Aishah Rahim's Diary

Friday, February 25, 2011

6 Months Old Anas Nashriq.

Nashriq sayang Mama,

Harini Nashriq dah genap berumur 6 bulan. Kejap aje masa berlalu kan sayang? Betapa Mama tak percaya yang Mama dah ada Nashriq dalam hidup Mama. Nashriq kesayangan Mama. Nashriq hidup Mama. Nashriq adalah segala-galanya buat Mama.

Kalau satu hari nanti, Nashriq terjumpa blog hodoh Mama ni, Mama nak Nashriq tau, yang Nashriq adalah separuh dari jiwa Mama yang dibawa pergi bersama Kak Nashrah. Nashriq beri Mama jutaan kebahagiaan. Nashriq bagaikan simen yang membaiki hati Mama yang kopak. :)

Nashriq nak tau tak? Setiap hari Mama pergi kerja waktu pagi, Mama dah mula fikirkan Nashriq. Mama fikirkan segala-galanya tentang Nashriq. Senyuman Nashriq. Ketawa Nashriq. Jeritan Nashriq. Liuk lentok manja badan Nashriq. Macam mana Nashriq akan peluk Mama sambil genyeh-genyeh muka kat dada Mama. Rindu Mama pada Nashriq, setiap hari sayang. Setiap hari.

Bila Mama dan Ayah tersangkut dalam jammed setiap hari waktu balik petang, kami akan buka topik Nashriq demi nak hilangkan stress. Kami akan ketawa terbahak-bahak bila ingatkan Nashriq. Macam mana Nashriq selalu hentak-hentak kaki sampai bergegar tilam waktu pagi bangun tido. Bagaimana Nashriq kenyit-kenyit mata dengan Mama bila tengah BF. Bila Nashriq dah pandai capai mangkuk Maggie yang tengah panas sampai Nashriq terperanjat lalu menangis. Semuanya Nashriq. Semuanya perlakuan Nashriq terlalu indah dalam hati Mama.

Mama nak Nashriq tau yang Mama dah cuba sebaik mungkin demi memberikan yang terbaik buat Nashriq. Mama makan set Salindah seawal 12 minggu kandungan demi menjamin kekuatan tulang dan membantu sel-sel otak Nashriq untuk berhubung. Mama pergi check up dua tempat setiap bulan demi melihat bagaimana keadaan kesihatan anak Mama kat dalam sana. Mama makan kesemua vitamin bekalan klinik kerajaan dan klinik swasta tanpa jemu. Sampaikan Ayah pon takut tengok Mama makan ubat banyak sangat. Dari Folid Acid membawa ke Neurogain PB, semua Mama telan. Demi Nashriq tau sayang. Demi Nashriq.

Nashriq cinta hati Mama,

Nashriq mesti tak ingat betapa Mama stress waktu awal-awal kita bersama. Nashriq menangis, Mama pon menangis. Nashriq meraung, Mama pon meraung. Mama stress sangat sampaikan tiap kali Nashriq menangis, Ayah dan Nenek akan ambil Nashriq cepat-cepat. Mama marah Nashriq sebab Mama tak cukup tido. Mama marah Nashriq sebab badan Mama penat nak kena BF Nashriq berjam-jam. Sampailah satu saat, Nashriq langsung tak mahu Mama. Nak tido dengan Ayah. Nak berenjut dengan Nenek. :)

Mama tersedar sendiri. Mama kena tackle hati anak Mama semula. Mama kena berubah sebab sekarang Mama dah ada Nashriq. Mama buat macam mana yang Ayah selalu buat. Mama dukung Nashriq dan bawa jalan keliling bilik sambil berendoi. Lama-lama, Nashriq dah biasa dengan Mama semula. Ayah pon suka sebab dia dah tak perlu tawaf keliling bilik lagi dah. :p

Sayang Mama jiwa Mama,

Mama nak Nashriq tahu satu perkara ini. Mama sudah cuba sehabis baik untuk berikan Nashriq susu badan Mama sepanjang 6 bulan ini. Mama akui salah Mama kerana mula berikan Nashriq susu formula kerana tak tahan dengan tekanan. Mama berhenti mengepam kerana Mama bosan dengan tekanan itu. Mama cuma berikan Nashriq direct BF waktu malam sepanjang kita bersama. Itupon, kalau Mama tak tahan dengar Nashriq mengaruk, Mama kana bancuh susu formula dan Nashriq akan diam dan kemudian tido. Teruk kan Mama?

