Wednesday, December 30, 2009

Mengantuk.

tepat pukul 12.00 malam semalam, alarm handphone berbunyi.

"DUE DATE BABY"

GREAT!! terus tak boleh tidur sampai ke pagi. dan sekarang kat opis sedang merana dengan berbagai campuran rasa.

MENGANTUK + PENING = MALAS

macam nak balik umah tido aje. blergh!!

p/s : move on. move on. 2010 is coming! hoyyay!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, December 29, 2009

Bila 30 Disember Menjelma.

30 Disember 2009.
due date Nashrah, kalau rezeki itu masih ada.

sempena tarikh istimewa ini, aku bermurah hati untuk berkongsi pengalaman 'manis' sepanjang proses mengeluarkan puteri tercinta itu. bukan niat untuk mengungkit atau mengguris hati sendiri. tapi aku ingin mencoretkan suatu kenangan.

kenangan aku dan dia. :)

Kronologi Itu :

20 September 2009 (Ahad)
mula merasakan tiada gerakan atau tendangan dari dalam perut sewaktu di Singapura. menyangkakan ianya perkara normal, aku berlagak biasa.

21 September 2009 (Isnin)
masih di Singapura. hati mula tidak tenang memikirkan keadaan 'si dia' di dalam yang kaku. pulang ke Johor Bahru pada sebelah malamnya.

22 September 2009 (Selasa)
sangat-sangat risau. separuh daripada hati ingin segera ke klinik untuk memastikan keadaan sebenar. namun, separuh dari hati berasa sangat berat dan takut. takut untuk mendengar sesuatu yang tidak diingini.

23 September 2009 (Rabu)
setelah meminta pendapat dari seorang sahabat yang juga seorang doktor, aku kuatkan semangat untuk pergi ke Klinik. ditemani oleh suami tercinta, aku gagahkan diri.

kami ke Klinik Murni di Bandar Baru Uda untuk proses imbasan. doktor mengesahkan keadaan 'si dia' yang sudah 'tiada'. perkara ini boleh dilihat apabila bahagian kepala 'si kecil' tidak lagi bulat seperti biasa. doktor berkenaan minta kami merujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk proses seterusnya. waktu ini, hanya airmata peneman setia.

disambungkan kekuatan untuk terus ke Bilik Saringan, Hospital Sultanah Aminah. jururawat yang bertugas cuba mendengar degup jantung bayi menggunakan alat khas. namun tiada respon didapati. untuk kepastian lanjut, proses imbasan dijalankan sekali lagi. ye, terbukti 'si kecil' itu sudah tiada.

doktor tadi mengarahkan supaya aku dimasukkan ke wad. diberi pilihan untuk daftar masuk pada hari berkenaan, atau pulang ke rumah terlebih dahulu. aku memilih untuk pulang ke rumah. hati dan jiwa terlalu rungsing. sungguh runsing.

setibanya di rumah, tiada apa yang mampu aku lakukan. kekuatan demi kekuatan dibekalkan, sebelum aku dihantar semula ke Hospital Sultanah Aminah untuk daftar masuk. waktu ini, hati aku begitu takut. segalanya mengganggu fikiran.

ditempatkan di wad kelas kedua. tiada apa yang diusahakan. sabar menunggu esok untuk proses seterusnya.

24 September 2009 (Khamis)
dimasukkan Prostin yang pertama pada pukul 5.45 pagi. mild contraction hanya dirasai pada sebelah petang. doktor bertugas datang untuk memastikan bukaan jalan. hanya 1 cm waktu ini.

*Prostin ialah sejenis pil yang dimasukkan ke dalam vagina untuk membuka jalan bagi mengeluarkan bayi. istilah yang selalu digunakan ialah induce*

25 September 2009 (Jumaat)
Prostin kedua dimasukkan pada pukul 4.30 pagi. contraction agak tegang pada waktu tengahari. doktor bertugas datang untuk memastikan bukaan jalan. sedikit kesilapan berlaku apabila doktor pelatih yang bertugas memberitahu bahawa bukaan jalan sudah 4 cm. aku ditolak segera ke Bilik Bersalin.

sesampai sahaja di Bilik Bersalin, bukaan jalan dipastikan sekali lagi oleh doktor pakar. hampanya hati apabila aku diberitahu, bukaan jalan cuma 1 cm, dan aku harus ditolak masuk semula ke wad. :(

seisi keluarga memindahkan aku ke wad kelas pertama. ini bagi mengawal emosi aku yang terganggu dek kerana bercampur dengan pesakit kiri kanan yang baru melahirkan.

