Tuesday, April 23, 2013

Kenapa Ramai Orang Suka Vitamin Penyusuan Shaklee?

Sedang mengembara serata alam maya, terjumpa blog Nadiah ni. Actually, Nad ni kawan seiring sejalan di dalam Shaklee. So saya minta izin share testimoni ye, Nad? Insya-Allah untuk kebaikkan lebih ramai ibu menyusu di luar sana. :)


"Bila penghasilan susu saya merudum, saya terus teringat kat entry Kak Kunaz tentang milk booster. Masa entry tu keluar, saya tengok gitu-gitu je sebab masa tu tengah pregnant & anggap susu akan banyak once baby dah keluar nanti. Tapi bila dah terkena baru lah gelabah baca setiap perkataan kat entry tu :D
Bila saya refer kat Kak Kunaz, dia suggest consume Alfalfa, protein drink, multivitamin, dan Bio Nzyme. Dia tanya kalau nak order Breastfeeding set Shaklee, dia boleh tolong orderkan hari tu jugak kat officemate dia, Kak Laila. So saya pun setuju sebab dah terdesak nak cepat-cepat susu banyak kembali. Hehe.
Protein drink pulak actually saya berminat dengan yang Amway punya sebab dia kata sedap perisa Berry. Tapi kena tunggu hujung minggu baru dia boleh belikan, lepas tu nak kena post lagi kan. So agak lambatlah nak sampai ke tangan saya. Kalau nak cepat, dia suggest protein drink Shaklee. So saya pun on jelah, belum cuba belum tahu kan? 
Setiap hari saya makan 2 tablets Alfalfa. Vitamin C, Multivitamin, dan B Complex pulak saya makan 1 tablet setiap satu. Memang kena minum banyak air bila makan vitamin. So saya pastikan minum 3 liter air masak setiap hari walaupun kadang-kadang tak tercapai :P 
ESP plak saya bancuh 1.5 sudu besar dengan Vico. Sedap! :D Tapi ESP tu takleh campur dengan air panas sebab protein mati dalam suhu 40 darjah celcius.

Perubahan Yang Dirasakan
1. Pening-pening pada 5 hari pertama selepas consume. Sebab berlaku healing crisis. Tapi takdelah sampai tak boleh buat kerja :D
2. Lil Zahin menyusu sekejap je dah kenyang. Sebelum ni menyusu around 20 - 45 min, kadang sejam. Sekarang tak sampai 10 min pun, sebelah je pulak tu. Rupanyasusu semakin pekat. Dah nampak macam formula milk pulak. Hehe.
3. Masa let-down reflex (LDR), susu memancut keluar. Dulu menitik-nitik saje :D Means susu banyak la kan :) Tak dapat nak tunjuk hasil pump sebab saya direct feeding saja hehe.
4. Ada beberapa orang cakap kulit lil Zahin ni halus dan lembut, best bila sentuh. Bukan ke semua baby kulit halus dan lembut? Hehe. Tapi yang saya perasan, dulu muka lil Zahin banyak biji-biji kecil. Bila saya tanya Ummi saya, dia kata masa saya baby dulu pun macam tu.

Sampai ada orang cakap macam udang kena bakar. And bila time lil Zahin ni, ada jugak orang cakap macam udang kena bakar! Haha. Like mother like son :P Tapi lepas consume Shaklee ni, biji-biji tu dah semakin hilang :D

Even saya tak lap dengan kain lembab sisa susu kat mulut lil Zahin pun tak naik ruam. Sebab lil Zahin sangat rajin mengelap mulut dia dengan mitten dia. Haha.
5. Berat badan lil Zahin bertambah dengan pesat. Haha. Masa 1st month, berat lil Zahin naik 0.6 kg je. Masa tu baru 5 hari consume Shaklee. 2nd month naik 1 kg dan 3rd month naik 1.4 kg. 
6. Bila BF ni kita cepat lapar kan? Tapi since consume Shaklee ni, jarang sangat lapar! Dulu kejap-kejap je perut bunyi kriuk kriuk hehe."

