Aishah Rahim's Diary

Sunday, July 25, 2010

Hadiah Buat Suami.

2-3 bulan yang lepas, ada terbaca entry Aneen pasal Smoker Haven. Masa tu, memang dah berminat sangat-sangat. Tapi, hati ni macam berat sangat nak bawak bincang dengan suami. Makanya, niat yang suci murni terpaksa dibatalkan buat sementara waktu.

Entah macam mana, baru-baru ni Encik Suami ada menyuarakan niat untuk berhenti merokok. Eh, bukanlah berhenti secara tiba-tiba atau mendadak. Tapi secara perlahan-lahan. Dia dok fikir pasal kesihatan diri sendiri, kesihatan aku dan kesihatan bakal baby kami nanti. Plus, masalah kewangan yang menyumbangkan migrain setiap bulan. Ngeh. :p

Bayangkanlah, sebagai seorang perokok tegar macam Encik Suami, 1 kotak rokok diperuntukkan untuk 1 hari sahaja. Kotak yang 20 batang tu okeh. Satu kotak berharga RM7.80. Kali dengan seminggu sudah RM54.60. Kalau sebulan, lebih kurang RM234. Kiraan setahun pulak mencecah RM2847.

Banyak tu weehhhh!!! :(

Aku pon terus semangat tunjuk blog Aneen kat Encik Suami. Dia pon membaca dengan kusyuk. Aku ingat habis kat situ aje. Aku pon blah lah pergi buat kerja lain. Sat lagi, aku jengok skrin laptop, dia tengah baca forum pasal E-Cigarette ni. Kusyuk dan tawaduk betul. Memang nampak sangat-sangat berminat. So, aku pon happy lah. :)

Sebagai menyokong kempen 'Selamat Tinggal Rokok Secara Perlahan-Lahan', maka aku pon tekad lah menghadiahkan Encik Suami starter kit Smoker Haven ini.

Smoker Haven Starter Kit = RM290.

Encik Suami memang nampak happy sangat-sangat. 120 kali dia belek-belek Starter Kit berkenaan. Hahahaha. Menipu betul aku ni. Tapi, memang nampak sangat-sangat excited lah. Kejap-kejap dok belek manual. Kejap-kejap dok belek kotak. Kejap-kejap dok isap E-cigg berkenaan. Pastu senyum-senyum. Heeeee. :)

Sebagai langkah pertama, tugas aku ialah memantau penghisapan rokok biasa oleh beliau. Cheh. Dah macam proses apa pulak kan? Hehehehe.

Kitorang pergi beli E-cigg ni pada Jumaat malam Sabtu kelmarin. Masa ni, rokok biasa ada lagi 16 batang. Dan sehingga ke hari ini (petang Ahad), rokok biasa cuma luak 4 batang sahaja. Ada baki lagi 12 batang dalam kotak.

Huh. Kenapa hisap rokok biasa tu jugak??

Macam aku katakan awal-awal tadi, proses ini berjalan secara perlahan-lahan. Tiada paksaan dan tidaklah secara mendadak. Tapi bagi aku, ianya sudah cukup menggembirakan hati. Kurang rokok biasa maksudnya kesihatan Encik Suami ditahap yang lebih baik. Dia pon kata, dada dia rasa smooth dan dia macam tak tahan pulak dengan bau rokok biasa. Busuk sikit katanya. Bilik kami pon takde bau asap rokok dah. Udara pon clean & clear.

Harap-harapnya, dengan pemberian aku yang tidak seberapa ni dapat mengubah cara hidup kami ke arah hidup yang lebih sihat. Ini untuk suami, aku dan baby. :)

Baby masa 31 weeks.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 23, 2010

Warded On 21st July 2010.

21 Julai 2010, genap 3 tahun kami bertunang. Cheh. Dah kahwin pon deyy. Nak sambut ulangtahun tunang kejadahnya? Hehehehe. Tapi, still ada ucapan-ucapan manis bak madu diungkapkan oleh sang isteri kepada suaminya. Ucapan sang suami? Buat bodoh suaaaa. :)

Kononnya nak buat candle light dinner dekat KFC atau Pizza Hut berdekatan. Tapi harus dibatalkan kerana keadaan isteri yang keuzuran tahap melampau-lampau. Memang tak boleh lupa betul tarikh ini. Memang kenangan kau dan aku. Huhuhu.

