Monday, June 28, 2010

Selamat Datang Ke Hospital!

Belum lah. Belum admit hospital lagi. :p

Well, aku masih lagi di office sedang bersenang lenang. Keadaan kesihatan dua tiga hari ni makin merundum. Sejak rabu lepas, flu + sore throat + batuk menyerang tanpa bagi salam. Memang sengsara bila badan dah berat macam ni, kita menderita selsema dan batuk pulak. Terasa nak baring sepanjang masa. Haaaih, kalaulah boleh. :(

Hujung minggu ni jugak, telah mengisi masa dengan membuat persediaan untuk ke hospital. Yes, kedua-dua beg untuk Emak dan Anak telah siap sedia untuk diangkut. Punyalah tak sabar nak duduk hospital. Macam nak pergi honeymoon.

Belah kiri beg Emak.
Belah kanan beg Anak.


Punyalah suka warna coklat. Sampai semua benda berkaitan baby pon nak beli warna coklat. Macam tema nak kahwin. Anak pertama kita pakai warna coklat. Anak kedua warna maroon. Anak ketiga guna warna gold pulak. Anak keempat terjah warna merah. Hahahahampeh betul.

Oh yeah. Mari lihat apa yang ada dalam beg kami.

Beg Hospital Emak
1. Buku Rawatan Merah - LAST MINUTE
2. Kad Pengenalan - LAST MINUTE
3. Guarantee Letter - LAST MINUTE
4. Telefon Bimbit - LAST MINUTE
5. Kamera - LAST MINUTE
6. Baju / T-Shirt - DONE
7. Kain Batik - DONE
8. Tudung / Skaf - LAST MINUTE
9. Stoking - DONE
10. Baju Dalam / Seluar Dalam - DONE
11. Tuala Muka - DONE
12. Peralatan Mandi - DONE
13. Tuala Mandi - DONE
14. Bedak - DONE
15. Sikat - DONE
16. Maternity Pad - DONE
17. Pad Biasa - DONE
18. Breast Pad - NOT YET
19. Baju Sejuk - DONE
20. Selipar - LAST MINUTE
21. Beg Plastik Baju Kotor - DONE
22. Minyak Angin / Urut - NOT YET
23. Beg Pakaian Emak - DONE

Bakul Hospital Emak
1. Air Selusuh - NOT YET
2. Air Zam-Zam - NOT YET
3. Makanan / Minuman - NOT YET
4. Termos Panas - NOT YET
5. Majalah / Buku / Al-Quran - NOT YET
6. Tisu - NOT YET
7. Bakul - NOT YET

Beg Hospital Anak
1. Pampers New Born - DONE
2. Baju Siang / Malam - DONE
3. Seluar Siang / Malam - DONE
4. Mitten & Booties - DONE
5. Bedung - DONE
6. Barut - DONE
7. Topi - DONE
8. Selimut - DONE
9. Tuala Mandi Baby - DONE
10. Tuala Muka - DONE
11. Baby Wipes - DONE
12. Baby Bath - DONE
13. Baby Shampoo - DONE
14. Baby Powder - DONE
15. Baby Lotion - DONE
16. Baby Oil - DONE
17. Minyak Yuyi - DONE
18. Vicks - DONE
19. Minyak Telon - DONE
20. Diaper Beg - DONE


Nampak tak barang baby semua dah siap? Semua barang baby pon DONE. Tapi barang Emak madang NOT YET dan LAST MINUTE. Nampak sangat kasih sayang telah berbelah bahagi sekarang ni. Demimu Anak. Hahahaha.

Barang Emak boleh settle dalam sekelip mata. Tak ada apa nak risau sangat. Tapi risau jugak lah selagi tak settle. Asyik terfikir-fikir. Memang resmi hidup macam ni. Selagi tak selesai, selagi itulah asyik memikir. Ada beberapa perkara lagi nak kena beli dan sediakan. Should be okay kalau last minute sikit. Tak apalah, bukan barang penting sangat pon.

