Monday, June 2, 2014

VITAMIN E - KEBAIKAN DAN KESAN KEKURANGAN.

Harini nak cerita pasal Vitamin E, sempena bulan promosi beliau (?). Vitamin E ini kan selalu dikaitkan dengan kulit, anti-oksidan dan kesuburan lelaki. Tapi tahukah anda yang Vitamin E juga dikenali sebagai Vitamin Cinta? Awww! 

Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun boleh tutup browser sekarang KAHKAHKAH.

"Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurangnya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires" dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik. Antioksidan yang seimbang dalamVitamin E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka Vitamin E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan."

KEBAIKAN VITAMIN E
1. Salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. 
2. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. 
3. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan.
4. Mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan.
5. Mengurangkan tekanan darah.
6. Membantu dalam pencegahan penyakit katarak.
7. Meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. 
8. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. 
9. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. 
10. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat.
11. Membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. 

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan Vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.


SUMBER
Vitamin E didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.


SIMPTOM KEKURANGAN
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
- Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
- Penuaan kulit sebelum masa.
- Rambut gugur
- Anemia.


KENAPA MESTI PILIH VITAMIN E SHAKLEE?
Sebiji kapsul Vitamin E Shaklee mengandungi 400IU Vitamin E yang cukup untuk membekalkan keperluan vitamin E harian anda.

Satu kapsul gel lembut membekalkan:
400 IU vitamin E dari sumber semulajadi.
10 mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E.


LAGI INFO MENARIK BERKAITAN VITAMIN E DI SINI.

PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015