Tuesday, September 9, 2014

BERAKHIRNYA CUTI TANPA GAJI & HARI TERAKHIR.

Assalammualaikum semua.

Aku ada cerita kat entry aku yang ini, tentang kenapa aku ambil Cuti Tanpa Gaji bermula Mac 2014 yang lepas. Aku amik tempoh 6 bulan sebab itu je yang aku layak berdasarkan tempoh perkhidmatan aku 6 tahun di sektor perkhidmatan awam. So should be, aku naik on 22.08.2014. Tapi dek kerana 22.08 tu jatuh hari Jumaat (Johor cuti), maka aku tangguh naik pada 24.08.2014 hari Ahad.

24.08.2014 tiba.
Ianya hari yang mendebarkan. Sangat.

Aku dah plan untuk letak jawatan 24 jam pada hari aku naik kerja dari CTG tu. Dah minta restu suami, restu mak dan adik beradik, keluarga mertua dan paling penting aku istikharah 2 minggu straight. Hati aku memang berat sangat ke arah nak berhenti kerja. Sebab fikirkan anak-anak, fikirkan Emak, fikirkan dah penat nak kerja, mahukan fleksibiliti masa dan banyak lagi impian yang aku nak kejar. AKU TEKAD je. Dalam kepala aku, datang kerja - hantar surat resign - salam kawan-kawan dan blah. 

Tapi ianya tak semudah itu. 

Kebetulan hari yang aku naik kerja tu, office aku buat jamuan hari raya dan jemput banyak unit lain. Aku yang datang pagi dengan semangat tekad terus bertukar menjadi campur baur. Disambut dengan gembira oleh rakan officemate dan ketua Jabatan - hoyy taktau nak katalah hati dah bercabang-cabang. Rasa macam tak jadi nak letak jawatan pon ada masa tu!

Paling gamble, aku langsung belum buat surat perletakan jawatan tu! Aku punya plan tumpang PC sesiapa kat office tu, taip surat dan-dan situ je, print dan masuk bilik CC pergi mengadap. Tapi biasalah orang baru naik kerja, tentu banyak 'interview' kena lalu. Orang ajak berbual sebab dah lama tak jumpa. Padahal hati aku dah resah gelisah selagi surat tak dihantar. Lagi lama aku tangguh, lagi besar kemungkinan aku akan cancel letak jawatan!

Nak tak nak aku cabut gak pergi pinjam PC member nak karang surat. Itu pon macam janggal gila sebab CC aku dok lalu lalang pastu dia pelik kenapa aku pi duduk kat meja member aku tu siap menaip laju bagai. Mesti dalam kepala dia dok syak macam-macam sebab aku baru sejam naik kerja tetiba menaip apa entah sambil senyum-senyum nak cover. Aihhh silap gila tak print surat awal-awal dari rumah!

Lepas je print surat dan tandatangan, aku laju-laju pi masuk bilik CC nak mengadap. Ya Allah jantung berdegup laju gila! Masa mula-mula memang tak boleh nak cakap. Tergagap-gagap aku kat situ. Dalam 30 saat aku buang masa, last-last aku tolak je surat tu pi depan CC aku. Dia amik surat tu pastu pandang muka aku dan tanya "Kenapa? Awak ada masalah ke?".

Pastu laju je mulut aku explain kata kat dia yang aku sebenarnya ada sikit bisnes (masa ni dia senyum dah, aku rasa dia dah syak dari sejak aku CTG). Pastu dia tanya income semua macam mana? Aku kata "Oklah, Alhamdulillah.." Aku terang lagi. Aku cakap aku sayang kerja kerajaan ni, tapi aku tahu kalau aku teruskan aku tak boleh perform dengan baik. Aku takut kerja hakiki aku terabai (telah terbukti sebelum aku CTG lagi). Masa kerja pon aku banyak main hp. Pastu selalu keluar masuk office sesuka hati (TOLONGLAH JANGAN BUAT PERANGAI MACAM AKU). Last sekali ayat aku, aku cakap yang aku takut gaji aku tak berkat sebab kerja main-main. Pastu aku tambah juga pasal anak-anak aku dan Emak aku yang dah umur 70 tahun. Lama baru dia angguk. Fahamlah tu kot. Hihihihi.

Pastu CC aku terangkan lah sikit-sikit pasal kakitangan sokongan ni kalau dah resign tak boleh masuk kerajaan balik. Aku angguk la faham. Sedihlah jugak kan. Tapi dalam hidup memang kena memilih dan kita tak boleh tamak. Jadi aku pilih gini jalannya. Right after CC aku cakap, "Oklah kalau itu keputusan awak, saya tak boleh kata apalah...", terus aku rasa lega gila! 

Lepas je keluar dari bilik CC aku tu, aku terus pergi bahagian Pentadbiran untuk uruskan proses keluar kuarters pulak. Actually aku dah keluar kuarters seminggu sebelum tu. Rumah memang dah kosong dan bersih. So aku tinggal serah kunci je lah dan pergi TNB untuk potong elektrik. Syukur jugak banyak benda mudah dan lancar.

