Aishah Rahim's Diary

Monday, June 11, 2012

Cukur Rambut Nur Anis Najah.

Welcome back on track, Aishah Rahim!

Setelah seminggu bercuti duduk rumah goyang kaki anak beranak, maka hari ini harus kembali ke dunia realiti. Kembali ke rutin asal seperti biasa. Bangun pagi pergi kerja, minum air banyak-banyak-banyak, buat kerjaan office, tunggu masa nak mengepam, pergi makan, makan vitamin dan bla bla bla. 

Well, aku malas nak berceloteh panjang sebenarnya. Saje nak up entry cukur rambut Anis Najah yang berlangsung pada 2 Jun 2012 (Sabtu) haritu. Sungguhlah lega bila sudah selesai satu lagi perkara yang asyik bermain dalam kepala otak. Selagi tak selesai, selagi itulah asyik memikir. 

Err, tanpa membuang masa lagi, marilah kita layan gambar-gambar yang dipetik (??) oleh adik ipar kesayangan, Syahirah. Nak harap diri sendiri pegang handphone atau kamera memang jangan diharap. Badan asyik mem-busy melayan dua anak tanpa henti. Erm, semua gambar adalah ihsan dari FB ibu mertua. Mari layan.

Najah bersama Nenek.
Sebelum bertukar menjadi Princess. Echeh.



Ready untuk Cukur Jambul, sayang?



"Yes, I'm ready Mama!" :))



Najah mengantuk with Mak Ngah sayang.



Terima kasih Ucu sebab amik gambar Najah! :)



Macam retis uolls!



Bunga besar semedang. Nasib baik tak dicampak ke bawah.



Lapar sangat. Kesian.


Gambarnya sangat banyak. Sampai tak sanggup nak download semua dan tepek kat sini. Ni aku upload mana yang dan saje. Sangat penat on that day. Dengan Nashriq melasak bagai Taman Cempaka dia punya. Haih. Seriously, Wahid langsung tak boleh buat kerja hari itu. Kerja melayan Nashriq saje. Kalau dilepas, mahu dia berlari ke tengah jalan. 

Eh, chop! Mana Nashriq during the majlis?


Ohhhh. Ayah bawa Nashriq pergi kedai.
Umpan jangan kacau orang sedang majlis.




Dikala 'si dia' melihat aku.
Bukan si dia yang belakang tu. Cisss.



"Mammmaaa!!" (Sebut dengan sabdu ye).



"Anak Mama pergi mana?"




"Ayah li popok!" (Ayah beli keropok).


Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada Emak, adik beradik, ayah dan ibu mertua yang banyak membantu. Terima kasih juga kepada saudara mara dan sahabat handai yang sudi hadir. I really appreciate it. Harap maaf jika ada kekurangan. :)

P/S : Mulakan minggu yang baru dengan semangat waja! Fight for my dreams! 



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, May 31, 2012

Dejavu.



Hohoho lama gila tak update cerita sendiri. Actually, tak ada pon yang menarik terjadi dalam hidup aku beberapa minggu ini melainkan kehidupan yang semakin hectic membaca notes-notes Shaklee. Hahaha. Tapi aku suka, gembira dan cinta. Aku berimpian besar untuk berhenti kerja, duduk rumah jaga anak, dan buat bisnes macam ini sahaja. Super selesa!

Oh yeah, gambar kat atas adalah gambar-gambar menarik yang aku petik (petik?) malam semalam. Gambar pertama yang belah atas tu adalah gambar aku dan Abang De. Amacam? Comey tak? Huish, tu baru tengok gambar masa baby. Cer tengok gambar sekarang? Lagi comey tahu! KAHKAHKAH.

Gambar kedua pulak adalah gambar Nur Anis Najah dan Ahmad Nur Haziq, anak kepada Abang De aku. Agak sama di situ. Actually kalau tengok gambar macam ni, Najah memang takde muka aku langsung sebab mata ke-cina-an dia itu. Tapi kalau tengok depan-depan, she looks exactly like me in the first picture. Anak Mama lah katakan. Echeh!

Err, hari Sabtu ni Najah akan cukur jambul. Tak sabar rasanya nak buat majlis untuk si kecik ni pulak. Dulu masa Abang Long Nashriq, tak sempat update apa-apa dalam blog. Biasalah, aku kan pelokek cerita peribadi sikit. Hahaha. Insya-Allah, kalau ada kerajinan dan kelapangan, aku update tentang majlis Najah ni nanti.

Sampai jumpa lagi di lain entry. Daaa!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, May 30, 2012

Testimonial #1 : Ieja Dan Set B + ESP.