Tapi, ketahuilah Nashriq. Mama sedang berusaha semula untuk berikan nikmat yang satu ini buat Nashriq. Mama mula kembali mengusung beg breastpump setiap hari dan mengepam 3 kali sehari, walau sekali pump cuma dapat 0.5 oz. Mama tak nak patah semangat. Walaupun jalannya, Mama terpaksa beri susu campur begini. Mama redha.

Nashriq kesayangan Mama,

Mama impress dalam apa jua peningkatan yang Nashriq lalui. Nashriq dah mula meniarap dan menyelar. Nashriq dah pandai kenyit-kenyit mata dan buat muka cheeky. Nashriq dah jelir-jelir lidah dan ikut mengunyah bila Mama dan Ayah tengah makan. Nashriq dah kenal orang sekeliling dan depa tangan minta didukung. Suara tawa Nashriq buat penuh satu rumah. Macam manalah semua orang tak sayangkan Nashriq. Haih.

Nashriq kuat mengamuk tau sayang. Nak tido mengamuk. Nak susu mengamuk. Nashriq punya suara boleh sampai jiran sebelah pon keluar bertanya. Kadang-kadang Mama dan Ayah jadi tak sabar tau? Mama marah Ayah. Ayah marah Mama. Gaduh pasal anak menangis. Bila Mama give up pujuk Nashriq, Ayah akan take over. Bila Ayah pon nampak macam dah bertukar hijau je, Mama terus capai Nashriq. Hahahaha.

Nashriq buah hati Ayah,

Mama nak Nashriq tau jugak yang Ayah tu sayang sangat kat Nashriq. Sampaikan Mama pakaikan pampers ketat pon, Mama kena marah. Masa mula-mula dulu, Mama kecik hati sangat dengan Ayah. Ayah dah sayang Nashriq lebih dari Mama. Tapi bila Mama fikir balik, Mama pon laku benda yang sama. Pagi-pagi sampai tak sempat buat air untuk Ayah, asyik sibuk menggentel Nashriq aje. :))

Muhammad Anas Nashriq teman rapat Mama,

Mama doakan segalanya yang terbaik untuk Nashriq. Mama tak mahu mengimpikan terlalu tinggi untuk Nashriq. Cukuplah sekadar Nashriq menjadi anak yang Soleh, mendengar kata ibu bapa dan menghormati orang tua. Mama minta, Nashriq sayangi Mama dan Ayah sebagaimana kami sayangkan Nashriq. Nashriq harus kasihkan Nenek-Nenek dan Atok sebagaimana mereka kasihkan Nashriq. Gembirakan hati Ayah Long, Mama Ngah, Ayah De, Mak Ngah dan Maksu sebagaimana mereka gembirakan hati Nashriq.

I love you sayang. TERLALU.

Happy 6 months old, baby. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, February 24, 2011

Vacancy - Review Writer for hannahjohary.blogspot.com

This is fun. Masa baca sticky post Hannah pasal contest ni, terus terasa nak join. Tak. Tak. Tak. Bukan pasal nak rebut RM100 dan berangan jadi pemenang. Tapi ianya lebih kepada penghargaan untuk beliau kerana menjadi blogger idola aku selama ni. Cececececece ayat bodek nampak?

Aku mula kenal Hannah pada penghujung tahun 2009. Masa tu, kepala hotak tengah serabut dengan kehilangan Nashrah. Setiap hari entry pasal Nashrah. Aku luahkan segala perasaan dalam blog. Sampailah aku publish entry Terima Kasih 2009. Dalam entry berkenaan, buat pertama kalinya Hannah telah mengomen. (Mengomen?)