Oh ya, sementara ni aku duduk menyewa kat Kempas. Apa yang best lagi ialah AKU DAH BELI RUMAH dan pakai fully statement from Shaklee. Ya Allah, serius tak sangka dan bersyukur sangat! Rumah ni dah sign offer letter kat bank dan sekarang tunggu proses lawyer. Kalau takde apa aral, lagi 3-4 bulan kena berpindah lagi la. Tapi kali ni masuk rumah sendiri :)

Lain entry, aku cerita pasal pencarian rumah untuk dibeli. Okay?

Sebelum menutup entry, aku share gambar dan status FB aku di hari 24.08.2014


Hari yang...
Penuh dengan makanan
Penuh dengan gelak ketawa
Penuh dengan semangat
Penuh dengan kenangan tentunya

Sebak, sedih, sayang, semua ada
Tapi kehidupan harus memilih

Dan ini jalan yang ku pilih.. 


Okay korang. Jumpa next entry! :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Sunday, September 7, 2014

SET KANAK-KANAK UNTUK NASHRIQ & NAJAH

Assalammualaikum semua.

Lama noo tak bersiaran kat sini kan? Well, banyak benda nak share. BANYAK SANGAT! Pasal, berakhirnya Cuti Tanpa Gaji, pasal AKU DAH LETAK JAWATAN, pasal kehidupan terkini aku as WORKING AT HOME MOM katanya. Hihihihi. Nanti aku cuba curi masa blog balik okay. Serius dah lama tak asah bakat mengetuk keyboard (kesian keyboard pon dah lama tak jumpa sobs!)

Okay okay okay.
Aku nak share ini sebenarnya. 

SET KANAK-KANAK
Khas untuk anak aku dan anak korang.

Set ni aku introduce kat Nashriq dan Najah lama dah. Aku pon tak ingat since bila. Tapi apa yang syoknya, I can see lots of difference sebelum dan selepas mereka consume set ini. Paling utama ialah NASHRIQ.

Siapa tau Nashriq ada tonsil? Taktau kan? Sebab aku dah lama tak share kat sini (dush dush dush!). Nashriq punya tonsil ni tahap kalau dia menangis, pastu batuk, pastu mulalah dia muntahkan segala benda yang ada dalam perut. Kalau dia tengah tidur pon, dia terbatuk, confirmlah muntah punya! Selalu kesian tengok dia sebab lepas muntah dia akan nangis sebab maybe sakitlah kot tekak dia.

Pastu pastu pastu. Kalau tonsil dia bengkak, confirm punya demam! Serius. Pergi klinik, doktor bagi antibiotik la macam biasa sebab itu je yang boleh kurangkan tonsil dia. Dah la maha payah nak makan ubat. Aku yang terseksa men-tengoknya.

Lalu (wahh macam cerita novel!), aku pon mulalah meng-Shaklee kan Nashriq dan Najah. Mula-mula aku start dengan Mealshakes je dulu sebab Mealshakes ni kan multivitamin. Dia bantu tampal sel-sel badan yang rongak tak cukup vitamin. Apa yang aku boleh nampak selepas dia consume Mealshakes ni, selera makan dia bagus, tak ada sembelit dah, dan imun sistem TIP TOP. Jaranglah dia kena tonsil sejak itu. Which is aku happy gila kot!

Pastu aku belikan pulak Chewable Vita-C untuk diorang berdua. Dari dok makan gula-gula tak berkhasiat, baiklah korang makan Vitamin C tu kan. Ada gak pekdahnya. Haaa sejak amik Vitamin C ni lagi best. Selsema dah takde dah. Kalau tak si Najah tu memang pantang kena habuk atau terlalu sejuk, mulalah berair hidungnya.

Omega Guard aku kasi sekali sekala. Mula-mula nak bagi dulu aku potong dan picit masuk dalam susu. Tapi skang ni selamba je diorang kunyah kapsul Omega tu tak hirau bau dan rasa hanyir ikan. Sedap gaknya kunyah begitu sahaja. Tapi bagus sangat sebab dah lama sangat mereka tak kena batuk berkahak plus dada berbunyi macam dulu-dulu. Kalau tak confirm sebulan sekali aku buat stimming ke diorang.

So 3 produk ni antara pelaburan terbaik dari aku untuk anak-anak. Sebab sayang gila kan kat anak-anak. Kita mestilah nak yang terbaik untuk diorang. Dah tentulah kita risau kalau diorang sakit. So sebelum kena sakit atau anak memang kerap sakit, baiklah kita prevent with supplement. Sebab kena ingat, SUPPLEMENT BUKAN UBAT. Supplement bantu kita hidup sihat. Kalau dah sakit, baru pergi doktor cari ubat kan?

Kalau korang nak tanya-tanya, nak konsultasi PERCUMA, nak sembang-sembang, meh PM aku. Kita berbual dari hati ke hati, ibu ke ibu. Cheh wah!

BACA LAGI UNTUK SET KANAK-KANAK SHAKLEE DI SINI.

PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015