Friday, July 30, 2010

Kisah Air Kelapa.

Petang semalam, masa on the way balik dari kerja, Emak pon menelefon. Emak pesan suruh beli Air Kelapa untuk aku minum. Kata orang, minum Air Kelapa pada hujung-hujung trimester ni bagus bagi membersihkan kulit bayi. Wallahualam.

Aku dan Wahid pon menyinggah kat satu gerai yang memang jual Air Kelapa. Beli 3 biji untuk bawak balik rumah. Aku ni bukanlah peminum Air Kelapa sangat. Macam boleh kira dengan jari je berapa kali aku dah minum sepanjang 25 tahun hidup ni. Bukannya tak suka. Tapi rasa dia macam tak best (ikut tekak aku lah).

Lepas makan malam, Wahid pon menebuk sebiji kelapa. Masuk dalam jug siap-siap. Emak pulak mengorek isi-isi kelapa pastu masuk sekali dalam jug berkenaan. Tekak aku macam dah kembang kuncup. Aku ni alah pada benda yang lembik-lembik. Memang tak tahan mata dan deria tekak. Tapi sebab Emak dah paksa minum, aku togak jugaklah.

Fine, rasa dia taklah teruk sangat. Tapi tekak aku kasi markah 5/10 aje. Minum separuh gelas, aku terus surrender. Emak suruh minum lagi, aku mengelak. Aku cakap nak minum malam esok pulak. Balance dalam jug tu, Emak, Wahid dan anak sedara aku yang kerjakan. Macam diorang pulak yang ada baby dalam perut. Heeee.

Lepas minum tu, aku lepas-lepak main laptop jenguk Facebook segala. Baca blog kawan-kawan dan bla bla bla. Tiba-tiba baby dalam perut macam aktif semacam. Perut macam ada gelombang Tsunami herot kiri kanan. Muka aku dah cuak jugak. Terus padam laptop tarik bantal nak tidur. Rasanya bukanlah sakit. Tapi macam seram.

Wahid macam pelik. Sebab aku diam je tak bercakap. Nak cakap macam mana? Aku tak sakit. Tapi gelombang tu buat aku takut. Naik bulu roma aku. Lama jugak baby jadi macam gitu. Kaki dia tendang kiri kanan atas bawah. Kepala dia gerak-gerak dan menggelikan.

Baby suka minum Air Kelapa kot?

Bunga-bunga cinta sakit dan ngilu-ngilu telah mula terasa. Grrrrrr. Adakah masanya sudah hampir tiba? Seram gila kalau dok fikir-fikir. Tapi, dalam masa yang sama, terasa nak cepat-cepat baby ni keluar. Nak peluk baby. Nak cium baby. Nak pandang baby. Nak tenung baby. Nak main-main dengan baby. Heeeee. Tak sabar. Tak sabar. :)

Hari ni sudah 36 minggu 2 hari. Ada chance bersalin awal tak?

P/S : Bio-Selusuh dah sampai. Boleh try minum dan pakai malam ni. Mohon dipermudahkanlah segalanya. Amin.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

14 comments:

  1. adui..bace tulisan Aishah tulis baby tendang sana sini perut herot berot, buat kite jd sgt miss masa2 pegnen. seronoknya bile bb gerak2 dlm tue.

    kite menom air kelapa sllu jgk mase last2 pegnen Naurah. mmg kulit kepala bersih xde daki2 bagai. xto la klu sbb air kelapa tu or mmg mcm tue hihi =p

    ReplyDelete
  2. kalau dah akhir2 pregnant ni memang baby selalu bergerak.kadang2 tu rasa dia mengeras.ayooo.hehe.

