Wednesday, September 29, 2010

Setakat Ini.

Humak aih. Lama gila aku tak update blog. :)

Sekarang dah tak tahu nak tulis apa. Semua perkara beku dan tepu dalam kepala. Macam dah tak reti pape dah. Yang tahu sekarang cuma bagi Nashriq susu. Lepas bagi susu, burp kan dia. Lepas burp, check pampers. Lepas check pampers, bedung dia kuat-kuat. Pastu, menyanyi dan buat suara pelik-pelik supaya Nashriq boleh tidur dengan lena. Kalau Nashriq tidur lena, Mama dia pon boleh tumpang sekatil. Hehehehehe.

Dunia Ibu setakat ini memang mencabar. Gila punya mencabar. Bagi seorang anak bongsu manja mengada macam aku, memang rasa tercabar gila. Anak muntah lepas menyusu pon boleh menjerit satu rumah hingar bingar. Anak menangis tak henti-henti pon boleh buat aku meraung-raung join sekaki sampai Emak pon pening nak melayan anak dan cucu sekaligus.

Apa yang boleh aku katakan, bukan senang nak menjadi seorang Emak, Ibu, Mama, Umi atau apa sahaja nama panggilan yang sewaktu dengannya. Kalau dulu, waktu tidur strict gila pukul 10 dah 'good night-good night', sekarang ni kau jangan harap. Selagi anak tak tidur, selagi itulah kami pon berjaga bersama. Memang rabak ah mata masa mula-mula dulu.

Nashriq pulak jenis kuat menyusu. Jadual dia memang tepat dan mantap 2 jam sekali confirm jadi alarm kejutkan Mama dia. Mama dia pon tersengguk-sengguk duduk bersila menyusukan anak. Paling tidak, 1 jam confirm habis untuk sesi menyusu dan tukar pampers segala. Itupon kalau nasib baik, Nashriq akan tidur semula. Kalau nasib sedikit tak baik, melayan lah aku dengan Wahid mata buntang si kecik tu. Memang menguji kesabaran betul.

Walau apa pon, memiliki hadiah istimewa dari Tuhan ini memang cukup membuatkan hati lapang selapangnya. Walau aku tengah marah, tension, penat atau tak cukup tidur sekalipon, bila tengok aje muka Nashriq terus rasa macam nak nangis. Heeee. Orang senti'mentel' memang macam gini. Semua benda pon nak menangis.

Oh ya, sesi berpantang berjalan dengan 'selesa' sekali. Sesi berurut hanya berjalan selama 3 hari. Tiada param, pilis dan jamu-jamuan selepas itu. Stokin pon hanya lekat di kaki selama 2 minggu. Selepas 2 minggu dah macam orang sihat siap pakai seluar. Makan pon, main tibai segala benda. Gila punya berani mati aku ni. Emak dah penat nak tegur lagi dah. Anak dia memang spesis degil tak dengar cakap. Maka, bila si Anak mengadu sakit itu sakit ini, Emak buat muka tak tahu. Padan lah dengan muka aku. :p

Apa lagi nak cerita eh?

Kecintaan terkini ialah breastfeeding. Siang malam pagi petang pon akan melakukan breastfeeding. Heeeee. Aku akui, pernah sampai satu tahap, aku hampir tersungkur di kaki susu formula (apa punya ayat ni?). Siap dah beli setin Dumex Dulac RM9.90 buat standby kat rumah. Masa tu memang tension gila babeng punya. Nashriq punya kuat menyusu macam tak kenyang-kenyang. Kejap-kejap nak ngempeng, kejap-kejap nak ngempeng. Stress gila.

Nak dijadikan cerita, satu malam tu memang Nashriq mengamuk tak hengat. Tak mahu tidur asyik nak ngempeng aje. Aku ni dah penat nak mati. Pinggang dah sakit macam hape. Terus cakap dengan Wahid, aku nak bancuh susu formula tu. Sian tengok Nashriq macam lapar sangat.

Dah siap bancuh, Wahid pon try feed Nashriq. Sampai aje kat tekak Nashriq, makin kuat dia punya mengamuk. Habis dia muntah dan kelam kabut lah kami berdua tak tahu nak buat apa. Nasib baik ada standby EBM dalam fridge. Pergi panaskan cepat-cepat, terus feed kat Nashriq. Peh, sikit punya laju dia telan.

Dan sejak itu, ada 2 time yang Nashriq akan minum EBM. Satu kali masa tengahari. Lagi satu kali masa malam dalam pukul 9. Itu pon dengan sebab nak kasi dia tidur lama yang panjang. Waktu-waktu lain, Nashriq akan direct feeding dengan aku.

Pendapat tentang breastfeeding? Memang memenatkan. Macam aku cakap, kalau tak cukup iman dan azam, memang akan jadi macam aku punya. Tak sabar punya pasal, sampai dah beli susu formula. Nasib baik Nashriq refuse. So, kesedaran dah timbul kat situ. Kalaulah Nashriq telan dengan sedapnya susu Dumex tu masa tu, aku rasa, aku dah jual dah Spectra 3 aku tu.