Haaa. Panjang lebarkan penerangan dari Nad? Kalau nak tahu, apa yang Nad amik tu, sama jugak dengan apa yang saya amik sepanjang menyusukan Cik Anis Najah tu ha. Alhamdulillah, di usia Najah 1 tahun 4 bulan ni, saya masih fully breastfeed beliau. Memang tak sangka yang mampu pergi sejauh ini. Syukur sebab Allah panjangkan rezeki buat kami.

Harus diingatkan jugak bahawa kuantiti dan kualiti susu tidak bergantung kepada pengambilan vitamin. TIDAK sepenuhnya. Ada orang yang tak amik vitamin tapi dia mampu menyusukan anak sampai 2 tahun. Itu memang tabik spring(s)! 

Pengambilan vitamin adalah bertujuan untuk memastikan kesihatan si ibu berada di tahap maksimum dan menerima cukup zat dan nutrien. Cuba bayangkan kita menyusukan anak, pastu segala zat dan nutrien di ambil oleh anak. So apa tinggal untuk badan kita? Itu yang muda-muda gigi dah hilang, letih, lesu, penat, tak cukup tenaga setiap hari.


Set menyusu complete dari Shaklee

Jadi terpulang kepada korang-korang yang menyusukan anak. Kalau nak menyusu tanpa bantuan supplement pon boleh. Tapi make sure pengambilan zat dan nutrien mencukupi untuk cover diri you all dan anak lah ye? :)


Aishah Rahim | ID 882365
FB : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe.
SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
Email : shara85_jb@yahoo.com

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, April 22, 2013

Merawat Darah Tinggi Dengan Shaklee.

Sebenarnya kalau nak kata supplement ni untuk merawat, macam tak berapa nak tepat. Sebab bagi aku sendiri, pendapat aku, kalau dah sakit memang ubat doktor je lah jawapannya. Tapi takkanlah kita nak tunggu sakit teruk baru nak makan ubat kan? So dari awal ni, memang kena cegah dan atasi sakit-sakit ni dari awal. Especially darah tinggi - pembunuh senyap nombor satu dalam dunia.

"Darah tinggi adalah salah satu pembunuh senyap yang utama. Ia merupakan penyakit yang kurang didiagnos dan dirawat di seluruh dunia sehinggalah hari ini. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukkan bahawa kira-kira 24% penduduk Malaysia menghidap darah tinggi . Kebanyakannya disebabkan oleh pembentukan ‘benteng’ dalam salur darah yang disebabkan oleh kolesterol.
Darah tinggi merupakan satu faktor utama untuk mendapat penyakit kronik lain seperti arteri koronari, cerebrovaskular, arteri periferi dan kegagalan ginjal. Penghidap darah tinggi berisiko untuk mendapat strok atau angin ahmar."

Jadi, vitamin apakah yang sesuai untuk mencegah penyakit darah tinggi ini?

  • Vitamin Asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vita-C –> membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio-vaskular.
  • Carotomax, Vita-C dan Vita-E –> gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.
  • Omega Guard –> merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung.
  • Garlic Complex –> mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.

Kredit to : http://vitaminsemulajadi.com/merawat-darah-tinggi-dengan-shaklee/


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.



Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, April 10, 2013

Rahsia Kulit Cantik & Sihat Bersama Cik Ain.

Dah lama tak keluarkan testimoni kan? Sebenarnya banyak sangat testimoni customer yang mahu dikongsi, tapi kesuntukan masa dan busy sangat kat tempat kerja. Nantilah, kalau ada kelapangan masa, akan dikongsi lain-lain testimoni yang hot! Tapi hari ini, aku kongsikan pengalaman Cik Ain, customer aku dari Mersing. 

Actually, Ain ni dah 3-4 bulan berurusan dengan aku. Bermula dengan beli ESP, kemudian jatuh cinta. Pastu tambah pulak Vitamin E. Paling terbaru, beliau add on GLA dan Alfalfa. Memang complete set untuk beliau yang bakal menempuh hari bahagia tak lama lagi. :)

So mari kita tengok perubahan wajah Cik Ain kita...

Gambar ketiga sangat natural tanpa apa-apa krim atau bedak.

