


Cakap orang #1 :Ahh engkau ni, umur anak kau berapa hari pon nak cerita kat Facebook. Macam tak boleh simpan sorang-sorang.Cakap orang #2 :Apa anak kau buat, semua pon nak post kat Facebook. Kat Home tu penuh cerita kau aje. Sakit mata aku tengok.Cakap orang #3 :Esok kalau kau ada anak nombor dua, takkan laratnya kau nak buat cam gini jugak. Cakap orang #4 :Kau ingat anak kau comel sangat ke kau nak tayang setiap hari? Sorry to say lah, anak kau tak comel pon.Cakap orang #5 :Kau ingat bagus ke pakaikan anak lelaki tudung? Kau nak dia jadi po*dan ke? Emak apalah kau ni.****************************
Macam ginilah. Aku tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Mungkin ada yang suka, mungkin ada yang menyampah. Tapi what to do? Aku hanya seorang Emak. Apa yang boleh aku katakan, tunggu masanya bila 'engkau' dah jadi Emak nanti. You will know.
Aku cuba jawab sebaik mungkin ni. Tarik nafas, hembussssss.
Cakap AKU #1 :Kenapa aku nak mention umur anak aku berapa hari sekian-sekian, itu untuk aku. Takde kaitan dengan orang lain sama ada yang hidup mahupun sudah meninggal dunia. Aku memang suka kira berapa bulan berapa hari umur anak aku. As I said before, I am a MOM. Tak lebih dari itu.
Cakap AKU #2 :Berkaitan isu 'apa anak aku buat semua benda aku nak post' tu, itu pon masalah aku jugak. Tak ada masalah dengan 'engkau'. Mungkin ada masalah dengan orang-orang lain, aku mohon maaf. Kalau rasa Home kau penuh sebab banyak sangat posting dari aku dan kau pon menyampah nak tengok, apa kata kau Hide aku? Caranya macam gini, NEWS FEED - ANAK PANAH KEBAWAH SEBELAH MOST RECENT - EDIT OPTIONS - DAN TAIP 'AISHAH RAHIM' DALAM BOX 'HIDE POSTS FROM'.
Cakap AKU #3 :PEMBETULAN. Nashriq inilah anak kedua aku. Dan kalau kau maksudkan anak yang seterusnya, means, anak ketiga - keempat - kelima - keenam - ketujuh dan kelapan.
Insya-Allah jika Allah masih berikan kekuatan dan keterujaan yang sama seperti sekarang, aku nak berlaku adil kepada semua-semua anak-anak aku. Setiap orang pon aku harap aku mampu buat album khas untuk kenang-kenangan aku dan mereka.
Cakap AKU #4 :Ya Allah, aku rasa, aku tak pernah buat caption atau apa-apa kenyataan menyatakan anak aku comel. Belum pernah rasanya. Kalau ada pon, bila orang komen cakap Nashriq comel, aku akan balas secara gurauan 'macam Mama dia kan?'. Itu pon kalau kau ada sense of humor lah kan? Kalau kenyataan balas aku yang itu pon kau rasa aku perasan comel, itu masalah kau. Aku memang tak boleh deal dengan orang yang tak ada sense of humor ni. Aku perbetulkan sekali lagi bahawa AKU TAK PERNAH PERASAN ANAK AKU COMEL. NEVER. Sebab Emak aku dah pesan jangan puji-puji anak sendiri. Nanti orang meluat.
Cakap AKU #5 :Aku balik pada kenyataan asal aku tadi. Aku ni hanya seorang Emak yang sedang excited melihat perkembangan anak. Menyaksikan banyak benda yang sedang anak aku explore. Tak lepas jugak perasaan 'suka-suka' untuk lihat kelainan wajah anak aku. Come on lah, Emak mana yang nak tengok anak dia tersasar dari jalan asal? Minta dijauhkan, Ya Allah. Doa aku hanya satu, CUKUPKAN SIFAT ANAK AKU DAN JADIKAN DIA ANAK YANG SOLEH. Kalau kau rasa tak selesa dengan gambar-gambar tudung atau such, kau boleh refer point
Cakap AKU #2.
****************************
Aku tak tahu siapa 'engkau'. Kawan atau lawan. Kalau kau add aku kat Facebook sekadar nak stalk hidup aku, tolong remove aku segera. Aku pon tak kuasa nak melipat gandakan dosa kau tiap kali kau komplen pasal gambar-gambar anak aku. Not good lah kan? Kau ada hidup kau. Aku ada hidup aku. Yang penting, kita KURANGKAN KONTROVERSI, TINGKATKAN PRESTASI. Tak payah tingkatkan dosa. Faham? :))
P/S : Jangan risau, aku menaip secara waras dan rileks.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com