Sunday, July 12, 2015

MELAWAT PUSARA KESAYANGAN.

Pagi Ahad di Johor Bahru. 
25 Ramadan 1436H.
4 hari lagi menuju Syawal.

Suami bercuti dan anak-anak sekolah. Aku memang dah lama sangat tak ziarah pusara Arwah Abah dan Arwah Nashrah. Sejak ada Najah, memang tak dapat pergi. Ada sekali pergi, tapi duduk dalam kereta tak dapat turun. Suami je pergi sendiri atau dengan Emak dan Abang aku. Akhirnya harini dapat pergi. Terubat rindu, walau sebenarnya rindu itu takkan hilang..

Abah..
Nur Anis Nashrah
9 Oktober 2009
6 tahun sudah berlalu.

Atok dan Nashrah.

Rindu hoy taktau nak kata apa. Masa datang ni tadi, segala kenangan macam flashback di kotak fikiran. Flashback zaman kanak-kanak dengan Arwah Abah sampailah saat-saat dalam labor room nak melahirkan Anis Nashrah yang kami dah tahu sudah tidak bernyawa. Rindu ini menggunung. Rasanya kalau dapat peluk dan cium, memang nak peluk dan cium..

Al-Fatihah Allahyarham Abdul Rahim bin Osman
Al-Fatihah Nur Anis Nashrah binti Abdul Wahid

Yang dah pergi tentu tetap pergi. Kita yang tinggal ni?

Tadi cakap dengan suami, "Abah dan Nashrah dah tau pusaranya kat sini. Kita ni nanti kat manalah agaknya ek?". Persoalan seterusnya di soal dalam hati, "Masalahnya, kau dah sedia ke Aishah? Cukup dah amalan kau? Dah cukup taubat segala dosa-dosa? Dah cukup berbakti kepada Emak? Dah didik amanah Allah dua orang tu dengan sebaiknya? Dah cukup baik kau jaga hak Allah?"

Menangis. Sebab sedar yang semuanya belum cukup.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Saturday, July 11, 2015

KAMI DAH BEBAS PAMPERS!

Dah lama tak cerita pasal budak berdua ni. Itulah kesannya penggunaan Facebook. Segala benda akan di update kat Facebook secara "siaran langsung" kekdahnya. Ambil gambar dan terus share. Masa zaman belum ada Facebook dulu, sinilah tempat meluah rasa. Tempat asah skill menyusun ayat. Sekarang ni dek kerana Facebook (eh Facebook pulak salah?), nak bina ayat pon taip-delete-taip-delete. It's good to be back here. Rasa berkembang balik skill menyusun ayat. :)

Update : Harini masuk hari kedua hidup tanpa FB apps dan FB messenger di handphone. Ianya takdelah horror sangat macam yang aku fikirkan. Ingatkan hidup akan jadi sunyi sepi ke ape. So far memang okay je. Pada awalnya agak janggal jugaklah bila tengah duduk-duduk tu takde buat apa tangan mencari icon FB kat handphone tu nak "scrolling and stalking" (ewahh!), tapi bila tersedar terus bangun buat kerja. Baguslah untuk aku supaya tak buang masa banyak sangat. Kalau tidak, satu benda apa tak jadi buat.

Kembali ke tajuk utama.

Sebenarnya nak cerita pasal budak berdua ni yang sudah bebas pampers. Maksud bebas pampers ialah dah tak pakai pampers lagi waktu siang dan malam. Alhamdulillah tidak sesukar yang aku fikirkan. Kalau dulu asyik fikir je, "Macam mana nak stopkan diorang ni pampers?". Syukur Allah banyak mudahkan. Tak ada drama-darama swasta sangat. Semuanya berjalan dengan mudah.

Siblings.

Aku share sedikit pengalaman potty train dua orang budak ini sebagai menyimpan kenangan di sini. Semoga bermanfaat juga untuk rakan-rakan dan ibu-ibu di luar sana.


Nashriq bebas pampers.

