Aku dah beli buku ni sikit punya lama. Adalah 2-3 bulan yang lepas kot. Tapi, baru semalam aku berkesempatan nak baca dengan kusyuk dan mentelaah siap buat nota bagai. Terasa macam nak amik SPM. Buat nota cantik-cantik siap highlight warna warni. Nota SPM pon tak rajin macam gini. Haih.
Macam yang pernah aku mention sebelum ni, aku ni jenis over memikir sesuatu masalah. Padahal benda tu jauh lagi nak ngadap. Niat nak full breastfeed adalah contoh terdekat. Aku asyik fikir 24 jam pasal breastfeed. Macam mana nak pump? Macam mana nak simpan stok? Macam mana itu? Macam mana ini? Sampai pening kepala aku dibuatnya.
Jadi, semalam adalah hari yang bahagia. Aku dah dapat seciput ilmu yang boleh melegakan hati aku sendiri. Maksud aku, benda yang aku tak faham, sekarang dah faham sikit. Dah nampak flow. Dapatlah membayangkan step by step breastfeed journey aku nanti.
Mari kongsi sikit, ilmu apa yang aku dapat semalam.
*********************************************
LATIHAN MEMERAH1) Berlatih memerah susu dua minggu selepas kelahiran.2) Pastikan peralatan penyusuan telah dibersihkan dan disteril (cuci peralatan dengan air dan sabun, kemudian rendam dalam air panas selama 5-10 minit dan keringkan).3) Pada awalnya, jumlah susu yang dapat diperah sememangnya sedikit tetapi lama-kelamaan, jumlahnya akan meningkat selepas beberapa kali percubaan.4) Sebelum mula memerah, basuh tangan dengan bersih.5) Perah susu ke dalam bekas yang mempunyai penutup.6) Biarkan susu yang baru diperah sebentar ke suhu bilik dan kemudian simpan susu perahan tersebut ke dalam peti sejuk.
Jadual Latihan Memulakan Perahan Susu Ibu
Kredit untuk; Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu BekerjayaOkeh. Nombor 2 sampai nombor 6 adalah basic. Aku baca sekali pon dah faham. Tapi, part nombor satu macam confius sikit. Dia kata, berlatih memerah susu dua minggu selepas kelahiran. Aku baca dan rujuk jadual kat atas berpuluh kali. Sampailah aku buat jadual buatan akal sendiri. Mari tengok tahap kefahaman aku;
Hari Pertama : Direct FeedingHari Kedua : Direct FeedingHari Ketiga : Direct Feeding|||
Hari Ke-12 : Direct FeedingHari Ke-13 : Direct FeedingHari Ke-14 : Direct FeedingMaksudnya, dari hari pertama kelahiran baby hinggalah 2 minggu usianya, hanya direct feeding diberikan.
TAK PAYAH PUMP.
Latihan pump dimulakan mengikut jadual buatan sendiri kat bawah ni;
Hari ke-15 hingga hari ke-17 (3 hari)Pump & Simpan (Pagi Sahaja)Direct Feeding seperti biasa.(Jumlah EBM = 3 Botol)Hari ke-18 hingga hari ke-20 (3 hari) Pump & Simpan (Pagi & Pertengahan Pagi Sahaja) Direct Feeding seperti biasa. (Jumlah EBM = 6 Botol)Hari ke-21 hingga hari ke-23 (3 hari) Pump & Simpan (Pagi, Pertengahan Pagi & Tengahari Sahaja) Direct Feeding seperti biasa. (Jumlah EBM = 9 Botol)Hari ke-24 hingga hari ke-26 (3 hari) Pump & Simpan (Pagi, Pertengahan Pagi, Tengahari & Petang) Direct Feeding seperti biasa. (Jumlah EBM = 12 Botol)Relevannya memulakan latihan perahan mengikut jadual kat atas tu adalah bagi membiasakan badan kita sebelum kembali mula bekerja. Nanti, bila dah naik kerja, pumping session akan berjalan macam gitu jugak.
Paling best ialah jumlah EBM yang dikumpul sepanjang latihan memerah tu. Kalau tak skip latihan pumping tu, kita boleh dapat 30 botol tau. Itu semua akan jadi stok sebelum mula bekerja nanti. Boleh jugak digunakan kalau ada emergency sepanjang dalam pantang. :)
Dah belajar buat stok. Bila pulak nak bagi baby?
LATIHAN BAYI UNTUK MINUM SUSU IBU PERAHAN1) Mulakan program latihan bagi bayi untuk minum susu perahan apabila bayi berusia 1 bulan atau selepas 4 minggu.2) Program ini dirancang untuk membantu ibu yang bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang. Bagi ibu yang bekerja shift, boleh mengubahsuaikan mengikut masa bekerja.
Jadual Latihan Pemberian Perahan Susu Ibu Kepada Bayi
Kredit untuk; Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya
Hari ke-27 hingga hari ke-29 (3 hari)Beri Stok EBM (Pagi Sahaja)Pump & Simpan (Pagi Sahaja)Direct Feeding (Pertengahan Pagi, Tengahari & Petang)
Hari ke-30 hingga hari ke-32 (3 hari)Beri Stok EBM (Pagi & Pertengahan Pagi Sahaja)Pump & Simpan (Pagi & Pertengahan Pagi Sahaja)Direct Feeding (Tengahari & Petang)Hari ke-33 hingga hari ke-35 (3 hari)Beri Stok EBM (Pagi, Pertengahan Pagi & Tengahari Sahaja)Pump & Simpan (Pagi, Pertengahan Pagi & Tengahari Sahaja)Direct Feeding (Petang)Hari ke-36 hingga naik kerjaBeri Stok EBM (Pagi, Pertengahan Pagi, Tengahari & Petang)Pump & Simpan (Pagi, Pertengahan Pagi, Tengahari & Petang)Tiada Direct Feeding Waktu SiangIni mengikut apa yang aku faham melalui jadual kat atas tu. Tapi, mengikut kewarasan akal fikiran & naluri seorang ibu, takkan lah nak bagi EBM sepanjang pantang gitu kan? Pandai-pandai lah kita olah sendiri bilakah timing sesuai untuk start latihan memerah dan latihan pemberian susu perahan.
Mungkin contoh kalendar kat bawah ni boleh membantu.
Kalendar Memulakan Pemerahan & Pemberian Perahan Susu Ibu
Kredit untuk; Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya*********************************************
Bila dah faham sikit demi sikit, semangat pon makin meningkat. Insya-Allah.
"Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan kehidupanku. Banyakkanlah susuku untuk bayiku. Dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. Amin."
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com