Monday, October 25, 2010

My Breastfeeding Journey, So Far.

Memasang niat dan impian untuk exclusive breastfeed adalah mudah. Cakap pakai air liur. Menaip pakai tangan. Tapi, hendak menjalankan niat dan impian itu, adalah sangat payah. :)

Pertama kali direct breastfeed ialah sewaktu di dalam Labor Room. Dalam keadaan mengiring ke kanan. Masa ni memang Kekok bin Janggal. Penat push-push belum hilang, tapi semangat jugak nak breastfeed. Kalau ingat balik, memang bangga lah sebab semangat gila masa tu.

Nashriq ni jenis 'Lazy Feeder'. Hisapnya sekejap, tidurnya lebih. Masa awal-awal tu, memang tension tak hengat. Asyik menangis je sebab penat dan sakit pinggang. Nipple luka, terkoyak, rabak, semua pun ada. Bengkak susu jangan cakap lah. Sampai demam-demam aku dibuatnya.

Aku kuatkan jugaklah semangat masa ni. Tambahan pulak, Nashriq kena Jaundice. Jadi, memang kena supply susu ibu banyak-banyak. Setiap 2 jam, aku kuatkan diri untuk bangun dan breastfeed Nashriq. Budak kalau Jaundice kan asyik tidur aje, tapi aku kejut jugak si kecik tu suruh bangun dan sumbat nipple kasi dia minum.

Masa hari kedua, aku sibuk berurut kat dalam bilik. Aku dengar Nashriq dah meraung menangis kat ruang tamu. Aku pulak lupa nak pump untuk bekalan Nashriq minum sepanjang aku berurut. Aku dah gelabah dah. Nak berurut pon tak senang.

Kejap lagi, Nashriq yang meraung menangis tadi senyap sunyi diam tak berbunyi. Dalam kepala aku dah fikir macam-macam dah. Mesti Emak sumbat air masak nak kasi Nashriq kenyang. Dan tekaan aku betul. Aku tak boleh nak kata apa dah. Takkan nak marah kat Emak sendiri kan?

Kat situ dah tak exclusive dahhhhh. :(

Hari keempat, Nashriq dimasukkan ke wad sebab bacaan Jaundice makin tinggi. Aku pulak warded kat wad belah bawah supaya senang nak breastfeed. Ulang alik lah aku turun naik wad setiap 2 jam sebab nak kasi anak kenyang dan turunkan bacaan Jaundice dia. Aku siap setting alarm siap-siap. Dapat tidur kejap, alarm dah bunyi. Terkedek-kedek lah aku menapak naik nak susukan Nashriq.

Nak dijadikan cerita, petang tu, aku terserempak nurse-nurse pelatih yang bertugas kasi baby-baby kat situ minum susu formula. Termasuklah Nashriq. Mungkin silap aku jugak, terlewat naik. Waktu minum susu dah sampai. So, diorang susukan lah semua baby sekali. Memang luluh betul perasaan aku masa ni.

Hari kelima, kami masih warded. Tapi badan aku dah collapse sangat. Tak mampu nak turun naik wad. Apa yang aku buat, aku pump 2 oz - 2 oz dalam setiap bekas dadih dan simpan dalam peti ais wad baby. Aku dah pesan dengan nurse bertugas, aku ada EBM. So, tak payah kasi susu formula lagi untuk anak aku.

Malam kedua tu, aku naik wad baby pada jam 4.00 pagi. Mata tak boleh tidur, lebih baik aku naik dan susukan Nashriq. Unfortunately, aku tengok Nashriq dah tidur lena siap-siap dah salin pampers semua. Aku tanya nurse yang bertugas, anak aku dah minum susu ke? Dia jawab, dah. Aku tanya pakai EBM aku ke? Dia kata, tak. Dia kasi susu formula.

Bengang betul aku masa tu. Muka aku merah. Mata aku merah. Aku jalan pergi peti ais yang simpan EBM aku tu. Tak luak pon EBM yang aku standby. Nurse tu pon macam serba salah, dia janji nak bagi untuk next feeding. Tapi aku buat dengar tak dengar je. Marah betul aku masa tu.

Dan teruslah aku breastfeed hingga sampai ke satu hari....

Aku kesian tengok Nashriq minum susu tak kenyang-kenyang. Tidur tak lena asyik menangis aje. Aku cakap kat Wahid, mungkin sebab susu aku tak mengenyangkan. Dengan berat hati, aku ajak Wahid pergi beli susu formula. Buat standby kalau terdesak. Dan akhirnya, kami memilih Dumex Dulac.

