Friday, July 23, 2010

Warded On 21st July 2010.

21 Julai 2010, genap 3 tahun kami bertunang. Cheh. Dah kahwin pon deyy. Nak sambut ulangtahun tunang kejadahnya? Hehehehe. Tapi, still ada ucapan-ucapan manis bak madu diungkapkan oleh sang isteri kepada suaminya. Ucapan sang suami? Buat bodoh suaaaa. :)

Kononnya nak buat candle light dinner dekat KFC atau Pizza Hut berdekatan. Tapi harus dibatalkan kerana keadaan isteri yang keuzuran tahap melampau-lampau. Memang tak boleh lupa betul tarikh ini. Memang kenangan kau dan aku. Huhuhu.

21 Julai 2010 (4.00 Pagi)
Terasa amat-amat sakit pada bahagian pinggang dan ditarik ke bahagian perut. Seluruh perut terasa menegang dan mengeras. Kaki rasa lenguh dan menggigil. Tangan dan badan terasa seram sejuk yang amat. Masa ni, cuba mengimbau balik kenangan contraction di Dewan Bersalin dulu. Eh, macam lebih kurang sama. Adakah masanya sudah tiba untuk melawat Dewan Bersalin buat kali kedua?

Mengadu dengan suami. Kami berdua blur tak tahu nak buat apa. Keputusan diambil untuk sambung tidur dengan separa lena bagi mengumpul tenaga. Manalah tahu esok dah kena push-push. :p

21 Julai 2010 (4.30 Pagi)
Kelam kabut bangun dari tidur. Perut rasa memulas yang amat sangat!!! Terus ke bilik air dan membuang segala isi perut yang ada. Yang keluar hanya air. Cirit birit ke, memang tanda nak bersalin ni? Serius, cuak gila masa ni.

21 Julai 2010 (5.50 Pagi)
Sekali lagi bangun dan kelam kabut ke bilik air. Yang keluar, masih lagi air dengan kadar yang sangat-sangat banyak. Tiba-tiba teringat artikel mana ntah yang pernah dibaca. Seorang patient ni terpaksa di bedah kerana water bag dia dah lama licking. Baby dah mula lemas dan heart beat baby tak berapa nak stabil. Rupanya, air ketuban sudah keluar melalui air kencing dan najis. Fuh. Cemas!!!

21 Julai 2010 (7.00 Pagi - 2.00 Petang)
Masih berkeadaan yang sama. Suami nak bawak pergi hospital. Tapi isteri kata takut. Tak tahu apa yang isteri takutkan. Rela menanggung sakit perut yang memulas-mulas. Ambil keputusan untuk bercuti. Tapi cuti pon tak guna. Tak dapat rileks pon. Ulang-alik dari bilik ke bilik air pon dah cukup meletihkan. Tiada makanan yang mampu dijamah. Semua pon kena reject dek tekak. Masuk makanan je, rasa nak muntah.

21 Julai 2010 (2.30 Petang)
Emak menemankan aku ke Klinik Pesakit Luar, Hospital Sultanah Aminah. Kononnya nak mintak ubat cirit birit aje. Tiba-tiba, dapat surat refer untuk terus ke Bilik Saringan. Humak aih. Aku memang fobia betul dengan Bilik Saringan ni. Seluk-seluk memang dah confirm punya.

21 Julai 2010 (3.00 Petang - 6.30 Petang)
Lapor diri kat Bilik Saringan. Kat sini memang mencuakkan betul. Kiri kanan muka ibu mengandung tahan sakit nak bersalin. Kiri kanan bukaan jalan dah over 5 cm. Kiri kanan dah kena seluk-seluk pecah air ketuban segala. Aku?? Muka rileks senyum-senyum tersengih-sengih minta simpati supaya tidak diseluk. Tidak diseluk?? Jangan harap!!!

Sampai-sampai aje, terus panjat katil untuk check heart beat baby. Okeh, this is my 1st experience dengan CTG Machine. Benda alah ni memang menyeronokkan betul. Entah kenapa, diri terasa dekat dengan baby dalam perut. Dapat dengar degup jantung baby dengan jelas. Kalau dahulu, aku cuma tengok aje orang lain check dan dengar degup jantung baby mereka. Aku tak berkesempatan nak buat masa tu. Nashrah dah berhenti degup jantungnya. :(

Lepas check jantung baby, sesi temuramah dengan doktor. Apa makan malam semalam? Pedas ke tidak? Basuh tangan tak sebelum makan? Dan bla bla bla. Kejap lagi doktor boleh keluarkan kenyataan yang buat seluruh badan menggigil-gigil.