21 Julai 2010 (4.00 Pagi)
Terasa amat-amat sakit pada bahagian pinggang dan ditarik ke bahagian perut. Seluruh perut terasa menegang dan mengeras. Kaki rasa lenguh dan menggigil. Tangan dan badan terasa seram sejuk yang amat. Masa ni, cuba mengimbau balik kenangan contraction di Dewan Bersalin dulu. Eh, macam lebih kurang sama. Adakah masanya sudah tiba untuk melawat Dewan Bersalin buat kali kedua?

Mengadu dengan suami. Kami berdua blur tak tahu nak buat apa. Keputusan diambil untuk sambung tidur dengan separa lena bagi mengumpul tenaga. Manalah tahu esok dah kena push-push. :p

21 Julai 2010 (4.30 Pagi)
Kelam kabut bangun dari tidur. Perut rasa memulas yang amat sangat!!! Terus ke bilik air dan membuang segala isi perut yang ada. Yang keluar hanya air. Cirit birit ke, memang tanda nak bersalin ni? Serius, cuak gila masa ni.

21 Julai 2010 (5.50 Pagi)
Sekali lagi bangun dan kelam kabut ke bilik air. Yang keluar, masih lagi air dengan kadar yang sangat-sangat banyak. Tiba-tiba teringat artikel mana ntah yang pernah dibaca. Seorang patient ni terpaksa di bedah kerana water bag dia dah lama licking. Baby dah mula lemas dan heart beat baby tak berapa nak stabil. Rupanya, air ketuban sudah keluar melalui air kencing dan najis. Fuh. Cemas!!!

21 Julai 2010 (7.00 Pagi - 2.00 Petang)
Masih berkeadaan yang sama. Suami nak bawak pergi hospital. Tapi isteri kata takut. Tak tahu apa yang isteri takutkan. Rela menanggung sakit perut yang memulas-mulas. Ambil keputusan untuk bercuti. Tapi cuti pon tak guna. Tak dapat rileks pon. Ulang-alik dari bilik ke bilik air pon dah cukup meletihkan. Tiada makanan yang mampu dijamah. Semua pon kena reject dek tekak. Masuk makanan je, rasa nak muntah.

21 Julai 2010 (2.30 Petang)
Emak menemankan aku ke Klinik Pesakit Luar, Hospital Sultanah Aminah. Kononnya nak mintak ubat cirit birit aje. Tiba-tiba, dapat surat refer untuk terus ke Bilik Saringan. Humak aih. Aku memang fobia betul dengan Bilik Saringan ni. Seluk-seluk memang dah confirm punya.

21 Julai 2010 (3.00 Petang - 6.30 Petang)
Lapor diri kat Bilik Saringan. Kat sini memang mencuakkan betul. Kiri kanan muka ibu mengandung tahan sakit nak bersalin. Kiri kanan bukaan jalan dah over 5 cm. Kiri kanan dah kena seluk-seluk pecah air ketuban segala. Aku?? Muka rileks senyum-senyum tersengih-sengih minta simpati supaya tidak diseluk. Tidak diseluk?? Jangan harap!!!

Sampai-sampai aje, terus panjat katil untuk check heart beat baby. Okeh, this is my 1st experience dengan CTG Machine. Benda alah ni memang menyeronokkan betul. Entah kenapa, diri terasa dekat dengan baby dalam perut. Dapat dengar degup jantung baby dengan jelas. Kalau dahulu, aku cuma tengok aje orang lain check dan dengar degup jantung baby mereka. Aku tak berkesempatan nak buat masa tu. Nashrah dah berhenti degup jantungnya. :(

Lepas check jantung baby, sesi temuramah dengan doktor. Apa makan malam semalam? Pedas ke tidak? Basuh tangan tak sebelum makan? Dan bla bla bla. Kejap lagi doktor boleh keluarkan kenyataan yang buat seluruh badan menggigil-gigil.