Malam tu, Nashriq nangis macam biasa. Meraung-raung tak kenyang. Nipple aku luka teruk masa tu. Nak pegang pakai tangan sendiri pon menangis. Kesian tengok Nashriq yang lapar, aku bancuh lah Dumex Dulac tu nak kasi dia minum. Aku tak sampai hati nak kasi, passing kat Wahid.

Masuk aje susu tu dalam mulut dia, Nashriq makin meraung sambil muntahkan semua susu yang masuk dalam mulut dia tadi. Kelam kabut jugak aku dan Wahid masa tu. Cepat-cepat aku panaskan EBM yang memang aku standby dalam fridge. Laju dan rakus betul Nashriq minum. Lapar sangatlah agaknya.

Sejak tu, aku berazam (sekejap aje) nak sambung balik penyusuan susu ibu. Aku kuatkan daya tahan sakit aku dengan main sumbat je nipple yang luka dalam mulut Nashriq. Memang pedih, sakit, ngilu hanya Tuhan aje yang tahu. Tiap kali nak direct breastfeed, mesti selawat banyak-banyak. Sampai menangis pon pernah sebab sakit sangat.

Aku ni lembik dan tak kuat semangat. Entah macam mana, satu hari tu aku penat sangat. Aku terus je kebalkan hati pergi bancuh susu Dumex Dulac tu sekali lagi. Dan amazingly, Nashriq minum sampai habis! Legalah aku kononnya dah tak penat sangat lepas ni.

Next feeding seterusnya, aku bancuh lagi Dumex Dulac. Tapi kali ni Nashriq refuse. Menangis-nangis tak mahu. Aku dah gabra dah. Kena jugak aku direct breastfeed. Takkan nak biarkan budak kecik tu menangis meraung-raung kan?

Esoknya, aku pergi supermarket cari susu formula lain. Aku beli Dutch Lady (kot?). Balik rumah terus bancuh nak kasi Nashriq minum. Dan jawapannya tetap sama, Nashriq menangis dan muntahkan susu tu balik.

Tak puas hati jugak sebab tak mahu penat bangun susukan anak sorang-sorang, aku ajak Wahid cari susu lain. Kali ni, kami beli Anmum Enfacare. Dalam kepala fikir, mungkin Nashriq tak minum susu murah, dia nak susu mahal ke kan. Tapi tetappp jugak sama. Minumnya sikit, muntahnya lebih. Menangis jangan cakap lah. Huhuhuhu.

Tak cukup dengan tu, aku beli pulak Isomil. Yang ini pon sama je penerimaan Nashriq. Minum sambil merungut-rungut. Buat 3 oz, 1 oz je yang masuk perut. Lagi 2 oz dah basah kat baju.

Tak habis dengan kisah susu formula yang aku buat eksperimen, timbul pulak kisah Nashriq yang nipple confusion. Haaaa, yang ini aku betul-betul punya nangis. Nashriq tak mahu direct feeding, dia nak botol. Kasi susu formula dia tak mahu. Terpaksalah aku bertungkus lumus menge-pump sebab nak pastikan dia kenyang.

1 kali feeding around 3 oz - 4 oz. Engkau bayangkan macam mana gigihnya aku menge-pump demi memastikan Nashriq kenyang. Nasib baiklah sekali pump dapat 9-10 oz (sebab tak direct), boleh lah support sehari punya feeding kalau rajin pump.

Bila dah terdesak, terpaksalah aku bancuh Dumex Dulac kasi Nashriq minum. Nasib baik dia terima jugak kalau sekali sekala. Tapi siaplah mulut dia merungut-rungut. Hehehehehe.

Oh yes, aku rasa bangun malam untuk bancuh susu atau panaskan EBM adalah sangat seksa okeh. Dengan mata tertutup-tutup nak pergi sukat suhu nak letak susu semua. Dengan tersengguk-sengguk nak pergi basuh botol dan buka fridge masukkan EBM dalam warmer. Memang penat wooooo.

Jadi, aku ajar semula Nashriq untuk direct feeding. Dan aku dah sedar kat mana silapnya. Rupanya, Nashriq akan marah bila lubang nipple buka terlalu banyak dan susu laju masuk mulut dia. Sampaikan dia tersedak-sedak. Jadi, apa yang aku buat, aku pump terlebih dahulu sebelum direct feeding supaya breast tak penuh sangat.

Selamat waktu tidur aku. :p

Hinggalah ke hari ini, aku masih lagi breastfeeding walau tidak secara exclusive. Masih bergantung kepada Dumex Dulac waktu terdesak. Bila diingat balik, memang sedih sebab aku tak kuat semangat. Tapi aku bersyukur jugak sebab masih mampu bekalkan susu ibu.