"Akak sekarang baru 35 minggu. Kalau perlu, kita akan suntik ubat untuk matangkan paru-paru baby. Then, induce untuk deliver awal."

Doktor ni bergurau betul dengan aku.

Aku sengih-sengih lagi. Try nak corner kiri kanan. Aku cakap yang perut aku tak sakit lagi dah. Aku dah okeh. Dia pulak senyum-senyum tengok perangai kalut aku. Jap lagi, dia buat kenyataan yang menggugurkan jantung pulak.

"Akak naik katil jap eh. Kita nak buat VE."

Haaaaaa. Part ni yang aku tak sanggup ni. Suka benar nak seluk-seluk. Aku tanya dia kenapa nak seluk? Dia kata sebab nak tengok jalan dah bukak ke belum. Aku cakap yang aku baru 35 minggu, takkan jalan dah bukak. Eh, siapa doktor ni? Aku ke dia? Memang susah dapat patient terlebih baca macam aku ni. Hehehehe.

Maka, naiklah aku ke atas katil dan menyerah.

"Belum bukak jalan ni Kak..."

Yeah!! I told you, doktor. You taknak percaya. Kan? :p

"Doktor, kalau boleh saya nak MC eh hari ni. Sepatutnya saya kerja hari ni. Tapi saya cuti sebab sakit perut sangat...."

Dengan semangatnya aku berkata-kata.

"Memang dapat MC kak. Akak kena admitted hari ni. Kita nak observe akak tengok kalau ada buang-buang air lagi."

Hambik kau!!! Nak MC sangat kan???

21 Julai 2010 (7.00 Petang)
Dan duduklah aku dalam Wad Timur 3 bercampur dengan ibu-ibu mengandung yang sedang menunggu masa untuk bersalin. Oleh kerana keadaan diri yang boleh dikatakan lebih sihat dari pesakit yang lain, maka dengan rajinnya aku buat lawatan muhibbah ke katil-katil lain untuk tengok baby. Weeeeeee. Sangat seronok lah okeh. :)

Dan untuk pengetahuan korang semua, wad ini jugaklah yang aku masuk masa 1st time admitted untuk keluarkan Nashrah dulu. Cuma selang 2 katil aje. Heeee, terasa sangat seriaunya. Terbayang-bayang lagi macam mana aku menangis malam-malam kat atas katil tu. Bila katil sebelah balik dari Dewan Bersalin bawak baby, lagilah macam nak meraung. Sebab tu Wahid dan seluruh ahli keluarga buat keputusan untuk pindahkan aku ke 1st class. Supaya tak terpandang baby, kata mereka.

Wad Timur 3.
Katil Nombor 11.


22 Julai 2010 (5.00 Petang)
Dibenarkan pulang ke rumah tanpa rasa was-was. Buang masa awak je doktor tahan-tahan saya. Kan saya dah kata, saya sihat. Awak tak mahu percaya. Akhir kata dari saya;

"Semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bertemu semula lagi 2-3 minggu."

Insya-Allah. :)

P/S : Masa dah nak discharge hari tu, Wahid ada mengeluarkan kata-kata indah yang jarang-jarang dapat didengar oleh telinga isteri dia;

"Orang dah berazam dah. Orang nak ulang sejarah kat hospital kali ni dengan sejarah yang indah. Orang tak mau sedih-sedih lagi. Lepas ni, orang nak kita discharge hospital dengan bawak balik baby. Baby kita...."

Erk. You sound weird when you romantic-romantic lah sayang.... :p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

18 comments:

  1. Semoga segala2nya berjalan dengan lancar nanti serta mama & baby sihat...
    ~rainbowwithlove~

    ReplyDelete
  2. :)

    alhamdulillah tak apa2 sha. sejujurnya, akak sangat fobia nak scan. sebab, first time akak diberitahu tentang kepergian Damia adalah sewaktu doktor scan kandungan akak. momen ni paling menakutkan.

    but, at least, mcm sha, sha dah reach 35 weeks. since, i lost my dear Damia at 32 weeks, countdown akak ke 32 weeks ni memang such a heart pounding moment.

    akak doakan yang terbaik! apa2 share okay. how i wish i could visit you later. JB tu jauh amat la sayang. take care. :)

    ReplyDelete
  3. hishh..buat suspen jelah Aishah nie. ingat da bersalin td tau! xpon dpt tarikh utk di induce. mcm kite aritu kekeke...

    beshnya da dekat nk dapat baby. x sabar nk tggu entry Aishah ttg karenah bb pulak pasnie =D

    ReplyDelete
  4. dpt x injection nk matangkn paru2 baby? reen mse umur baby 32 mnggu dpt.. iye2 je nk induce, tp mujur fahrin blom nk kua lg.. tp bab seluk2 neh mmg x suke wlupun tu kebaikan.. senak kn? hehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah,
    Saya doa semoga Aishah n baby selamat, sehingga masa bersalin nanti, Insya-Allah.