Semalam masa Whatsapp dengan Ain ni, happy gila dia cerita pengalaman beliau. Sampai dia kata, kawan lelaki dia yang tak pernah-pernah puji, sampai tengok dekat-dekat dan tanya dia pakai produk apa sekarang. Paling best, kulitnya yang dulu gelap, ada bintik-bintik hitam dan jerawat pasir - sekarang dah tegang, gebu dan cerah. Kalah Kak Ton katanya! Hahahahaha.

"Sampai ada yang tegur sekarang sejak-sejak ain dah putih ni, kening lagi nampak jelas tebal. Hahahaha. Tapi ain suka sebab dia shine-shine gitu!"


"Kulit badan lak ain dah tak pakai losyen dah.. Licin dan gebu jee"

"Sebelum ni kalau keluar rumah pakai moisturizer safi + krim kecantikan + bedak. Pakai krim kecantikan sebab nak tutup hitam-hitam tu. Skang ni dah tak payah pakai dah, pakai krim uv je dah okay"


Ayat yang ketiga tu paling best! Tak payah pakai bermacam-macam benda taruk kat muka dah sekarang. Just pakai krim uv (sebab sekarang musim panas kan?), pastu taruk bedak sket dah boleh keluar. Bayangkan betapa banyak penjimatan hebat telah berlaku? 

"Hebatlah penangan Shaklee ni kak..."

Haaa. Bila Ain sendiri dah cakap macam tu, memang aku bangga habis lah! Sebab dah makin ramai suka dan jatuh cinta dengan Shaklee. Dah makin ramai mengakui kehebatan vitamin Shaklee. Kalau dulu vitamin Shaklee terkenal sebab BF (breastfeeding) set, tapi skang bermacam-macam vitamin orang dah suka :))

So kepada anda di luar sana yang berminat nak consume vitamin Shaklee, boleh hubungi aku seperti maklumat di bawah atau hubungi mana-mana pengedar sah Shaklee berdekatan anda yang ada kat sidebar belah kanan ni (-->)

Aishah Rahim | Shaklee Independent Distributor [ID : 882365]
014-3580109 | shara85_jb@yahoo.com | http://myaishah.blogspot.com/
Facebook : Aishah Rahim | Page : MyAishah Little Shoppe


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, April 9, 2013

Pengedar Shaklee Di Kawasan Anda?

Selain daripada aku sendiri, korang boleh juga dapatkan barangan Shaklee daripada senarai pengedar sah Shaklee yang ada kat bawah ini. Jangan risau sebab mereka-mereka ini sangat berkebolehan dan akan bagi servis tip top punya! Konsultasi percuma beserta best price in the market. Tak percaya? Boleh contact mereka untuk pertanyaan lanjut :)

JOHOR

Hospital Sultanah Aminah, JB
Linda Rahim | ID 916385 
No. Telefon : 012-7862180

Skudai / Kulai / Taman Universiti
Jenn Mohamed | ID 913783
No. Telefon : 017-7080508

Pulai Perdana / Johor Bahru
Echah  | ID 916382
No. Telefon : 017-7719870

Johor Bahru / Tampoi
Mel Hafisah | ID 916381
No. Telefon : 013-3504041

Ayer Hitam / Batu Pahat
Achmal | ID 913781
No. Telefon : 017-7977158

Kulaijaya
Suhaila | ID 913785
No. Telefon : 012-7756357

NEGERI SEMBILAN

Mantin
Bazilah | ID 866808
No. Telefon : 017-6790928

KEDAH


Pulau Pinang / Kedah
Maria | ID 866803
No. Telefon : 012-5264787

PERAK

Hutan Melintang
Noorul Ain | ID 913789
No. Telefon : 013-6091159

SELANGOR

Puchong
Nana | ID 916384
No. Telefon : 016-6928086

******************************************************

Sekiranya korang nak walk in ke stokis Shaklee sendiri, dan ingin menggunakan mana-mana ID, sila hubungi pengedar yang anda gunakan ID tadi untuk dapatkan konsultasi percuma. Iyelah, sebab mereka (dan saya) bertanggungjawab untuk guide anda menggunakan produk Shaklee dengan betul dan mengikut aturan yang sebenar.