Sekarang ni, aku tinggalkan 6 botol x 4.0 oz untuk bekalan Nashriq kat rumah. Emak kata, 4.0 oz selalunya akan habis sekali feeding. Dan Nashriq tak ada menangis tak cukup susu. So, aku anggap 4.0 oz memang dah cukup untuk sekali feeding. Aku standbykan Dumex Dulac kalau-kalau 6 botol tadi tak cukup. Tapi Emak kata, setakat sekarang ni, belum pernah bancuh Dumex Dulac lagi.

Huih, panjang betul cerita pasal breastfeeding. :)

Itulah serba sedikit kisah perjalanan breastfeeding aku. Banyak yang aku belajar sebenarnya. Aku bersyukur, walau aku tak berjaya exclusive breastfeeding, aku masih mampu memberikan susu terbaik untuk Nashriq.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

25 Ogos 2010 Dalam Kenangan.

24 Ogos 2010 (Selasa)

Sehari sebelum tarikh jangkaan bersalin.

Aku MC hari ni. Masih belum ada tanda atau rasa sakit yang hadir. Aku dah over stress sangat-sangat dah. Letih dan penat fikiran. Kepala asyik dok memikir, bila baby dalam perut ni nak keluar. Kawan-kawan lain semua dah selamat bersalin. Aku ni je ha masih terhoyong-hayang macam orang tak cukup zat.

Dapat pulak SMS dari kawan zaman persekolahan, Hasni. Beliau dah selamat melahirkan seorang putera selepas 3 hari lewat dari due date.

"Orait. Lewat-lewat pon, baby keluar jugak..."

Ayat nak sedapkan hati sendiri. :)

Dalam pukul 8 malam, aku dah over stress yang melampau-lampau. Aku togak Air Yaasin yang dikirim oleh rakan sepejabat. Satu botol aku habiskan dalam sekelip mata. Minyak Bio-Selusuh yang dibeli tapi payah nak telan, aku tawakal jugak telan malam ni. Ambil sikit minyak Bio-Selusuh tu, sapu-sapu pada perut, punggung dan peha.

Ikhtiar terakhir, aku berjalan keliling rumah sambil selawat dan istighfar. Heeeee. Emak kata, aku bukan berjalan, tapi lebih kepada menari. Mana tidaknya, jalan dua tiga step pastu undur. Jalan dua tiga step pastu undur. Macam joget zapin pon ada. :p

Dah penat berjalan, aku pun masuk tidur.

25 Ogos 2010 (Rabu)

Rasa sakit pertama pada jam 1.59 pagi. Sempat tengok jam okeh. Tengah syok tidur, tiba-tiba rasa sakit kat pinggang, ari-ari dan mengeras di seluruh perut. Sakitnya sampai aku mengerekot badan menahan sakit. Tak boleh bercakap. Tahap kesakitan ialah 2/10. Mula-mula macam cool aje. Kasitau Wahid yang aku dah ada rasa sakit. Tapi baru sekali. Wahid kata, takpe, tunggu jap lagi, tengok sakit lagi atau tak. Aku pon takut jugak kalau-kalau Braxton Hicks macam haritu.

Dalam 5-6 minit selepas tu, sakit yang sama datang balik. Aku pon macam confuse. Sebab mengikut pembacaan aku, sakit contraction akan datang berperingkat. Dua jam sekali. Satu jam sekali. Setengah jam sekali. Pastu, barulah 5 minit sekali. Tapi kes aku malam tu, terus terjah 5 minit sekali. Mata tengah syok nak tidur. Hati rasa tak sedap. Perut pulak tak selesa. Memang tak tahu nak buat apa masa tu. Last-last, buat keputusan untuk tidur dulu. :p

Setiap kali rasa sakit tu datang, aku cubit tangan Wahid sekuat hati. Aku ni lembik orangnya. Kalau time-time sakit macam gini, jangan ajak aku bercakap. Memang rasa nak marah aje. Wahid pon dah faham, jadi dia tak tanya banyak. Tiap kali aku cubit tangan dia tu, dia suruh aku tahan dan sabar. Usap-usap badan aku. So, rasa tenanglah sikit.

Dalam pukul 4.30 pagi, Wahid dah gelisah dah. Aku asyik keluar masuk tandas sebab nak shi shi. Hati aku rasa macam tak sedap. Terus kejut Emak cakap dah sakit. Emak pon kelam kabut bangun sebab kebetulan nak siapkan sahur untuk anak-anak sedara aku. Dalam kepala aku takde lain dah waktu ni, aku kena mandi. Sebab aku pernah terbaca kat mana ntah, kalau nak senang bersalin, sebelum gi hospital kena mandi banyak-banyak. Jirus air kat kepala lebih-lebih. Aku terus capai tuala dan mandi. Siap-siap pakai baju dengan semangat nak pergi hospital.