    *teringat time warded at 31w, doc ckp benda yg sama. jab matangkan paru2 baby n semua nurse kelam kabut cari inkubator. ms tu hati dh syahdu habis. airmata luruh saja. but Alhamdulillah me and baby bertahan sehingga 39w.*

    ReplyDelete
  6. iskk..debar2 jgk dibuatnye kan? huhu
    kene bersedia je skrang ni kan..ape2 boleh jadi. Insyaallah, dipermudahkan semuanye :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah semua ok.. so, sakit2 tu sbb cirit birit jer la yer? suspen jugak tuh.. apa2 pun, kite doakan awak n baby selamat..

    ReplyDelete
  8. huhuh mati2 ingtkan aishah dh nk bersalin...erm kawan yana 8 buln dh bukak 3cm..tp gigih lg dtg opis ngajar...insyaAllah seme selamat..*nasiht org pndai tp dri sndri blm kuat lg mentl n fizikaal nk hadapi saat2 getir ni...huhu*

    ReplyDelete
  9. semoganya selamat.

    terciptalah sejarah indah lagi 2 3 4 minggu :)

    ReplyDelete
  10. huihh wat suspen larr aishah..dh xsabar nk tgk pic baby aisha..

    baby aisha main2 tuu..dia nk gurau ngan mama nyerr..ameen..kami doakan aishah keluar hospital ngan baby skali..ameen..

    ReplyDelete
  11. OMG kenapa kata-kata Wahid itu membuatkan mata saya berkaca-kaca terharu gembira? :')

    ReplyDelete
  12. alhamdullilah.semoga aishah akan terus sihat hingga selamat melahirkan
    insya allah
    impian wahid tu akan ditunaikan

    ReplyDelete
  13. hehehhe... kakchik... masih tak berubah lagi suka putar belit sana sini...

    ReplyDelete
  14. Aina : terima kasih Aina. Doakan semuanya okeh ye.

    Kak Intan : Benda yang sama Aishah hadapi kak. Nak menghadap ke minggu ke-25 memang menyeksakan. Tapi sebenarnya, bila dah lepas minggu ke-25 pon masih terasa trauma dan fobia jugak. Aishah doakan segalanya berjalan lancar untuk akak. Take care okeh. :)

    Shareena : Hehehe. Semua orang kata saspen. Yang menghadap lagi saspen bila masuk hospital. Heeee. Takutnya!! :p

    Reen : Injection tu tak dapat pon. Doktor tu cuma cakap kalau ada possibilities kena deliver awal. Tapi dia check jalan pon tak bukak lagi. So, selamatlah. Pasal seluk menyeluk tu memang senak okeh. Tapi kena tahan nafas lah so kita tak sakit sangat, kot?

    Ibu Alia Kaiyisah : Heeee. Macam saspen je doktor nak suruh keluar awal kan? Harapnya saya pon mampu bertahan macam awak jugak. Amin!

    Hanie : Betul. Dari skang dah kena get ready. beg hospital dah siap tak niih? :p

    Meelooww : Iye. Sakit tu cuma cirit birit aje. Mungkin saya tersilap makan kot. Makan pedas ke. Tak ingat betul!

    Yana : Betul. Sebenarnya kita ni belum betul-betul ready tang mental. Bila doktor cakap nak induce, terus gelabah. Padahal sebelah hati tak sabar nak jumpa baby dah. :p

    Suraya : Terima kasih. Heee. Lagi 2-3 minggu. Macam tak caya!

    Alynnz : Terima kasih Alynnz. Doakanlah semuanya berjalan lancar. Baby sihat dan saya pon okeh. :)

    Hannah : Hahahaha. Mata awak berkaca-kaca. Bibir saya mencebik-cebik. Kelakar sangat bila orang yang tak biasa romantic cakap bahasa jiwang-jiwang ni. :p

    Dayu : Amin. Doakan semuanya selamat ye Dayu. :)

    Fidt : Aku masih aku lah. Hahahaha.

    ReplyDelete
  15. sy baca entri ni dgn penuh nada cuak. seram oke.

    neway, ending entri sgt touching ohhh.

    u take care :)

    ReplyDelete
  16. Xeea : You take care too, Xeea. :)

    ReplyDelete
  17. Excuse for that I interfere ?To me this situation is familiar. I invite to discussion.

    ReplyDelete
  18. I apologise, but, in my opinion, you are not right. I am assured. Let's discuss it. Write to me in PM, we will talk.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015