Selamat pagi yow! Hari ini ada meeting kat Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman 1 (STAR 1). Sangat seronok dapat jumpa rakan-rakan PT serata daerah. Masa ni lah dapat nak tukar-tukar khabar dan ilmu. Serius seronok. :)

Walaupun meeting, handphone masih di tangan. Orang kata, buat-buat hilang bosan. Hehehe. So, sambil dengar meeting tu, sambil scroll down Twitter. Baca cerita kawan-kawan. Mencelah sikit-sikit. Sempat jugak minta resepi Lasagna kat Achmal. Hahaha. Thanks Mal! :p

By the time scroll down Twitter tu, aku receive Whatsapp message dari Ieja - antara customer pertama aku. Ieja ni ambil Set Breastfeeding + Energizing Soy Protein (ESP). Message beliau berbunyi begini;

"Hush.. Perubahan sgt ketara pada susu ieja.. Sykur alhamdulillah... Mengepam pon sonok sha.. Pagi ni x sempat sarapan, kena pam dulu.."

Senyum aku sampai ke telinga. Ya Allah, syukur atas nikmatMu.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, May 29, 2012

Kulit Cantik, Kesihatan Tip Top, Badan Pon Sihat Bertenaga!


Sorry sebab aku terlambat nak cerita pasal promo terbaru ni. Actually, promosi terhebat harga menarik ini tamat end of this May. Maksudnya, ada lagi 2 hari je??! Takpe. Takpe. Aku ceritalah jugak sebab omputih kata, better late than never. Orang Melayu pulak kata, biar lambat asal selamat. Eh?

Dua vitamin di atas adalah GLA Complex dan Energizing Soy Protein (ESP). ESP tu aku tak payah ceritalah pasal dalam entry sebelum ni, aku dah gebang panjang kan? So harini aku nak cerita pasal GLA Complex yang sungguh terkenal kerana khasiatnya yang super hebat. 

Ada apa dengan GLA Complex yow?
~ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
~ Membantu meningkatkan kesuburan.
~ Melegakan PMS (sindrom pra-haid).
~ Membantu dalam menangani menopus.
~ Menguatkan kuku dan rambut.
~ Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri.
~ Membantu menangai ekzema.
~ Melegakan simptom akibat artritis reumatoid.
~ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
~ Menguatkan imuniti tubuh.
~ Memperlahankan proses penuaan.
~ Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung.
~ Mengawal kencing manis dan darah tinggi.
~ Mengawal kolesterol.
~ Untuk fungsi saraf.
Korang boleh jenguk blog Kak Bee untuk baca testimoni. Memang best!

So? Siapa yang perlu ambil GLA Complex ni?

Sesiapa sahaja yang mahu cantik, mahu sihat, ada masalah haid tidak tetap, senggugut yang melampau-lampau, hormon tidak stabil, nak hilangkan jerawat, nak kulit cantik halus dan mulus, semua pon boleh! 

Eh? GLA pon boleh cantikkan kulit? Ye, boleh! Sebab apa? Sebab dalam GLA Complex ni ada Vitamin E. Tak payah dah nak ambil Vitamin E lain lagi. Mudah dan senang. Ye dak?

Tapi, kenapa aku promo sekali dengan ESP?

Sebab, ESP ada Protein. Protein kan makanan sel dalam badan. Bila sel dalam badan sihat, maka lebih cepat, mudah dan berkesanlah GLA Complex (atau apa sahaja vitamin lain) untuk menyerap. ESP ni memang aku suggest habis-habisan. Bukan sebab aku nak jual ke, nak untung ke. No! Tapi sebab aku sendiri dah minum dan rasai khasiatnya. Pilihan di tangan anda. Duit pon duit anda. Hehehe.

Akhir kata dari saya; Nak cantik? Nak sihat? Nak bertenaga?

Bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi aku di;

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, May 25, 2012

Nashriq, 21 Bulan.


Nashriq & Najah

Gambar Nashriq yang kat atas tu adalah sewaktu beliau berusia 3 bulan 7 hari. Hari ini, beliau sudah genap 1 tahun 9 bulan. Bila pandang Najah sekarang, terasa rindu Nashriq yang kecik molek duduk diam ala-ala tak tahu apa-apa. Hahaha. Tapi sebenarnya bila anak semakin membesar gini, rasa makin best buat kawan. Jadi teman berbual, teman gaduh, teman berpeluk-peluk. Haih. :)

Nashriq sedang dalam proses develop diri sendiri. Sangat keletah dan pandai menyenangkan hati orang sekeliling. Emak aku cakap, rumah tu kalau Nashriq tak ada sehari, memang sunyi sepi. Anak-anak sedara aku pon mencari kalau Nashriq tak datang. Dia ni kira macam tukang buat kelakar lah. Dia buat lawak, dia ketawa. Pastu, orang lain pon ketawa tengok dia.