Aku tak makan apa pon. Emak sempat buatkan aku air milo secawan dan aku minum nak tak nak je. Kepala aku macam menerawang sangat dah masa ni. Terbayang macam-macam. Memikir pelbagai benda. Tapi buat muka cool lagi. Konon macam tak takut.

Dalam pukul 5 pagi, kami bergerak ke hospital. Masa ni, aku dah sakit dalam tahap 3/10. Suasana Subuh kan sejuk, tapi aku rasa panas. Mulut aku tak henti istighfar dan selawat. Memang terasa macam-macam sangat time ni. Semakin dekat perjalanan kami ke hospital, semakin takut rasanya. Kaki aku menggigil. Serius.

Sampai aje kat hospital, terus menuju ke Bilik Saringan. Jam masa ni pukul 5.30 pagi. Lengang aje suasana kat ruang menunggu Bilik Saringan tu. Nurse yang duduk kat kaunter hilang entah ke mana. Pergi bersahur lah agaknya. Dalam 10 minit menunggu, barulah datang seorang nurse berbangsa India. Ambil keterangan sikit-sikit, pastu suruh aku masuk dalam Bilik Saringan.

Prosedur biasa tentulah kena buat CTG. Nak check jantung baby. Lama jugak aku terbaring sebelah mesin dung dang dung dang tu. Nurse pon 2-3 kali datang goncang-goncang perut aku sebab baby tidur aje kat dalam. Contraction pon cuma mild aje masa ni. Aku dah seram dah takut kena balik rumah dulu ke hape.

Turun dari katil, aku minta izin nak pergi toilet sebab nak shi shi. Dah tak tahan sangat dah. Bukak seluar kecik, tengok ada setitik darah. Setitik okeh. Muka dah cuak dah. Keluar bilik air, terus beritahu kat Nurse dan Doktor yang ada kat situ.

Entah macam mana, tiba-tiba Bilik Saringan tu penuh dengan patient-patient yang memang dah nak sangat-sangat bersalin. Tahap menjerit-jerit terbongkok-bongkok sumpah tak tahan punya sakit. Jadi, oleh kerana aku masih lagi berwajah cool nampak macam belum nak bersalin, Doktor tolak aku ke tepi dulu. Memang hectic lah suasana dalam tu. Yang ini menjerit. Yang itu mengerang. Aku yang masih boleh tahan pon jadi tak tahan.

Dalam pukul 7.30 pagi, barulah aku dilayan. Engkau bayangkan macam mana punya bosan aku kat dalam tu? Orang lain yang datang kemudian dah bersalin agaknya. Aku ni masih tersengguk-sengguk menahan sakit yang tahap 4/10. Masa ni, sakitnya macam nak patah pinggang. Macam tak boleh duduk. Macam nak baring aje. Punggung rasa kebas. Perut makin mengeras dan semakin kerap. Bila Doktor tu tengok aku dah pegang-pegang perut sambil mulut aku terkumat-kamit, barulah dia suruh aku baring semula untuk buat VE (check jalan / seluk).

4 cm. Yes. 4 cm. Aku macam nak pengsan bila Doktor perempuan kecil molek tu kata jalan aku dah buka 4 cm. Ini bermakna, aku dah boleh masuk Labor Room sekarang. Doktor tu minta kebenaran nak pecahkan air ketuban. Masa ni memang seram ah. Aku tak tengok pon benda alah apa yang Doktor tu guna. Yang aku ingat, bunyi dia macam gunting 'kecis', lepas tu terus rasa basah dan panas bawah punggung. Masa ni, pukul 8.30 pagi.

Aku ditolak naik wheel chair dan dibenarkan jumpa Wahid dulu. Masa ni memang tak terkata apa dah. Memang tak mampu nak express. Mata aku merah. Mata Wahid merah. Aku senyum kat Wahid, aku cakap aku dah nak masuk Labor Room. Wahid kata 'okeh dan baik-baik' aje. Dah takde nak romantik-romantik time ni. Dalam fikiran cuma fikir, 'ada kesempatan tak aku jumpa lelaki ni lagi?'. Heeeeeee. Memang seram!

Untuk pengetahuan korang, kat Hospital Sultanah Aminah ni, suami tak boleh masuk teman isteri dalam Labor Room. Dan ini menjadikan percent ketakutan dan kesedihan meningkat secara membuak-buak. Nasib baik lah Abang Long dan Kak Ngah staf hospital, dapat jugak lah diorang masuk jenguk-jenguk aku yang berpeluh-peluh menahan sakit.

Okeh. Sambung cerita dalam Labor Room.

