Thursday, January 14, 2010

Sebab Musabab.

aku kerap menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. even, kisah Nashrah pon, aku masih tidak mampu memaafkan diri. apa sahaja yang membuatkan aku ingat detik sedih itu, akan menghasilkan satu kekacauan jiwa yang parah. nak duduk tak selesa. nak baring macam tak best. apa sahaja yang aku buat, macam mintak hantuk kepala kat dinding. :)

kini, aku semakin kuat. kalau orang suruh aku cerita dari A sampai Z pon, aku boleh cerita dengan muka ceria dan senyum melebar. bukan aku dah lupa atau tak ingat. tapi aku sentiasa semat dalam hati dan jiwa;

"Nashrah dijaga rapi kat sana. aku kat sini nak risau, kenapa?"

aku ingat lagi, sepanjang Nashrah belum boleh dikeluarkan, kami mengandaikan bermacam-macam benda yang menyebabkan pemergian beliau. segala benda cuba diingat semula. apa yang aku buat. apa pula selepas itu. apa yang aku minum. apa yang aku makan. semuanya. letih bila kena mengingat semula, sebenarnya.

aku terbayangkan saat aku mengemas rumah dengan aktif bagi menyambut Hari Raya. segalanya nampak mengujakan. memasang langsir, membentang karpet, mengganti kusyen kerusi dan bermacam kerja lagi. terbayang juga bagaimana aku harus memakai tali pinggang kaledar selama 2 jam lebih sewaktu jalan yang sesak untuk masuk ke Singapura. dan terbayang pula bagaimana aku dengan rakus menelan air gas oren berbotol-botol hanya demi membasahkan tekak yang kosong.

semua itu aku salahkan diri aku sendiri. :)

tetapi bila saat keluarnya Nashrah, dan mendengar sendiri punca yang diberitahu oleh Jururawat yang menyambut, lain pula detik hati waktu itu.

"oh. ni ha. tali pusat dia bersimpul sendiri. tu yang dia tak dapat oksigen, tak dapat makan."

adakah Nashrah memang nak pergi dari kami? adakah Nashrah tak mahu mama dan ayah macam kami? Nashrah tak suka menjadi anak kami? teruk sangatkah kami?

SUDAH!! itu pulak yang jadi tanda tanya. kelakar kan menjadi orang yang emosi? :)

kebanyakkan orang yang memberi semangat akan berkata begini;

"sabarlah. dia tak nak susahkan mama dengan ayah dia. mana tahu dia ada penyakit. kalau dia lahir pon, dia tak sempurna. nak buat apa. kan?"

tolonglah. nasihat macam itu tak kurangkan beban aku pun.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, January 12, 2010

Sakit Bersalin.

masa aku tengah sibuk buat persiapan perkahwinan, kalangan blog list aku pon dari golongan yang sama. masing-masing akan update segala cerita kahwin. mak andam, make-up, pelamin, hantaran dan segala macam hal kahwin lagi. seronok masa tu. :)

bila aku mengandung, mereka pon sama. dan tiap-tiap hari lawat blog diorang, akan berkongsi bermacam cerita. pantang larang mengandung lah. kisah mengidam pelik-pelik dan alahan muntah segala. itu pon seronok. :))

bila aku bersalin awal, dan mereka belum bersalin, rasa macam janggal juga. ditambah dengan apa yang telah terjadi, emosi sangat masa tu. bukak blog yang ini, rasa nak menangis. bukak blog yang itu, menitik airmata. haha. kau tahu lah, perempuan cengeng macam aku.

dan sekarang, bila mereka dah bersalin, aku happy baca semua pengalaman bersalin. rasa sakit diorang macam mana. saat pecah air ketuban dan keluar darah. sesuatu yang berbeza-beza antara semua orang.

kes aku, tentulah lain. kan? :)

kalau suruh aku describe balik macam mana rasanya sakit masa nak bersalin, SUMPAH AKU TAK INGAT. tapi sakitnya memang SAAAAAAKIIIIT. tapi sekarang aku dah lupa macam mana sakitnya. pelik kan?

apa yang aku ingat, lepas aje nurse induce aku dengan Pitosin, aku boleh guling-guling atas labour bed tu ke kiri dan ke kanan. mulut aku tak henti istighfar dan selawat. selang seli dengan tu, aku asyik cakap sendiri;

"Ya Allah, kurangkanlah sakit ni Ya Allah...."