Selamat ber-Shaklee! :)

P/S : Jika anda berminat untuk menjadi Pengedar Shaklee di kawasan anda, dan jana pendapatan setiap bulan, hubungi saya di 014-3580109 untuk maklumat lanjut. 


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, April 8, 2013

Al-Kisah Lesen Memandu.

Ramai pembaca tegar blog ini tahu yang salah satu impian aku ialah nak dapatkan lesen kereta. Ada antara kalian juga tahu yang aku dah start masuk kelas KPP dari hujung tahun lepas. Tapi apa cerita sampai sekarang tak settle-settle? Apa ke 'slow' sangat si Aishah ni? - kata anda di dalam hati. Kan kan kan?

Sebenarnya malu nak cerita kat korang. Tapi oleh kerana ada sesuatu pengajaran yang aku nak share di hujung cerita nanti, maka korang rajinkanlah diri membaca coretan aku ini. Hahahahaha tak pasal-pasal paksa orang baca entry sendiri. 

**********************************************

Mula-mula, aku mendaftar di Institut Memandu "I" di bawah seorang agen. Bayaran pertama kali ialah RM300 untuk masuk kelas KPP dan ujian komputer. Alhamdulillah, ujian komputer tu aku amik sekali je. Walau keputusannya paras-paras hidung. Kekekekeke.

Kemudian, aku masuk pulak kelas teori 3 jam dan kelas praktikal 3 jam. Bayaran untuk ini ialah RM300 jugak. Sepatutnya, masa kelas praktikal 3 jam tu, aku dah boleh start bawak kereta berkenal-kenalan. Tapi dek kerana agen aku tu sibuk sangat, maka dia suruh aku thumb print, duduk melepak pastu tamat 3 jam, thumb print balik. Dia kata jangan risauuuuu, kelas praktikal tak penting. Yang penting aku thumb print tu menandakan aku hadiri kelas 3 jam. Aku yang bodoh-bodoh alang masa tu pon mengangguk saja....

Dari tamat kelas praktikal hingga nak belajar selanjutnya kena tunggu about 2 weeks kot. Sebab lesen L belum siap. Aku pon okay aje lah kan. Memang tak sabar nak belajar. Tapi sebab lesen belum siap, takkan aku nak over belajar jugak. Bila lesen L aku dah siap, agen aku pon call suruh datang dengan membawa duit RM200 boleh start belajar kereta katanya. Hati sungguh melonjak gembira I tell you. Bersemangat pagi-pagi bangun tunggu agen amik. Total bayaran, RM800. *kaching!*

Sampai aje kat Institut Memandu "I", aku kena tunggu lagi. Takpe, aku sabar je. Tak lari kereta dikejar. Melainkan kereta tu dihidupkan enjin kan? Hahahaha sempat lagi nak peribahasa. Bila tiba turn aku belajar, agen pon menyuruh aku duduk di bahagian pemandu dan buat 5 perkara - betulkan tempat duduk, tengok side mirror, pakai tali pinggang, hidupkan enjin dan lampu isyarat siap wiper semua.

Dia ajar lah serba sedikit mana klaj, mana brek, mana minyak, gear dan hand break. Aku angguk-angguk je sebab benda basic tu aku dah sempat menuntut dengan Wahid dah. So bila dia suruh start enjin, lepas klaj dan jalan, maka kerianganlah aku sebab kereta sudah berjalan! Hahahaha. You can't imagine macam mana punya gembiranya aku pagi itu. Serius wehhhh. Jakun gila! Hahahahaha.

Setelah 2-3 kali pusing jalan rata, maka agen aku pon menyuruh aku bawa kereta ke tempat que nak naik bukit. I is cuak! Tapi tak kisahlah kan sebab agen aku ada kat sebelah. Kalau tak buat, mana nak pandai kan? Maka naik turun bukit, buat parking dan 3 pointer pada hari pertama adalah super exhausted! Kau bayangkan yang aku ni langsung tak tahu apa-apa, tetiba kena adapt banyak benda in less than 2 hours? Peh! Muka memang tegang habis. Tengkuk aku ni cramp okayyy. Rasa nak nangis, keluar kereta dan balik!