Minah ni kalau komen dalam Bahasa Melayu memang best tau.
Ayat dia tersusun rapi macam dalam novel.


Oh, sebelum itu, aku memang ada simpan URL blog Hannah dari zaman dia nak kahwin lagi. Tapi aku tak pernah komen sebab minah ni punya entry kebanyakkannya dalam Bahasa Inggeris. Dahlah Bahasa Inggeris aku 'A++', setiap kali nak komen balik entry dia mesti kena bukak Kamus Laman Mini. Hahahahaha.

Pernah sekali aku baca blog Hannah. Wahid ada kat sebelah tengah memerhati apa yang aku bukak. Sampai tab Hannah, Wahid pandang aku sepuluh kali;

"Awak baca blog Minah Salleh?"

Hahahahahaha. Sampaikan ke sudah bila nak cerita pasal Hannah kat Wahid, mesti kena mention 'Minah Salleh'. Kalau tak, confirm dia tak dapat ingat siapa. Sebab bini dia ada ramai sangat kawan blog dari seluruh pelusuk negara. Echeh. :p

Kenapa aku suka sangat http://hannahjohary.blogspot.com/?

Sebab Hannah selalu beri aku pandangan revolusi yang baru. Dia sangat pandai bercerita. Kalau baca setiap entry-nya, mesti rasa macam dia tengah duduk kat depan mata sambil bercerita penuh semangat. Pernah sekali baca entry, My Delivery - The Detailed Version, aku menangis tau? Tapi sambil tu mouse tak lepas copy paste kat Kamus Laman Mini. Hahahahaha ada hati nak baca omputih tau aku ni.

Lagi satu, bila baca blog Hannah, banyak perkataan English yang aku belajar. Dia ni macam Cikgu Bahasa Inggeris tak rasmi aku. Kalau dia tulis perkataan baru yang aku tak pernah nampak, aku mesti cari makna balik kat kamus. Berapa banyak pahala dia dapat kau tengok? Aku ni dari seorang yang zero Bahasa Inggeris naik satu tingkat.

Semangat untuk berkawan semakin menebal sewaktu Hannah sedang mengandungkan "Little Maimunah'. Tiap entry dia, aku komen. Tiap entry aku, dia akan komen jugak. Dan anehnya, tiap komen dia mesti masuk kepala terus turun sampai hati. Dia akan bagi penjelasan yang panjang lebar beserta komen-komen bernas dicampur dengan humor-humor ringan.

Uniknya lagi hubungan kami, 'Little Maimunah' lahir pada 9 Januari 2010 dan ini bermaksud kami berkongsi tarikh lahir. Dan sewaktu 'Minah Salleh' ni announce kelahiran bayi-nya yang diberi nama Farimyiesha, I am so excited sebab nick name aku dari dulu sampai sekarang is MyAishah (boleh rujuk URL blog). Macam dekat-dekat pulak kan?

Paling mengujakan, Hannah adalah antara orang-orang yang pertama tahu aku dah pregnant buat kali kedua. Silapnya cuma sekejap. Aku post ticker kat blog dalam 5 minit gitu, pastu tak jadi letak aku remove. Tup tup, dia dah komen kat chatbox cakap 'Congrats' dan bla bla bla. Gila cekap minah ni. Entah dia refresh blog aku 5 minit sekali ke hape ntah. :p


Farimyiesha super duper comel. :)



One happy family together. Forever. Amin.


Dear Hannah,

Thank you for being one of my best 'alam maya' friends. Terima kasih atas tiap kata-kata semangat waktu saya berawan penuh dulu. Terima kasih atas setiap nasihat dan pandangan yang selalu buat saya sedar. Terima kasih kerana selalu ceriakan hari saya dengan entry penuh gila. Dan, terima kasih kerana terus menulis. :)

I hope, our friendship will never end. Amin.

P/S : TIDAK. SAYA TAK JOIN CONTEST INI. INI HANYALAH SEBUAH ENTRY PENGHARGAAN. :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, February 22, 2011

Update Laju Di Petang Selasa.

