Aishah Rahim's Diary

Tuesday, October 11, 2011

Tak Sabar.

Serius aku tak sabar nak pindah rumah. Sungguh pon rumah kuarters yang aku dapat ni tingkat 3 dan kami kena menapak naik turun setiap hari pagi dan petang, aku tak kisah. Yang penting, bukan naik turun tangga dalam rumah. Sumpah, aku dah penat berumah dua tingkat. Cukuplah sekali ini. Pulak aku dah sarat cam gini, nak membuang kena cari tandas duduk. Dan tandas duduk terletak kat bawah. Kenalah pulak berlari turun bawah terkedek-kedek. Alahaiii.

Rumah kuarters kami tu pon dah hampir siap about 60%. Hall semua dah siap cat. Dapur tak payah cat sebab catnya masih elok. Tinggal beranda dapur dan beranda kat depan. Bilik pon belum diputuskan untuk dicat atau tidak. Rasanya kalau cat bilik pon, kami cat bilik utama sahaja. Lagi 2 bilik tak payah. Kikikiki. Pintu-pintu pon dah cat semula warna yang sama. Nampak bersih sikit than before. Sukaaa. :))

Langsir dah siap pasang. Yang kat sliding door import Emak punya day curtain. Tinggal nak cari night curtain dan scallop kalau ada. Kat bilik kedua dan ketiga pon dah siap pasang langsir. Itu pon import rumah sewa punya langsir sebelum raya haritu. Tinggal kat bilik utama belum pasang langsir pasal plug bilik tu ada problem. Nak kena tarik extension atau Wahid nak kena betulkan plug tu dulu. Itu takpe, pelan-pelan kayuh. Lagipon kalau jadi, bilik tu akan dicat semula kononnya.

Kena re-plan balik this week punya schedule. Penat rasanya bila tiap minggu padat dengan kerja kemas - mengecat dan pembaikan semula rumah berkenaan. But then, bila dah siap dan tengok semuanya dalam keadaan okay macam sekarang, terus rasa lega. :)

Ohh, barang-barang kecik yang tidak digunakan pon dah diangkat sikit-sikit. Dah simpan susun pon dalam mana-mana kabinet yang patut. Rumah kuarters ni dah siap fully furnished dengan kabinet dapur dan bilik semua. So, banyak sangat space boleh diguna pakai. Sangat seronok menyusun barang mengikut suka hati sendiri. Tinggal nak pack lagi barang-barang kecik kat rumah sewa then bawak untuk simpan susun kat rumah kuarters tu. Tinggal sikit aje lagi. Sikitttt ajeee lagi...

Lepas ni urusan memindahkan Astro dan aircond pulak. Harus diselesaikan dalam minggu ini atau minggu depan. Sebab kami dah tak banyak masa dah nampak gayanya. Hari Rabu, 26/10/2011 (Deepavali) dah kena buat projek pindah semi-major. Angkut barang penting yang tak boleh diangkut sekarang macam baju-baju dan TV. Pastu, kami plan for major punya pindah pada hari Sabtu, 29/10/2011. Haa, yang ini kena sewa lori angkat barang-barang besar macam almari, kerusi dan kabinet semua. Hoih, banyak kerja kelihatannya kan?

Kebetulan, pada 29/10/2011 tu, aku genap mengandung 34 minggu. Lagi 3 minggu untuk stage mengitung hari Kris Dayanti. Jadi harapnya, dalam masa 3 minggu sebelum menjengah ke minggu ke-37 tu, bolehlah kami suami isteri dan Nashriq settle down kat rumah baru dan kemas-kemas apa yang patut. Susun atur semula perabot rumah dan suai kenal rumah sebelum baby keluar dan aku kena berpantang kat rumah Emak.

Ya Allah, semoga dipermudahkan segala jalan bagi kami.

Apa kata kita layan gambar rumah kuarters kami tu sebelum projek ubahsuai dijalankan. Nanti kalau aku rajin, aku amik gambar selepas siap sepenuhnya ye?

Living hall.
Dinding ni semua dah cat baru. Day curtain dah siap pasang.
Sarung kusyen pon dah pasang baru.
Beranda tu nanti kami nak pasang ampai. Senang sidai baju.