Tiba pusingan terakhir, agen aku telah keluar dari kereta. Dia kata, dia percaya kat aku. Dia nak aku buang rasa takut. So fineeee. Aku bawak kereta naik bukit dan turun. Pastu parking pon okay. 3 pointer pon berjaya. Nak keluar dari 3 pointer, aku dah pusing stereng ke kanan, tekan minyak dan "DUMMMM!!!" aku langgar kereta yang tengah que nak buat parking. Kereta yang aku bawak terangkat bonet! Aku punya menggigil, tangan basah, stress, rasa nak nangis, trauma, fobia - all in one package.

Agen aku dah salahkan aku habis-habisan. Orang sekeliling dah pandang aku semacam. Aku tak ingat lain dah. Apa aku ingat, kena call suami dan abang aku suruh datang nak kasi settle benda ni. Orang first aku call ialah Wahid. Tapi Wahid tak angkat sebab kat ruang tamu, handphone dalam bilik. Call pulak Abang De aku pastu bila dia angkat terus aku menangis cakap aku langgar kereta orang. Aku suruh dia datang sekarang jugak. Masa ni memang tak tahu lah nak kata macam mana punya degupan jantung. Kalau jantung boleh keluar dari badan aku ni, dah melompat-lompat agaknya.

10 minit selepas itu, Abang De aku pon datang bersama Wahid. Muka masing-masing dah keras dah. Aku duduk kat tepi tembok sementara mereka berdua deal dengan agen aku dan pengajar yang keretanya aku langgar tadi. Abang De berkeras tak mahu bayar sebab katanya ada insurans. Buat apa nak bayar? Tapi agen berkeras mintak ganti rugi RM850 untuk baiki kedua-dua kereta. Aku pandang Wahid, Wahid pandang aku. Last-last, kami deal untuk bayar separuh je sebab kesalahan agen aku pon ada - dia tinggalkan aku sorang-sorang dalam kereta. Betul tak?

Dan pergilah kami ke bengkel untuk settle urusan baiki kedua-dua kenderaan. 

Tak cukup sampai di situ, aku yang masih dalam trauma dan fobia ambil masa yang lama untuk start balik belajar memandu. Takdelah lama mana sangat. Dalam 2 minggu gitu kot. Bila aku dah ready, aku pon call agen aku tadi untuk sambung belajar semula. Yang buat aku hangin ialah, agen ni tadi buat macam-macam alasan nak menangguhkan pembelajaran aku. Dia demam lah, tak sihat lah, ada kenduri lah dan bermacam-macam lagi alasan tak masuk dek akal. Sampai satu tahap tu, aku call bos si agen aku ni untuk bertanya urusan belajar aku. Bos si agen aku ni pulak boleh tercakap yang si agen ADA dan sedang mengajar memandu. Phehhhhhh aku punya mengamuk jangan cerita! Aku dah bayar RM800 bayaran belajar, pastu bayar pulak ganti rugi eksiden - tapi pembelajaran aku ditangguh-tangguh. Menyirap darah aku masa tu.

Wahid nasihatkan aku untuk stop je belajar dengan agen ni tadi. Kata Wahid, duit boleh di cari. Tak kisahlah dah bayar RM800 ke apa. Tapi sebabkan agen aku ni tadi tak jujur dan menangguhkan pembelajaran aku, baik aku blah je belajar dengan orang lain. Maka, aku pon mencari agen yang lain....

**********************************************

Cari punya cari, seorang rakan sekerja mencadangkan Encik Sabri dari Institut Memandu "R". Oleh kerana aku dah ada lesen L, maka Encik Sabri cuma amik RM750 sahaja sebagai bayaran belajar. Bayaran pertama kali, RM250. First time Encik Sabri amik aku, terus on the road okayyy! Bawak kereta sampai ke bandar JB pastu u-turn kat Senai! Memang best gila! Encik Sabri dah berusia orangnya. Tapi sangat sporting dan baik hati. Ajar aku pon takde nak marah-marah. Sangat-sangat penyabar. Hari kedua belajar, aku round sampai Nusajaya sana. Pastu masuk track institut memandu dan belajar buat bukit 5-6 kali. Memang puas belajar dengan Encik Sabri ni. Tak lokek masa mengajar. :)

