Aishah Rahim's Diary

Sunday, May 25, 2014

NOTA KHAS UNTUK IBU MENGANDUNG.

Ibu mengandung,

Jangan lupa makan vitamin harian anda. Kalau tak tahu KENAPA KENA MAKAN dan APA NAK MAKAN, mari saya terangkan serba sedikit gabungan khas untuk anda dari SHAKLEE.


☺ Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

☺ B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

☺ Vitamin C  Shaklee melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

☺ Ostematrix - Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

☺ Omega Guard - Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.


PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Sunday, April 6, 2014

VITAMIN SHAKLEE TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG.

Tadi blogwalking dan terjumpalah saya blog Puan Maria Firdaus yang share pasal Set Vitamin Shaklee yang biras beliau, Puan Ainul amalkan sepanjang kehamilan. Boleh klik kat link di bawah untuk cerita lanjut. Saya copy paste sikit cerita biras beliau kat sini.



Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah kurniakan kerana kita masih bernafas sehingga ke hari ini.

Rentetan dari entry saya berkaitan GBS (GBS), saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya semasa mengandungkan anak pertama sehinggalah anak yang ketiga.

In shaa Allah, saya cuba untuk menulis berdasarkan pengalaman yang saya lalui, dgn tidak bias kepada mana2 pihak.

Saya mengenali perkataan GBS dari sejak mengandung anak pertama lagi, Muhammad Ammar kerana pada waktu itu, saya telah di diagnose oleh doktor sebagai "GBS carrier" atau "Pembawa GBS" yang positif.

Bagaimana doktor boleh mengesan bahawa saya "GBS carrier"?

Sewaktu mengadung, saya sering mengalami kontraksi kecil seperti perut mengeras, perut sakit, lalu apabila diberitahu kepada doktor, beliau segera mengambil sampel "swab faraj" dan apabila dibuat ujian ke atas sampel tersebut, ternyata saya membawa kuman GBS dalam faraj.

Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama, maka saya serahkan semuanya kepada doktor. Apa ubat yang doktor bagi, saya ambil. Dan saya juga tidak berani untuk mengambil apa2 vitamin selain yang dibekalkan oleh doktor.

Apabila anak pertama saya lahir, doktor telah melakukan ujian darah ke atasnya dan terbukti, anak saya dijangkiti GBS. Sejurus selepas itu, doktor pakar kanak2 segera datang berjumpa saya dan suami di bilik wad, dan memberitahu bahawa anak kami perlu diberi suntikan antibiotik selama 3 hari berturut2.

Maka terpaksalah saya 'stay' di wad bersalin sehingga rawatan antibiotik dihabiskan.

Perkara ini berlanjutan ketika saya mengandungkan anak kedua, Sumayyah. Perkara yang sama juga berlaku, anak kami dikesan dijangkiti kuman GBS sejurus selepas dilahirkan. Dan rawatan antibiotik yang sama turut diberikan kpd anak kedua kami ini.

Apabila mengandung anak yang ketiga, Muhammad Fateh, saya telah bertekad bahawa saya perlukan sesuatu yang lain untuk anak saya. Azam yang paling kuat adalah untuk menyusukan anak saya sepenuhnya sehingga dia berumur 2 tahun.

Kenapa saya sungguh2 bertekad untuk tidak bercampur susu selain susu ibu?

Kerana, saya telah melihat sendiri bagaimana perkembangan anak pertama dan kedua saya apabila mereka diberi susu formula; tahap kesihatan mereka semakin menurun dan sentiasa perlu 'warded' dalam tempoh pembesaran mereka.

(Ada beberapa keping gambar anak-anak beliau, tapi saya tak masukkan di sini)

Sungguh! Terlalu pilu untuk dikenangkan (kerana itu, sehingga kini, saya sanggup mengeluarkan duit yang banyak demi untuk memberi yang terbaik kpd kedua2 permata hati saya ini).

Asbab yang kedua, kenapa saya perlukan kelainan untuk anak ketiga saya ini?

Sebabnya, saya telah bertanya kepada pharmacist di hospital tentang vitamin yang di prescribe oleh doktor. Pada waktu itu, saya telah dibekalkan oleh doktor 2 jenis Vitamin; Obimin dan Neuro Gain.

