Monday, December 31, 2012

PROMOSI JANUARI 2013 - Advanced Joint Health Tablet



Khas untuk mereka-mereka yang menghadapi masalah kesihatan sendi - bulan ini Shaklee telah mengumumkan promosi hebat ADVANCED JOINT HEALTH TABLET! Jom kita baca beberapa perkara penting yang perlu kita ketahui mengenai kesihatan sendi.

KESIHATAN SENDI.
Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecair sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) yang memberikan keselesaan antara tulang-temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

SAKIT SENDI DAN KETIDAKSELESAAN
Semakin umur meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan sendi dan pergerakan terbatas.

Bagi jutaan orang yang mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan pun terasa begitu mencabar.

Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif, pencegahan awal boleh menjadikan sendi anda sihat pada masa yang akan datang. Sama ada anda mengidapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi anda mendapatkan nutrisi sendi seiring peningkatan usia.

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%

Jom baca testimonini dari Emak saya sendiri. Kat SINI

Hubungi saya bagi pertanyaan lanjut. Harga SUPER RUNTUH bulan ini. :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, December 19, 2012

Kata Carian Nuffnang Hari Ini.

Pagi-pagi lagi telah buka Nuffnang sebab nak tengok hasil tuaian. Echeh. Alhamdulillah, adalah juga rezeki anak-anak. Tapi rasanya biarlah duit tu beranak pinak dulu dalam tu. Ada masa diperlukan nanti, aku cash out kaw-kaw punya. Kekekekeke.

Alang-alang dah bukak Nufnang tu, aku pon sesaje lah nak tengok keywords hot yang diorang dok cari sampai tersesat masuk blog aku ni ha. Surprise me, ada manusia yang mencari 'nurse poliklinik bio sucinas yang cantik'? What the fish! KAHKAHKAHKAH!

Hellooooooo, nurse cantik TAKDE! Aishah Rahim yang comel, ADA! (phuiii!!)


Ok itu je sebenarnya. Bye! :p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, December 17, 2012

Setahun Anis Najah.

Semalam, 16 Disember 2012 adalah tarikh kelahiran Najah. Sudah setahun dah cik mek molek tu. Kalau dikenang balik kenangan setahun yang lepas, bahagianya rasa. The feeling masa dapat newborn tu memang happy sangatlah aku rasa. Tengok baby kecik cenonet baring kat tepi pastu tidooo je kerjanya. Huhuhu memang best gila! Tapi skang ni aku lupa plak sakitnya jahit tu macam mana. Padahal aku tahu sakit. Tapi skang dah lupa. Pelik kan aku ni?

Dan semalam jugak telah diadakan sambutan harijadi kecil-kecilan. Cuma Emak, adik beradik aku dan anak-anak saudara je. Kalau ayah mertua dan ibu mertua aku ada, maybe majlis tu dibuat kat rumah sendiri sebab boleh celebrate ramai sikit. Tapi ni dah hampir 2 minggu ayah dan ibu mertua ku berjalan-jalan Germany, Prague, Italy semua, so kami pon sambut kat rumah Emak aku je. Kecil-kecilan.

Kek telah di sponsor oleh Kak Ngah aku. Kebetulan kat tempat kerja dia ada member buat bisnes baking cake ni. So senang lah dia deal. Aku plak sponsor Nasi Ayam yang dimasak oleh Emak. Hahaha. Nak masak sendiri kang takut tak lepas piawaian tekak orang ramai. So serahkan kerja-kerja yang pakar kepada yang lebih pakar. Aku duduk tepi jaga anak lagi bagus. Najah pulak skang galak nak berjalan aje. Satu rumah dia tawaf. Penat dah aku ni mengekor bontot dia.

Anis Najah's birthday cake.
Siap gambar Boboiboy kau!
Hahahaha. Sebenarnya dia takut dengan Boboiboy tu... :p


Ni masa nak nyanyi lagu birthday.
Nampak tak dia dah kenyam kek tu dulu?
Pastu sedap jeeee dia makan.


Birthday girl with Ayah.
Bukan main seronok lagi dapat makan kek. :)

Perasan tak kat mata belah kanan Najah tu ada luka? Hehehe. Itu hasilnya bermain dengan Bayong. Gurau punya gurau kat playroom, tiba-tiba dengar suara si adiknya menangis. Waktu ni Wahid ada kat playroom sama tengah monitor anak-anak. Berlarilah aku ni pergi playroom nak tengok apa cerita. Rupanya, Nashriq sudah TERbaling kerusi ke muka Najah. Alaaa, kerusi bebudak yang kecik pendek tu. So terkenalah kat situ. Memang kesian sangat Najah menangis lama gila! Puaslah Nashriq say sorry pastu peluk-peluk cakap sayang Najah. Tapi Najah punya merajuk, langsung takmau pandang muka Bayong dia. 

