Aishah Rahim's Diary

Wednesday, August 4, 2010

Minggu Ke-37.

Alhamdulillah, hari ini genap sudah 37 minggu.

Melalui saat-saat trauma dan fobia hingga ke tahap ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Berperang dengan rasa hati dan naluri benar-benar mengajar aku seribu erti kehidupan. Tiap kali mengenangkan kenangan lalu, ianya seakan membunuh. Membunuh dalam diam. Merubah diri menjadi insan lain dalam senyap.

2-3 hari kebelakangan ini, pergerakan bayi dalam kandungan ini semakin kurang aktif. Bukan aku sahaja yang terlalu memikir, Wahid terlebih-lebih lagi. 2-3 malam ini juga Wahid akan bangun secara mengejut demi merasa pergerakan bayi dalam kandungan ini. Bayangkan perasaan kami. Tidur kami tidak mampu lena bagi memastikan segalanya baik untuk si kecil dalam sini.

Haih. Susah nak ditafsirkan perasaan yang ada dalam jiwa kami sekarang. Wahid terlalu risau. Apatah lagi aku yang mengendong. Setiap SMS yang dikirim tiada lain soalnya. Semuanya menyebut si kecil dalam sini. Aku pula bagaikan hendak mengalir air mata. Tinggi harapan Si Ayah, tinggi menggunung lagi perasaan Si Mama.

Tak tahulah hendak dicoretkan apa lagi. Otak beku nan tepu. Hati sayu nan kaku. Jiwa kosong dan lopong. Moga diberikan keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan untuk si kecil dalam sini.

Tuhan, berikan hamba-Mu ini kekuatan!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, August 3, 2010

Tidak Seronoknya Bila;

Tidak seronoknya bila kepuasan berfacebook dan berblogging terpaksa dihadkan kerana kita harus menjaga hati-hati manusia lain. Status di facebook di salah erti. Entri di blog pulak, menjadi buah mulut orang.

Okeh, memang sangat tidak best.

Itulah masalahnya bila dunia ini tanpa sempadan. Apa sahaja pendapat, teguran dan luahan seringkali menjadi tatapan mata-mata asing. Ada pulak nantinya membalas dengan kata-kata 'indah' yang membikinkan hati panas.

Pendapat aku mudah. Kalau engkau tak setuju dengan status aku dekat facebook, engkau buat bodoh aje lah. Tak payah bakar-bakar line dan membuatkan seluruh hari aku jadi tidak best. Perkara mudah. Engkau faham kan?

Aku bagi contoh.

Ada beberapa kawan-kawan kat facebook yang suka sangat post status bla bla bla. Malas lah nak describe macam mana status dia. Hal rumahtangga ada. Hal dalam kain pon ada. Apa aku buat? BUAT BODOH SUDAHLAH. Paling-paling tidak pon, aku hide kan sahaja. Senang.

Takdelah sampai aku nak komen kat status dia dan bagi syarahan free. Itu kerja bodoh namanya. Selain memikirkan silaturahim yang bakal renggang, confirm lah hati kita jadi tak syok lepas bagi ceramah tidak berbayar berkenaan.

Lagi satu contoh.

Si Polan upload gambar. Aku pon terajin lah nak pergi tengok. Ada beberapa keping yang ala-ala MySpace. Siapa pernah ada MySpace, mesti tahu punya. Tapi, aku takdelah direct nak pergi sound cakap gambar ni tak elok bla bla bla. Tak senonoh bla bla bla. Macam hape je bla bla bla. Aku ni takdelah bodoh sangat nak pergi sound macam gitu. Aniaya kawan sendiri tu wehh.

Jadi, apa aku buat?

2-3 kali aku post perkara-perkara sebegini dalam status facebook aku. Tujuan aku, untuk menegur dan dalam masa yang sama untuk mengingatkan diri aku sendiri. Tidaklah sampai aku mention nama Si Polan itu, Si Polan ini. Macam aku cakap, AKU MENGINGATKAN DIRI AKU SENDIRI. Tidak ada sedetik pon niat dalam hati untuk mengata. Apatah lagi untuk mengumpat.

