Alhamdulillah, walau tidak berpantang secara gigih dan telus, akhirnya 44 hari penuh kesan degil telah tamat dengan jayanya. Yeah, hari ni genap 44 hari.
Disaat akhir inilah Nashriq buat perangai tak mahu tidur. Malam semalam, aku dan Wahid jadi jaga dari pukul 1 pagi sampai ke Subuh. Gila punya rabak lah mata kami. Mata Nashriq tak rabak sebab mata dia kecik lagi. Ngeh~ :p
Emak kata, budak dah nak habis hari memang macam gini. Dia tunjuk laku. Masa ni lah dia tak mahu tidur. Masa ni lah dia nak nangis. Masa ni lah dia nak ajak berbual. Nasib baik Mama dia belum naik kerja. Kalau dah naik kerja macam gini, memang berderet-deretlah cuti dan MC.
Gaya tidur peberet masa kini.
Lepas 'burp', mesti terus letak macam gini.
Esok adalah 9 Oktober. Bermakna, sudah setahun genap perginya Nashrah. Sekejap je masa berlalu. Tak sangka, kami kini sudah ada Nashriq sebagai pengganti.
Rindu dan terlalu sayang... Nashrah...
Nashriq adalah penyambung bahagia Nashrah.
Bulu mata Nashriq lentik macam perempuan. Nashriq terlalu manja macam anak perempuan. Bila Nashriq pakai blanket with hooded, betul-betul macam perempuan.
Nashrah dalam Nashriq. Nashriq dalam Nashrah.
Al-Fatihah Nur Anis Nashrah.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
yeay, merdekaaaa!
ReplyDeletehow lucky u are. there's an angel waiting for u.
alfatihah.
Dear, bila nak share experience waktu bersalin ni :( saya tgh menunggu hari ney...tinginnya nak tau mcmana aisyah tempoh saat2 sakit masa nak bersalinkan baby boy ni. Tau dah mesti citer detail giler punya kalah jurnal...Heee.. :D syok baca...
ReplyDeleteTulisan awak membuatkan saya rasa rindu pada Nashrah juga. Walau tidak pernah bertemu, tidak berpeluang menyentuh, but your writings make me feel like she is so close to our hearts.
ReplyDelete& she always will. :)
hai..dah abih pantang yer..bagus2..
ReplyDeletecomey bby tido camtu..k tc.. ;)
silent reader je sebelum nih..hehe
xeea : thanks xeea. :)
ReplyDeletesyibly : dah buat dah! selamat membaca!
hannah : awak buat saya menangis tau. i miss her so much. tiap kali pandang nashriq, mesti teringat nashrah. haih.
noli : thanks noli. :)