Yawwww! Baru puas main tenet pakai PC! :)

Sepanjang minggu ini, memang dah niat nak cabut antenna wireless PC office. Nak fokus pada kerja memandangkan audit nak masuk bulan 3. Seram okeh. Banyak benda nak kena setel. Sangat banyak. But please, stay calm. Taknak kelam kabut sangat. Nanti, badan sendiri yang sengsara.

Kesihatan tak berapa elok sejak semalam. Mula-mula sakit tekak dan badan 'dedo'. Harini pulak dah start selsema dan batuk-batuk. Kepala jangan cakaplah berpinar-pinar macam Roda Impian. Tapi terpaksa gagahkan jugak diri ke tempat kerja. Banyak benda nak settle. Haih.

Nashriq pon dah start selsema semalam. Sekarang ni musim lah kot. Kesian tengok dia tak nyenyak tido. Bila angkat kasi meniarap atas badan baru dia nyenyak. Tapi Mama dia lah pulak sesak nafas. Takpe. Takpe. Demimu anak, apa sahaja sanggup ku korban.

Ada banyak sangat entry bertangguh;

Entry khas untuk blogger Johor yang nak mandi-manda.
(Nanti eh Kid? Bila Aishah dah lapang, report menyusul.)

Entry Program Penyusuan Susu Ibu kat UTM, Skudai.

Entry Nashriq dah start solid food makan Bubur Ikan Bilis

Entry istimewa untuk Hannah.

Nantilah okeh. Kasi kepala lapang sikit. Dengan dada yang sesak dek batuk macam gini, memang tak concentrate nak karang entry.

Oklah. Nak cabut antenna wireless ni balik. Nak sambung kerja.

Bismillah. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, February 18, 2011

Demam Photoscape.

Dah lama memendam hati tengok orang lain pandai combine gambar. Aku ni punyalah kena upload satu-satu. Sampai pening kepala nak upoload. Dahlah pattern blogspot limit 5 gambar aje sekali upload. Kalau ada 20 gambar? Tak jenuh kau nak menunggu dengan internet bak siput sedut?

Aku ingat, mereka-mereka yang combine gambar pastu edit-edit tu, pakai Photoshop. Jenuh jugak aku ngendeng kawan-kawan yang ada CD Photoshop nak mintak install. Bila dah install, tak reti guna pulak. Memang bagus sangatlah perangai malas nak explore cenggini.

TETAPI, bila aku tengok Reen selamba yaya je edit beratus gambar pastu masuk Facebook, aku beranikan diri bertanya. Malu bertanya sesat jalan woooo. Tak tanya sekarang, confirm aku bodoh sampai bila-bila. Iye tak?

Reen kata, dia guna Photoscape. Boleh donwload kat internet aje.

Peh, bukan main laju lagi tangan aku Google Photoscape. Dapat aje, aku terus donwload dan main godeh-godeh. Bagus okeh benda alah ni. Mudah digunakan dan tak susah nak faham. Bak kata Dayu, kena pandai explore. Heeeee.

Inilah hasilnya. :)

Muhammad Anas Nashriq, Cinta Hati. :)


"Halamak kau ni Aishah, simple cenggitu pon nak kecoh!"

Hahahahaha. Simple aje kan? Manalah aku reti nak buat hebat-hebat.

Baiklah, kepada sesiapa yang berminat nak download Photoscape jugak, boleh pergi sini. Pergilah. Sementara stok masih ada. :p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, February 17, 2011

List Lagu Kegemaran Saya.

*Mode : Clearkan DRAFT*

30 Days Quest pon macam tinggal dalam kenangan, Umi Payin dah paksa aku buat listing lagu kegemaran sepanjang zaman idaman hati. Apolah aok. Penat koi nak memikir ni tau? Hahahaha suka hati aje guna aok dengan koi padahal taktau maksud sebenar. Heeee.

Baik. Baik. Nak sangat tau lagu kegemaran aku kan? Nah amik kau.