Pukul 8.50 pagi, aku dah ada dalam Labor Room menanti prosedur seterusnya. Pasang mesin CTG gedung gedang gedung gedang tu, dan masukkan air kat tangan. Tahap kesakitan ialah 5/10. Masih boleh bercakap. Masih boleh termenung. Tapi muka dan badan memang berpeluh-peluh tak hengat lah. Aku tak tahu kenapa aku berpeluh sakan sangat. Aku je ke yang berpeluh gini, atau semua orang nak bersalin pon sama?

Tahap kesakitan meningkat dan meningkat. Dah tak boleh fokus dah. Mulut tak henti-henti baca doa Nabi Yunus. Tiap kali contraction datang, aku genggam tangan. Sampaikan kat tapak tangan aku ni, berbekas bentuk kuku. Padahal, kuku aku bukan panjang pon. Bulu roma ni jangan cakap ah, naik semacam sampai ke tengkuk. Memang lain rasa sakit bersalin ni.

Untuk menambahkan kuasa kesakitan dan kegigilan, Pitosin dimasukkan pada jam 9.15 pagi. Masa ni aku memang dah set dalam kepala, 'habislah aku lepas ni bergegar katil aku buat'. Memang weh, memang. Pitosin ni macam satu kuasa kesakitan yang amat. Gigil kepala lutut menahan sakit. Dah tak boleh fikir apa dah masa ni.

Dia punya sakit, sampai aku merayu-rayu mintak painkiller. Kau bayangkan? Merayu tahu. Merayu. Macam nak nangis aku mintak suruh kasi aku sedut gas ke, inject Pentidhine ke. Tak kisahlah apa pun, asalkan sakit aku ni kurang. Tapi Nurse kata, kena tunggu result bacaan CTG baby dulu. Sebab bacaan CTG baby tak berapa cantik. Baby banyak tidur dan tak aktif.

Dalam pukul 10 lebih gitu, Doktor datang round. Doktor check jalan and it was only 5-6 cm masa ni. Aku dah berpeluh menggigil sakan baru 5-6 cm?? Aku cakap dengan Doktor, aku nak painkiller, aku tak kira. Doktor pon cakap benda yang sama, CTG baby tak cantik, so dia tak boleh kasi painkiller.

Entah kenapa, Doktor ni decide untuk masukkan alat CTG dari 'bawah'. Kau boleh bayang tak? Tengah sakit contraction ni, dia nak masukkan alat pulak. Alangkan seluk-menyeluk masa contraction datang pon boleh buat kaki laju je nak menendang, inikan pulak masukkan alat. Aku ni akur aje lah. Sebab ianya berkaitan dengan CTG baby kan.

Serius, adegan seluk menyeluk untuk memasukkan alat CTG kat 'bawah' tu, memang aku takkan lupa sampai bila-bila. Berapa kali Doktor kena pause sebab aku nak kasi contraction hilang dulu. Nasib baik Doktor tu memahami. Kalau dia seluk jugak time contraction, memang dapat sup kaki lah nampaknya. Heeeee. Macam berani je kan?

Dan masa dia nak masukkan alat ni lah, Doktor ni dapat detect yang air ketuban belum pecah sepenuhnya. Rupanya, Doktor perempuan kecik molek kat Bilik Saringan tadi tak habis pecahkan air ketuban. Patutlah bukaan lambat, kata Doktor. Dan dia pon memecahkan lebihan air ketuban tadi. Fuh, kerja menyeluk je doktor-doktor ni. Nasib baik doktor perempuan.

Oleh kerana aku tak dapat apa-apa painkiller, tahap ketonggengan aku atas katil memang huru hara. Sekejap pusing kanan. Sekejap pusing kiri. Baju dah habis basah lencun dek peluh. Kak Ngah yang masuk tengok pon penat dok ulang alik amik tisu nak lapkan muka adik dia ni ha. Aku sampai cakap dengan Kak Ngah, aku tak tahan gila. Suara aku dah tak boleh keluar. Kalau boleh lari, aku lari keluar. Cecececece.

Bila Wahid masuk nak jenguk aku, aku tahu dia tak sanggup tengok pon kesakitan aku masa tu. Dia pandang muka aku. Tak keluar sepatah kata pon. Wahid ni sentimental macam aku. Aku cakap kat Wahid, aku tak tahan sangat. Tapi sebaris ayat yang keluar ni, membuatkan aku kuat;

"Tahanlah sayang, untuk orang dan anak kita."

Peh, terus rasa macam dapat super power.Hahahaha.