Kita ni manusia Tuhan yang lemah lah okeh. Apa sahaja tindakan dan tindak tanduk kita, ada sahaja yang melihat. Tapi cuba ENGKAU ambil cermin dan letak depan muka ENGKAU 24 jam. Apa yang ENGKAU nampak?

Nampak tak aku tengah bakar line sekarang??

APA YANG PALING MEMBUATKAN MUKA AKU BERASAP, BILA ENGKAU BERKATA SESUATU TENTANG ANAK YANG ADA DALAM KANDUNGAN AKU.

Itu yang buat aku hilang sabar.

Aku rasa inilah entri paling tak beretika yang pernah aku buat. Korang pon tak pernah tengok aku panas macam gini sekali kan? Biasalah. Hati tengah hot.

P/S : Lepas ni confirm dapat komen panas lagi. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 30, 2010

Kisah Air Kelapa.

Petang semalam, masa on the way balik dari kerja, Emak pon menelefon. Emak pesan suruh beli Air Kelapa untuk aku minum. Kata orang, minum Air Kelapa pada hujung-hujung trimester ni bagus bagi membersihkan kulit bayi. Wallahualam.

Aku dan Wahid pon menyinggah kat satu gerai yang memang jual Air Kelapa. Beli 3 biji untuk bawak balik rumah. Aku ni bukanlah peminum Air Kelapa sangat. Macam boleh kira dengan jari je berapa kali aku dah minum sepanjang 25 tahun hidup ni. Bukannya tak suka. Tapi rasa dia macam tak best (ikut tekak aku lah).

Lepas makan malam, Wahid pon menebuk sebiji kelapa. Masuk dalam jug siap-siap. Emak pulak mengorek isi-isi kelapa pastu masuk sekali dalam jug berkenaan. Tekak aku macam dah kembang kuncup. Aku ni alah pada benda yang lembik-lembik. Memang tak tahan mata dan deria tekak. Tapi sebab Emak dah paksa minum, aku togak jugaklah.

Fine, rasa dia taklah teruk sangat. Tapi tekak aku kasi markah 5/10 aje. Minum separuh gelas, aku terus surrender. Emak suruh minum lagi, aku mengelak. Aku cakap nak minum malam esok pulak. Balance dalam jug tu, Emak, Wahid dan anak sedara aku yang kerjakan. Macam diorang pulak yang ada baby dalam perut. Heeee.

Lepas minum tu, aku lepas-lepak main laptop jenguk Facebook segala. Baca blog kawan-kawan dan bla bla bla. Tiba-tiba baby dalam perut macam aktif semacam. Perut macam ada gelombang Tsunami herot kiri kanan. Muka aku dah cuak jugak. Terus padam laptop tarik bantal nak tidur. Rasanya bukanlah sakit. Tapi macam seram.

Wahid macam pelik. Sebab aku diam je tak bercakap. Nak cakap macam mana? Aku tak sakit. Tapi gelombang tu buat aku takut. Naik bulu roma aku. Lama jugak baby jadi macam gitu. Kaki dia tendang kiri kanan atas bawah. Kepala dia gerak-gerak dan menggelikan.

Baby suka minum Air Kelapa kot?

Bunga-bunga cinta sakit dan ngilu-ngilu telah mula terasa. Grrrrrr. Adakah masanya sudah hampir tiba? Seram gila kalau dok fikir-fikir. Tapi, dalam masa yang sama, terasa nak cepat-cepat baby ni keluar. Nak peluk baby. Nak cium baby. Nak pandang baby. Nak tenung baby. Nak main-main dengan baby. Heeeee. Tak sabar. Tak sabar. :)

Hari ni sudah 36 minggu 2 hari. Ada chance bersalin awal tak?

P/S : Bio-Selusuh dah sampai. Boleh try minum dan pakai malam ni. Mohon dipermudahkanlah segalanya. Amin.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, July 29, 2010

LAPAR

Sekarang ni, kerap benar lapar. Bila masuk pukul 2 petang aje, mesti rasa lapar yang menggila. Serius punya lapar tau. Yang tak boleh tahan-tahan.