JANJI MANISMU - AISHAH
Lagu ini mula menjadi kegemaran ketika aku berusia 6 tahun kot. Masa tu, aku ingat lagi kakak aku si Kak Ngah tu belum kahwin. Masih anak dara. Pattern kakak aku ni, garangnya tak bertempat. Biasalah budak-budak kecik baya 6-7 tahun gitu kan 'baik' sikit perangai. Aku pulak memang suka berangan menyanyi atas meja sambil pegang sikat. Feeling tengah buat konsert pastu siap pakai baju seksi-seksi. Nyanyilah aku sekuat hati terjerit terpekik terlolong "OH DUNIA INI, PENUH KEPALSUANNNN. OH MUNGKINKAH TIADA KEINDAHANNNNN". Tiba-tiba, "ZAPPPPPPP!!!!" dan disambung raungan kuat budak 6 tahun ni tadi. FINE. TALI PINGGANG 2 INCI SUDAH HINGGAP PEHA. :)

TERINGIN - SHIMA
Lagu ni mula menjadi siulan masa umur aku 8 ke 9 tahun gitu. Masa tu Shima top wooooo. Suara dia serak-serak basah. Yang membuatkan aku jadi TERminat kat lagu ni, Abang De aku telah masukkan nama aku dalam satu pertandingan karaoke. Kau bayangkan dapat full support woo dari abang. Baju sponsor. Berlatih siang malam. Siap dia belikan MIC lagi pasang kat rumah suruh aku nyanyi. Dia jugaklah yang hantar amik aku sepanjang pertandingan tu berlangsung. Lastly dapat saguhati. Bolehlah dari tak dapat apa. Wakakakakaka.

JERAT PERCINTAAN - SITI NURHALIZA
Lagu ni pon termasuk dalam kenangan indah jugaklah kot. Masa aku umur 10 tahun, tempat kerja Kak Ngah aku buat Family Day. Dia pon bawaklah aku sebab dia bukan ada adik yang comel lain pon. Aku je yang comel. Sebab tu kena bawak aku. Hahahahahahampehlahkau. Pastu, dia takmau inform awal yang dia telah memasukkan nama aku dalam pertandingan karaoke. Tiba-tiba je nama kena panggil pastu abang PA System tanya nak nyanyi lagu apa. Masa ni, Siti Nurhaliza baru lepas menang Juara Lagu kot. So aku pon main petik aje lah lagu ni. Hasilnya? Aku menang tempat pertama okeh. PERTAMA. Sebab lawan-lawan aku semua budak 4-5 tahun. T______T

AKU CINTA PADAMU - SITI NURHALIZA.
Wah tiba-tiba terbongkar aku Kipas Susah Mati Siti Nurhaliza. Hahahahaha. Fine. Lagu ini masa Darjah 6. Umur 12 tahun lah kan? Ada jamuan akhir tahun kat sekolah. Cikgu nak pilih seorang sahaja pelajar untuk buat persembahan dalam Majlis Penyampaian Hadiah. Wakil dari kelas aku, ialah AKU. Pilih punya pilih lagu, akhirnya aku pilih lagu Aku Cinta Padamu neh. Nyanyi penuh perasaan okeh atas pentas. Satu sekolah nyanyi sama. Silap tak nyala lighter aje atas langit. Feeling artist kau tau? Confident boleh menang ah nak buat persembahan dalam Majlis berkenaan. Sudahnya siapa yang dapat buat persembahan? Budak kelas sebelah nyanyi lagu, BONDAAA SENYUM RIANGGGG. MENERIMAAA BAHTERA MERDEKAAA. PUTERA PUTERI SAYANGGGG. PUTERA PUTERI SAYANGGGG. Fine, mereka nak lagu Patriotik rupanya. T_____T

.
.
.

Banyak lagi sebenarnya list-list lagu kegemaran. Tapi, inilah lagu-lagu yang hard to forget dalam kepala. Lagu yang menyimpan seribu kenangan. Echeh.

"Aishah, lagu tema cinta kau takde?"

Errrr. LAGU NI BOLEH? :p

P/S : I know you reading this sayang. Itu lagu kita kan? :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015