Tapi, Set Selepas Bersalin adalah benda penting tapi tak beli lagi. Kepala tengah pening tak tahu nak makan jamu, vitamin atau homeopati sahaja. Pergi sana sini asyik tanya orang lain pakai set bersalin apa. Dah macam desperate sangat dah. Lepas tu, soalan susulan mesti pasal breastfeed. Contoh soalan ialah;

"Awak dulu pakai set bersalin ape ye?"

"Full breastfeed tak?"

"Effect kat baby tak?"

Kalau ikutkan hati, aku nak makan vitamin atau homeopati aje. No effect untuk breastfeed baby. Pilihan dalam hati ialah Shaklee atau Salindah. Tapi Emak kata, nanti dalaman badan lambat sembuh. Tak panas. Lambat mengecut dan bla bla bla. Tak tahulah Emak amik fakta dari mana. Jadi, sebagai anak yang mendengar kata *echeh*, maka jamu jugaklah yang sedang di survey.

Beli yang murah sudah. Kalau tak makan, takde ralat sangat.

Lagi satu persediaan lain. Tukang Urut. Yiehaaa.

Tadi telah menelefon tukang urut. Cik Peah nama dia. Rumah dia agak dekat jugak lah dengan rumah aku. Sudah decide untuk ambil Cik Peah sebagai tukang urut semasa berpantang nanti. Tak tahu lagi nak berurut berapa hari. Tak mahulah lama-lama. Penat tau kena urut-urut ni.

Charges yang dikenakan sangatlah okay. Param + pilis + tungku + bengkung + mandi baby = RM40/1 hari. Yeah babeh. RM40 only. Aku pon macam ye tak ye makcik ni charge aku. Sebab aku dah tanya ramai makcik-makcik lain. Ada yang charge RM50 untuk urut sahaja. Campur mandi baby kena up RM20. Total up RM70. Transport pulak kita kena ambil dan hantar. Ha. Mana kau nak?

Cik Peah kata tadi, kalau nak datang untuk 'tengok perut', boleh lah datang. Aku yang blur pon kata okay. Lepas letak telefon, terus terfikir. Cik Peah nak tengok perut macam mana? Dia ada mesin scanning macam kat hospital tu ke?

Hahahaha. Blur-nya kau ni Aishah!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, June 23, 2010

Jangan Suka Menyumpah Anak.

Entry ni aku buat untuk mengingatkan diri aku sendiri. Mungkin juga boleh diguna pakai dan ditokok tambah oleh korang-korang semua. Bukannya apa, kita ni kadang-kadang terlancang mulut. Tapi, hati tak sampai.

*******************************************
Situasi 1

Seorang kawan lama datang ke rumah. Sementara menunggu aku bersiap, kawan aku ni dok berborak lah dengan Emak. Telinga aku dapatlah tangkap butir bicara mereka.

Emak Aku :
Lasak anak awak ni *polan. Bagus. Budak cerdik ni.

Kawan Aku :
Hehehehe. Memaaaang Mak Zah. Anak kita ni gangster. Semua budak takut nak main dengan dia. Geram kita dibuatnya. Hehehehe.

Emak Aku :
Jangan cakap gangster. Tak baik. Doa ibu tu.

Kawan Aku :
Betul Mak Zah. Dia ni macam gangster. Hehehe.

*******************************************

Situasi 2

Rumah kami ni, rumah flat. Jadi, kalau jiran sebelah kena pukul bantai atau gaduh laki bini ke hape, confirm orang sebelah boleh dengar punya. Ini bukan nak busy body tau.

Jiran Sebelah :
Kau pergi main kat padang eh?? Tak reti balik eh?? Maghrib baru nak cari rumah!! Haaa?? Apasal kau ni jahat sangat ha?? Degil nak mampus!!! Celaka betul!! Mati lah kau hari ni aku buat eh?? Mampus kau aku kerjakan!!!
*Sambil membantai anaknya yang berusia 7 tahun*

*******************************************

Emak selalu pesan kat aku;

Jangan suka menyumpah anak. Jangan suka maki anak. Jangan cakap benda yang tidak elok depan anak. Tiap percakapan dan panggilan ibu tu satu doa. Buruk yang kita gelar, buruk lah jadinya.

