Thursday, April 4, 2013

Nota Untuk Babysitter Yang Hot!

Echeh. Tajuk nak kerek kan? Hahahaha.

Setiap hari, ada je aku dapat email atau komen kat entry ini. Ramai yang minta nota untuk dibekalkan kepada BS nanti. So aku assume, semakin ramai yang menyedari keperluan menyusukan anak secara eksklusif. Sesuatu yang positif bagi aku. Alhamdulillah :)

Jadi, oleh kerana aku agak sibuk sikit nak hantar email ke setiap orang yang request, marilah aku kongsikan sahaja nota itu di sini. So lepasni, takyah request hantar email lagi dah. Boleh copy paste dan edit-edit sikit ikut keperluan, kesesuaian dan kefahaman korang.

Notanya adalah seperti di bawah.

*******************************************************

CARA-CARA PENGENDALIAN SUSU IBU.

1. AMBIL BOTOL MENGIKUT TURUTAN NOMBOR (1-6). GUNAKAN BOTOL YANG PALING AWAL TERLEBIH DAHULU. 

2. JANGAN GONCANG BOTOL SUSU TERLALU KUAT KERANA IANYA AKAN MEROSAKKAN SEL-SEL SUSU DAN NUTRIEN YANG TERKANDUNG DI DALAM SUSU IBU. GONCANG PERLAHAN SAHAJA BAGI MENYATUKAN LEMAK-LEMAK YANG BEKU. 

3. MASUKKAN BOTOL SUSU KE DALAM WARMER YANG BERISI AIR. PASTIKAN SUHU ADALAH 40 DARJAH CELCIUS. JANGAN PANASKAN SUSU DENGAN SUHU YANG LEBIH PANAS KERANA IANYA AKAN MEROSAKKAN SEL-SEL SUSU DAN NUTRIEN YANG TERKANDUNG DALAM SUSU IBU. 
*** JIKA BOTOL SUSU BARU DIKELUARKAN DARI PETI AIS, IANYA MENGAMBIL MASA 15 MINIT UNTUK SUAM DAN SESUAI DI MINUM (KERANA MASIH SEJUK DAN LAMBAT SUAM). 
*** UNTUK MEMUDAHKAN, KELUARKAN SEBOTOL SUSU YANG INGIN DIPANASKAN DAN ‘STANDBY’ DI LUAR PETI AIS (JANGAN LEBIH 4 JAM). APABILA BAYI INGIN MINUM, PANASKAN MENGGUNAKAN WARMER DAN MASA DIAMBIL LEBIH SINGKAT (5-7 MINIT). 
*** JANGAN BIARKAN SUSU DI DALAM WARMER MELEBIHI 1 JAM. 

4. TOLAK CAP PADA PENUTUP BOTOL DAN PASANGKAN PUTING. SUSU TELAH SEDIA DIMINUM OLEH BAYI. 

5. SUSU IBU HANYA TAHAN 1 JAM SAHAJA SELEPAS BAYI MINUM. SELEPAS 1 JAM, BAKI SUSU HARUSLAH DIBUANG

6. JANGAN BERI BAYI AIR MASAK ATAU MAKANAN TAMBAHAN LAIN. HANYA SUSU IBU SAHAJA SEHINGGA BAYI BERUSIA 4-6 BULAN.

*******************************************************

Belah bawah sekali, korang letaklah nombor telefon korang dan suami supaya BS senang nak contact dan rujuk kalau ada masalah. Copy paste nota ni dalam Microsoft Word, pastu print, pastu liminate (plastik keras) dan bagi pada BS. Kalau nak lagi baik hati, bekalkan jugak fridge magnet untuk BS letak kat peti ais dia. Hahaha baik hati sangat kita semua kan?

Tak apa, kita mudahkan kerja orang, Allah mudahkan kerja kita. :)

Macam aku, nota ni aku buat 2 helai. Satu memang kasi kat BS. Satu lagi aku letak kat peti ais aku sendiri. Untuk rujukan siapa-siapa yang akan uruskan Najah waktu aku tak ada. Selalunya, masa awal-awal memang kena tengok dan baca lah. Bila dah lama-lama, dah kira otai. 

"Betul tak Encik Suami?" Eh?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

3 comments:

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015