Thursday, March 25, 2010

Baby's Stuff.

Sebenarnya hati aku melonjak-lonjak nak start beli barang baby. Setiap hari akan melilau kat Google cari web site yang jual baby's stuff. Mata akan berambangan. Hati akan lompat-lompat. Tangan pulak macam gatal nak tekan BUY. Eeeeeee!! Geram!!

Menyabarkan diri banyak-banyak. :)

Aku ingat lagi bagaimana terujanya aku sewaktu kandungan pertama dulu. Setiap hari akan memandang list barang-barang yang perlu dibeli. Setiap hari melawat blog mommy-to-be yang baik hati menyediakan baby's stuff yang perlu ada. Dan bagaimana senyuman sampai ke telinga, bila menjengah Baby Department di Shopping Complex.

Tapi peliknya waktu itu, tangan langsung tidak mencapai apa-apa. Kononnya hendak tunggu cukup 7 bulan, baru beli kesemua benda selepuk. Kata orang-orang tua, usia kandungan 7 bulan memang sesuai untuk menyediakan barangan bayi. Tidak terlalu awal, tidak terlalu lewat.

Hendak dijadikan cerita, pada 23/09/2009 penuh kenangan itu, aku dan Wahid memang planning cantik punya untuk ke Plaza Angsana. Memandangkan kami masih bercuti Hari Raya, maka sangat sesuailah untuk kami start shopping barang baby.

Tapi kami ke Poliklinik Murni terlebih dahulu, sebab risau keadaan baby yang tidak bergerak sejak raya pertama (20/09/2009). Eh, baru perasaan tarikh itu sangat menarik. Dem!!

Aral melintang. Anak yang dikandung disahkan meninggal. So, tak jadilah kami bershopping suka ria membeli barang baby. Nampak tak? Nampak tak? Aku sangat sedih kat situ. :(

"Nasib baik tak beli barang baby dulu. Kalau tak, lagi sedih."

Ayat orang ramai. :)

Taklah. Tak payah cerita pasal orang ramai. Sekarang cerita aku.

So sekarang ini, aku macam nak balas dendam sebab tak dapat nak beli satu hape pon masa pregnancy yang pertama dulu. Sebelah hati kata YEAH. Sebelah hati kata JANGAN. Mana satu yang nak ikut pon tak tahu.

Gadis Buntu. (Wah, gadis pulak kan!! ;p)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, March 16, 2010

Stretch Mark.

Pertama sekali, aku nak ucapkan ribuan terima kasih atas tiap ucapan dan doa kalian pada entry yang sebelum ini. Demi Tuhan, ianya mengambil masa yang lama untuk aku buat keputusan sama ada untuk berkongsi atau menyimpan sahaja berita gembira itu. :)

To be honest, aku dan Wahid masih terasa saki baki trauma atas apa yang berlaku 5 bulan lepas. Untuk kandungan kali ini, kami cuba bersikap tidak terlalu excited. Perasaan takut terlalu tebal dalam hati. Walaubagaimanapun, doa tetap dipanjat agar perkara yang sama tidak berulang. Cukuplah sekali itu. Insya-Allah.

Kalau ditanya soal pengalaman kali kedua ini, aku boleh katakan ianya terlalu jauh berbeza dengan yang pertama. Semasa Nashrah, aku kalah dengan morning sickness dan sering muntah yang maha teruk. Tapi untuk yang ini, tiada muntah dan tiada alahan. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

Ada satu benda yang ingin aku kongsikan. Aku tak tahu sama ada semua ibu mengandung melaluinya atau tidak. Tapi untuk aku, ini pengalaman pertama.

STRETCH MARK.

Sewaktu pregnancy yang pertama, aku tak pernah ada masalah stretch mark. Waktu tu, aku cuma gunakan baby oil yang biasa. Memang langsung tak ada rekahan atau regangan. Tak tahulah sebab baby oil tu memang bagus, atau sebab regangan kulit yang tidak teruk.
Tapi, kalau diingat balik, memang ramai yang kata aku lebih kurus sewaktu mengandung dulu. Kalah masa zaman anak dara. Maksudnya, memang tiada regangan pada kulit perut? Wallahualam.

Selepas bersalinkan Nashrah, berat badan aku naik mendadak. Gila punya mendadak. Masa ni, aku memang malas dah nak amik port pasal kulit muka ke, kulit badan ke, kulit kaki ke, dan semua jenis kulit kat badan ni pon. Emotional lah kononnya. ;p

Bila sahaja aku disahkan mengandung kali kedua, aku pon menyambunglah rutin menyapu baby oil pada perut. Tapi masa ni memang dah lewat habis dah. Perut aku dah teruk dengan stretch mark. Dah macam kulit tembikai pon ada. Siap ada garis-garis lagi. Huhuhuhu.

Aku cuba buat bodoh. Malas nak pikir-pikir. Tapi makin hari, bukan sahaja garis halus makin ketara, ianya siap pakej gatal dan mengeyam yang tak boleh handle. Huh, bab mengeyam tu yang tak boleh tahan woo. Rasa macam nak amik pisau, pastu garu-garu kat perut. Cuba korang bayangkan, macam mana dia punya gatal.

Sampai satu tahap, Wahid pon tak tahan dengar aku merengek menangis sambil garu-garu perut. Memang buruk. Macam beruk.

Kami pon menyinggah ke D'Apotic Pharmacy kat Bandar Baru Uda. Masuk-masuk dalam kedai, terus tanya ada lotion atau minyak untuk stretch mark ke tidak. Memang nampak sangat dah tahap desperate. Dah tak pikir apa dah.