Sebab tu aku jadi culture shock sikit bila pergi mana-mana. Lagi-lagi time sekolah dulu. Memang meremang lah bulu roma aku bila kawan-kawan dengan selamba menggunakan perkataan-perkataan 'suci' seperti;

"Aku punya pen lah, bodoh".

"Mana pemadam aku, sial?".

"Peh, muka dia tak nak macam puk*m*k pulak kan...?".

"Babi lah kau ni".

Aku memang pantang okeh. Memang pantang.

Eh, berbalik kepada kisah menyumpah anak tadi.

Bukan kita tak boleh langsung mengajar anak. Boleh. Ajarlah. Tu kan anak kau. Tanggungjawab kau. Tapi gunalah perkataan yang semenggah sikit. Tak payah maki-maki dan menyumpah seranah. Tiap butir bicara yang keluar dari mulut ibu bapa ni, anak akan ingat. Dia rekod dalam kepala.

"Bapak aku boleh cakap babi. Kenapa aku tak boleh?".

Lagi satu, kau nak pukul anak kau, pukul lah. Tapi jangan keluarkan perkataan mati, mampus dan seangkatan dengannya. Esok-esok, kalau anak kau tu betul-betul mati, menangis air mata darah pon dah tak guna. Kan?

Lagi satu. Lagi satu. Perkataan celaka.

Mulut aku pernah kena tepuk dengan Emak masa anak sedara aku terpecahkan gelas. Masa tu, perkataan celaka automatik keluar dari mulut aku. Emak aku punya hangin tak usah cakap lah. Merah-merah mata Emak menerangkan pada aku;

"Awak cakap celaka. Awak tau apa maksud dia? Awak nak ke hidup anak sedara awak jadi celaka? Haa? Bercakap guna otak. Jangan pakai hati aje. Asyik sebut celaka. Nanti betul-betul kehidupan jadi celaka. Faham?"

Kalau boleh, perkataan bodoh pon cuba elakkan. Kalau kita asyik panggil dan sebut anak kita bodoh aje, bila masa anak kita tu nak pandai?

Tak gitu Cik Senah? :p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, June 22, 2010

Lagi 9 Minggu.

Sudah masuk trimester terakhir. Kalau ikut ticker, ada lagi 64 hari untuk bersua muka dan bertentang mata dengan cinta hati pengarang jantung.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah semuanya.

64 hari lagi kalau cinta hati ikut terms 40 minggu dengan disiplin. Tapi, kalau tiba-tiba cinta hati nak buat kejutan secara hebat, maka lebih kurang 20 hari lagi aku akan jadi Emak. Itu kalau 36 minggu lah. Kalau 37 minggu lagi? 38 minggu ke? Sila kira sendiri. :p

Sangat tak sabar rasanya. Sekarang ni, makan tak kenyang-kenyang. Tidur tak boleh lena. Mandi pon agak tak berapa nak basah. Sila hubung kaitkan situasi di atas dengan diri aku yang sedang berkembang pesat ni. Bayangkaann. Huhuhu.

Tapi memang betul. Sekarang ni, baru lepas tolak sepinggan nasi penuh pun, masih boleh selamba ya ya makan 5 keping biskut cecah air milo. Madang lapar memanjang. Kalau cuti-cuti duduk rumah, dapur ialah port terbaik. Sampai Emak pon geleng kepala tak tahu nak kata apa. Nak tegur kang tak sampai hati. Maka, relalah Emak melihat anaknya membesar bagai johan.

Sebelum tidur mesti menangis. Malam semalam yang paling tragis. Bahagian pinggang ke bawah semua lenguh. Lenguh yang maha hebat okeh. Sampai menangis macam stok kena pukul bantai punya. Tersedu-sedu. Suami pon pening dah tak tahu nak buat apa. Capai minyak angin, urut pelan-pelan. Tinggikan kaki isteri dengan dua biji bantal. Sambil itu memberikan kata-kata semangat indah. Siapa belum kahwin, pergi kahwin sekarang. Indah tahu? :)

Memang mencabar betul perjalanan hidup beberapa minggu ni. Badan mudah penat. Jalan sikit dah tercungap-cungap macam berlari keliling tasek. Kaki dah mula membengkak dengan jayanya. Tapi semua kesakitan dan rungutan diketepikan sekelip mata bila merasa tendangan manja dari dalam. Baby memang pandai memujuk. Macam Ayah dia. :p

Oh ye. Siapa ada baca entry pasal Buku Merah Nashrah yang hilang sebelum ni? Aku dah dapat balik buku penuh kenangan tu. Tapi dalam bentuk salinan. Kertas fotostat. Kertas A4 warna putih. Faham kan macam mana?