Pertanyaan saya kepada pharmacist di hospital Columbia tersebut; adakah vitamin yang diberikan ini sintetik atau semulajadi? Dengan terseyum, beliau menjawab "This is sintetic, mam"

Dushhhh...saya tersentap. Terus saya stop makan semua vitamin tersebut. Dan bermulalah episode saya mengenali Shaklee.

Sungguh sahabat2...!! Berbeza rasanya apabila saya makan yang semulajadi dgn yang sintetik. Terlalu banyak! Kisah ini ada saya kongsikan dalam entry saya terdahulu.

Antara yang boleh saya kongsikan:

1) Tiada kejang urat semasa saya mengandung anak ketiga
2) Less back pain ketika mengandung anak ketiga
3) Badan still energetic even waktu tu saya terpaksa travel sejauh 120 km setiap hari; berulang alik ke tempat kerja (Senawang - Kajang)
4) Komitmen kerja yang tinggi pada waktu itu membuatkan saya terpaksa pulang sekitar jam 8-9 malam setiap hari, dgn keadaan saya yang sedang sarat mengandung 7/8 bulan. Namun, syukur saya masih mampu untuk drive pulang ke rumah, dan pada waktu itu, suami sangat jauh (berada di Amsterdam).
5) Dan yang paling ketara, anak ketiga saya disahkan BEBAS dari jangkitan GBS!

Allahuakbar! Syukur, Allah telah menemukan saya dengan apa yang saya cari selama ini. Dan Alhamdulillah, sehingga ke saat ini (17 Mei 2013), anak saya Muhammad Fateh (11 bulan) masih tidak pernah warded walau sekali pun. (Nauzubillah, mohon Allah jauhkan dan memelihara kesihatan anak2 saya).

Dari cerita dan pengalaman saya ini, adakah puan2 rasa BERBALOI saya ambil Vitamin Shaklee???

Jawapan saya: SANGAT BERBALOI!

Walaupun saya mendapat vitamin sintetik secara PERCUMA di hospital Columbia (kerana kos pemeriksaan saya di cover sepenuhnya oleh PETRONAS), namun saya tidak sanggup memperjudikan anak ketiga saya ini dgn mengambil yang sintetik.

Saya tidak bermaksud untuk menidakkan vitamin yang diberikan oleh doktor; malah mungkin puan2 di luar sana serasi dgn vitamin tersebut.

Namun, pengalaman yang saya lalui sudah cukup mengajar saya JANGAN BERKIRA DGN HAL2 BERKAITAN KESIHATAN.

Maka saya tutup entry saya ini dengan satu kesimpulan:

IT IS A BIG WORTH BUYING & PAYING FOR THE NATURAL PRODUCTS!!
(AND OF COURSE SHAKLEE VITAMINS ARE ALL NATURALS)


Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar

Dengan izin Allah beliau ikhtiar, Allah mengizinkan dan Shaklee menjadi asbab.

Taktau nak kata apa masa baca ni tadi. Ada rasa sayu jugak sebab saya pon amik vitamin sintetik yang disebutkan ketika mengandungkan ketiga-tiga anak saya. Masa tu memang tak kenal Shaklee lagi pon. Taktau apa pon pasal vitamin natural atau semulajadi. Apa yang doktor bagi, itulah yang saya makan.

Insya-Allah bila dah tahu ni, saya akan terus mengamalkan Shaklee dan akan terus sharing kepada semua ibu-ibu di luar sana supaya beralih kepada vitamin semulajadi yang tentunya lebih selamat untuk ibu hamil dan anak di dalam kandungan.

Baca lebih lanjut mengenai VITAMIN IBU HAMIL - KLIK SINI.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, April 4, 2014

OSTEMATRIX - BAIK UNTUK TULANG, GIGI & MASALAH SEMBELIT

Assalammualaikum!

