Monday, December 13, 2010

Tragedi Kucing Di Petang Hari.

Aku ni bukanlah peminat kucing yang tegar. Aku tak pernah bela kucing pon. Tak pernah amik tahu macam mana nak jaga kucing. Nak bagi makan apa? Penjagaan macam mana? Masa kecik dulu, adalah teman Arwah Abah kasik kucing terbiar makan. Gaul2 nasi dengan ikan, pastu tunggu kucing tu makan sambil bual2. Arwah Abah kata, kucing ni binatang kesayangan Nabi. :)

Tadi, masa kami tengah makan2 dalam pantry, terdengar bunyi kucing miow miow. Sayu je suara diaaa. Cari punya cari, rupanya ada 2 ekor anak kucing telah terperangkap kat celah robok (almari). Agaknya, lepas beranakkan mereka, emak dia tinggal kat celah situ. Kesian sangat dengar suara kucing tu miow miow. Aku pon kerah abang sepejabat untuk alih robok dan capai anak kucing tu. Kesian woooo. Dia lapar agaknya sebab tu dia miow miow.

Bila dah ditarik keluar, aku dengan seorang lagi rakan sepejabat mandikan kucing2 berkenaan. Dah comot sangat aku tengok. Heeeee. Comel weh rasa nak geget! Lepas je mandi, aku bancuh susu F&N untuk kasik kucing ni minum.

Apa sebenarnya makanan dan minuman kucing eh?

Lepas tu, kami letak dalam kotak dan tunggu sampai emak kucing tu datang. Bila dah datang, dia gonggong sekor aje. Yang lagi sekor dibiarkan dalam kotak sampailah sekarang ini.

Apa patut aku buat sekarang eh? Bawak balik kucing ni dan bela? Atau biarkan kotak ni tunggu sampai emak kucing datang amik anak dia?

Aku ada tanya Wahid kot2 kami boleh bela anak kucing ni? Mula2 dia tak setuju sebab Nashriq baby lagi dan takut alahan semua. Tapi entah macam he changed his mind cakap boleh bawak balik. Now, aku tengah tunggu Wahid amik sambil kotak kucing di sebelah ini.

Haih. Still considering. Patut bawa balik atau tidak?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

4 comments:

  1. kalau saya jadi awak.saya pun dilema.antara kesian dan tanggungjawab.bela kucing susah jugak.nak pulak kalau ade anak kecik.

    apepun, semoga awak buat pilihan yang tepat.hehe

    ReplyDelete
  2. ala kesiannya..mak kucing tu terlupa kot dia tinggalkan anak dia kat mana..kadang2 ada mak kucing yang macam tu esp first time beranak

    ReplyDelete
  3. boleh lak mak kucing ni lupa anak dia lagi sekor
    hhmmm..bawak je balik aishah
    bela kat luar umah
    malan2 letak la kat balcony blkg
    jgn kasik masuk umahje

    ReplyDelete
  4. bawak balik!!!!
    Aisyah update k ttg kucen nie. amek la gambo diaa..nk tengokkkk!!!

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015