"Akak sekarang baru 35 minggu. Kalau perlu, kita akan suntik ubat untuk matangkan paru-paru baby. Then, induce untuk deliver awal."

Doktor ni bergurau betul dengan aku.

Aku sengih-sengih lagi. Try nak corner kiri kanan. Aku cakap yang perut aku tak sakit lagi dah. Aku dah okeh. Dia pulak senyum-senyum tengok perangai kalut aku. Jap lagi, dia buat kenyataan yang menggugurkan jantung pulak.

"Akak naik katil jap eh. Kita nak buat VE."

Haaaaaa. Part ni yang aku tak sanggup ni. Suka benar nak seluk-seluk. Aku tanya dia kenapa nak seluk? Dia kata sebab nak tengok jalan dah bukak ke belum. Aku cakap yang aku baru 35 minggu, takkan jalan dah bukak. Eh, siapa doktor ni? Aku ke dia? Memang susah dapat patient terlebih baca macam aku ni. Hehehehe.

Maka, naiklah aku ke atas katil dan menyerah.

"Belum bukak jalan ni Kak..."

Yeah!! I told you, doktor. You taknak percaya. Kan? :p

"Doktor, kalau boleh saya nak MC eh hari ni. Sepatutnya saya kerja hari ni. Tapi saya cuti sebab sakit perut sangat...."

Dengan semangatnya aku berkata-kata.

"Memang dapat MC kak. Akak kena admitted hari ni. Kita nak observe akak tengok kalau ada buang-buang air lagi."

Hambik kau!!! Nak MC sangat kan???

21 Julai 2010 (7.00 Petang)
Dan duduklah aku dalam Wad Timur 3 bercampur dengan ibu-ibu mengandung yang sedang menunggu masa untuk bersalin. Oleh kerana keadaan diri yang boleh dikatakan lebih sihat dari pesakit yang lain, maka dengan rajinnya aku buat lawatan muhibbah ke katil-katil lain untuk tengok baby. Weeeeeee. Sangat seronok lah okeh. :)

Dan untuk pengetahuan korang semua, wad ini jugaklah yang aku masuk masa 1st time admitted untuk keluarkan Nashrah dulu. Cuma selang 2 katil aje. Heeee, terasa sangat seriaunya. Terbayang-bayang lagi macam mana aku menangis malam-malam kat atas katil tu. Bila katil sebelah balik dari Dewan Bersalin bawak baby, lagilah macam nak meraung. Sebab tu Wahid dan seluruh ahli keluarga buat keputusan untuk pindahkan aku ke 1st class. Supaya tak terpandang baby, kata mereka.

Wad Timur 3.
Katil Nombor 11.


22 Julai 2010 (5.00 Petang)
Dibenarkan pulang ke rumah tanpa rasa was-was. Buang masa awak je doktor tahan-tahan saya. Kan saya dah kata, saya sihat. Awak tak mahu percaya. Akhir kata dari saya;

"Semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bertemu semula lagi 2-3 minggu."

Insya-Allah. :)

P/S : Masa dah nak discharge hari tu, Wahid ada mengeluarkan kata-kata indah yang jarang-jarang dapat didengar oleh telinga isteri dia;

"Orang dah berazam dah. Orang nak ulang sejarah kat hospital kali ni dengan sejarah yang indah. Orang tak mau sedih-sedih lagi. Lepas ni, orang nak kita discharge hospital dengan bawak balik baby. Baby kita...."

Erk. You sound weird when you romantic-romantic lah sayang.... :p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, July 19, 2010

Trimester Terakhir.

"Semakin lengkap segala persiapan, semakin tidak keruan rasanya hati. Semakin tertancap mata ini pada himpunan beg yang akan dibawa bersama, semakin galak jantung ini berdegup kencang. Semakin mata ini merenung deretan baju kecil comel di dalam bakul pakaian khas itu, semakin tidak tertahan hati ini menanti detik bertarung."

"Tuhan, kuatkan semangat hamba-Mu ini."


Memasuki trimester terakhir memang mendebarkan. Setiap saat pon asyik memikirkan saat-saat bertarung nyawa itu. Selamatkah aku nanti? Bagaimana nasib aku saat itu? Senang atau susah? Mampukah aku bertahan dengan sakit yang maha hebat?