Aku mula train Nashriq potty train ketika umur beliau 4 tahun jalan nak masuk 5 tahun. Seingat aku sekitar hujung tahun 2014. Planning untuk potty train ni pon sebab mengingatkan yang Nashriq bakal masuk sekolah pada awal tahun 2015 tu. So gigihlah kami suami isteri siap beli bangku potty train supaya dia rasa seronok nak "berbisnes" di bilik air kehkehkeh.

Sumber gambar GOOGLE

Train dulu kat rumah untuk setengah hari. Contoh dia mandi pagi dalam pukul 9-10 pagi gitu, aku terus tak pakaikan pampers. Tapi kena selalu tanya "Nak kencing tak?", "Nak buang air besar tak?" dan selalu-selalu aware takut dia sesuka hati terbabas merata-rata. Pernah okay kejadian ini, Nashriq selamba yaya "buat kolam" depan kabinet televisyen. Masa ni aku taktau nak rasa apa. Nak marah kang tak profesional pulak heh. Jadi bersabar la banyak-banyak..

Cabaran besar dalam potty train Nashriq ialah waktu malam. Sebab dia jenis yang sangat liat nak bangun. Masa awal-awal nak train tidur malam tanpa pampers tu, memang tahap kesabaran tertinggi ku rasa sebab setiap malam dia akan terbabas huhuhu. Memang "bergaduh" tiap malam sebab tak cukup tidur nak kemas katil sebab dia dah terkencing. Setiap hari basuh cadar, setiap hari ampai penuh dengan cadar. Kadang tu, dia dah terkencing baru dia sedar. Padahal baru 5 minit sebelum kita dah kejut dia bangun ajak pergi bilik air tapi taknak bangun. Ko rasa apa? Sabar sabar sabar HAHAHA.

Akhirnya Nashriq bebas pampers juga siang dan malam apabila...


Najah bebas pampers.

Potty train Najah tidak sesukar Nashriq. Walau Najah ni ada perangai "tak boleh tahan" atau senang cerita dah emergency baru nak pergi toilet, tapi mudah jugaklah bagi aku. Najah mula diaper-less siang hari pada umur 3 tahun lebih - selepas 2-3 bulan bersekolah. Masa awal persekolahan tu memang pakaikan je pampers sebab cikgu dia pon faham ramai lagi anak-anak taska 4 tahun yang masih pakai pampers. Tapi lama-lama aku fikir mungkin inilah masanya aku boleh potty train Najah supaya tak pakai pampers. Dan ianya bermula dengan penuh debaran..

Sebab ramai kawan-kawannya yang masih pakai pampers, aku takut sangat yang Najah ni taknak pergi bilik air. Jadi masa awal-awal aku decide untuk tak pakaikan pampers ke sekolah tu, aku bincang dengan cikgu dia siap-siap. Syukur sangat dapat kerjasama yang baik dari pihak cikgu dia. Untuk Najah, cikgu bagi special attention sebab sentiasa nak kena tanya nak pergi bilik air tak. Tapi dek kerana perangai dia "tak boleh tahan" macam aku cerita kat atas tu, dia banyak kali terbabas walau dah sampai depan pintu bilik air! Bayangkan, acapkali cikgu akan mengadu kat aku waktu ambil dia balik sekolah, "Dia dah kata nak kencing tadi. Dah bukak seluar semua tapi tak sempat masuk toilet dah kencing.." - aku mampu sengih dan minta maaf je lah hihihi.

Tips : Untuk anak-anak yang baru mula potty train ketika ke sekolah, boleh bekalkan baju, seluar dan tuala letak dalam beg siap-siap. Senang kalau ada kes emergency macam Najah ni, boleh cikgu tukarkan baju yang kita sediakan.

Sesi belajar kat rumah.

Diaper-less waktu malam untuk Najah tidak sukar sama sekali. Malam pertama aku tak pakaikan pampers, terus dia okay je tak kencing. Nashriq pulak yang jadi malu sebab adik dia dah "lulus" tak kencing malam. Jadi cabaran untuk Nashriq, dia mesti kena lebih baik dari adik. Effort dia sendiri, dia taknak minum susu sebelum tidur dan mesti buang air siap-siap sebelum naik katil. Aku selalu cakap, "Abang tengok adik dah tak kencing dah atas katil, Abang pon boleh kan?"..