26 September 2009 (Sabtu)
Prostin ketiga dimasukkan. masih mild contraction. sengal-sengal biasa di bahagian pinggang dan punggung. dan peha terasa sedikit bisa.

27 September 2009 (Ahad)
proses memasukkan Prostin dihentikan. aku diminta berehat.

28 September 2009 (Isnin) - 4 Oktober 2009 (Ahad)
dibenarkan pulang selama seminggu. ini bagi memastikan kandungan berusia 6 bulan itu turun sedikit ke bawah dan sedikit kecut. ini bagi memudahkan proses pengeluaran nanti.

5 Oktober 2009 (Isnin)
daftar masuk semula ke wad. tiada ubat dimasukkan pada hari pertama.

6 Oktober 2009 (Selasa)
Prostin keempat dimasukkan pada pukul 10.45 pagi. tiada contraction langsung.

7 Oktober 2009 (Rabu)
Prostin kelima dimasukkan pada pukul 11.53 pagi. contraction panjang mula dirasai sehingga pukul 4 pagi, 8 Oktober 2009.

8 Oktober 2009 (Khamis)
lendir bercampur darah mulai keluar. tetapi, bukaan jalan masih 1 cm. doktor membuat keputusan untuk memasukkan D8 (sejenis ubat kayu) sebanyak 2 unit.

sebaik sahaja dimasukkan ubat ini, seluruh abdomen di bahagian bawah mula terasa sakit. bisa. tidak boleh disentuh. aku langsung tidak boleh berjalan. sakitnya?? Tuhan sahaja yang tahu.

*lendir dan darah semakin banyak*

9 Oktober 2009 (Jumaat)
doktor pakar memastikan bukaan jalan pada pukul 9.30 pagi. bukaan jalan telah buka 3-4 cm. aku terus ditolak ke Bilik Bersalin pada pukul 10.00 pagi. sesampai sahaja di Bilik Bersalin, aku di grip dua botol air. tepat pukul 11.45 pagi, aku dimasukkan sejenis ubat bernama Pitosin. serentak dengan itu, aku disuntik ubat tahan sakit bernama Pentadine.

selepas sahaja disuntik Pentadine, aku mula terasa pening dan mengantuk. oleh kerana rasa ini, aku tertidur dengan sangat nyenyak walau rasa tersaaaaangaaaaat sakit pada abdomen di bahagian bawah.

tepat pukul 1.57 petang, aku rasa seperti hendak membuang air kecil. tapi terasa sukar untuk keluar. aku teran sekuat hati dan tiba-tiba air ketuban bercampur darah pecah. sepantas itu juga, aku terasa suatu yang panas keluar dan kelegaan pada perut yang maha sakit tadi.

benda yang panas tadi, 'si kecil' itu. :)

jururawat yang menyambut 'kelahiran' menyuakan tubuh 'si kecil'. sungguh, waktu itu tidak tergambar perasaan. dan sehingga kini masih terngiang-ngiang;

tengok anak awak buat kali terakhir ye. perempuan kan?

aku angguk dan merelakan jururawat tadi membawa 'si kecil' pergi.

kehadiran suami sedikit mengubat. oleh kerana aku tahu yang kami bertiga tidak akan bersua lagi, aku minta izin jururawat untuk membawa 'si kecil' itu sekali lagi kepada aku dan suami. mungkin memahami perasaan aku, sebuah troli berisi bungkusan kecil dibawa masuk ke bilik bersalin.

aku tatap 'bungkusan' itu. dibuka ikatannya oleh jururawat tadi. genggaman suami kuat dibahu. pasrahnya hati ini, melihat tubuh kecil nan kaku. cukup sifatnya, Ya Allah.....

aku diminta berehat di bilik bersalin. jenazah 'si kecil' diuruskan seterusnya oleh suami dan ahli keluarga yang lain. saki baki suntikan Pentadine dalam badan menyebabkan aku lemah dan tertidur sehingga ke petang.

