Thursday, July 29, 2010

LAPAR

Sekarang ni, kerap benar lapar. Bila masuk pukul 2 petang aje, mesti rasa lapar yang menggila. Serius punya lapar tau. Yang tak boleh tahan-tahan.

Sesiapa yang follow ikut twitter mesti perasan yang aku asyik merungut pasal lapar aje. Sampai diorang ingatkan aku puasa ke hape. Nak puasa macam mana kalau pukul 7.00 pagi sebelum gi kerja dah bantai sepinggan nasi, lepas tu pukul 10.00 pagi makan nasi lagi. Huwaaaah. Pukul 2.00 petang lapar balik macam menggodak-godak.

Bila time petang-petang macam ginilah tangan gatal nak melawat laman web Pizza Hut. Semua gambar makanan pon nampak sedap. Semua benda pon nampak menyelerakan. Memang godaan nafsu betul.

Seafood Lasagna



Cheese-baked Meatballs


Nafsu nak macam omputih. Tak sedar diri 25 tahun membesar dengan Asam Pedas. Tapi nak buat macam mana? Gambar makanan tu macam sedap. Padahal belum tentu lagi pandai makan ke tidak. Silap-silap haribulan, makan 2-3 sudu terus passing kat Wahid.

Aku selalu macam gini tau. Senang terpengaruh dengan gambar. Mata nampak sedap. Tapi kadang-kadang rasanya tak seberapa. Yang jadi mangsa tentulah Wahid. Nak kena habiskan makanan aku pulak.

Tapi bila tengok Wahid makan macam sedap pulak. Atau mungkin tekak aku ni memang tekak Melayu. Nafsu je terbabas jadi omputih. Itu yang macam conflict sikit.

Tengah fikir nak makan apa lagi. Sebelum minggu ke-37.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

6 comments:

  1. mkn puas2 kak aishah.. kang da pantang seksa 44 ari woo..

    mcm reen lg laaa pntang smpai skang, maklum la operet, kulit perut mcm kulit lembu.. geram btol!

    ReplyDelete
  2. Reen : Woi, selamba je menyamakan kulit sendiri dengan lembu. Jangan ah. Kan dirimu begitu berharga. Makan pantang sikit takpelah. Asalkan Reen sihat. Okeh?

    ReplyDelete
  3. samer la kita aishah..huhuh nak2 time malam..kdng2 baru makan kol 7 tu, kol 8 lebih dh terasa cm perut kosong...pelik betul

    ReplyDelete
  4. hahaha.. mmg btol la kak.. x caye meh cni dtg tgk.. reen selak kasik akak tgk nk? ahahaha

    tp tgk kt blog org mkn sambal2 iskkkkk mcm naakkkkk jeeee la.. ahahaha

    ReplyDelete
  5. takpe, makan skrg selagi boleh makan..nanti dah berpantang,terpaksa menghitung hari pulak nak dpt mkn mcm tu semua. mcm saya skrg..asyik tengok calendar je..hehehe

    ReplyDelete
  6. Yana : Ha'ah lah kan? Sekarang ni, sebelum tidur mesti kena minum air milo segelas. Kalau tak, mesti tak dapat tidur tau.

    Reen : Sambal pon takleh makan ke?

    Kimmy : Takpe. Tak lama je lagi dah nak habis pantang kan? Pastu dah boleh enjoyy!

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015