Aishah Rahim's Diary

Monday, April 18, 2011

Baby & Daddy Moment Contest.

Umi Payin ajak masuk contest. Contest anjuran Mommy Kysha. Aku pulak memang ketandusan idea meng-update. Tak tau dah nak cerita pasal apa. Heeeeee. Maka, inilah hasilnya - entry pasang siap dan copy paste. :))

Syarat-syarat Peraduan :

1. MESTI follow blog D'La Maya.
2. Klik 'LIKE' pada D'La Maya FB page. Tidak wajib, tapi satu kelebihan jika klik. ;)
3. Buat satu entry dan letakkan SEKEPING sahaja gambar baby & daddy. Baby mestilah berumur sehari hingga 2 tahun sahaja.
4. Pastikan entry anda ada link terus ke entry ini.
5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join contest ini.
6. Jangan lupa tinggalkan komen penyertaan anda ye.

Senang bukan?

Syarat nombor 1 dah 'Follow'. Syarat nombor 2, dah 'LIKE'. Sekarang, mari pergi syarat nombor 3 pulak. Teheeeee. :))


Daddy & Baby. :))

Gambar ini diambil masa Anas Nashriq berumur 7 bulan 13 hari. Baru aje lagi gambar ni. Al-kisah gambar ni, kami tiga beranak melepak kat tangga sementara aku bertelefon. Sibuk aku pot pet pot pet kat telefon, sibuk jugak mereka dua beranak mengekeh ketawa. Aku pon apa lagi? Capai henpon dan terus snap sebiji dua gambar.

Sorry lah sebab gambar tak berapa nak clear. Henpon Cap Bunga. :))

Link Baby & Daddy Moment Contest;

Dan mangsa tag aku ialah;


Seperti biasa, entry akan habis serta merta. Bye!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, April 13, 2011

Pemakanan Sewaktu Mengandung.

Dah lama gila tak keluar dengan entry berfaedah. Asyik keluar entry yang entah hape-hape. Oleh yang demikian, kerana takut status blogger ditarik balik (macam bagus je kan cakap cam gini), maka aku mendapat satu idea untuk come out with this entry. Taraaaaa.

Korang. Korang. Korang.

Korang makan vitamin apa ye sepanjang mengandung? Macam aku kan, aku makan beberapa jenis vitamin ni masa mengandungkan Arwah Nashrah dan Nashriq. Meh aku list up kan eh?

1) Vitamin C (Bekalan Klinik Kesihatan)
2) Folic Acid (Bekalan Klinik Kesihatan)
3) Iron (Bekalan Klinik Kesihatan)
4) Vitamin B Complex (Bekalan Klinik Kesihatan)
5) Spirulina (Beli - brand Kordel)

5 vitamin kat atas tu memang aku amalkan sejak mengandungkan Nashrah lagi. Sampailah mengandungkan Nashriq pon makan benda yang sama. Non-stop. Tanpa jemu. Tak pernah missed. Echeh berbunyi berlagak di situ. :p

6) Multi-Vitamin (Bekalan Klinik Swasta)
7) Kalsium (Bekalan Klinik Swasta)
8) Neuro-Gain PB (Bekalan Klinik Swasta)

3 vitamin yang atas ni pulak aku makan masa mengandungkan Nashriq. Oleh kerana kerisauan yang lebih lepas kejadian Arwah Nashrah dulu, kami suami isteri bertindak dengan membuat back-up check sebab suami nak dengar dan tengok sendiri keadaan anak dia. Itu yang kena makan berkepok-kepok ubat termasuk yang Klinik Kesihatan bagi tu.

9) Salindah B1 - B3

Yang Salindah ni pon, aku makan masa mengandungkan Nashriq aje. Sebab masa mengandungkan Arwah Nashrah dulu, ada orang-orang yang bercerita kalau makan Salindah nanti anak hyper-active. Jadi aku pon takut. Bila mengandungkan Nashriq, persepsi berubah dan rasanya ada anak yang hyper-active adalah best. Jadi, aku pon amiklah Salindah dari botol B1 hingga ke botol B3.

Apakah hasilnya vitamin-vitamin di atas?

Aku susah nak cakap sebab peningkatan setiap bayi adalah berlainan. Tapi apa yang aku boleh katakan, Nashriq punya tulang memang keras Nauzubillah. Usia sebulan lebih dah boleh tegak kepala masa didudukkan. Kalau susukan dia, lengan yang pangku kepala dia ni boleh lenguh, bisa, bengkak dan kadang-kadang sampai lebam!