There's no more sentimental value dah. No more. Rasa macam nak meraung mintak kakak nurse berkenaan cari lagi. Geledah satu klinik ke hape. Tapi, siapalah aku. Redha lah hati. Tenanglah jiwa. Moga kenangan akan terus kekal walau bukunya sudah tiada.

Mama, Ayah & Adik akan sentiasa ingat awak Nashrah.
No matter what.
Love and miss you. So much.




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, June 16, 2010

Catatan Dari Dalam.

Hari ini genap usia saya 30 minggu. Alhamdulillah.

Pagi tadi, Mama bawa saya check up kat Klinik Kesihatan Kempas. Dah masuk usia macam saya, kenalah datang klinik 2 minggu sekali. Kesian Mama dengan Ayah. Mana nak kejarkan check up di Klinik Kesihatan. Check up kat pakar SCOG lagi. Tiap-tiap minggu, Mama mesti masuk lewat ke tempat kerja. Sampai naik malu Mama dengan kawan-kawan office. Nasib baiklah kawan-kawan office Mama sangat memahami. Diorang semua faham yang Mama ada kes yang dulu tu. Jadi, diorang pon tak kisah. Terima kasih banyak-banyak kat makcik-makcik dan pakcik-pakcik kat office Mama. Nanti, bila saya dah keluar dari dalam sini, saya belanja semua datang kenduri. Heeeee. Tapi pakai duit Ayah dengan Mama lah. :p

Haaaaaa cite pasal check up tadi.

Macam biasa, Mama akan jalani ujian Urine dan HB kat makmal. Lepas tu, pergi Bilik 9 untuk timbang berat dan ambil tekanan darah. Berat mama sudah 2 bulan tak naik-naik. Asyik statik aje. Saya dengar Mama tanya kat nurse, ada problem tak kalau berat tak naik-naik? Tapi nurse tu jawab OK! Jadi Mama tak risau sangat. Saya pon happy bila Mama tak risau-risau.

Sementara tunggu turn nak check perut, Mama nampak satu nurse yang ambil Buku Merah Kakak Nashrah. Errrr. 2-3 bulan yang lepas, nurse ini ada datang rumah Nenek untuk ambil Buku Merah Kakak Nashrah. Dia kata, untuk buat penyiasatan. Mama pon bagilah buku Kakak Nashrah pada dia. Masa tu, nurse ni janji akan pulang balik. Tapi sampai sekarang, bila Mama nak minta balik buku Kakak Nashrah, nurse tu terlupa letak kat mana.

Nurse tu kata, dia sudah pass kat orang lain untuk hantar ke rumah Nenek. Tapi Nenek kata tak ada orang pon datang hantar Buku Merah tu. Nenek kan tak kerja. Sentiasa ada rumah. Takkanlah ada masalah sewaktu penyerahan kan?

Mama menangis bila nurse tu kata Buku Merah Kakak Nashrah sudah hilang. Mama kata, itu ajelah kenangan Kakak Nashrah yang ada selain gambar-gambar scan yang Mama simpan dalam album. Nurse tu dah serba salah tengok Mama menangis. Dia minta maaf banyak kali. Saya tahu Mama maafkan nurse berkenaan. Tapi saya dapat rasa hati Mama sebak dan sayu.

Mama sedih sebab rindu sangat kat Kakak Nashrah.

Nurse tu janji akan cari Buku Merah Kakak Nashrah lagi. Mama pon merayu minta diusahakan. Bersungguh-sungguh Mama ulang. Minta-minta lah nurse tu jumpa Buku Merah Kakak Nashrah. Kesian kat Mama.

Eh, balik semula cerita pasal check up tadi.