Orang kuat dalam perjuangan breastfeeding aku ialah Wahid dan Emak. Masa mula-mula dulu, memang takut juga tak ada orang support niat aku ni. Tapi bila Nashriq dah lahir, diorang tengok Nashriq syok aje minum susu ibu, terus diorang support sebaik yang mungkin. Siap ingatkan lagi pumping session semua.

Haaaa. Semalam pergi check up sebulan untuk Nashriq. The best part ialah masa timbang. Aku memang tak sabar betul nak tahu berat terkini Nashriq. Semua orang dalam rumah dah sibuk cakap bila dukung Nashriq badan dia dah berasa. Pipi dah naik. Peha dah berisi.

Berat Nashriq terkini ialah 4.2 kg. Naik 1.3 kg dari berat lahir. Misi tu tanya aku kasi susu apa? Aku cakaplah susu badan. Dia tanya lagi, ada campur susu formula tak? Aku cakap, tak. Misi tu senyum dan suruh aku teruskan susu badan secara eksklusif.

Masa tu, ada 2-3 orang patient dalam bilik tu. Semua pandang pelik kat aku. Sat lagi Nashriq boleh nangis sikit punya kuat tak hengat. Wahid terus passing Nashriq kat aku. Aku pon buka butang baju dan feed Nashriq kat situ juga. Terus Nashriq diam sementara misi buat kerja dia.

Memalukan? Tidak. Malah aku rasa bangga sebab mampu memberikan susu terbaik dalam dunia walau di mana sahaja.

Cerita pasal breastfeeding, sampai esok pon tak habis.

Nak kongsi apa lagi yek?

Oh ya. Kalau tiada aral melintang, aku, Wahid dan Nashriq akan memulakan hidup sendiri di rumah sewa. Ecececece. Anak manja nak duduk sendiri eh sekarang? Gila lah aku tak dapat bayangkan hidup aku macam mana tanpa Emak di depan mata. Cheh wah.

Oklah. Tak payah cerita. Nanti nangis.

Errr. Aku masih berhutang dengan korang kisah bertarung nyawa aku kan? Nantilah okeh. Entry nya masih dalam draft. Pening kepala nak ingat time by time. Dahlah kelam kabut gila time tu ditambah dengan kesakitan yang amat. Terus tak ingat semua benda. Tapi tak apa. Akan aku usahakan juga untuk publish entry itu secepat mungkin.

Sebelum mengundur diri, terimalah gambar 'sleeping pau' ini.

Mandi + Susu 3.5 oz = Tidur



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

12 comments:

  1. kuatkan smgat aishah..mari bf baby..:)

    ReplyDelete
  2. wahh..seronoknya nashriq tido...comel!!

    ReplyDelete
  3. chaiyok2..teruskan semangat memberi kasi susu ibu... jgn skip mkn supplemen tu yer... take care

    ReplyDelete
  4. nashriq!!!
    dah tembam!! minum susu apa?
    susu ibu!! ini lah hasilnya

    *aishah, selagi boleh bagi susu ibu, bagilah. kita ni dah terpaksa mengalah ni. anak dh tak cukup bekalan, kena gak topu-up ngan susu tepung

    ReplyDelete
  5. Aisha teruskan dgn susu ibu lau bleh jgn bg nashriq rasa susu formula coz pd pengalaman alin bb boy cepat merajuk cepat lupa..lau sekali dia dh rasa susu fm dia akan lupa susu mama nyer..

    nashriq dah tembam lar..

    ReplyDelete
  6. sama la ank kite 1 bulan 4.2 kg..;) pantang pun mcm tak berapa nak pantang..hehe..
    happy brestfeeding!

    ReplyDelete
  7. cayok aishah.teruskan susu ibu.

    comeiiinya nashriqq

    ReplyDelete
  8. best nyer ada baby..doakan saya juga

    ReplyDelete
  9. same goes to me. baby boy mmg kuat menyusu kan? alfiy lagi la, dah 5 kilo! naik patah pinggang omak eh.

    hepi breastfeeding! :)

    ReplyDelete
  10. wah kene prepare mental ni nak BF baby... sama2 la kiter kuatkan semangat go mummy go..

    ReplyDelete
  11. Faizah : 3.5 oz, banyak eh?

    Maria : Insya-Allah, Maria. :)

    Mieyza : Hehehehe. Suka dia tido gituuu.

    Kak Cery : Insya-Allah, terima kasih ye kak. :)

    Dayu : Tak apa. Asalkan ada susu ibu kan. Top-up top-up pon takpe.

    Alynz : Ye ke? Takut jugak kalau dia dah tak mahu susu kita. Haih.

    Noryanti : Happy BF to you too!

    cikgaban : Terima kasih. :)

    Tihara : Insya-Allah, turn awak akan sampai. :)

    xeea : 5kg oredi? sangat best wooooo.

    juelee : ha'ah. mental dan fizikal tau! go mummy go!

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015