Nashriq? Kena marah sikit dengan Wahid. Tapi kami tak pukul sebab faham yang dia tak sengaja. Dia tak berniat pon kan? Dia cuma tahu nak main dengan adik. Tapi gurauan dia kasar. So kami just tepuk tangan dia sikit dan cakap jangan buat lagi. Kesian adik. Sayang adik. Kesian Najah sakit. Pastu muka dia sedih sangat. Dia pergi kat Wahid dan cakap, "Achik wat, pok Achik" (Nashriq buat, tepuk Nashriq). Hahaha. Rasa nak gelak bila dia sendiri mintak kena tepuk. Pandai pulak tu mengaku salah dia dah buat. Hehehe.



Tu dia lukanya. Nampak tak?

She's getting better. Mula-mula haritu kami biarkan aje. Tapi makin lama makin melarat dan besar. Mungkin luka tu jadi gatal dan Najah garu. So tak baik-baik. Kami bawa pergi klinik, doktor kasi antibiotik dan ubat sapu. Barulah nampak ok sikit ha. Maybe betul jugak kata doktor tu, luka macam ni, kena makan ubat dalaman gak, so dia baikpulih luka dari dalam. Tak leh harapkan krim sapuan aje. 

Haaa berbalik kepada kisah setahun Anis Najah, tak sangka minah tu dah besar gitu. Tak terasa masanya membesarkan Najah ni. Betul kata orang, kalau anak first, kita akan sentiasa je nak update perkembangan anak-anak. Tapi bila masuk 2-3 anak, memang tak dan punya. Rasa bersalah pulak kat Najah sebab aku langsung takde update milestone Najah sepanjang setahun ni. Tapi sebenarnya Najah tak banyak kerenah. Kurang sakit, jarang demam. So takde apa yang nak update sangat. Aku bersyukur sebab memang mudah sangat membesarkan Najah selama setahun ini. Mudah-mudahan, Allah permudahkan lagi perjalanan kami yang seterusnya.

Najah sekarang dah mula menapak 3-4 langkah. Bila semua orang tak nampak, boleh je dia menapak sendiri. Tapi kalau kita semua pandang, mulalah dia melembikkan badan mintak ambil. Haih, manja sangat anak dara seorang ni. Rasa macam nak berhenti kerja je duduk rumah jaga anak-anak. Mandikan mereka berdua sama-sama, pakaikan baju sambil nyanyi-nyanyi, Bayong menyusu si kecik pon nak susu, kemudian tidur bertiga atas katil sama-sama. Bestnya lahai kan? Kami cuma ada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti je untuk buat tu semua sama-sama. Tapi tak apa, aku memang tengah kejar impian yang satu ni. Insya-Allah, I'm looking forward untuk grab this dreams.

Alhamdulillah jugak, sudah setahun Najah bersama susu ibu. Memang tak sangka yang aku mampu bertahan sejauh ini. Pernah terdetik untuk mula campurkan Najah dengan susu formula sebab dah mula malas mengepam semua, tapi Wahid kata teruskan je fully BF dulu. Stok masik banyak, susu pon Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki. So kenapa nak campur FM? Oklah fine. Aku akan teruskan selama yang boleh. Selagi mampu dan diberikan kekuatan. Insya-Allah.

Fuuh, macam panjang pulak entry aku kali ni kan? So I better stop now. Till then. Bye! :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, December 14, 2012

Pendapatan 4 Angka? Bukan Lagi Mimpi.

Alhamdulillah, buat kesekian bulannya menerima bonus dari Shaklee. Diam tak diam, sudah 7 bulan saya dalam arena ini. Hahaha. Macam arena sukan pulak yek? Tapi betul ni. Tak sangka mampu bertahan selama ini dan anehnya tanpa rasa bosan pon. Saya cintakan apa yang saya buat kini. Saya cintakan Shaklee kerana produknya. Saya cintakan Shaklee kerana saya dapat berkenalan dengan ramai orang dan membantu apa yang termampu.

Paling penting, saya cintakan Shaklee kerana telah mengubah kehidupan saya. :)

Ye, bonus 4 angka masuk lagi dalam akaun hari ini. Dengan penuh rasa syukur, saya panjatkan pada Allah S.W.T. kerana diberikan peluang untuk saya ubah apa yang kurang sebelum ini. Niat saya cuma satu, bantu pulihkan ekonomi keluarga dan stabilkan keadaan. Supaya keperluan anak-anak terpelihara. Supaya makan pakai kami sekeluarga terjaga. Ini lumrahnya kehidupan berumahtangga, saling bantu membantu, tolong menolong.

Saya yakin, ramai lagi anda di luar sana yang ingin ambil langkah yang sama. Ingin ubah kehidupan. Ingin hidup lebih senang (walau sedikit). Ingin bantu suami, emak dan ayah. Ingin penuhkan keperluan dan keinginan anak-anak. Kalau boleh, kita nak gembirakan orang sekeliling kita. Paling penting, hati kita pon gembira bila tengok orang-orang yang kita sayang gembira. Kan?

Tapi anda takut? Tak yakin? Takut tertipu? Tak berani? 