Pukul 11.15 pagi, aku memang dah tak tahan sangat dah. Aku mintak Nurse yang jaga bilik aku tu, check kan bukaan jalan. Aku dah tak kira dah. Nasib baik Nurse tu baik hati. Dia layan lah jugak permintaan aku tu. Nurse tu seluk, bukaan jalan dalam 6-7 cm. Padahal, aku dah rasa nak push sangat dah. Nurse tu pesan jangan push dulu. Tapi aku degil.

Aku mengiring ke kiri, aku push tiap kali contraction datang. Memang betul, ianya mempercepatkan bukaan jalan. Bukan aku cakap tau, ada satu Nurse veteran ni yang suruh aku buat macam gitu. Kata Nurse veteran tu lagi, sambil teran, sambil kita tarik sebelah punggung kita. Eh, korang dapat bayangkan tak macam mana gaya dia? Hehehehe.

Sekali lagi, aku mintak Nurse yang jaga bilik aku tu check bukaan. Loghat betul dapat pesakit macam gini kan? Memang baik betullah Nurse tu, dia ikut je cakap aku. Kali ni, dia seluk, contraction tengah datang, aku pon teran sebab tak dapat control. Nurse tu cakap, bukaan dah 9 cm. Terus dia kelam kabut prepair barang-barang.

Tak semena-mena, bilik aku tu penuh dengan nurse-nurse pelatih. Ada lah dalam 4-5 orang kat hujung kaki aku. Dah tak ada malu-malu dah masa ni. Hehehehehe.

Diorang buat kerja cepat betul. Naikkan stand kaki untuk aku tolak masa push. Naikkan besi untuk tangan aku tarik bila nak teran. Letak kertas hijau atas dada aku (masa ni aku pelik untuk apa kertas hijau tu), dan paling akhir, gunting kat 'situ'.

Orait, gunting kat 'situ' tu tak sakit lah. :)

Tiba masa untuk push, contraction tak datang pulak! Dah kena pause banyak kali sebab nak tunggu contraction datang baru aku push. Kelakar betul kalau diingat balik. Banyak kali aku chop-chop sebab tak rasa contraction nak push. Yang nurse-nurse kat hujung kaki dah sakan bersorak dah.

"Okeh, bagus. Push lagi. Push lagi."

"Lagi sikit. Lagi sikit. Bagusssss."


"Cantik puannnn. Lagi sikit. Push kuat lagi."

Kaki aku tolak stand besi. Tangan aku tarik besi sekuat hati. Aku push laaamaaa-laaamaaa. Amik nafas sikit-pendek, push laaamaaa-laaamaaa lagi. Adalah dalam 2-3 kali push dan curi nafas, tiba-tiba dengar suara baby - Muhammad Anas Nashriq, dan dia dah ada kat atas kertas hijau kat dada aku tadi. Tepat jam 1.38 petang.

Orait, air mata bergenang. :)

"40 minggu yang lepas, Nashriq kat dalam perut Mama. Mama bawa ke hulu ke hilir. Sekarang Nashriq dah ada kat atas dada Mama."

Speechless. :)

Lepas potong tali pusat dan Nurse tunjukkan jantina Nashriq kat aku, Nashriq pon di bawa ke bilik lain untuk dibersihkan. Masa ni, Wahid, Abang Long dan Kak Ngah dah standby kat luar Labor Room. Siap escort Nashriq pergi bilik pembersihan tu. So, diorang dapatlah tengok macam mana lendir-lendir dibersihkan dari badan Nashriq.

Aku pulak? Sesi menjahit lah apa lagi.

Ini lagi satu fasa kesakitan yang amat. Ada orang kata, lepas sakit bersalin, kita takkan rasa sakit pon masa dijahit kat 'bawah' nu haaa. Tapi, tidak bagi aku. Aku rasa, kesakitan dijahit hidup-hidup tanpa bius dan painkiller memang azab. Aku masih terasa lagi macam mana jarum dicucuk, lepas tu ditarik. Fuh, terbayang-bayang.

Oleh kerana aku push sebelum masanya, tahap koyak kat bawah tu memang banyak. Jahit pon banyak dan lama. Sampaikan aku asyik tanya je kat Nurse tu bila nak habis. Nurse tu bosan nak jawab soalan aku.

Paling sakit ialah bila Nurse tu jahit bahagian kulit. Memang rasa nak meraung. Aku cuba positifkan mind set aku dengan pandang Nashriq yang dah ada kat baby cot sebelah, tapi tak boleh. Nurse tu hampir-hampir nak marah aku sebab aku asyik terangkat punggung. Apa boleh buat, bukan aku sengaja kan?

Selesai sesi menjahit, Wahid pon masuk.

Senyuman. Yes, senyuman itu. Senyuman seorang Ayah. Macam sentimental pulak bila dah bertiga dalam bilik tu. Mata kami asyik pandang Nashriq. Pastu, senyum kat satu sama lain.