Dining hall.
Meja makan semua dah sedia ada.
Yang kat pintu tu dapur. Kabinet semua dah siap.
Yang kat tingkap tu washing area + beranda.
Area sini pon dah siap cat + pasang langsir.




Bilik utama.
Tilam peninggalan orang lama - Buang!
Katil pon dah tak elok so kami dah bukak simpan.
Bilik ni belum pasang langsir. Mungkin akat dicat dulu.



Bilik kedua.
Bilik ni kami letak dua katil bujang.
Amik yang bilik ketiga punya katil bawak masuk sini.
Dah siap pasang langsir dan mungkin tak akan dicat.




Kabinet bilik kedua.
Ketiga-tiga bilik pon ada kabinet.
Tapi malas nak upload semua.


Alamak, boleh terlupa pulak nak snap gambar bilik ketiga tu. Tapi tak ada apa pon kat bilik tu. Kami dah pindahkan katil bujang situ masuk bilik kedua. Dan bilik itu dikosongkan jadi bilik Solat dan akan diletakkan robok-robok baju kami dari rumah sewa. Bilik tu dah siap pasang langsir dan mungkin jugak tidak akan dicat. Hehehe. Kena tengok tahap kerajinan Encik Wahid macam mana.

Overall, aku memang suka rumah ni pasal menepati selera kami suami isteri. Nanti, kalau ada rezeki nak beli rumah pon, kami nak cari pattern macam gini. Insya-Allah, kalau diberikan rezeki yang lebih. Siapa yang tak nak duduk rumah sendiri kan? :))

Kalau ditengokkan rupa rumah ni sebelum kami kemas dan bersihkan, memang rasanya macam nak cancel tak jadi duduk. Ini aku upload gambar yang elok-elok aje ni. Kang kalau aku upload tang bilik air sebelum dibersihkan, maunya korang tak masuk-masuk lagi blog aku ni ha. Nasiblah Wahid dan Emak kuat semangat kata boleh buat, boleh bersihkan. So, aku setuju aje nak buat kerja pembersihan pelan-pelan. Dan sekarang, aku rasa tak rugi pon aku terima tawaran nak duduk kuarters ni. Kami happy dan kami rasa selesa. Alhamdulillah.

P/S : Errr, ini bukan entry show off kan?? :D

Iklan : Klik sini untuk join 'Contest Mudah Saya'. :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/?


ENTRY INI DILEKAT GUNA GAM GAJAH

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY BARU

Saya ni tidaklah berniat sangat nak buat contest-contest dalam blog macam gini. Sebab saya takut malu kalau tak ada orang yang nak join pastu saya macam syok sendiri perasan bagus budget pemes. Echeh. Tapi, saya betul-betul teringin nak tahu apa yang rakan-rakan blog dan rakan pembaca suka sangat baca dalam blog ciput saya ini. Maka, tergeraklah hati nak buat satu contest mudah. Mudah untuk menang dan mudah untuk saya lebih kenal rakan-rakan sekalian.

Kadang-kadang saya ni, terima je komen-komen dari rakan-rakan sekalian. Tapi saya terlupa atau terlepas pandang nak save anda punya URL. My bad lah bab yang itu. So, demi mengeratkan ukhwah antara saya dan rakan-rakan sekalian, silalah join contest mudah anjuran saya ni untuk kita sama-sama saling kenal dan mengenali. Wah, gila skema punya ayat.

Cara-caranya?

1. Follow blog http://myaishah.blogspot.com/ dengan klik pada butang follow di sidebar kanan. Tiada paksaan bab ini. Kalau rasa nak follow, silakan. Kalau tak nak follow, pon tak apa. :)

2. Tulislah sebuah entry dengan tajuk utama 'Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/?' dan ceritalah kenapa anda suka baca blog saya ini. No limitation words. Nak simple pendek manis, pon okay. Nak panjang macam karangan SPM pon takde hal.

3. Entry anda itu haruslah link semula ke entry ini.

4. Dah selesai buat satu entry untuk saya? Tinggalkan komen anda dalam entry ini dan sertakan sekali URL entry berkenaan.
5. Yang ini optional. Kalau anda tak ada blog, tapi teringin nak join contest mudah saya ini, maka silalah hantar penyertaan anda ke email; shara85_jb[at]yahoo[dot]com

6. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 19 November 2011. Kenapa saya pilih tarikh pelik berkenaan? Sebab, pada tarikh berkenaan, saya genap mengandung 37 minggu - Permulaan trimester menghitung hari.
Anda juga dibenarkan untuk mengguna pakai mana-mana gambar atau entry yang telah diterbitkan oleh saya sebelum-sebelum ini. Gunalah se-kreatif yang mungkin bagi menjadikan entry anda itu menarik tertarik kau memang daboom!