Ah, perasaan memang pandai main peranan.

Menipu akal dan fikiran.

Hati tidak berapa tenang. Maafkan aku.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, July 15, 2010

Thermometer Chomel.

Hari tu ada buat entry pasal senarai barang yang nak kena beli sebelum usia kandungan menginjak ke minggu 36. Salah satu barang ialah thermometer. Semalam jugak telah berdesup ke farmasi berdekatan untuk melunaskan hasrat hati yang bergelora.

Hasilnya, telah merembat thermometer berciri comel macam diri sendiri. Okeh. mulalah nak perasan tu. Mulalah. Mulalah.

Beruang comel macam saya. :)

Atas nasihat Murnie dalam entry berkenaan, aku pon memilih thermometer yang boleh diperiksa di bahagian ketiak & mulut. Mengikut kata Murnie, bacaan suhu kat kepala kadang-kadang tak tepat. Sebab tu kena check kat bawah lidah atau ketiak.

Heeeee. Semua barang dah complete. Tinggal tunggu kehadiran Set Tungku Moden, Bengkung, Nursing Cover & Nursing Bra aje.

Esok ke, hari Isnin eh? Tak sabar!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

15 Julai 2010 = 66 Tahun.

Hari ni 15 Julai. Hari jadi Emak. Dah 66 tahun usia Emak kesayangan aku ni. Dah tak tahu nak cakap macam mana punya sayang aku kat dia.

Emak & Abah bercengkerama kat Kebun Bunga.
I love both of them so much. :)


Sekarang ni kan musim tidur awal. Pukul 9.30 malam dah masuk bilik sebab nak tidur lena-lena. Orang kata, sebelum baby keluar, puaskan tidur dulu. Nanti baby dah keluar takde chance dah nak tidur awal dan berpeleseran seperti bujang.

Kalau dulu, wish birthday Emak tepat pada pukul 12.00 malam. Tapi malam semalam, telah wish seawal 9.30 malam. Itupon masih bertarikh 14 Julai. Hahaha. Tapi Emak sangat comel. Buat-buat lupa birthday sendiri.

"Ingatkan anak Mak dah lupa harijadi Mak..."

Mana boleh lupa Emak. Tak akan pernah lupa punya.

"Mak nak masak apa esok?"

Aku dengan Kak Ngah tanya kat Emak. Hahahaha. Sikit pon takde rasa bersalah. Sepatutnya kitorang yang prepare something special untuk Emak. Tapi selamba badak boleh request macam-macam. Hoi, birthday siapa ni weh? :p

Pagi tadi buat-buat tanya Emak.

"Ayang beli KFC eh petang karang?"

Emak memang suka KFC. Kalau nak celebrate ape-ape yang berkaitan dengan Emak, beli KFC dah cukup buat Emak senyum lebar.

"Tak payahlah. Mak buat KFC sendiri."

Yahoooo! Emak nak goreng ayam resipi KFC. Walau rasanya tak sama macam KFC, tapi rasa sedapnya sehingga menjilat tapak tangan. Hahaha. Over sangatlah aku ni kan.

Dan kami adik beradik pon tong-tong duit beli kek untuk Emak petang nanti. Padahal kek bukannya mahal sangat. Setakat RM40-RM50, salah seorang dari kami pon dah boleh beli. Tapi nak share sambutan punya pasal, semua pon nak tong-tong.

"Emak, you are my everything. Tiada apa di dunia ini yang dapat menggantikan tempat Emak dalam hati Ayang. Emak bantai Ayang supaya Ayang serik. Emak bebel-bebel kat Ayang supaya Ayang beringat. Emak marah-marah Ayang supaya Ayang belajar. Emak berikan sepenuh kasih sayang Emak pada kami adik beradik. Tak tahulah Ayang mampu atau tidak jadi macam Emak. Penyabar macam Emak. Penyayang macam Emak. Tegas macam Emak. Haih. Ayang nak sangat jadi macam Emak."

"Selamat Hari Lahir Emak. I love you so much. Very much."

p/s : Macam nak balik rumah sekarang dan peluk Emak kuat-kuat.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015