Aku paling suka bila part aku sampai rumah balik kerja. Dia pandang je mata aku, sambil panggil, "Mama!". Pastu senyum, peluk dan 'tepuk-tepuk belakang' aku ni. Ya Allah, terasa sangat semua beban penat lelah terbang melayang. Rasa kat hati ni macam kembang dengan cinta. Serasa tak nak lepaskan pelukan tu. Serius, dia ubat penenang aku.

Vocab pon semakin mantap. Kalau dia tengok kami makan, "Ermm, sedapnya!". Tapi bila suap tak mahu! Kalau tanya Ayah pergi mana? "Kerja!". Mama buat apa? "Tidur!". Ye. Ye. Nampak sangat Ayah kerja keras, Mama senang lenang tidur ye? :p

Kalau nak air, "Nenek, nak ayie..". Ye, dia sebut air tu AYIE. Kalau nak susu, "Mama nak YU." T__T

Sebelum tidur, dia akan salam semua orang satu rumah 3-4 kali. "BYE BYE BYE" dia dok jerit kat semua orang. Masuk bilik, salam Ayah, cium. salam Mama peluk cium dan ajak baring gentel rambut. Kalau aku tengah enjut Najah dan Wahid yang volunteer nak tidurkan Nashriq pon, maka janggut Wahid lah yang jadi mangsa gentelan dia. Tak paham aku satu perangai anak bujang ni. 

Oh, dia sangat sayangkan adik dia! Super sayang! Kalau bangun tidur, perkara pertama yang dia cari ialah "JAH?". Kalau Najah dah bangun, dia akan landing sebelah sambil mata bertemu mata. Pastu berbual bahasa only-they-know. Nashriq cakap, Najah ketawa. Najah cakap, Nashriq ketawa. Sesekali, Nashriq cium rambut Najah. Sesekali juga, Najah tendang perut Nashriq. Bila dia nak cium Najah, dia akan cakap, "Ayang Ajahh!".

Tapi jangan dipercaya sangat. Kerana anytime dia boleh pelepek muka adik dia sebab terlalu geram. :)

Oh ya! Haritu Emak aku jatuh kat bilik. Then, bila aku balik rumah, Nashriq jadi orang pertama yang melaporkan. "Mama, Nenek atuh! Habissssshh!". Masa tu nak gelak sangat sebab Nashriq ni memang akan sebut 'habis' kalau benda jatuh. Air tumpah, "Habissshh!". Dia baling selipar ke bawah pon, "Habishhh!" sambil tangan pusing-pusing. Hahaha. Entah mana dia belajar entah.

Pernah sekali dia main bergumpal dengan Wahid dalam bilik. Gumpal punya gumpal, dia pon main tendang muka Ayah dia. Wahid pon lepuk ringan ke kaki dia. Pastu dia datang depan jumpa aku, "Mama, akit! Ayah pok!". Berdekah satu rumah dengar! Hehehe. Nampak gayanya memang tak boleh buat atau cakap perkara tak elok depan dia. Sepantas kilat dia akan rakam dan 'lakon'kan balik.

Rancangan kegemaran televisyen beliau ialah zikir-zikir dan selawat kat Astro Oasis. Kau bukaklah channel 611 nak suruh tengok Tom Tom Bak ke, memang boh layan. Tapi kalau pukul 7.00 malam - 8.00 malam, nak suruh dia duduk diam, bukak je Astro Oasis tu. Confirm semua kerja aku settle!

Pernah satu malam, aku bukak Surah Luqman kat handphone sementara enjut Najah dalam buai. Dia pon landing tepi sambil minum susu. Lepas Najah tidur, aku pon off surah tadi dan bukak youtube nak ajak dia tengok video Party Sampai Pagi. Sekali dia balingnya handphone aku tu sebab marah aku off surah tadi! Malu aku nokks. Bukak balik surah tadi, diamlah dia baring sebelah aku sambil gentel rambut. T__T

Lasaknya pon bukan main. Terloncat sana. Terloncat sini. Panjat sana. Panjat sini. Kalau sepupu sepapat kat rumah tu, jadi tempat buli dia je. Ada anak sedara aku perempuan umur 3 tahun, takut gila dengan Nashriq. Sebab Nashriq suka tarik rambut budak tu dan kasi 'pelempang' free. Nasib baiknya, Nashriq ni tak akan buat kat orang yang dia baru jumpa. Dia akan berkelakuan lasak begini dengan orang-orang terdekat je. Kalau jumpa new people, dia akan berlakon baik. Ehek.

Eh, terpanjang pulak entry harini. Ingatkan nak wish happy 21st months sahaja. Tapi dah jadi entry cerita panjang perangai anak. Well, aku jarang kan dapat update pencapaian terkini anak setiap bulan. Makan harini adalah bonus lah! :)

Happy 21st months birthday, Anas Nashriq. Mama love you! 

Oklah. Hari Jumaat nak rehat panjang. Tata! 



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015