Kali ketiga belajar pulak, aku belajar naik turun bukit lagi dan dia tunjuk jalan untuk ujian JPJ nanti. Tak susah pon bagi aku. Jalan pon akan lengang sebab lalu dengan Danga Bay tu aje. Masa belajar yang ini, nampak Encik Sabri tak sihat sikit. Banyak kalut. Nak sebut break, tersebut hand break. Sampai aku pon jadi keliru. Masa dia hantar aku balik tu, aku cakap ke dia, "Kalau Encik Sabri tak sihat, esok tak payahlah amik saya belajar. Rehat dulu. Nanti dah sihat baru sambung belajar balik." dan aku ingat lagi dia balas, "Tak apa, saya okay. Awak dah tahu bawak kereta senang je... Esok kita belajar macam biasa. Pagi saya amik awak..." Dan aku pon balik...

Esok paginya, aku dah siap-siap pakai tudung, standby nak turun je kalau Encik Sabri call. Tiba-tiba telefon berbunyi, aku nampak nombor Encik Sabri. Aku ingat dia dah sampai, tapi dengar suara Encik Sabri kat hujung talian seperti tak sihat "Aishah, kita belajar minggu depan boleh? Saya betul-betul tak sihat." - aku tak kisah pon. Sebab memang semalam aku nampak dia tak sihat.

The next week, aku SMS hari Jumaat malam untuk confirm belajar hari esok (Sabtu). Tapi tiada balasan. Keesokan harinya, aku bangun pagi dan terima SMS dari nombor Encik Sabri. Tapi isterinya yang SMS. Bunyi SMS lebih kurang macam ni, "Aishah, Encik Sabri masih belum sihat. Boleh tak tangguhkan belajar dulu? Nanti bila Encik Sabri dah sihat, dia akan call Aishah semula". Tak apa lah. Mungkin betul Encik Sabri tak sihat. Aku jawab okay dan doakan Encik Sabri segera sembuh.

Hujung minggu yang lepas ini (semalam), aku call semula Encik Sabri untuk bertanya khabar. Iyelah, mana tahu dia lupa nak call aku semula untuk sambung belajar. Jadi aku bersangka baik sahaja. Yang angkat, isteri Encik Sabri; "Aishah yang auntie SMS haritu ye? Haritu auntie kata uncle tak sihat kan? Uncle dah tak ada Aishah. Hari Jumaat lepas. Aishah doakan uncle ye? Pasal belajar Aishah jangan risau. Nanti auntie uruskan. Sekarang ni auntie sibuk uruskan beberapa perkara..."

Tak tahu nak kata apa masa dengar suara auntie, isteri Arwah Encik Sabri di talian. Sangat tenang. Sangat sabar. Sangat lembut. Aku tak tahu kalau aku kat tempat beliau, bolehkan setabah itu? Entahlah...

Soal lesen kereta? Masih belum diputuskan kerana masih terkejut dengan berita semalam. Dugaan dan halangan lagi Allah beri. Tak tahu apa hikmah yang mahu ditunjukkan. Tapi aku bersangka baik. Mungkin Allah mahu didik hati aku jadi lebih sabar. Mungkin Allah mahu duga aku supaya sentiasa dekat dengan-Nya. Mungkin juga Allah ingin aku tahu, bahawa MATI itu sentiasa dekat dan kita tak tahu bila datangnya.

Wallahualam....


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, April 4, 2013

Nota Untuk Babysitter Yang Hot!

Echeh. Tajuk nak kerek kan? Hahahaha.

Setiap hari, ada je aku dapat email atau komen kat entry ini. Ramai yang minta nota untuk dibekalkan kepada BS nanti. So aku assume, semakin ramai yang menyedari keperluan menyusukan anak secara eksklusif. Sesuatu yang positif bagi aku. Alhamdulillah :)

Jadi, oleh kerana aku agak sibuk sikit nak hantar email ke setiap orang yang request, marilah aku kongsikan sahaja nota itu di sini. So lepasni, takyah request hantar email lagi dah. Boleh copy paste dan edit-edit sikit ikut keperluan, kesesuaian dan kefahaman korang.