Dari segi peningkatan minda, aku boleh katakan yang Nashriq agak cepat belajar. Mudah diajar dan senang belajar. Suka explore rumah (ini semua budak pon suka kan?), dan agak peramah atau dalam erti kata lain mesra rakyat. Nampak benda baru, dia akan tegur. Nampak benda pelik, dia nak pegang.

Baiklah, tak payah up anak lebih-lebih. Nanti pembaca muntah. :p

Bagi memendekkan entry, boleh tak kita sama-sama share apa yang korang makan during your pregnancy? Ubat apa? Vitamin apa? Susu apa? Makanan berkhasiat apa?

Can you? Can you? Sharing is caring kan?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, April 12, 2011

Hanyut.



Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, April 11, 2011

Missing You.



Honestly, aku dah tak pandai ber-blog. Aku dah tak pandai menyusun kata. Otak aku blur setiap kali bukak entry baru. Ada dua entry tersadai dalam draft. Nak cerita banyak benda sebenarnya. Tapi semua stuck setengah jalan. Aku rasa, aku bukan lagi seorang blogger.

Hurm.....

Dunia aku dah jauh berbeza sangat dah sekarang. Dunia emak-emak. Dunia yang hanya anaknya Putera idaman hati. Dunia yang aku rasa penat, tapi aku gembira sebab melakukannya. Setiap hari benda yang sama. Bosan yang seronok. Letih yang hebat.

(",)

Terlalu banyak sangat cerita nak diceritakan. Sangat banyak.

Oh ya. Aku berhajat nak private-kan blog aku ni. Aku perlukan kebebasan menulis dengan lebih lapang. Aku rasa, this is one of the reason kenapa aku malas nak blog sekarang. Tapi belum berapa nak confirm lagi. Maybe I should create another blog untuk aku melalak sorang-sorang?

Apa lagi nak tambah ni?

Pasal 'Besar Punya Gathering di Genting Highlands', Insya-Allah kalau tak ada aral melintang sampailah kami sekeluarga ke sana. Teringin sangat nak jumpa kawan-kawan semesta blog. Tapi aku bukan blogger lagi boleh join ke? Ini kena check balik lah dengan Jemaah Menteri. Kena pastikan status kat situ. :)

Baiklah, masa untuk mengundur diri. Chow chin cau.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, April 1, 2011

Jumaat Dan Kenangan.

Jumaat penuh Barakah. Jumaat penghulu segala hari.

Jubah yang dibeli khas untuk dipakai sedondon bersama suami.
Tidak pernah pakai lagi selepas kejadian 2009 itu.
Fobia dan trauma.


Dan hari ini, sempena Jumaat, ianya tersarung kembali di tubuh ini buat kali kedua. Agak ketat dan tidak selesa.

Aku tanya Wahid; "Baju ni ketat eh? Macam mana eh orang boleh pakai masa mengandungkan Nashrah dulu? Mesti dia tak selesa kan? Sebab tu dia pergi kan?"

Jawapan pendek Wahid; "Mungkin......"

Aku bertanya lagi; "Jadi salah orang lah kan....?"

Wahid menghela nafas sebelum menyambung;

"Tak ada siapa yang salah. Dah takdir. Dah takdir dia nak pergi. Kita kena terima. Mungkin dulu awak kurus sikit, jadi awak muat pakai walau mengandungkan dia. Sekarang dah berisi, dah happy ada Nashriq, itu yang ketat sikit. Takmo fikir ah. Takmo sedih. Okeh sayang?"


Mungkin betul aku kurus sikit dulu.

Mungkin betul jubah ini selesa dipakai walau mengandung dulu.

Mungkin betul aku sudah lebih berisi kini.

Mungkin. Mungkin. Mungkin.

.
.
.
.

Tapi, yang pasti, aku gembira kini.....


Bila setiap hariku indah penuh warna, penuh cinta seluruh jiwa.

"Mama cinta awak sepenuh hati, Nashriq."


Dan cinta Kakak Nashrah ada dalam satu sudut paling dalam. Paling dalam dan terdalam di hati Mama. Ianya akan tersimpan sampai satu masa yang Hanya Tuhan yang tahu.

Allahu Akbar. Allah Maha Besar. Allah Maha Mengetahui.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015