"Apa yang kitorang dapat dengan join contest kau ni?"

Honestly, saya belum terfikir lagi hadiah apakah yang sesuai diberikan untuk rakan-rakan sekalian yang join contest mudah ini. Saya berniat untuk hadiahkan sesuatu untuk pemenang utama dan saguhati untuk setiap peserta yang join. Ikhlas dari hati saya yang paling dalam. Seriously, saya hargai tiap kesetiaan anda-anda yang datang membaca di sini.

Entry yang menarik dan tertarik akan dipilih berdasarkan ke-kreatifan tuan punya blog mengolah ayat dan penggunaan material-material guna pakai dari blog saya ini. Panel juri terdiri daripada saya dan saya sendiri. No one else. :))

Jadi, tunggu apa lagi? Draft entry anda sekarang! :D



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, October 10, 2011

Kedudukan Bayi Dan Uri.

Actually, aku memang tak berapa nak amik port sangat pasal deliver cara mana. Normal pon boleh, czer pon takde masalah. Yang penting bagi aku, semuanya selamat sejahtera dan dalam keadaan yang sihat akhirnya. Cheh, bercakap macam berani. Menaip macam terer.

Kalau difikirkan balik masa nak melahirkan Nashrah dulu pon, aku request czer pasal tak sabar nak menunggu bukaan jalan yang tak bukak-bukak. Tapi doktor tak setuju pasal baby dah tak ada plus, aku kena menunggu lama untuk conceive back again. Masa tak tahan azab melahirkan Nashriq pon, aku dok zikir kat telinga Kak Ngah (Kak Ngah staff hospital, so dia boleh jenguk aku sekejap-sekejap); "Aku nak czer. Aku nak czer. Aku nak czer." Sampai Kak Ngah pon malas nak masuk jenguk aku dalam labour room dengar aku merengek bukan-bukan.

Err, kembali kepada tajuk asal please, Aishah!

Nak dijadikan cerita, masa check up on 28 weeks - 21 September 2011 haritu, aku ada complain pasal bleeding + brownish yang keluar sudah beberapa hari. Jadi, nurse suggest untuk aku jumpa doktor dan buat scanning untuk lihat kedudukan uri. Mereka bimbang jika uri jatuh sebab aku kerja berat-berat ke macam mana. Dia tanya sama ada aku ada rasa sakit ke kat abdomen bahagian bawah. Tapi aku memang tak rasa apa. Everything is perfectly okay for me. Cuma bleeding + brownish tu jelah problem masa tu.

So, masuk bilik doktor dan scan. Doktor kata, kedudukan uri di atas dan tak ada masalah. Cuma baby masih songsang. Aku tak berapa fikir sangat sebab baru 28 weeks that time. Doktor pon cakap yang masih ada chances untuk baby pusing lagi. Dan aku pon selamba yaya tak fikir apa-apa. Cuma doa kuat dalam hati agar baby pusing dengan betul by the time masa dah sampai nanti.

Being me yang sentiasa memberatkan perkara yang ringan, aku pon mengajak Wahid untuk scan di private pulak a few days after check up kat KK tu. Saje je lah konon nak tengok muka baby pastu feeling macam first timer mom syahdu syahdan pandang scan machine. Kihkihkih.

Resultnya, doktor private tu cakap yang baby still songsang PLUS uri kat bawah. Back again, dia kata nothing to worry sebab baru 7 months plus. There are many chances untuk baby pusing dan uri naik ke atas semula. Tapi tetaplah aku risau kan. Kot dibuatnya aku kena bersalin awal dan keadaan baby dan uri masih begitu, macam mana pulak kan?

