Wednesday, September 26, 2012

Mama's Best Friend.


Well, gambar di atas dicilok dari tab Abang De. Tak tahu pulak ada gambar kami berdua yang sungguh comey macam ini. KAHKAHKAHKAH. Terasa macam naik lif terus pergi tingkat 16 pula. :P

Najah anak yang sensitif. Masa dia dalam hari pon kami dah tahu. Makcik yang tukang urut tu selalu cakap yang hati Najah ni kecik. Dia akan jadi seorang anak yang manja. Tak boleh kena sikit, confirm melalak. Masa tu memang cuak. Sebab kami dah biasa ganas-ganas dengan Nashriq. 

Hari demi hari, Najah membesar dengan jayanya. Tengok sahaja gambar kat atas tu. Badan berketak-ketak macam Michelin kata kawan-kawan aku. Hahahaha. Tapi, hati tetap kecik. Selalu sahaja Najah kena sindir oleh kaum keluarga aku (diorang nak sindir aku sebenarnya), "Awak ni Najah, badan je besar, hati kecik!" sambil jeling-jeling kat aku. Ciss sangat kan? 

Ya. Itu sifat kami yang sama. Hati kecik. Hati tisu. Mudah terasa.

Najah ni macam kawan baik aku nombor dua selepas Nashriq. Kalau Nashriq tu, kita luah apa kat dia, dia akan respon. Maklumlah dia dah pandai cakap. Najah pulak, kalau aku berbual dengan dia, dia akan pandang je mata aku sambil senyum. Serius diriku terasa cantik! HAHAHAHAHA kenapalah asyik nak syok sendiri aje ni? Lalalala.

Haa yes. Najah pendengar yang setia.

Tak tahulah lagi berapa bulan bila dia dah pandai cakap macam Nashriq, dia pon akan pot pet sama. But hopefully, Najah akan terus jadi pendengar setia cerita Mama. Sampai besar. Sampai Mama tua. :)

A daughter will always be Mom's best friend, kan?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, September 20, 2012

Impian Yang Secara Tiba-Tiba.

Well, knowing me yang selalu sangat dapat idea secara tiba-tiba, pastu semangat berkobar-kobar macam nak buat sekarang jugak. Tak boleh tangguh-tangguh. Ye, aku dah dapat satu idea / impian secara TING! pagi ini.

Aku nak ambil paper Julai dan nak cantikkan result SPM aku.

"WHAT AISHAH WHAT? KAU NAK BELAJAR BALIK?"

Hahaha. Aku tak tahulah dari mana impian ni sampai. Tapi yang pasti, aku dah mula rasa bosan dan tepu duduk kerja jadi kerani sekolah. Bukan jiwa aku kot. Entahlah. Aku rasa, aku perlu baiki result SPM aku dulu, then barulah aku boleh baiki kehidupan aku. At least, lepas result SPM cantik boleh sambung Diploma ke, pastu boleh mohon jawatan yang best sikit (sesi berangan bermula).

So, aku berniat nak ambil paper Bahasa Inggeris dan Matematik. Sebab dua result ni yang memang hancur berderai. Kalau nak mohon mana-mana pon, dua result ni yang penting kan? Paper BM tak payah ambil lagi sebab result BM aku power. PANGGGGG!!!

Jadi, aku nak minta pendapat korang yang pernah ambil paper Julai ni. Susah tak? Payah tak? Macam mana prosedur dia? Berapa bayaran? Boleh catch up tak sebab aku ni dah beranak dua. Share lah pengalaman korang ek. Mana tau boleh jadi panduan untuk aku. Heeeee. :)

P/S : Separuh hati memang dah berkobar nak amik paper Julai ni. Tapi separuh hati dok fikir mampu ke aku belajar sambil manage family, kerja hakiki dan bisnes Shaklee? Insya-Allah, di mana ada kemahuan, di situ ada highway jalan. Kan?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, September 13, 2012

MyAishah Little Shoppe, My New Baby.

Bismillahirahmanirahim.

Aku cintakan dunia breastfeeding. Aku cintakan SHAKLEE. Aku suka sharing tentang dua benda ini. Jadi aku fikir, why not aku buat satu page khas di Facebook untuk aku spread kasih sayang aku. Echeh wah spread lah sangat! HAHAHAHA.

Yes. Yes. Jemput 'LIKE' newborn baru aku ini.


Semoga ilmu yang dikongsi, menjadi berguna untuk kita semua.

Insya-Allah. :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, September 12, 2012

Ibu Yang Menyusukan Sila Baca - Susu Badan Bertambah, Badan Rasa Bertenaga, Anak pon Kenyang!

Setelah hampir 9 bulan Najah menyusu badan kini, maka selama itu jugaklah aku dah consume Set Penyusuan Shaklee. Apa lagi yang harus aku katakan? SET INI MEMANG TERBAIK! Badan rasa bertenaga, kurang penat. Balik kerja masih boleh berkhidmat untuk rumah sehingga lewat malam. Susu badan maintain seperti baru bersalin - malah lebih pekat, kuning dan berlemak. Anak minum pon jadi kenyang! Paling penting, aku yakin yang badan aku punya gizi, zat dan khasiat yang seimbang. Cukup segalanya sebab dalam SET PENYUSUAN SHAKLEE ni, dah complete everything dah. 