Alhamdulillah, segalanya selesai dalam satu hari. walau penantiannya begitu lama.

*********************************************************

aku mengambil terlalu banyak masa untuk mengarang entri ini.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, December 25, 2009

Terima Kasih 2009.

tahun 2009 merupakan tahun kematangan aku. bermula dengan penyatuan jiwa dalam ikatan pernikahan pada bulan Mac, dan seterusnya pemergian puteri tercinta, Nur Anis Nashrah pada bulan September. semuanya berlalu dengan cepat. sekelip mata masa berlalu. tanpa aku sedari, semua ini merubah aku menjadi manusia yang berbeza, dalam diamnya.

aku tak tahu kenapa aku sungguh tak sabar menanti 2010. aku inginkan 2009 ini pergi dengan segera. membawa segala resah dan gelora. agar aku lebih tenang. agar aku lebih kuat. agar aku lebih utuh luar dan dalam. insya-Allah.

minggu lepas, kami suami isteri dikejutkan dengan satu berita yang tidak disangka. sahabat baik kami diduga Tuhan dengan dugaan maha hebat. kegembiraan melahirkan putera sulung termati apabila rahim beliau terpaksa dibuang kerana mengalami pendarahan yang teruk.

Tuhan, tabahkan hati mereka.

dan semalam, aku termenung apabila menerima berita pemergian Allahyarham Mohd Ekram Zunaidi, suami kepada sahabat zaman persekolahan aku, Huda. ikatan pernikahan yang berusia 2 tahun 22 hari akhirnya terlerai dengan janji Allah.

tabahkan hati Huda juga, Tuhan.

semua yang berlaku ini, mencelikkan mata hati. menginsafkan diri dan sanubari. serta mengajar jiwa agar sentiasa bersyukur atas tiap nikmat dan dugaan-Nya.

Selamat Tinggal 2009. Selamat Datang 2010.

semoga tahun yang mendatang ini, bahagia milik kita semua. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, December 11, 2009

Penenang Hati.

Daun bin Hind berkata;
Aku bermimpi seolah-olah hari kiamat telah tiba. Semua manusia dikumpulkan untuk menghadapi hari perhitungan amal. Pada waktu itu aku diperintahkan untuk mendekati perhitungan amalku. Maka aku meletakkan amal kebaikanku pada timbangan yang sebelah dan amal keburukanku di sebelah lain. Maka aku melihat amal keburukanku lebih berat daripada amal kebaikanku. Sungguh pada waktu itu aku kebingungan.

Dalam keadaan demikian, tiba-tiba diberikan kepadaku sesuatu (kain putih), lalu diletakkan pada timbangan amal kebaikanku, lalu menjadi beratlah timbangan amal kebaikanku.

Kepadaku ditanyakan;
Tahukah kamu apakah itu?

Aku menjawab;
Tidak.

Maka diterangkan kepadaku;
bahawa itu adalah anakmu yang gugur pada waktu dikandung oleh ibunya dahulu.

*********************************************************

Muaz berkata, telah bersabda Rasullullah SAW yang maksudnya;
"Demi zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya bayi yang gugur pasti akan menarik ibunya untuk memasuki syurga, jika ibu berharap pahala keranaNya."
(HR. Ibn Majah & Darimi)

*********************************************************

Dari Ali bin Abi Talib RA sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda;
Sesungguhnya bayi yang gugur itu akan menuntut Tuhan jika orang tuanya dimasukkan ke dalam neraka,
maka dikatakan kepadanya;
Wahai bayi yang gugur! Masuklah orang tuamu ke dalam syurga.
(HR. Ibn Majah)

*********************************************************

Dari Abu Hurairah sesungguhnya Rasullullah SAW telah bersabda;
Bayi yang gugur yang telah mendahuluiku adalah lebih aku sukai daripada seorang ahli perang yang aku tinggalkan di belakangku.
(HR. Ibn Majah)

*********************************************************

kopi pes ini dari Ungu Violet

p/s : Insya-Allah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, December 10, 2009

Emosi.

aku fikir diri aku kuat. aku ingat jiwa aku tabah. aku perasan kononnya hati aku kental. haih.

tanpa sedar, aku sakitkan diri sendiri.

p/s : fine, lepas ni unsubscribe la.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015