Selang beberapa minit, nombor Mama pon dipanggil masuk Bilik 12. Kat sini, nurse akan check perut Mama. Heeeeee nurse nak ukur kebesaran saya lah tu. Lepas sesi ukur-ukur dan rasa kedudukan kepala saya, nurse amik pulak alat untuk dengar degupan jantung saya. Nurse kata semuanya OK. Lega hati Mama. Mama sekarang kan over anxious. Hehehehehe.

Mama pon complain lah beberapa perkara berkaitan kesihatan. Mama kata, sekarang morning sickness datang balik. Sudah 2 hari Mama muntah-muntah. Semalam kat tempat kerja pon, Mama pening-pening dan hampir pitam. Mama kata lagi, keadaan mata Mama kurang fokus. Seolah-olah berpinar-pinar. Kalau berjalan, mesti Mama rasa nak tumbang.

Nurse yang ambil report Mama tu pon mencatat dalam Buku Merah. Kemudian, dia refer Mama kat doktor. Sebab kata nurse, itu salah satu tanda Eclampsia. Takut Mama dengar. Kesian betul kat Mama. Dahlah tengah sedih dengan kehilangan Buku Merah Kakak Nashrah. Sekarang ni suspek Eclampsia pulak. :(

Masuk sahaja Bilik Doktor, Mama complain the same things. Doktor check BP Mama. Check mata Mama. Ketuk-ketuk tangan Mama. Tekan-tekan kaki Mama. Tapi semuanya pon okeh. Doktor kasi Mama 1 hari MC untuk rehat kat rumah. Doktor kata, Mama tak boleh fikir-fikir. Kena banyak rileks. Tak boleh tension-tension. Doktor pesan lagi, kalau Mama rasa pening dan berpinar lagi, Mama kena cepat-cepat pergi Hospital. Urgently!

Dan sekarang saya berada kat rumah Nenek. Dalam perut Mama. Insya-Allah, lagi 10 minggu saya keluar. Saya mintak auntie-auntie dan uncle-uncle semua doakan saya. Doakan Mama juga. Semoga semuanya selamat untuk kami berdua. Amin. :)

Love;
Bakal Khalifah Allah



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, June 14, 2010

Carta Pergerakan Bayi.

Sebelum kena buat benda alah ni, tiap-tiap kali datang check up, aku mesti tanya kat nurse, bila aku dah boleh start tanda pergerakan baby dalam carta.

Semangat gila aku ni kan?

Klik gambar untuk BESAR PUNYA!

Bukan semangat lah. Over trauma sebenarnya.

Jadi, bila masuk sahaja minggu ke-28, nurse yang baik hati pon telah mengajar cara-cara mengira pergerakan bayi dan bagaimana nak tanda kat Buku Merah tu. Masa tu memang angguk-faham-angguk-faham. Tapi sekarang sudah blur. :p

Ada satu hari tu, aku duduk rileks memang nak concentrate mengira pergerakan baby. Dari pukul 9.00 pagi kan dah kena start? Tangan ni standby lah pen siap-siap dengan Buku Merah. Wahid kat sebelah pon concentrate. Bapa miTALI lah katakan. :)

Tup tup, pukul 9.45 pagi dah complete 10 kali.

Eh, confius aku. Sebelum ni aku banyak tanya pengalaman orang lain. Diorang semua kata complete 10 kali gerakan dalam pukul 3-4 petang. Tapi kenapa baby aku cepat sangat dah gerak 10 kali? Aktif sangat ke? Atau ada something wrong? Aik, tak boleh jadi nih....

Teruslah meng'sms rakan baik di Pulau Pinang. Punyalah jauh import nurse. Sampai Pulau Pinang nun jauh di sana. Hahahahaha.

"Normal ke baby gerak cukup 10 kali dalam masa 1 jam? Start pukul 9.00 pagi. Then, complete 10 kali gerak pukul 9.45 pagi. Normal ke?"

Nampak tak betapa risaunya emak-to-be ini?

Selang beberapa minit, telefon pon berdering mintak diangkat. Aku sms, engkau telefon. Punyalah tak sayang bil minah ni. Buat malu aku betul. Cissss.