Then, last week punya check up is for 30 weeks pregnant - 5 Oktober 2011. Masa ni appoinment dengan nurse aje. So, bila nurse rasa-rasa perut tu, aku pon buat lah tanya macam mana dengan keadaan baby? Dia kata kepala baby dah kat bawah; "Rasanyalah". Aku pon seram sejuk bila dia kata 'rasa-'rasa' ni. Aku confirm lagi pasal kedudukan uri tu. Dan dia kata;

"Kita akan scan balik masa 37 minggu, kalau baby still songsang, kita akan refer awak terus pergi hospital besar dan betulkan kedudukan baby. Tapi, kalau uri kat bawah, kita memang takleh buat apa. Operate lah jawabnya."

Aku senyum. Senyum pahit.

Boleh pulak mulut aku gatal bertanya;

"Kalau saya pergi urut boleh tak? Nak naikkan uri ni?".

Nurse itu pon memandang badi ke muka aku. Aku dah agak dah jawapan yang akan keluar dari mulut nurse berkenaan. Tapi kalau aku tak tanya, manalah nak tau kan?

"Tak boleh. Urut badan atau kaki, boleh. Perut jangan kacau".

Again, senyum pahit.

Sebelum tu, aku ada tanya-tanya kat makcik tukang urut yang urut Nashriq masa demam haritu. Kebetulan, makcik ni memang bidan dan dialah yang akan urut aku masa dalam pantang nanti. Aku tanya makcik tu pasal betulkan kedudukan baby dan uri semua ni. Dia kata boleh buat. Tapi aku takut. Takut larangan doktor dan nurse. Takut jugak kot jadi apa-apa kat baby bila urut-urut perut semua ni.

Itulah yang terhasil entry pagi tadi.

Mana yang lebih baik? Aku berusaha jumpa makcik tukang urut dan betulkan kedudukan baby dan uri? ATAU, aku berserah sahaja menunggu baby dan uri berpusing sendiri dan terima ketentuan Allah sekiranya uri tak naik dan aku kena operate?

Pening aku, suami dan keluarga memikirkan. Echeh.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Berusaha Atau Berserah?

Jika anda menghadapi suatu kesukaran, yang MUNGKIN tidak dapat diselesaikan oleh pakar berpelajaran tinggi sekalipon. TETAPI, MUNGKIN dapat diselesaikan oleh pakar alternatif yang pakar berpelajaran tinggi tidak cadangkan, apa yang akan anda lakukan?

BERUSAHA dan menuju ke pakar alternatif?

atau,

BERSERAH dan biarkan Allah tentukan?




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Sunday, October 9, 2011

Dua Tahun, Anis Nashrah.

Happy birthday sayang Mama, Nur Anis Nashrah.

Kalau awak masih ada, sekarang awak sudah 2 tahun. Sudah pandai berjalan? Atau berlari mungkinnya? Sedang main dengan adik Nashriq? Tengah tolong Mama 'mengemas' rumah? Mulut sama becok dengan adik Nashriq? Satu rumah mungkin bising dengan hiruk pikuk suara kamu berdua? Ketawa? Menangis? Bergurau senda?

Mama rindu awak, Nashrah.

Awak adalah suatu pemberian indah yang Allah kirimkam sementara buat Mama dan Ayah. Kenangan awak dalam rahim Mama. Kenangan awak bergerak-gerak di dalam sini. Kenangan awak berhenti bergerak. Mama menangis. Ayah meratap. Mama duduk hospital berminggu-minggu nak keluarkan awak. Dulu, Mama rasa, semuanya sedih dan pedih. Tapi bila Mama kenangkan balik sekarang, semuanya indah. Indah sebab Mama ada Nashrah tersimpan kemas dalam hati Mama.

In a couple of months, you will be a sister of two. Nashrah sudah ada Nashriq. Tak lama lagi ada adik lagi seorang. Are you happy sayang? Of course you are, kan? Mesti Nashrah happy tengok adik-adik dari atas sana. Don't worry sayang. Mama selalu cerita pada adik Nashriq pasal Nashrah. Nanti adik yang baru ni lahir pon, Mama akan cerita pasal Nashrah jugak. Kita satu keluarga sayang. We always be.

There's no words can describe how much I love and miss you, sayang. Nashrah jantung Mama. Nashrah kesayangan Mama. Nashrah cinta hati Mama. Sama macam Nashriq. Sama macam baby yang akan lahir ni nanti.

I love you Nashrah. Al-Fatihah.

In memory, 9 Oktober 2009 - 9 Oktober 2011.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015