solat, makan, kemas sikit-sikit, main-main dengan anak dan tidurkan mereka. Selalunya, bila part tidurkan anak-anak ni, aku akan failed berlayar sekali. Tetapi, aku akan bangkit semula (ibarat cerita Hindustan lah, hero kalah dulu), pada jam 2-3 pagi untuk settle beg-beg anak dan susu Najah nak bawa ke rumah BS.

Waktu inilah aku gunakan untuk sukat susu Najah, thawing frozen milk, dan masuk dalam botol siap label untuk bawa ke rumah BS esok pagi. Kesempatan ini juga, aku siapkan baju Najah, pampers dan segala benda yang nak bawa sekali. Kemas juga handbeg aku dan stock check frozen milk kalau dah lama sangat tak check. Lepas selesai semua, aku akan sambung tidur dan bangun semula jam 6.00 pagi. Start all over again dari perenggan atas bawa ke bawah. Fuh!

Mengepam di rumah? No. I did not!

Aku salute kat BF mommy yang sangat rajin mengumpul stok walau berada kat rumah. You can stalk Hannah Johary punya Twitter tengok pukul berapa dia bangun nak mengepam. Sangat gigih wooo. Aku pon tak tahulah kenapa aku sungguh malas nak mengepam kalau berada kat rumah. Kepala otak asyik takut susu tak cukup untuk Najah padahal aku nasihatkan orang bagitau yang sistem susu badan manusia ni macam flush system. Akan sentiasa ada. Tapi yelah. Manusia ni kan cakap orang pandai. Diri sendiri tak berapa nak pandai! Kekeke.

Minggu lepas pon, aku cuti seminggu duduk rumah anak beranak. Satu botol stok pon aku tak buat! Balance chill EBM last week, semua aku sukat masuk deep freezer. Stok chill terus kosong. Kelam kabut woo nak naik kerja hari Isnin haritu. Terus konsisten pam Sabtu Ahad. Eh boleh pulak mengepam kan? Boleh pulak kumpul stok. Kenapa sebelum-sebelum ni tak boleh? Kenapa sebelum ni tak buat?

Ye. Sebabnya aku MALAS.

Kesan daripada tidak mengepam straight seminggu masa cuti haritu, susu aku merundum sikit semalam bila naik kerja. Dapat 8.5oz instead of 10oz yang selalu dapat in first session. Seram hoi sebab dahlah nak bulan puasa kan? Pastu susu boleh kurang sikit. Harus punggah semua frozen EBM kot pakai masa bulan puasa nanti. 

Tapi Alhamdulillah, harini susu dah back to normal. Puas aku cari rentak balik dengan minum air banyak-banyak, mengepam stictly 3 jam sekali dan makan vitamin sharp on time. Syukur sangat-sangat. Hopefully, susu tak akan terjejas dengan kehadiran bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti. Amin!

P/S : Nanti aku share dengan korang supplement untuk kekal cergas & susu maintain during Ramadhan.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

PROMOSI BULAN JUN : Mari Cantik Bersama VITAMIN E!



Bulan ini promosi Vitamin E di Shaklee. Harga sikit punya baik dari harga asal. Seriously punya baik! Dah lah nak raya ni kan? Eh chop, puasa pon belum tiba nak cerita raya? Well, kenalah buat persediaan siap-siap kan? Nak cantik bukan sehari dua 'TING!' terus berubah jadi retis. No. No. No. Kecantikan dari dalam will takes time. Tapi ianya sungguh berhasil!

Kenapa Vitamin E Shaklee paling baik paling bagus?
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu.
  • Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat,
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. 
Info tambahan : Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurangnya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires" dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik. Antioksidan yang seimbang dalamVitamin E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka Vitamin E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan. (source : Aula)
Sumber seperti biasa, dari blog Master Cery. :)

Kalau korang nak baca testimonial tentang seorang pengguna yang ada masalah jerawat kronik, pastu pakai Vitamin E 3 bulan dan jerawat dia terus 'TING!' hilang, boleh baca entry Kak Cery yang ini. Kalau nak baca pasal seorang budak yang jatuh pastu bibir terkoyak, sapu je Vitamin E, dalam masa 24 jam luka dia bercantum semula, baca pulak testimonial yang ini. 

See! Vitamin E ni memang ajaib tahu? Bagus untuk kecantikan kulit muka, kulit badan, hubungan suami isteri, malah untuk anak pon bagus! So tunggu apalagas?


PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.



Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, June 11, 2012

Testimonial #2 : Aku, Kak Hana, Yaya Dan LECITHIN.

Hari Selasa yang lepas, kami anak beranak ada check up bulanan. Aku punya check up adalah untuk ambil Noriday. Najah untuk jab BCG. Manakala Nashriq adalah untuk timbang macam biasa. Wahid jadi tukang bawak kereta. Takde check up for him. Kekekeke.

As usual, bila tiba part aku menimbang, aku memang akan cuak habis. Sebab apa? Sebab sejak consume Noriday, berat aku tak pernah turun. All the way akan naik naik dan NAIK. Seriously kalau korang tengok jumlah berat aku, confrm pengsan punya! Menakutkan tahu? Nak bagitahu suami pon malu tau.

Tapi hari itu, aku naik penimbang dengan semangat waja (??). Dalam hati fikir, takpelah berat naik kan. Kan aku breastfeed baby kan. Mestilah kena makan banyak kan. Kalau tak macam mana susu nak produce kan. Kesian kat Najah kan. Kesian kat aku lapar kan (dan berapa banyak lagi kan kan kan).

Tiba-tiba mata aku tertancap (cheh wah tertancap wa cakap lu!) pada skrin penimbang itu. Seriously turun 2kg? Like want to lompat bintang depan nurse tapi malu nanti dia kata aku buang tebiat. So simpanlah kegembiraan hingga ke luar bilik dan terus bagitau suami. 

"Pa, berat orang turun 2kg!"

"Ye ke? Baguslah." Tanpa perasaan.

Takpe. Takpe. Mari kita kongsikan kepada Cinta Muka Buku.

Baru nak menaip status, Blackberry menyala-nyala menandakan notifications masuk.

PM Facebook dari Kak Hana, my beloved customer.

"nak bagitau gud news ni.berat akak dah turun sikit.dalam 1.2kg camtu.berat kak yong lak turun 2kg.tu baru seminggu je makan sume vitamin2 tu.yeay..! lompat bintang syukur alhamdulillah.." 

Hoy! Ada geng nak lompat bintang nampaknya! HAHAHAHA.

Keesokkan harinya pula, received BBM dari Yaya;

"Aishah... Baru perasan perubahan... Kite makan ni bukanlah nak kurus sgt pon sebab berat kite dah ideal dah. Cuma perut kite buncit mcm preggy 5bulan. Huhu. Tapikan , pagi tadi baru perasan agak kurang sikit dah buncitnya... Serius... Hopefully by end of month lagi kurang lah. Hehehe. :)"

Ya Allah seronoknya baca, tahu? Rasa macam nak peluk-peluk semua orang! :))

So dipendekkan cerita, APA YANG KAMI MAKAN?

AKU :: ESP + Alfalfa (consume sebab BF) + LECITHIN

KAK HANA :: LECITHIN + Alfalfa

KAK YONG :: LECITHIN + ESP + Alfalfa

YAYA :: LECITHIN sahaja.

Nak tahu kenapa LECITHIN boleh kuruskan badan? PM me! :)

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015