Waktu malam memang satu kali Nashriq akan bangun pergi bilik air untuk buang air kecil. Najah pulak, boleh tahan sampai ke pagi baru dia ke bilik air. Dua anak, dua ragam, dua cara, dua perangai. Mungkin sebab jantina berbeza, wallahualam.

Abang tolong buatkan kerja sekolah adik.

Akhirnya dua-dua dah bebas pampers. Jimat RM120 setiap bulan.
Boleh spend untuk pampers adik baby pulak nanti. Eh?

Nanti ada entry sambungan. Aku nak cerita pasal dua beradik ni dah bebas botol susu pulak.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

SOLAT SUNAT DHUHA 12 RAKAAT.

Artikel "Cara Mudah Solat Sunat Dhuha 12 Rakaat" ini aku jumpa di Facebook. Sebab Facebook berlalu ikut timeline dan newsfeed, maka susahlah aku nak refer balik di masa akan datang. Jadi aku copy paste masuk dalam blog supaya mudah nak cari dan semoga memberikan manfaat kepada rakan-rakan yang lain. Terima kasih kepada yang sharing artikel ini, semoga Allah membalas yang baik-baik buat anda keluarga.

Sebelum itu, sedikit pengenalan mengenai Solat Dhuha ini. Aku copy dari blog ShafiQolbu. "Saya mohon kongsi dan mohon dihalalkan ilmu ini Tuan. Moga Allah jua membalas segala kebaikan ke atas Tuan dan keluarga.."


Pengenalan Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.


Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)


Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).



Fadhilat Solat Sunat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.

1. Niatnya:

.


2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
  • Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
  • As-Syams dan Ad-Dhuha atau;
  • Al-lail dan Al-Insyirah.
b. Solat sunat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
  • Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
  • Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:



4. Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:

.


5. Berdoa
***************************************************************************************

CARA SOLAT DHUHA 12 RAKAAT

Ini mungkin membantu anda untuk buat Dhuha 12 rakaat.

1. Kelebihan
Pengalaman saya 12 rakaat Dhuha memang super power. Memang dapat feel rezeki datang mengejar kita. Takkan dapat rasa kalau tak buat! Confident dalam buat apa perkara. Dapat ilmu baru dengan pantas dan inshaAllah dapat partner yang tepat. 

2. Cara saya buat
Seawal pagi kira-kira 100 minit selepas masuknya waktu subuh atau 15 minit selepas syuruk atau saat anda lihat matahari pagi sedang menyala masuk ke celah-celah ruang rumah.

Biasa ambil masa dalam 15 minit. Tak lama mana pun. Kalau kita boleh layan whatsapp sampai 1-2 jam takkan 15 minit untuk tarik rezeki kita tak bole buat. Kan? (Nak buat 2 rakaat tak masalah tapi feel dia tak sama langsung dengan 12 rakaat + awal pagi)

Rakaat pertama surah Ad Duha dan rakaat kedua surah Al Asr 

Rakaat ketiga sampai rakaat ke 12 baca surah Al Fiil menurun sampai ke An Nas. Saya buat begini supaya saya tidak lupa bilangan rakaat yang saya buat (saya juga insan yg lalai dalam solat)

Sujud akhir (rakaat ke 12) saya baca Al Wahab 40x (rujukan daripada kitab Hisni Hasin) fadhilatnya Allah akan beri rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.

Habis solat saya istighfar 3x dan baca Al Basit 10x kemudian sapukan pada wajah (juga rujukan kitab Hisni Hasin) dan disambung dengan doa solat Dhuha. 


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 10, 2015

CABARAN SEHARI TANPA FB APPS.

Kedengarannya seperti mustahil untuk orang yang "feeling Mamarazzi" macam aku KAHKAHKAH. Apa tidaknya, hidup seharian memang suka duduk scroll FB dari pagi bawak ke malam. Baca gosip, baca sumpah seranah, baca itu baca ini yang akhirnya tak membawa ke mana-mana. Oh, banyaknya masa yang terbuang begitu sahaja. Rugi rugi rugi :(

Mampukah Aishah Rahim hidup tanpa FB apps?