Dalam 10 minit situasi tenang tu, Wahid pon beredar untuk ambil Wudhu'. Dan akhirnya, buat pertama kali Wahid mendukung anaknya untuk di-Azan dan di-Qamat-kan. Ini lagi satu sentimental. Tapi buat muka cool. Heeeee.

Selesai je Wahid Qamat, aku mintak Nurse untuk bawakan Nashriq pada aku. Aku nak breastfeed. Tapi aku tak larat nak bangun pon. Dapat BF secara mengiring. Memang janggal betul masa ni. Dengan rasa penat push tadi, semuanya serba tak selesa.

Jam 4.00 petang, aku ditolak naik ke wad. Keluar je dari Dewan Bedah tu, wajah pertama yang aku cari ialah Emak. Emak ni lagilah sentimental. Dia pandang je aku yang terbaring kat atas katil tu, mata dia dah merah dah. Aku ni tak sabar nak peluk Emak. Macam-macam benda aku nak cakap dan cerita.

Sampai aje dalam wad, Emak datang peluk aku. Aku ni dahlah kememeh. Bila Emak peluk aku cam gitu, hilang semua benda nak cakap. Apa yang aku mampu bisik kat Emak, ialah;

"Terima kasih sebab lahirkan Ayang dulu."

Sebab aku dah rasa. Aku dah rasa macam mana sakitnya nak mengeluarkan Anak. Dulu, Emak selalu cakap. Tapi aku gula-gula kan aje apa yang Emak cakap. Tapi sekarang aku dah tahu dah. Bukan senang nak jadi Emak. :)

Dan penuhlah keliling katil aku dengan ahli keluarga. Semua pon sibuk menganalisis rupa wajah Nashriq ikut siapa. Aku? Sibuk hantar SMS kat semua contacts bagi mengkhabarkan berita gembira tu. Tak senonoh betul perangai. :p

Sebelum semua ahli keluarga balik, diorang nasihat suruh aku letak Nashriq kat Nursery, supaya aku boleh rehat selepas penat push-push. Tapi, aku berkeras jugak nak rooming-in dengan Nashriq. Nak BF dia senang. Dah nama pon budak degil, nasib baik tak terbongkang dalam bilik air.

Malam tu, Nurse yang round tanya kat aku, sama ada aku dah pergi bilik air ke belum? Aku cakap lah belum. Sebab, sebelum tu, aku ada try bangun dan berjalan keliling katil, tapi kepala aku tiba-tiba pitam dan rasa nak tumbang. Aku hanya mampu bangun - duduk - capai Nashriq - BF Nashriq - letak Nashriq semula. Itu aje. Kalau aku berdiri, rasa nak tumbang.

Nurse tu pon membebel. Dia cakap, dia takkan benarkan aku balik kalau aku tak nak berjalan. Peh, dia kata aku taknak berjalan? Sabariah aje lah.

Lastly, dia akur jugak lah dengan kedegilan aku. Dia amik wheel chair dan tolak aku masuk bilik air. Masa ni, kepala aku memang senoneng tak hengat dah. Sampai kat bilik air, dia suruh aku bangun dan masuk dalam toilet. Aku pon bangun dan tiba-tiba kepala aku 'weng' dan melayang. Kelam kabut Nurse tu capai badan aku dan tarik aku duduk kat wheel chair semula. See? Aku tak tipu tahu?

Nurse tu baringkan aku semula atas katil. Dan segala proses salin baju dan bla bla berjalan kat atas katil dan dilakukan oleh Nurse berkenaan. Bukan aku sengaja okeh. Aku memang super duper lembik time ni. Sampaikan aku telefon Emak nangis-nangis mintak Emak datang teman aku. Kau bayangkan? Lembik macam lengkong tak aku?

26 Ogos 2010 (Khamis)

Malam tu memang mencabar gila lah wa cakap lu. Dengan aku lembik nak tumbang, Nashriq pulak merengek-rengek kat baby cot hujung nun, memang rasa nak nangis betul lah. Aku bangun pelan-pelan dan berjalan ke baby cot. Angkat Nashriq dan bawa gi katil. Dengan Nashriq baru nak belajar latching, kencing dan berak sampai 4 kali, menangis sakan aku malam tu.

Dalam bilik tu ada 4 katil. 3 dah bersalin termasuk aku, lagi seorang tunggu masa nak operate. Baby yang lagi 2 orang tu diam aje kasi chance emak-emak dia tidur. Nashriq pulak asyik menangis merengek. Mana taknya aku jeles?

Aku memang chengeh sikit dengan budak-budak. Lagi pulak aku tak boleh penat. Bila Nashriq asyik menangis, aku pulak penat BF dia tak kenyang-kenyang, aku jadi stress. Sampaikan aku lupa yang baby menangis bukan sebab lapar aje. Mungkin sebab pampers dia basah ke kan?