Lama sangat tak bersiaran langsung dari sini ye? Haritu janji nak kembali aktif blog pon haram tak jadi apa. HAHAHAHAHA. Alahai, biasalah bila dah jadi ibu beranak dua (alasan! alasan!) pastu bisneswoman pulok (rasa nak muntah!), memang takde masa nak blog. Hehehehe. Sebenarnya itu semua hanya alasan semata. Jawapan yang tepat ialah memang MALAS! Pastu sekarang berazam nak rajin semula. Mari kita saksikan berapa lama dia punya 'rajin' itu. (icon tangan kat dada mata ke atas hihihi)

Orait, sebenarnya nak habaq promo April 2014 ini!




Sedikit fakta comel mengenai Ostematrix.
  • Ada 120 biji dalamnya untuk kegunaan sebulan / seorang.
  • Harga retails RM61 sebotol. 
  • Nak dapat harga murah? Marilah menjadi ahli dengan yuran keahlian RM75 sahaja seumur hidup. Anda tak rugi apa-apa kerana anda layak memborong barangan Shaklee dengan harga ahli dan untung-untung anda dapat bonus setiap bulan. Kaching! :)

HAHAHAHAHA. Itu fakta mudahlah. Sebab semua orang sering tanya soalan berkait dengan fakta di atas ni. "Ada berapa biji dalamnya kak?", "Berapa lama boleh tahan kak?", "Tak boleh murah lagi ke kak?". Jadi saya jawab dah soalan-soalan di atas in advance. :D





Siapa yang perlukan KALSIUM ni?
  • Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.
  • Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, Ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!
  • Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.
  • Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baikdengan syarat prinsip utama penyusuan diamalkan. (supply vs demand).
  • Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang (osteoporosis).
  • Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda! 
  • Jika anda mengalami masalah sembelit, ostematrix boleh membantu melancarkan dan mengurangkan sembelit. Kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet di samping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.
  • Jika anda sukar tidur malam dan rasa lesu sewaktu bangun pagi, dengan mengambil ostematrix akan membantu anda lebih senang dan tenang sewaktu tidur dan rasa cergas apabila bangun pagi.

Apa yang bestnya Ostematrix Shaklee ini?

  • Membantu dalam proses pembakaran lemak.
  • Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat.
  • Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh).
  • Memulihkan kekejangan, kebas – kebas, sakit tulang belakang dan simpul biawak (bagi preggy mommy).
  • Meringankan stress – mengelakkan gejala mudah meradang dan murung.
  • Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada tahap yang normal.
  • Meringankan sakit ketika haid. (Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut, retensi air)
  • Membantu kekal bertenaga dan bersemangat walapun sibuk dengan urusan seharian (terutama bagi mereka yang bekerja)
  • Membantu masalah gastrik.
  • Membantu dalam pengurusan badan
  • Membantu dalam mengatasi sembelit.


PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, February 24, 2014

JANGAN BACA JIKA SUDAH SELESA DENGAN KEHIDUPAN ANDA.

"Yang awak ni beria sangat nak buat bisnes Shaklee tu kenapa? Apa tak cukup makan pakai awak dan anak-anak selama ni saya tanggung??!", herdik suami Tipah. Tipah dan Leman telah berkahwin selama 7 tahun, punya 3 orang anak. Leman kerja Juruteknik di sektor swasta manakala Tipah pula adalah kakitangan kerajaan.

"Bang, gaji Abang RM1500. Gaji saya RM1300. Kita combine jadi RM2800. Bayar keta Abang RM400. Belanja pampers, susu dan taska anak dah RM1500. Duit sewa rumah dah RM500. Duit belanja rumah, duit belanja saya naik LRT dan duit minyak kereta Abang je dah habis duit gaji kita tu. Saya ni, dah lama tak bagi Mak Ayah saya kat kampung tu duit belanja tau Bang. Adik-adik saya kecik-kecik semua lagi. Mak Ayah saya dah tua. Setiap bulan duit belanja kita cukup-cukup makan je. Jangankan nak zakat dan sedekah, menyimpan pon takde...", jawab Tipah lembut.




Realiti hidup yang kita semua hadapi tapi kadang-kadang cuba disembunyikan. Sembunyi atau buat-buat tak tahu? Selesa dengan kehidupan atau buat-buat selesa? Cuba bersyukur dengan apa yang ada atau tak tahu nak ubah macam mana? Buntu dengan kehidupan? Stress? Rasa rendah diri dan stuck.

