Monday, July 30, 2012

Call Me, ANASH.

Perbualan biasa dua sepupu kalau aku call Emak bertanya khabar di hujung minggu.

Nashriq : "Nek. Uyun? Uyun?" 

Nenek : "Uyun? Kejap ekkk."

Nurul : "Anashhh, *^&%$())&^%$$%*())&%$?"

Nashriq : "Uyun, *&%@#%&()))*&%^$$$#^*())"

Nurul : "Nanti Anash *&^%@@()(&^%#$# umah Nenek ehhh?"

Dua-dua pon speaking Germany. Hebat bukan? :P


Nashriq & Nurul. :)

Emak jaga 8 orang cucu termasuk Nashriq dan Nurul. Ada 4 orang yang dah besar-besar dan boleh diharap. Tinggal lagi 4 orang saje yang kena beri perhatian lebih. Waktu pagi, tinggal Nashriq dan Nurul berdua dengan Emak. Sebab yang lain semua pergi sekolah. Sebab itu mereka berdua sangat rapat. 

Apa-apa pon, sikit-sikit "Uyun punya?". Belikan dia coklat, mesti dia akan tanya, "Uyun?". Kalau berbual berdua, macam real je tengah bincang soal negara. Sorang berjoget, sorang pon terkinja-kinja. Kalau suruh sayang peluk, bukan main lagi mereka berdua. Kalau dah lama tak jumpa, berpeluk macam sayang benar! Hehehehe. 

Kalau kat rumah Emak, nama Nashriq memang susah nak dengar. Semua satu rumah panggil Nashriq as Anas. Kalau Emak lagi lah, dia panggil ANASHRIQ. Hahaha. Jadi gabungan pulak kan? Tak kisahlah panggil apa pon. Asalkan jangan nama yang tak elok. Ye dok?

Kalau tanya kat Nashriq pon, siapa nama? Dia tak pandai nak sebut Nashriq. So dia akan cakap nama dia "ANASH!". Mula-mula dulu selalu pi betulkan sebutan jadi Anas. Tapi lama-lama biar aje lah. Dah jadi macam nick name pulak. Echeh.

"Mama, Anash belak (berak)".

"Mama, Anash nak kan (makan)".

"Mama, Anash (*&%#&(#%)*^$".

Ye, dia sendiri pon bahasakan diri dia Anash.

Tak kisahlah nak. Asalkan awak bahagia. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

3 comments:

  1. NAshriq susah nak sebut kot bagi dia. Anas pun sedap jugak kan Nashriq... Sebab tu ibu fashya amik nama awak letak kat nama baby Anas. :))

    ReplyDelete
  2. comel jugak. bila baca entri ni terbayang mcm mana nashriq sebut nama dia.

    Kalau mcm raina dia selalu bahasa diri dia 'Ena' atau 'nena'

    ReplyDelete
  3. Hahaha. Sedap la panggil Anash! Esok ade fb senang aunty carik. Kekekeke

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015