"tak tahan sangat ni Ya Allah. ampunkanlah dosa aku Ya Allah....."

"permudahkanlah semuanya Ya Allah...."

memaaaaang sakit, aku tak tipu. :)

lagi satu yang pelik, sakitnya nak bersalin tu, tidak sampai menitiskan airmata. sakit memang sakit. Tuhan aje yang tahu. tapi aku tak menangis pon. kalau kat rumah, tangan tersepit pintu dah boleh meleleh airmata macam kena pukul. tapi sakit ini TIDAK.

itu yang aku pelik sampai sekarang.

bila nurse inject aku dengan ubat tahan sakit Pentadine pon, sakitnya tak kurang. cuma aku rasa mengantuk dan mamai. dalam sakit-sakit tu pon boleh tertidur. tapi tidur yang terjaga-jaga lah. bila terjaga, sambung balik guling-guling atas labour bed. hehe.

doktor pelatih pada mulanya nak offer aku Epidural. kononnya nak menjadikan aku bahan uji kaji lah - kes bersalin bayi meninggal then pakai epidural. tapi dihalang oleh doktor pakar. i'm not sure why. tapi lepas kena lecture dengan doktor pakar baik hati berkenaan, terus aku tak nampak muka doktor pelatih yang comel itu. padan muka hang. kau ingat aku ni hape??

eh, back to story.

saat aku paling tak boleh lupa pulak, bila dah keluarnya bayi. peh, perut rasa lega gila. rasa sakit yang maha hebat tadi hilang dengan tiba-tiba. kepala rasa ringan macam kena urut. masa ni aku rasa nak tidur aje. dah tak peduli apa dah. aku macam dah lupa yang aku sakit guling-guling baru kejap tadi. hehe. pelik kan?

dan masa tu, aku terdetik;

"macam ni punya lega, bolehlah mengandung lagi."

kau bayangkan macam mana leganya tu. memang lega habis-habisan. macam baru lepas berlari keliling taman dan kau dapat berendam dalam air sejuk nan nyaman dan tenang. hebat kan?

tapi sakit bersalin ni lumrah alam kan? tak sakit banyak, Tuhan kasi kau sikit. sakitnya tetap sakit. TAPI YANG PELIK TU, AKU LUPA MACAM MANA RASA SAKITNYA BERSALIN!!

tension betul aku bila cuba nak ingat balik macam ni.

oklah, baik blah. penat nak ingat. ;p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, January 8, 2010

Esok Dan 25.

esok aku sudah tua setahun lagi. maknanya, hari ni masih muda. yeah, mari raikan hari muda terakhir. enjoy sakan macam esok nak kena jadi baik macam WANITA HARI INI. kahkahkah.

mencecah umur 25 tahun merupakan satu kebanggaan okeh. i'm not a girl anymore. i am a WOMAN. :)

tak ada yang perlu dibanggakan sebenarnya. aku masih begini. masih gila-gila. belum berubah sepenuhnya menjadi wanita ayu sopan santun jalan pandang bawah pastu senyum melirik. cheh wah. to be honest, aku pernah lah berangan nak jadi wanita seanggun itu. apakan daya, anganan pergi di bawa angin.

ape kau merepek ni setann?? move on sekarang!

apa yang aku harapkan untuk tahun ke-25 ini?
KEBAHAGIAAN. KESIHATAN. KETENANGAN.

cukuplah itu. semoga apa yang aku harapkan, menjadi kenyataan. amin. :)

selamat hari lahir ke-25 budak COMOT.
cepat-cepat jadi matang okeh? ;p


p/s : syukur Alhamdulillah, dipanjangkan usia hingga ke hari ini.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015