"Awak mesti kiraaa sekali 'tick' (bunyi baby gerak) sebagai 1 kali eh?? Bukan macam tu ahhhh. 1 kali gerakan bersamaan dengan 1 kali pusingan. Baby gerak aktif kiri kanan atas bawah, itu kira satu kali. Nanti, dalam 30 minit lepas tu kaaa dia gerak kiri kanan atas bawah lagi, itu kira dua kali. Selalunya complete dalam pukui 3.00 petang kaaa, pukui 4.00 petang kaaaa. Kalau masuk pukui 7-8 malam belum complete 10 kali, awak pi hospital nanti doktor monitor pakai CTG. Jangan takut ahh. Takdak papa nyaaa."
(Sila baca dengan loghat Penang ye kawan-kawan.)

Iklan Kit Kat : Thanks Azaneza. Walau loghat anda telah bertukar kepada Penang secara 99%, tetapi anda masih mengekalkan 'eh-eh' Johor itu. Syabas! :p

Dan aku pon menepuk dahi. Macam itu rupanya kiraan dia. Maksudnya, aku sudah salah kira lah selama ni. Punyalah confident dok tunggu-kira-tunggu-kira. Rupanya salah. Ngeh~

Tapi masalah sekarang ni ialah, aku selalu tertinggal kira. Baby gerak aktif aku kira satu kali. Malas nak keluarkan Buku Merah, simpan dalam kepala. Jap lagi, baby gerak aktif lagi, aku kira satu kali balik. Sampai kesudah asyik satu kali. Lastly, tak ingat nak tanda dalam Buku Merah. Tawakal ajelah bila kena soal dengan nurse nanti.

Korang ada tips pasal Carta Pergerakan Bayi ni tak?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, June 11, 2010

Kelas Antenatal & Tungku Moden.

Masa buat monthly check up sewaktu mengandungkan Nashrah dulu, nurse kat Klinik Kesihatan Abdul Samad tu ada offer aku masuk Kelas Antenatal ni. Tapi masa tu, aku mengelak-ngelak. Diorang panggil, Kelas Keibubapaan. So, sebagai seorang bakal ibu yang berjiwa remaja (??), tentulah aku tak teringin nak join. Terbayang kat kepala aku ni ceramah-ceramah bosan yang bakal membuatkan aku tertidur tak hengat dunia.

Masuk pregnancy kedua, nurse kat Klinik Kesihatan Kempas ni sudah paksa aku masuk Kelas Keibubapaan ni. Siap mendaftarkan nama suami lagi. Nak tak nak, terpaksalah jugak aku menggangguk. Lagipon masa ni dah matang sikit. Tak fikir bukan-bukan dah. Dalam kepala nak concentrate jadi ibu bapa terbaik aje. So, layankaaaan.

Daaaaaaan, hari ini adalah harinya. Dengan semangat waja, bangun seawal pagi demi membuktikan bahawa aku dah sedia nak jadi emak. Wah, macam sebelum ni tak bersedia ke hape ntah. Kihkihkih. Tapi, itulah hakikatnya. Memang sangat-sangat bersemangat. Nak pergi kerja pon tak semangat macam ini. Suami yang kerja syif malam pun terlalok-lalok kena kejut pagi-pagi buta. :p

Kami sampai tepat pukul 8 pagi. Masih sesi pendaftaran.


Dapat satu fail berisi bermacam booklet.
Ada kisah penyusuan susu ibu.
Ada kisah perkembangan janin.
Sangat syok lah okeh.




Dapat pulak free gift.
Ubat gigi maternity dari Pureen dan sample Drypers Newborn pampers.



Aku tak sempat pon nak snap gambar sepanjang kelas ini berlangsung. Sebab utama, malu nak bangun dan amik gambar. Sebab kedua, terlalu syok dengar penerangan demi penerangan. Overall, memang tak rugi pergi kelas ni. Macam-macam input yang kami dapat.

Antara tajuk yang dikupas ialah tentang Proses Perkembangan Janin, Penjagaan Ibu Hamil, Pemakanan, Senaman, Demonstrasi Mandi Bayi, Peringkat-Peringkat Kelahiran Bayi, Penjagaan Ibu & Bayi Dalam Pantang dan Perancang Keluarga.