Tak apa, aku cuba untuk SEHARI ini hidup tanpa FB apps dan FB messenger di handphone. Tengok menggelupur tak? Kehkehkeh. Yang penting bak kata Mentor ku, "Buang masa scroll FB atas ke bawah atas ke bawah. Lebih baik spend time untuk berzikir dan mengaji. Spend time untuk Allah. Yang pasti, kita tak akan mati pon tanpa FB apps tu.."

Terus sentap. Kahkahkah!

P/S : Latihan untuk Hari Raya juga ni. Supaya lebih bersosial dengan saudara mara dan jangan asyik dok pandang handphone. Tambahan lain, boleh latih anak-anak juga supaya tak depends sangat on gadget. Mak-mak tak tengok handphone sangat, anak-anak pon akan ikut contoh. Ye tak?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

WEBINAR - CARA BARU UNTUK ONLINE COACHING.

Umum ketahui, bila namanya bisnes MLM, mestilah kena meeting, discussing atau coaching bersama Upline dan Downlines. Ramai juga yang risau, bila Upline jauh macam mana nak belajar bisnes? Tak boleh jumpa face to face. Tapi ramai tak tahu, di group kami ada banyak medium yang digunakan untuk sentiasa in touch bersama Upline dan Downlines.

Kebiasannya, kami gunakan FB Group, Whatsapp Group dan Telegram untuk memberikan info terkini berkaitan Bisnes Shaklee. Secara khususnya, kami akan personal Whatsapp untuk coaching one to one dan paling best kita akan calling-calling nak bagi dengar suara yang merdu ewahh. 

Bak kata Upline saya,
Komunikasi yang berkesan adalah melalui SUARA dan SENTUHAN.

Webinar adalah satu lagi medium yang group kami gunakan untuk online coaching bersama para Upline dan Downlines yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati. Dengan Webinar, kita boleh dengar suara presenter dan lihat muka mereka atau slides-slides yang mereka sediakan. Terasa seperti masuk meeting yang real tapi berlatar-belakangkan rumah sendiri hihihi.


Nak join Webinar ni boleh menggunakan PC anda atau Handphone masing-masing. Yang penting, kenalah ada internet. Tak ada internet macam mana pulak nak connect ye tak? Paling penting juga, kena ada aplikasi Webinar supaya boleh masuk meeting.

Untuk Android & iPhone = Sila download "GoToWebinar" di Apps Store


Logo GoToWebinar

Bila dah ada aplikasi, anda perlukan ID untuk join meeting. ID akan diberikan oleh tuan rumah / host / presenter yang mengadakan meeting berkenaan. Dah dapat ID, masukkan ID dan beberapa details yang diperlukan, tunggu host approve dan akhirnya kita telah join satu meeting sambil bersantai-santai kat rumah sendiri. Best kan?

Dah tak ada alasan untuk tidak berjaya.
Hendak seribu daya, kan?

Dengan keadaan yang fleksibel, masa yang fleksibel, kita masih bersama keluarga, dan masa yang diperuntukkan pon tidak lama, kita masih boleh menerima ilmu serta tunjuk ajar dari Upline. Dalam Shaklee ni mudah je, Upline perlu bimbing Downlines sehingga berjaya, dan Downlines pon kena ICU (Ikut Cakap Upline) hihihi baik punya short form.

Dalam group kami selalu sebut Upline sebagai "Mak" dan Downlines sebagai "Anak". 
Lebih mesra dan bonding gitu.

IKLAN :

Ingin mulakan misi menambah pendapatan dan mencari side income? Peluang untuk anda mulakannya bersama Shaklee.  Hubungi saya untuk mulakan misi anda dengan modal serendah RM79 (Semenanjung) dan RM89 (Sabah / Sarawak). 

Mula JANA PENDAPATAN anda dengan USE, SHARE and BUILD.




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015