Jangan risau, saya salah seorang seperti anda dua tahun yang lepas.

Bermodalkan RM65, saya join Shaklee dan tawakal sahaja. Anda boleh baca entry saya yang ini. How can I forget the moment saya mula-mula join dan ianya mengubah kehidupan saya sekeluarga dari bulan ke bulan. Allah, saya bersyukur sangat sebab DIA lorongkan hati saya waktu itu. Dari gaji dalam slip gaji cuma tinggal RM375 selepas potong segala hutang piutang dan duduk rumah kuarters, saya kini boleh tersenyum puas. Alhamdulillah.

I can say yang income saya dengan Shaklee telah lebih 20 kali ganda dari gaji hakiki saya sekarang. Telah lebih 70 kali ganda dari bonus pertama saya bersama Shaklee setahun lebih yang lepas. Tetapi kenapa saya masih beria nak bantu lebih ramai orang untuk ubah hidup? Kerana saya mahu anda rasa seperti apa yang saya rasa sekarang...

  • Beri pencen 4 angka kepada Emak saya. Kalau dulu nak hulur RM50 pon ketar tangan. Jangankan hulur, siap pinjam pulak duit Emak bila kita kering duit hujung bulan nak beli pampers dan susu anak. Malu sangat waktu tu. 
  • Kongsi dengan Suami dan anak-anak. Kelapangan duit tu dah mula terasa. Takde dah pening kepala bila road tax nak kena renew. Apa yang anak-anak nak boleh bagi (tapi bukanlah dimanjakan sangat sebab nanti spoil pulak), kurang stress dalam rumahtangga dan bergaduh atas perkara yang remeh temeh. Yes, duit antara punca pergaduhan dalam rumahtangga ye kalau tak banyak sabar.
  • Boleh bantu orang lain yang memerlukan melalui sedekah, infaq dan derma. Saya percaya bahagian yang saya dapat tu ada rezeki untuk orang lain jugak. Jadi inilah masanya saya berkongsi apa yang saya dapat. Bantu lebih ramai orang. 

Sebenarnya banyak sangat lagi yang ubah diri saya sejak join Shaklee. Group Shaklee yang saya join ubah luaran dan dalaman saya. Saya tahu ramai yang kata MLM ni sama je semua. Tapi tidak group kami. Banyak sangat ilmu dunia akhirat yang dikongsi. Saya jadi sayang dan cinta dengan Shaklee dan bisnes kami. Kami dah macam satu keluarga yang saling bantu membantu antara satu sama lain.




Saya ingin tawarkan 5 tempat istimewa, PERCUMA. Sertai empayar #JUSTDOIT.

Saya nak bantu anda yang merasa seperti saya untuk improve diri anda dan keluarga. Beri peluang untuk diri anda dan keluarga hidup selesa di kala inflasi semakin menyesakkan kehidupan kita semua. Dengan syarat;
  • Anda betul-betul nak ubah hidup. Ada impian. Bukan sekadar nak main-main atau suka-suka. Once you dah join bisnes Shaklee, tak ada istilah nak 'cuba-cuba'. Kena beri 110% hati supaya hasilnya lebih terbaik dan manis.
  • Tahu menggunakan Facebook atau Blog. Apalah gunanya asyik scroll up and down your Facebook kalau ianya tak mendatangkan hasil apa-apa pon. Jadi ubahlah kelebihan anda yang ada Facebook dan Blog tu kepada sesuatu yang mendatangkan faedah.
  • Punya semangat juang yang tinggi. Hati kena kental. Tak boleh hati tisu dan mudah putus asa. Orang yang ingin berjaya dalam hidup mesti berjuang habis-habisan dan capai impian. 

Jangan risau kerana segala tips, pengajaran dan coaching akan berjalan secara 'maya'. Kami gunakan medium WHATSAPP, FACEBOOK dan ONLINE MEETING. Tak ada perjumpaan setiap malam di kedai kopi. No no no. Bisnes ini memang sangat fleksibel untuk anda yang sudah berkeluarga dan punya anak.