Memang sangat sesuai dihadiri oleh suami-suami yang malas membaca info tentang wanita hamil. Dalam kelas ni, diorang boleh mendengar dan cepat faham. No need to membaca dan memeningkan kepala mencari fakta.
(Ditujukan khas untuk suami sendiri. :p)

Aku sangat-sangat surprise bila Wahid sangat enjoy. Lagi-lagi bila part memandikan bayi. Diorang menggunakan bayi yang real okeh!! Menangis-nangis baby tu kena mandi. Dan aku sangat teruja bila tengok Wahid senyum sepanjang sesi itu. Semangat gila. Tak sabar nak tunggu anak dia keluar agaknya. Insya-Allah, lagi 11 minggu. :)

Bila masuk tajuk Peringkat-Peringkat Kelahiran, muka masing-masing cuak. Suami isteri muka gelabah. Dahlah nurse yang beri penerangan tu semangat gila cara bercakapnya. Siap tunjuk cara breathing dengan real. Keep remind us untuk buka kaki luas-luas dan jangan angkat punggung. Push sekuat hati tanpa keluar suara. Oh man, tak boleh lupa cara nurse tu beri penerangan. Memang melekat betul dalam hati ni. Sampai terbayang-bayang nasib masing-masing dalam labor room nanti. Gegegegegege.

Daaaan lagi, ada tontotan video kelahiran yang real punya. Kitorang yang tengok ni macam WHAT??? Mula-mula dah niat dalam hati tak mahu tengok. Tapi Wahid kata, tengok aje. So, kita boleh tahu. And yes, video kelahiran yang dipamerkan adalah sangat-sangat smooth delivery. Rasa macam teruja sangat. Tapi macam yang kita semua tahu, bersalin ni nasib orang lain-lain. Ada yang senang. Ada yang susah. Wallahualam.

Okeh, tamat kisah Kelas Antenatal.

Sekarang ni, ada satu benda yang bermain dalam fikiran. Tak tahu nak beli ke tidak. Kalau ikut hati, memang nak beli. Tapi bila difikirkan balik, macam tak perlu.

Kredit to MyPermataHati


Aku dah lama terfikir-fikir nak beli Tungku Moden ni. Masa pantang yang dulu, aku guna batu bata yang dipanaskan atas dapur gas. Lepas tu, balut pakai surat khabar dan kain tebal-tebal. Syok jugak sebab rasa dia panas-panas kan. Tapi nak memanaskan batu tu amik masa sikit. Plus, batu bata adalah sangat berat. Nak buat sendiri waktu lapang memang malas.

Cheh, macam-macam alasan kau bagi ye. :p

So, ada tak antara kalian yang pernah beli atau guna Tungku Moden ni? Apa pendapat kalian? Okeh ke tidak? Hasilnya sama tak macam kita guna batu-bata?

Kalau sudi, share-share lah info ye?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, June 1, 2010

I Feeeeel Goooood. Tenenenenenenet.

Alhamdulillah, separuh dari barangan persiapan menyambut kelahiran telah berjaya dibeli. Macam cepat sangat kan? Tapi hakikatnya, baru 28 minggu ni pon, kaki sudah tak larat nak mengukur shopping complex. Apatah lagi nak menunggu 8-9 bulan. Sadis agaknya rupa aku time tu. :)

Sedikit demi sedikit, bilik kami yang kecil ini mula dipenuhi kotak serta bakul gedabak yang menyakitkan mata tapi menyenangkan hati. Tak payah bayangkan macam mana rupanya. Memang tak semenggah.

Ada kotak Airpak Service besar gedabak berisi Hot Package -Spectra 3 Breastpump Deluxe Set. Lepas tu, double gedabak kotak Madela berisi Little Bean : Sterilizer Combo Pack dan MAM : UltiVent Anti-Colic Bottle (160ml). Ditambah dengan sebuah bakul pakaian bayi ala-ala zaman dolu kala dan 2 buah bakul kecil comel macam saya. Ehem. Ehem.