    ReplyDelete
  3. aishah baby sy pon selalu mcm tu...bila baring ngiring jer mula dia mengactivekan dirinya hehehe sampai sesak nafas ni...bila duduk balik dia xnk lak gerak yg mengelojak perut itu

    ReplyDelete
  4. aishah baby sy pon selalu mcm tu...bila baring ngiring jer mula dia mengactivekan dirinya hehehe sampai sesak nafas ni...bila duduk balik dia xnk lak gerak yg mengelojak perut itu

    ReplyDelete
  5. yaya pon minum bykkk air kelapa last trismester...sebab suka air kepala..eh..kelapa...:) mmg kuar2 je auf, air ketuban bersih baby pon bersih...tp tulah...takpasti sebab air kelapa kah...atau mmg semulajadi... WAALLAHUALAM... :)

    ReplyDelete
  6. bby kate kat mama, dia nak lagi air kelape, nanti kulit dia cantik.. gebu2 sedap gigit.. oopss.. HEHE

    ReplyDelete
  7. aisyah, memangbetul, kalau minum air kelapa, baby jadi active. Macam hari nie, saya rasa mcm bby kurang mmove je, then beli air kelapa n minum, alhamdulillah, baby jadi active.

    ReplyDelete
  8. aishah, air kelapa mmg elok diminum tp org kata awal2 dan hjung kehamilan xelok minum..xtau la kebenarannya sejauh mana..nk minum masa tgh2 prgnant..tp mmg kulit baby akan cantik sbb cousin amalkan seminggu skali cerah jer kulit ank die

    ReplyDelete
  9. harap2 semuanya selamat ye dikkk..

    p/s - tetiba tingin nak minum ayaq nyoq..
    :P

    ReplyDelete
  10. Saya memang suka air kelapa & makan durian dari kecil.

    Time expecting Myiesh pun tibai juga habis-habisan. :D

    ReplyDelete
  11. mun suka minum air kelapa ms peknen tue....mmg hari-hari minum..kdg2 tue siap beli wat bekalan seminggu kat rumah...alhamdulillah...mirza lahir..kulit die bersih jer...tapi mun tak tahu la ianya secara kebetulan ataupown disebabkan air kelapa tue..

    ReplyDelete
  12. sedap la kak air kelapa!! ishhhh minum lak tgh2 panas terik perghhhhh x hingatnyeeee.. hahahaha

    bestnye ade gelombang2 kt perut.. perut org neh da mcm perut lembu.. kasar semacam.. hampeh!

    ReplyDelete
  13. bagus tau minum air kelapa.. bersih jer baby time kluar..

    mummy time preggy dulu, baby sll berdisco kt dlm tu.. smpai contraction nk bersalin pun x tau.. ingatkan duk berdisko gk.. leh gi jln2 kt shpg complex lagik..

    ReplyDelete
  14. Shareena : Kalau rindu, jomlah join sekali lagi. Hehehehe. Saya rasa, memang betul lah. Minum air kelapa memang boleh bersihkan baby.

    Mrs Adam : Mengeras kan? Saya pon rasa jugak. Kadang-kadang macam seram. Heeee. Macam dah nak dekat aje.

    Mimie : Yap. Saya pon kena baring mengiring kalau nak rasa gerakan dia. Dia aktif ke atau dia tak selesa dengan kedudukan kita tu eh?

    Yaya : Haaaaa. Saya rasa sebab air kelapa kot. Atau memang semulajadi eh?

    Suraya : Saya pon suka gigit budak kecik. Bila dia dah nangis, saya lari jauh-jauh. Kalau anak sendiri nanti, tak tahulah macam mana gayanya. :)

    Safiah : Oh! Minum air kelapa akan menjadikan budak aktif eh? Saya baru tahu ni.

    Yana : Saya tak tahu untuk cerah ke macam mana. Tapi kata Emak saya, air kelapa membersihkan selaput supaya kulit baby tak berkerak. Wallahualam.

    Kak Jiey : Pergi beli cepat! Heeee.

    Hannah : Patutlah Myiesh comel bersih aje. Okeh, boleh beli sebakul kelapa balik kerja ni. :p

    Mun : Siap buat stok? Wahhhh. Serius punya suka dengan air kelapa tu eh?

    Reen : Hish. Takmolah cakap perut Reen cenggitu. Nanti dia akan okeh tak lama lagi. Jangan sebut lagi okeh?

    OweizMez : Eh, contraction dengan baby gerak hampir sama eh? Aduhmak, ni yang saya lemah ni.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015