Sesiapa yang follow ikut twitter mesti perasan yang aku asyik merungut pasal lapar aje. Sampai diorang ingatkan aku puasa ke hape. Nak puasa macam mana kalau pukul 7.00 pagi sebelum gi kerja dah bantai sepinggan nasi, lepas tu pukul 10.00 pagi makan nasi lagi. Huwaaaah. Pukul 2.00 petang lapar balik macam menggodak-godak.

Bila time petang-petang macam ginilah tangan gatal nak melawat laman web Pizza Hut. Semua gambar makanan pon nampak sedap. Semua benda pon nampak menyelerakan. Memang godaan nafsu betul.

Seafood Lasagna



Cheese-baked Meatballs


Nafsu nak macam omputih. Tak sedar diri 25 tahun membesar dengan Asam Pedas. Tapi nak buat macam mana? Gambar makanan tu macam sedap. Padahal belum tentu lagi pandai makan ke tidak. Silap-silap haribulan, makan 2-3 sudu terus passing kat Wahid.

Aku selalu macam gini tau. Senang terpengaruh dengan gambar. Mata nampak sedap. Tapi kadang-kadang rasanya tak seberapa. Yang jadi mangsa tentulah Wahid. Nak kena habiskan makanan aku pulak.

Tapi bila tengok Wahid makan macam sedap pulak. Atau mungkin tekak aku ni memang tekak Melayu. Nafsu je terbabas jadi omputih. Itu yang macam conflict sikit.

Tengah fikir nak makan apa lagi. Sebelum minggu ke-37.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, July 27, 2010

Model Tudung.

Hari ini telah mendapat kejutan hebat dari seorang rakan maya. Aina nama dia. Kami berkenalan kira-kira 10 tahun yang lepas melalui medium MiRC. Kalau tak salah aku, masa tu usia kami 15 tahun. Selalu lepak dalam channel yang sama. Borak-borak dan sehinggalah bertukar nombor telefon. Tak sangka, sampai sekarang masih berkawan. Walau langsung tak pernah bersua muka. :)


Kawan-kawan office memang semangat kalau aku dapat parcel. Sebab kat office ni, aku sorang je yang rajin order barang thru online. Dengan tidak menyabarnya, aku terus bukak sampul City-Link berkenaan. Dalam kepala dok fikir Bio-Selusuh yang aku order sudah sampai. Rupa-rupanya, hadiah istimewa dari Aina. :)

Kiriman 3 helai tudung ini sudah cukup buat hati aku terharu. Mana tidaknya, kami tidak pernah bersua muka. Hanya bergantung sepenuhnya pada medium canggih masa kini. Mujur ada telefon dan sms pengganti diri. Dari situ sahajalah kami bertanya khabar dan berinteraksi. Bunyi macam pelik. Tapi itulah hakikatnya.

"Terima kasih banyak-banyak Aina. Aishah tak tahu nak kata macam mana. Aishah suka sangat ketiga-tiga tudung yang Aina kirim tu. Cantik sangat. Bolehlah Aishah pakai masa dalam pantang nanti. Orang datang rumah nak melawat dah ada tudung. Heeeee."

Oleh kerana over excited yang melampau-lampau, sesi bergambar telah dijalankan tanpa rasa segan silu di meja sendiri. Orang lalu lalang langsung tidak dihiraukan. Nasib baiklah satu pejabat tahu bertapa Ribenna-nya perangai Mak Buyung ini.

Coklat gelap ialah warna kegemaran aku.
Semua barang baby pon warna coklat.
Macam kebetulan pulak. :)




Ini coklat terang sikit.
Ada sepasang baju dalam simpanan yang warna macam gini.




Saya nampak pink?
Heeee. Sangat-sangat berkenaan dengan yang ini.



Nampak tak muka dalam keadaan yang sangat tidak terurus? Heeeee. Pakai lipstick pon malas. Gosok baju pon atas bantuan suami tercinta. Nasib baik masih boleh mandi dan pakai baju dengan sendiri. Kalau tidak, boleh duduk diam-diam kat rumah. Tak payah keluar-keluar jumpa orang. :p

P/S : Hari ini genap 36 minggu. Bersamaan 9 bulan.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015