Jika anda punyai kritirea seperti di atas. Boleh hubungi saya segera untuk mendapatkan KEAHLIAN PERCUMA dari saya. Saya akan interview anda dulu bagi memastikan anda betul-betul menepati kritirea yang saya sebutkan seperti di atas.

Jom serta kami! :)

BACA LAGI MENGENAI PELUANG BISNES SHAKLEE.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Saturday, February 1, 2014

VITALEA IRON FORMULA, SI HIJAU YANG POWER!

Bulan ni Shaklee promo Vitalea Iron Formula. Punyalah aku suka sebab Vitalea ni basic supplement yang semua orang memang kena cuba. Eh bukan cuba, tapi WAJIB ambil. Sebab tu Vitalea ada dalam setiap set yang dicadangkan. Pembekal nutrisi kepada sel badan kita yang lompong-lompong. 




Harga pasaran ialah RM88.75 sebotol. Kegunaan untuk 4 bulan.
HARGA PROMO? Seperti biasa kenalah PM tanya. Kita bisik-bisik. :)

Tapi nak jugak bagitau yang harga promo tu MURAH GILA okay! Sangat berbaloi kalau grab 2-3 botol sekali untuk seisi keluarga. Mak Ayah suami isteri semua boleh makan. Buat stok sekali kat rumah. Berbaloi-baloi sangat. Aihh macam nak paksa semua orang belilah senang cite. Dahlah penting untuk badan. Takkan nak lepaskan peluang macam gitu aje. Kan kan kan?

Vitalea selalu ada dalam set apa?

  • Set kesihatan optimum ada.
  • Set kesuburan ada.
  • Set mengandung ada.
  • Set bersalin / berpantang ada.
  • Set tekanan darah rendah.
  • Pelbagai set lain lagi - WAJIB ambil as basic supplement.

AMARAN : Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.


PERBEZAAN SHAKLEE

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet "Vita-Lea" ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


MANFAAT UTAMA
  • Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu system memori dan focus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormone, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi Organ – Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

FAKTA NUTRISI DALAM VITALEA

Vita A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.

Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vita B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.

Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.

Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.

Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.

Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.

Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.


SIAPA YANG MEMERLUKAN VITALEA SHAKLEE?

  • Secara umumnya, ia untuk semua orang dewasa yg pentingkan kesihatan optimum. Lebih-lebih lagi kepada penggemar makanan segera, suka makan di luar, dan yang makan ikut selera – bukan ikut gizi seimbang.
  • Mengandungi Beta Carotene yg membantu mengekalkan pertumbuhan badan, mengawal masalah penglihatan & membantu pembentukan tisu badan.
  • Diformulasi dengan Iron yg penting utk pembentukan sel darah merah di dalam badan.
  • Ibu mengandung yang selalu anemia. Tak perlu susah payah makan kerang atau organ dalaman lain. Zat besi perlu utk pembentukan sel darah merah buat janin / bayi di dalam kandungan.
  • Ibu menyusu, terutama yang bayinya dah berumur 6 bulan ke atas. Kajian mendapati kandungan zat besi di dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan. Sebab itu ibu-ibu digalakkan memberi ikan bilis dalam makanan pejal pertama si manja. Dengan pengambilan Vita-Lea, In sha Allah kandungan zat besi di dalam susu ibu dapat dikekalkan pada paras yang selamat. Sebab itu kami mencadangkan Vita-Lea di dalam Set Penyusuan Shaklee.
  • Cegah penyakit tiroid atau beguk. Penyakit beguk ni disebabkan oleh kekurangan iodin dalam badan pesakit. Sebiji vita-lea mengandungi 75 mcg Iodine (as potassium iodide and sea kelp). Jika anda sedang menghidapi, atau diserang beguk, ambil 2 biji Vita-Lea sehari utk memperolehi sumber 150 mcg Iodine. 
  • Vita-lea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yng licin, rambut yg kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin & ini terdapat di dalam vitalea. Selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.
  • Ibu-ibu yg mengandung & menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat & vitamin serta keperluan zat besi oleh si ibu & ianya juga penting utk tumbesaran anak.


PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015