Notanya adalah seperti di bawah.

*******************************************************

CARA-CARA PENGENDALIAN SUSU IBU.

1. AMBIL BOTOL MENGIKUT TURUTAN NOMBOR (1-6). GUNAKAN BOTOL YANG PALING AWAL TERLEBIH DAHULU. 

2. JANGAN GONCANG BOTOL SUSU TERLALU KUAT KERANA IANYA AKAN MEROSAKKAN SEL-SEL SUSU DAN NUTRIEN YANG TERKANDUNG DI DALAM SUSU IBU. GONCANG PERLAHAN SAHAJA BAGI MENYATUKAN LEMAK-LEMAK YANG BEKU. 

3. MASUKKAN BOTOL SUSU KE DALAM WARMER YANG BERISI AIR. PASTIKAN SUHU ADALAH 40 DARJAH CELCIUS. JANGAN PANASKAN SUSU DENGAN SUHU YANG LEBIH PANAS KERANA IANYA AKAN MEROSAKKAN SEL-SEL SUSU DAN NUTRIEN YANG TERKANDUNG DALAM SUSU IBU. 
*** JIKA BOTOL SUSU BARU DIKELUARKAN DARI PETI AIS, IANYA MENGAMBIL MASA 15 MINIT UNTUK SUAM DAN SESUAI DI MINUM (KERANA MASIH SEJUK DAN LAMBAT SUAM). 
*** UNTUK MEMUDAHKAN, KELUARKAN SEBOTOL SUSU YANG INGIN DIPANASKAN DAN ‘STANDBY’ DI LUAR PETI AIS (JANGAN LEBIH 4 JAM). APABILA BAYI INGIN MINUM, PANASKAN MENGGUNAKAN WARMER DAN MASA DIAMBIL LEBIH SINGKAT (5-7 MINIT). 
*** JANGAN BIARKAN SUSU DI DALAM WARMER MELEBIHI 1 JAM. 

4. TOLAK CAP PADA PENUTUP BOTOL DAN PASANGKAN PUTING. SUSU TELAH SEDIA DIMINUM OLEH BAYI. 

5. SUSU IBU HANYA TAHAN 1 JAM SAHAJA SELEPAS BAYI MINUM. SELEPAS 1 JAM, BAKI SUSU HARUSLAH DIBUANG

6. JANGAN BERI BAYI AIR MASAK ATAU MAKANAN TAMBAHAN LAIN. HANYA SUSU IBU SAHAJA SEHINGGA BAYI BERUSIA 4-6 BULAN.

*******************************************************

Belah bawah sekali, korang letaklah nombor telefon korang dan suami supaya BS senang nak contact dan rujuk kalau ada masalah. Copy paste nota ni dalam Microsoft Word, pastu print, pastu liminate (plastik keras) dan bagi pada BS. Kalau nak lagi baik hati, bekalkan jugak fridge magnet untuk BS letak kat peti ais dia. Hahaha baik hati sangat kita semua kan?

Tak apa, kita mudahkan kerja orang, Allah mudahkan kerja kita. :)

Macam aku, nota ni aku buat 2 helai. Satu memang kasi kat BS. Satu lagi aku letak kat peti ais aku sendiri. Untuk rujukan siapa-siapa yang akan uruskan Najah waktu aku tak ada. Selalunya, masa awal-awal memang kena tengok dan baca lah. Bila dah lama-lama, dah kira otai. 

"Betul tak Encik Suami?" Eh?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, April 3, 2013

Shaklee? Halal Atau Tidak?

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya :
“Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)." (Surah al-Baqarah : 168)

Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan :
"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu." (Surah al-Baqarah : 172)

Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya :
"Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)

**************************************************

Bila ramai yang bertanya mengenai isu halal Shaklee ni, menjadi kewajipan aku sebagai seorang Islam dan si penjual untuk memuat naik Sijil Halal yang dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA). Jangan risau bila sebut America America tu, sebab ISA ni telah diiktiraf oleh pihak JAKIM sendiri. No issue barangan luar negara tak halal ke apa dah.


