Ambil masa rehat untuk update blog. :)
Fuhhhh!! Serius punya tiada masa untuk dunia blog sejak naik kerja 3 minggu yang lepas. Jangankan kata blog, FB dan Twitter pon tersadai di lautan sepi tanpa sempat dipandang. Naik-naik kerja aje, sudah diberikan tugas memunggah segala barang dalam stor dan harus dikemas balik elok-elok demi menepati piawaian 5S. Ya, aku sekarang dah macam kerja kontrak turun naik almari panjat memanjat. Haih.
Apa yang boleh aku katakan kini, masa aku cukup padat dengan jadual kerja, keluarga dan masa rehat diri sendiri yang pendek. Sumpah, ianya sangat penat dan menuntut tenaga yang super banyak. Sudah penat di tempat kerja, balik rumah melayan anak-anak pula. Sampai anak-anak tidur, barulah ada masa untuk diri sendiri. Makan, mandi, solat dan berbaringan di atas katil. Kalau dulu masih mampu nak godek godek BB sebelum berlayar ke dunia mimpi. Tapi sekarang tidak lagi. Letak kepala atas bantal dan babai.
(Semangat nak update blog terus termati bila dua tiga orang masuk bilik bertanya itu, bertanya ini. Minta barang itu, minta barang ini. Aku nak menaip pon dah tak tahu apa.)
Baiklah aku tamatkan aje entry ini sekarang.
Eh chop! Sebelum tutup entry, meh layan gambar sat. :)
Najah :
Eh, Bayong. Awak tahu tak awak dah hempap badan kita?
Nashriq :
Ala awak ni Aja. Kita bukan berat sangat ponnn.
Najah :
Tak berat awak kata?? Muka awak je dah besar pinggan tahu??
Nashriq :
Muka awak pon apa kurangnya. Lagi sikit je nak sama saiz dengan kita! :D :D :D
I love you both my babies....
...... and Nashrah too. :))
Sambung buat 5S sekarang!! T_____T
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
bayong2x..muka besar pinggan sama mcm nina. Hai comel najah:-D
ReplyDeleteYa Allah rendu entry kat blog ni!! Haa tu dia anak2 mak reen yang omey belaka :))
ReplyDeleterindu nak baca entry terbaru kamuuuu
ReplyDeleteI love you both my babies....
ReplyDelete...... and Nashrah too. :))
^_^ suka!
Ahahahaha gelak tengok gambar! Sila buat entry bergambar berdialog macam ni selaluuuuuuuuuu. :D
ReplyDeleteamboi..ni baru gambar si kecik..mak nye belum kuar lagi..bam bam...
ReplyDeleteala sian..pttla lama tak denga khabar dr aishah..muka bayong tu mcm muka aqil ketika hempap marissa..marissa plk tekekeh2 gelak..(agaknya dia igt abg main dgn dia kot)
ReplyDeletecepatnyer najah membesar. nampak dh mcm sebaya.so sweet :)
ReplyDeletehugh & kiss from aunty enol..mmmuahhh
Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu <3<3
ReplyDelete