Sangkaan aku betul. Pampers Nashriq dah penuh dengan 'khazanah'. Peh, memang tension. Untuk pengetahuan korang, walaupun aku dah ada 8 orang anak sedara, boleh dikira dengan jarilah berapa kali aku rela hati nak pergi tukar pampers diorang. Sekarang dah ada anak sendiri, engkau rasalah. Memang menangis nak buat renyah dengan jahit-jahitan sikit punya banyak kat 'bawah' tu.

Aku asyik SMS Wahid dengan rungutan-rungutan penat - sakit - pening semua. Wahid pon dah tak tahu nak pujuk isteri dia macam mana lagi. Emak pulak tiap 2 jam mesti telefon tanya aku macam mana. Dia tahu sangat dah anak dia punya perangai, confirm tak tahan. Heeee.

Yes, kena sediakan fizikal dan mental sehabis baik.

Dan sejak 25 Ogos 2010 itu, kami suami isteri dah tak ada tidur lena dibuai mimpi indah ke hape. Semua pon kena tunggu anak tidur. Anak bangun, kami pon bangun. Anak menangis, Mama dia pon menangis. Ayah dia tak nangis. Ayah dia rileks saje. Heeee.

Itu sajelah pengalaman mengeluarkan Nashriq. Walau sakit, penat dan tak cukup tidur, hati tetap gembira dan bersyukur sebab dikurniakan rezeki termahal ini.

P/S : Entry ini mula di-draft pada 2 September 2010 dan HANYA MAMPU DI PUBLISH pada 25 Oktober 2010. Hebatkan penangan Nashriq?

P/S Lagi : Selamat Ulang Bulan Ke-2, Nashriq! :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Sunday, October 10, 2010

Anak Ayah.







Sekarang Mama dia menangis. T____T



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, October 8, 2010

44 Hari Dan 9 Oktober.

Alhamdulillah, walau tidak berpantang secara gigih dan telus, akhirnya 44 hari penuh kesan degil telah tamat dengan jayanya. Yeah, hari ni genap 44 hari.

Disaat akhir inilah Nashriq buat perangai tak mahu tidur. Malam semalam, aku dan Wahid jadi jaga dari pukul 1 pagi sampai ke Subuh. Gila punya rabak lah mata kami. Mata Nashriq tak rabak sebab mata dia kecik lagi. Ngeh~ :p

Emak kata, budak dah nak habis hari memang macam gini. Dia tunjuk laku. Masa ni lah dia tak mahu tidur. Masa ni lah dia nak nangis. Masa ni lah dia nak ajak berbual. Nasib baik Mama dia belum naik kerja. Kalau dah naik kerja macam gini, memang berderet-deretlah cuti dan MC.

Gaya tidur peberet masa kini.
Lepas 'burp', mesti terus letak macam gini.

Esok adalah 9 Oktober. Bermakna, sudah setahun genap perginya Nashrah. Sekejap je masa berlalu. Tak sangka, kami kini sudah ada Nashriq sebagai pengganti.

Rindu dan terlalu sayang... Nashrah...

Nashriq adalah penyambung bahagia Nashrah.

Bulu mata Nashriq lentik macam perempuan. Nashriq terlalu manja macam anak perempuan. Bila Nashriq pakai blanket with hooded, betul-betul macam perempuan.

Nashrah dalam Nashriq. Nashriq dalam Nashrah.

Al-Fatihah Nur Anis Nashrah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, October 6, 2010

Contest Bersama si Kecil

Tak pernah umur aku ni masuk contest. Sekarang ni pulak terhegeh-hegeh nak men-join. Nasib lah Hannah dah tag. Kalau tak, malu nak join orang tak ajak. Heeeee.

Syarat-Syarat Penyertaan :
1) Wajib letakkan tajuk 'Contest Bersama si Kecil'. - DONE!
2) Letakkan banner di sidebar anda dan linkkan kepada halaman contest ini. - DONE!
3) Sertakan link entry korang pada entry ini. - DONE!
4) Wajib gambar anda sendiri & bersama anak. - DONE!
5) Tag kepada 3 orang rakan blogger anda. - DONE!


Gambar ini diambil pada Aidilfitri 2010. Masa ni, Nashriq baru je berusia 16 hari. Heeee. Tahun pertama beraya bersama si kecil ni, memang tak macam raya ah. Mana taknya, dengan keadaan masih berpantang

Cecececece, macamlah kau pantang sangat. :p

Orait. Masa untuk tag 3 blogger bertuah.


Selamat ber-contest! :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015