Subhanallah, jalan sudah ada di depan mata. Tinggal anda sahaja nak pilih yang mana. Pilihan memang terletak betul-betul di tangan anda. Sama ada anda masih nak duduk di zon selesa sekarang, walau hakikatnya anda tahu tak selesa pon zon itu - atau, anda nak mula ambil langkah dan cabar diri sendiri untuk ubah kehidupan. You choose. :)

Insya-Allah saya akan bantu anda untuk mulakan langkah pertama ini. Ramai lagi yang akan bantu anda di dalam group ekslusif kami nanti. Sama-sama kita pasang impian, fokus pada apa yang ingin dicapai, berusaha sehabis baik dan seterusnya serah pada rezeki Allah.

Jangan takut jangan segan. Boleh tanya saya details di sini;

1. PM Facebook : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
4. BBM : 2701848E 


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, December 12, 2012

Berita Baik Untuk Ibu-Ibu Di Luar Sana!


Untuk ibu-ibu yang sedang mengandung, bakal melahirkan, akan berpantang dan berniat untuk menyusukan, SHAKLEE adalah pilihan terbaik untuk supplement tambahan anda. Dijamin Halal, berkesan dan selamat, Insya-Allah! 

Shaklee? Tak syak lagi! :)

Untuk pertanyaan dan tempahan, hubungi saya di sini.

1. PM Facebook : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
4. BBM : 2701848E 


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.


P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, December 10, 2012

Lebih Kurang Setahun Yang Lepas.


Lebih kurang setahun yang lepas, lahirlah seorang puteri kecik yang diberi nama Nur Anis Najah. I was so in love dengan nama Najah tu since terpandang kat dalam Buku Nama-Nama Islam. Najah membawa maksud 'Kejayaan' - dengan harapan, semoga hidupnya berdamping kejayaan sentiasa, Insya-Allah.

Kalau dikenangkan kembali bagaimana penerimaan saya ketika mengetahui saya kembali mengandung kali ketiga, waktu itu Nashriq baru berusia 6-7 bulan, rasa nak gelak sakan sekarang ini. Tak terbayang dek akal bagaimana psiko-nya saya menangis sebab tak boleh terima hakikat. Saya salahkan Wahid 100% waktu itu. Saya lari duduk atas jejantas tengok kereta laju lalu lalang kat bawah. Wahid bergegas cari saya lepas tahu saya tak masuk kerja. Dia amik saya kat jejantas dan bawa saya duduk tepi laut untuk heart to heart talk. 


Kelakarnya kalau fikir balik :)

Sekarang, bila Najah di depan mata, dah mula melangkah 3-4 tapak, suaranya buat riuh satu rumah, manjanya, senyumnya, keletahnya, pandangan matanya - Subhanallah, tak terasa pahitnya masa lalu itu dulu. Anak kecil yang kononnya dulu saya 'tak mahu', 'tak suka', 'tak sedia', sekarang ini menjadi ratu hati saya. Dialah yang menenangkan saya bila hati gundah gulana. Najah ni macam ubat penenang. :)

"Happy 1st birthday in advance, Anis Najah. Semoga awak membesar jadi anak yang solehah, hormat orang tua, baik budi bahasa, lembut tutur kata dan jadi anak yang cerdik dan pintar."

Ahhh, rasa macam nak berhenti kerja sekarang dan jaga anak je kat rumah.

Ya Allah, perkenankanlah niatku yang satu ini. Amin!


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, December 4, 2012

Promosi Bulan Disember : Collagen Powder Yang Power!

Haritu ada cerita pasal testimoni Shaklee Collagen Powder kan? Alaaaa, testimoni yang perbezaan wajah kusam, berminyak dan berjeragat kepada wajah cerah, halus mulus dan segar. Siapa tak nak? Semua orang nak kan? So kalau nak, meh dengar cerita ini. Shaklee Collagen Powder yang tengah promotion meletop meletop harga dia! :)

Beli 6, percuma 1.
Boleh tong tong dengan ahli keluarga, rakan se-office.

Ni nak habaq mai berapa harga retail dia. Harga retail dia RM298 sekotak untuk semenanjung Malaysia, manakala RM312 untuk Sabah dan Sarawak. Tapi bila tiba musim promotion macam ni, korang kiralah sendiri berapa banyak dia punya jatuh harga. Serius ni. Memang terkejut kejap aku masa Shaklee hantar SMS announce promotion bulan ni.

Tapi jangan risau, kalau korang takmau beli sampai 6 kotak percuma 1 tu, boleh gak beli sekotak-sekotak dengan aku. Harga tetap runtuh gilos. Itu aku tak bolehlah kasitau kat sini berapa harganya. Kalau nak tahu, memang kena PM aku. Harga runtuh berkecai aku kasi! :)

Oh ye, jom tengok gambarajah kat bawah ni.



Jadi, Collagen yang bagaimanakah pilihan korang?

Tepuk dada tanya selera. Tengok cermin, belek muka. Eh? :)

1. PM Facebook : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
4. BBM : 2701848E 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015