Tuesday, July 6, 2010

GL & Surat Permohonan Bersalin - DONE!

Semalam, tengah sibuk-sibuk buat kerja kat office, terdengar lah pulak perbualan seorang cikgu ni dengan kerani kat dalam pejabat aku tu. Cikgu ni mengandung jugak. Cuma, aku awal 2 minggu dari dia. Cikgu ni mintak tolong kakak kerani tu buatkan Guarantee Letter (GL) dan Surat Permohonan Bersalin. Aku pon tersedar dari mimpi;

"Aku punya tak siap lagi weh!!"

Teruslah gigih meminta kakak kerani tu borang kosong untuk ditaip sendiri. Dan pagi tadi, dengan semangatnya telah sampai awal ke office semata-mata untuk menaip GL dan Surat Permohonan Bersalin dengan titik peluh sendiri (berpeluh ke??). Siap-siap cop Ketua Jabatan semua dan terus hantar masuk bilik Bos untuk di sign.

Hasilnya??

Taaraaaa!!
Telah masuk dalam sampul siap-siap.
Over betul buat sampai 3 keping GL. :p


Balik ni, dah boleh masuk dalam Mommy's Bag terus. Senanglah sikit kalau emergency nak bersalin ke hape, boleh angkut dan berlari sepantas kilat. Fuh. Ada hati nak berlari konon. Nak berjalan laju pon kena Istighfar banyak kali.

Keadaan kesihatan sekarang boleh dikatakan so-so aje. Tapi masih bersyukur. Takdelah berada dalam tahap kritikal sangat. Jalan dah kena slow-slow. Tak boleh nak lompat-lompat, goyang-goyang dan joget-joget lagi. Nak bangun dari duduk yang lama pon kena amik step by step. Kalau bangun secara mengejut, mesti kena renjatan elektrik dari dalam.

Kaki dah bengkak. Belakang badan dah lenguh. Tengkuk dah sakit. Lower abdomen dah ngilu. Breast dah berdenyut.

Tapi takpelah.....

Tendangan Super Cosmos dari dalam mengubat segalanya. :)

Sebelum bersurai, mari buat undian beramai-ramai.




Mana lagi comel? Yang atas atau bawah?

7 weeks to go, baby.
Mama can't wait to give you all my love.




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

21 comments:

  1. yangg bawahhh....hehe..sebab dia sebut mommy. hahaha!

    ReplyDelete
  2. wah tak lama lagi..push jgn tak push..nnt kita pam sama2 ye..
    maria vote pd yg bawah..:)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. wah tungu hari ye aisha..
    smoga sumenya slamat..

    ala amik je dua tu..hihi

    ReplyDelete
  5. wah tungu hari ye aisha..
    smoga sumenya slamat..

    ala amik je dua tu..hihi

    ReplyDelete
  6. yang bawah!!!

    wahh, sgt protokol GL Aishah, kita punya dulu, dah berlipat2, simpan dalam handbag..
    buat sekeping je..

    *tak yah bayar pape pun sbb ada GL ni.syukur alhamdullilah

    ReplyDelete
  7. kite pulak yg tak sabar...hehe

    ReplyDelete
  8. yang atas! haahah..tp kalau amy...amy amek dua2..hee~ beli katne baju tu aishah? mcm nak jugakla..hahaha..

    ReplyDelete
  9. lg 7 minggu eik....tak lm dah tue....semoga selamat semuanya....mun vote yg bwah tue....untungnye ader GL..tak pyh byr lgsg...

    ReplyDelete
  10. Yaya : Haha. Perkataan MOMMY tu penting kan? Comel sangat!!

    Maria : Vote yang bawah eh? Aishah vote dua-dua lah! :p

    @yue : Saya memang dah beli pon dua-dua. Tapi suami suka yang atas. Dia cebik-cebik tengok baju MOMMY IS THE BOSS tu. Hehehehe.

    Dayu : Aishah pon tak kena bayar yang dulu tu Dayu. Just bayar katil untuk 1st class aje. Sebab GL Aishah cuma cover sampai 2nd class aje. Kiranya takde labour charge dan rawatan lah. Alhamdulillah.

    Chempaka : Kita pon!! :p

    Amy : Aishah pon amik dua-dua. Aishah beli dengan seorang cikgu yang buat part time jual baju baby. Kalau Amy nak tengok-tengok, ini link facebook dia; http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=1222685227&ref=ts

    Yana : Hehehehe. Memang saya amik dua-dua. Tak tahanlah nafsu. :p

    Mun : Ha'ah. Pakai GL memang senang. Tapi laku kat hospital gomen ajelah.

    Suraya : Kita pon suka yang bawah! :)

    ReplyDelete
  11. 7 weeks. da x lame da tue..besh kann? rase cam cepat masa berlalu. kite dulu week 38 da bersalin. klu Aisyah pon same, lg 5 weeks je lagi huhu..teruja kann? ;p

    ReplyDelete
  12. semestinya mak adalah boss...!!! :))

    ReplyDelete
  13. lagi 7 minggu ye?bestnyaaaa...akak lbh kurang lagi 9 weeks to go..papepun, semoga selamat semuanya..AMIN

    ReplyDelete
  14. Shareena : Wah bestnya wak dapat bersalin awak tak payah tunggu 40 weeks. Kalau boleh kita pon nak awal. Tapi tu semua kerja Tuhan kan?

    Kimmy : Emaknya comel tak?? :p

    Mak Haqq : Yehaaaa!!

    Ina Hashim : Wah, lebih kurang lah kita kak! Yep, semoga selamat semuanya!

    Kak Farrah : Tukang jual dia pon comel jugak. :p

    ReplyDelete
  15. Saya nak minta contoh GL dan surat cuti bersalin boleh? Bersalin anak pertama, saya isi form cuti saja. Tapi anak kedua ni, kena isi form Daftar Cuti Bersalin dan Elaun-Elaun mengikut Akta Kerja 1955 Seksyen 44. Tanya ramai orang dah cara mengisi tapi masing-masing buat derk saja. Fed-up betul.

    ReplyDelete
  16. cornfirm yg bawah..sonoknyer xlama lagii bakal jd mummy..

    ReplyDelete
  17. E-in ; Saya tak tahu format surat kita sama atau tak. Kalau awak nak cuba tengok, kasi email awak. Nanti saya emailkan okeh?

    Alynnz : Hehehe. Tak sabar rasanya tau. :)

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015