Tak campur lagi dengan beg plastik berisi baju baru baby dan baju recycle anak-anak saudara. Dalam tu macam-macam ada. Semua barang pon sumbat dalam tu. Mana barut-nya. Mana bedung-nya. Ya Allah, tak kuasa nak selongkar.

Dan. Dan. Sebuah beg kertas besar berisi tilam kekabu yang dibeli kat ManjaShop dan sebuah lagi beg kertas berisi bantal-bantal comel yang dihadiahkan oleh Nenek Wahid.

Banyak lagi ke persiapan yang perlu disediakan?

Aku tak tahu sama ada semua barang yang aku beli atau recycle ni perlu ke tidak. Tapi kebanyakkan checklist yang aku ceduk dari internet menunjukkan benda-benda ini lah. Mari kita tengok, barang apa yang dah sedia dan dah siap.

Ready? Go!


BARANGAN ASAS UNTUK BAYI

1) Bakul Pakaian Bayi - DONE
2) Baju Lengan Panjang - NOT COMPLETE YET
3) Baju Lengan Pendek - NOT COMPLETE YET
4) Seluar Panjang - NOT COMPLETE YET
5) Seluar Pendek - NOT COMPLETE YET
6) Rompers - NOT COMPLETE YET
7) Barut - DONE
8) Bedung - DONE
9) Pampers (New Born) - NOT YET
10) Mitten & Booties - NOT COMPLETE YET
11) Tuala Kecil - DONE
12) Topi Kepala - DONE
13) Berus Botol - DONE
14) Baby Bip - DONE
15) Diaper Bag - NOT YET
16) Alas Getah Bayi - NOT YET
17) Tilam Bayi - DONE
18) Bantal Bayi - DONE
19) Selimut - DONE
20) Kelambu - DONE


BARANGAN MANDIAN BAYI

1) Bakul Barang Mandian - DONE
2) Baby Bath - DONE
3) Baby Shampoo - DONE
4) Baby Powder - DONE
5) Baby Wipes - DONE
6) Kapas Kecil - DONE
7) Tab Mandian Bayi - RECYCLE - DONE


BARANGAN GROOMING & HEALTH CARE

1) Bakul Barangan Grooming & Health Care - DONE
2) Minyak Yuyi Cap Limau - DONE
3) Vicks - DONE
4) Gunting Kecil - DONE
5) Pemotong Kuku - DONE
6) Baby Lotion - DONE
7) Baby Oil - DONE
8) Krim Lampin - DONE
9) Sikat / Berus Rambut - DONE
10) Cotton Bud - DONE


BARANGAN BREASTFEEDING

1) Breast Pump Set - DONE
2) Cooler Bag Set - DONE
3) Warmer - DONE
4) Sterilizer - DONE
5) Botol Susu - DONE
6) Storage Bottle - DONE
7) Bekas Dadih - DONE
8) Nursing Cover - NOT YET
9) Nursing Bra - NOT YET
10) Breast Pad - NOT YET



Woooohooooo. Nampak tak? Nampak tak? Macam nak buat persiapan kahwin tahu? Memang pening sangat kepala selagi belum selesai. Tapi bila tengok listing dah banyak yang highlight (tanda sudah beli atau sudah ada), lega hati ni. Alhamdulillah.

Lain-lain barang yang boleh dibeli pada usia kandungan 8-9 bulan ialah;

BARANGAN ASAS UNTUK IBU
1) Set Selepas Bersalin - NOT YET
2) Bengkung - DONE
3) Baju Sejuk - DONE
4) Tungku Moden - TENGAH FIKIR
5) Selipar?? - DONE
6) Kain Batik - DONE
7) Pad (Extra Long) - NOT YET


BARANGAN YANG TIDAK SEMESTINYA BELI ATAU LAMBAT LAGI KENA BELI
1) Buaian
2) Baby Car Seat
3) Stroller
4) Walker
5) Baby Carrier
6) Buaian Enjot-Enjot
7) Katil Bayi - RECYCLE - DONE
8) Baby Sling


Patutlah orang kata KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA, eyeliner dah lebih sebulan habis pon fikir 18 kali nak pergi beli. Padahal RM16.90 aje. Huhuhuhu.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015