Sijil Halal yang dikeluarkan oleh pihak ISA.
Disenaraikan semua produk kesihatan keluaran Shaklee.
Tarikh terkini : 6 Februari 2013

Dilulus dan diiktiraf oleh JAKIM.

ISA tersenarai dalam badan Islam yang diiktiraf.

So dah clear kan? Sebagai pengguna, kita memang kena cari produk yang selamat, sentiasa berkesan dan paling penting, HALAL. Barulah hati tenang dan tak was-was. Tak gitu? :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, April 2, 2013

Bukan Sekadar Imun Booster, Masalah Eczema Dan Asthma Pon Boleh Hilang Dengan Nutriferon!

Kepada yang tidak tahu, bulan ini Shaklee punya promosi ialah Nutriferon. :)

Sangatlah gembira pecinta-pecinta Nutriferon semua kan? Mana tidaknya, Nutriferon ni sangat bagus dijadikan pengganti Panadol kat rumah. Buat standby siap-siap. Sebab apa? Sebab Panadol kan bertoksik. Bahaya untuk organ hati. Paling menakutkan, Panadol disimpan di dalam badan selama 5 tahun sebelum dihadam. Sebab tu orang yang bijak pandai lagi rela makan ubat-ubatan herba beli kat sinseh Cina. Lebih natural dan selamat.

Tapi jangan risau, dengan Nutriferon, makan sepeket sehari dah boleh bina imun sistem untuk badan. Siapa yang kerap demam, selsema, batuk, mudah sakit semua tu, memang bagus amalkan Nutriferon ni. Itu kalau kerap demam sakit semua tu... Kalau dah sihat dan nak maintain imun sistem, makan sepeket seminggu pon dah okay. Memang best sangat Nutriferon ni.

Jom baca sikit, kenapa Nutriferon Shaklee sangat TERBAIK?

1. Terbukti daripada empat kajian klinikal pada manusia - Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam Nutriferon.
 2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi - Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. Nutriferon merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.
 3. Dicipta oleh individu yang menemui Interferon - Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.   
4. Rumusan berpaten yang eksklusif - Nutriferon tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten Nutriferon yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi. 

5. 40 tahun kajian - Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan. Menurut kajian terbaru, Nutriferon telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini. 

6. Sejak Nutriferon telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan Nutriferon.

Best kan? Sebab tu jangan risau bila ambil supplement Shaklee. Sangat terjamin mutu, keselamatan, khasiat dan kebagusannya. Shaklee ni dah lebih 50 tahun dalam pasaran uolss. Bukan cikai-cikai punya syarikat tauuuu. Hehehehe. :)

Oh haa! Gambar kat bawah ni, saya share kan pengalaman Kak Beeha yang jatuh cinta dengan Shaklee mula-mula dulu dengan Nutriferon ni haaa. Masalah Eczema dia terus hilang! Magic gila kan? Sebelum tu, memang banyak krim dah dia cuba dan pakai beli kat farmasi. Tapi takde improvement pon. Kesian ooo siapa yang ada Eczema ni. Gatal-gatalnya lagi. Kulit kasarnya lagi. Kan kan kan?



So apa tunggu lagi? Beli Nutriferon untuk standby kat rumah di kala demam dan tak sihat. Beli 6 kotak terus, dapat percuma 1 kotak lagi. Paling best, dapat free membership dan cash back bonus. Amacam? Tak seronok ke nak jadi ahli Shaklee secara percuma siap dapat bonus? Jangan lepaskan peluang ni tauuu.

Selingan : Dah 11 bulan dengan Shaklee. Diam tak diam, pendapatan bersama Shaklee dah jejak 5K. Tak percaya? Dulu pon saya tak percaya. Tapi saya redah je, JUST DO IT! Sekarang ni, misi saya membantu lebih ramai orang lagi yang nak ubah hidup - terutama sekali anak-anak buah bisnes saya. Berminat nak jana pendapatan jugak? KLIK SINI.

Aishah Rahim | ID 882365
FB : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe.
SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
BBM : 2701848E
Email : shara85_jb@yahoo.com

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015