Pilih punya pilih, baca punya baca, kami pon pilih yang ini;


Setelah memakai Pureen Stretch Mark Lotion ini selama kurang 1 bulan, hasilnya memang menakjubkan. Gatal-gatal dan mengeyam memang hilang secara tiba-tiba. Dan part yang paling best, bila stretch mark pon sudah hampir hilang. :)

I was sooooo happy kerana garis tembikai sudah tiada. ;p

Tips of the day : Jangan stop pakai stretch mark lotion atau baby oil selepas bersalin. Kerana stretch mark bukan sahaja berlaku apabila perut membesar / gemuk, tetapi juga apabila perut mengendur / mengecut.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Sunday, March 14, 2010

Setahun Sudah Berlalu.

pada tarikh ini, satu tahun yang lepas, masih terasa bagaimana debarannya dalam hati. bangun seawal pagi dengan ribuan rasa dalam jiwa. semuanya nampak serba tidak kena. mata ini melilau mencari kelibat emak. sepantas emak melintas, pantas lagi tangan ini menggapai lalu dipeluk tubuh tua itu. buat kali terakhir, sebagai anak manja emak. :)

air mata aku dan emak bersatu. masih terngiang suara emak;

"ayang jangan macam ni. ayang kan nak kahwin. kalau ayang macam ni, mak lagi sedih."

ianya perasaan yang sukar ditafsirkan. 24 tahun hidup membesar bersama emak tersayang, dengan tibanya 14 Mac 2009, hak milik diri berubah. dengan genggaman erat tangan tok kadi. dengan simboliknya akad nikah.


Abdul Wahid...

Engkau telah menikahi seorang wanita yang penuh dengan emosi. Wanita itu juga penuh dengan rasa yang bergelora. Pasang surut perasaannya sukar difahami. Jatuh cinta dengan wanita yang bercampur baur jiwanya begini memang payah, kan?

Aku wanita itu. :)

Engkau bersama aku bila rasa bercampur emosi. Engkau disisi aku bila tiap tangisan melunsur pipi. Engkau tetap ada, bila aku sendiri hilang dalam diri. Engkau masih lagi ada, bila kaki langsung tak mampu berlari.

Engkau tukarkan tiap kesedihan kepada gelak tawa. Engkau padamkan kepanasan api kemarahan dengan sejuk ekor mata. Engkau berikan sejuta harapan bila aku sendiri tidak tahu, apakah harapan itu masih ada.

Engkau peluk erat tubuh ini tatkata dugaan datang melanda. Engkau gagah berdiri di sisi bila aku sendiri tak mampu berdiri. Engkau tiupkan semangat cinta dan kasih bila aku sendiri telah jauh dari kecintaan. Tidak sekali engkau jauh. Tidak sekali engkau mengeluh.

Papa.....

Hari ini genap setahun kita bersama dalam ikatan pernikahan. Terlalu banyak rasa yang telah hadir. Bermula dengan rasa indah bahawa kita akan menjadi ibu ayah, hinggalah kepada rasa duka bila kita sama-sama mendengar berita perit itu.

Awak kuat papa. Awak kekuatan orang. Dari saat orang hilang diri bila Nashrah tiada lagi degup jantungnya. Awak berikan seluruh kekuatan awak pada orang. Hinggakan awak lesu dan penat. Tapi awak sembunyikan semua rasa itu. Orang kagum dengan awak.

Awak akan hadiahkan senyuman paling manis tiap kali datang melawat orang di hospital. Awak genggam tangan orang bila orang tidak henti menangis dan mengeluh. Awak tutup hiba awak. Awak kalis kesedihan awak. Awak pamerkan sejuta ketenangan.

Hati awak? Tuhan saja yang tahu.

Kesabaran awak tercabar bila Maghrib itu orang menangis bagai orang gila. Orang mengongoi bersama bengkung dan pilis masih lekat di dahi. Orang meraung sekuat hati. Orang terbaring sambil menumbuk katil. Orang baling semua bantal yang ada. Orang tak mampu berdiri. Dipapah untuk bangun pon orang lemah.

Emak dan Abang De yang ada di rumah turut hilang usaha. Emak menangis melihat keadaan orang. Abang De memeluk sambil membisikkan kalimah Allah. Air zam-zam yang disapu pada muka dan kepala masih tidak mampu buat orang diam. Ianya masih tidak mampu buat orang berhenti mengenang nasib.

Awak tampar muka orang. Awak goncang badan orang sekuat hati. Awak peluk tubuh orang sambil merayu, jangan buat awak begitu. Masih terasa ketat suara yang awak bisikkan;

"Biar hilang anak mama. Orang tak nak hilang awak."

Orang cinta awak sepenuh hati papa. Terima kasih kerana masih bersama orang untuk 1 tahun penuh rasa ini. Maaf atas tiap kenakalan, kedegilan, kekasaran dan sifat yang tidak menyenangkan. Terima kasih atas segalanya. Awak cinta orang. Cinta milik orang selamanya.

Ya Allah, kekalkan lelaki ini sebagai jodoh aku.
Hingga akhir hayat. Amin.




Nur Anis Nashrah bukti kekuatan cinta kita. Manakala yang masih di dalam rahim ini, penyambung bahagia. Insya-Allah.

(",)

Yes people, I am 16 weeks pregnant. Alhamdulillah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015