So harini, aku nak share pengalaman Hannah Johary yang consume Set Penyusuan Shaklee since 2 bulan lepas. Jom tengok apa yang dia message aku kat Viber. Sungguh excited minah ini berikan testimoni beliau. Hehe.

Hehe. Siap cerita lagi dia terlajak stesen.
P/S : Babe, sila update your blog ASAP. WINDU!

Well, ini jugaklah yang aku rasakan. Balik dari 'berkhidmat untuk negara' jam 5.30 petang. Pastu ambil anak-anak then terus pulang ke sangkar (maksud aku rumah). Kat rumah nak masak nasi, siapkan anak-anak, layan diorang makan, layan suami makan, kemas dapur, siapkan barang-barang untuk esok hari, berkejar-kejar nak buat itu, nak buat ini. Tengok jam pukul 11.30 malam. Tapi badan masih fresh. Bangun esoknya sebelum Subuh pon rileks aje. Takdelah rasa penat ke, rasa malas nak gi kerja. Takde.



Ini testimonial dari salah seorang customer aku.
Dia consume Set Penyusuan Shaklee dah 3 bulan lebih.

Aku sangatlah seronok bila terima feedback yang positif macam ni. Tu cuba baca apa dia komen. Dia kata, susu dia pekat sungguh, anak dia minum pon kenyang. Siapa tak mahu macam tu kan? Berikan yang terbaik untuk anak, yakin dengan apa yang kita beri. Siapa tak mahu? Kan? Kan?

"So Aishah, apa yang ada dalam Set Penyusuan Shaklee tu?"

Ya, mari aku terangkan.

Kat dalam Set Penyusuan Shaklee ada 4 jenis vitamin yang berbentuk pil. Vitamin-vitamin yang tersebut adalah Vitalea (Multivitamin), B Complex, Vitamin C dan Alfalfa (milk booster). Semua vitamin ini sangat diperlukan oleh badan. Mari kita tengok satu-satu fungsi vitamin yang berkaitan;

Vitalea
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vitalea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan.

B Complex
Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif. Asid Folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% nilai harian biotin. 

Vitamin C
Berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi. Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam. Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.

Alfalfa
Merupakan satu formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin (It isorganically grown, using the tender green leaves not the stems of the plant. The raw powder is pressed into easy-to-swallow tablets (with very low heat to preserve natural enzyme activity). Dan yg bestnya Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid, bakteriosid, hormon-hormon sintetik, pengawalatur tumbesaran atau bahan-bahan kimia.


See? Consume 4 jenis vitamin dan kamu akan dapat complete nutrisi. Best kan?

So, kepada ibu-ibu di luar sana yang sedang mencari produk untuk enrich your breastmilk, silalah hubungi aku untuk consultation. Insya-Allah aku bantu mana yang mampu. Aku ni kalau orang tanya pasal BF memang happy je nak menjawab. Hahahaha. Terlebih obses! :P

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, September 6, 2012

PROMOSI SEPTEMBER : Nak Sihat? Nak Cantik? Pilih VIVIX.

Sumber gambar : Facebook Shaklee Malaysia

Hoyeah! Bulan September punya promosi dah keluar. It's VIVIX uols!

Ada apa dengan VIVIX? Meh ahkak cerita hokeh? :P
Vivix - Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Lain-lain mengenai VIVIX?

* Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
* Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
* Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Nak baca testimonial Ira yang Ayahnya menghadapi masalah blood presaure?
Salam bahagia,
Pagi ni saya nak berkongsi berita gembira. Baru malam tadi saya hubungi ayah. Bertanya khabar. Yelah, memang saya selalu hubungi ayah. Tapi sebelum ni tak tanya pulak pasal hal ni. Heheh..Saya tanya ayah samada ayah masih konsisten ambil vivix setiap malam sebelum tidur atau tak. Sebab ayah saya ni jenis yang sangat liat nak ambil vitamin. Lagi pula ayah tahu harga vivix ni sedikit mahal. Ayah tak mau vivix cepat habis sebab ayah takut menyusahkan saya untuk topup vivix dengan lebih cepat. Selalu saya pesan kepada ayah untuk mengambilnya secara konsisten. Bulan ni adalah bulan kedua saya mensupply vivix untuk mak ayah saya. Dan subhanallah…ia telah menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan.
Untuk pengetahuan semua, ayah saya mempunyai masalah sakit lutut. Beliau juga mempunyai penyakit darah tinggi. Ayah pernah kena mild stroke 4 tahun lepaskerana lupa ambil ubat selama 2 hari. Ayah masih berasa kebas2 di satu belah tubuhnya. Sehinggalah bulan lepas saya berikan vivix untuk mak dan ayah gunakan semasa berpuasa dan disambung untuk botol seterusnya pada bulan ini.
Apa perubahan yang ayah saya alami? Pada mulanya ayah hanya tahu vivix ni hanya untuk sakit lutut. Sebab ayah ni jenis sangat liat nak ambil vitamin,lagi2 yang mahal sikit. Ni sebab ayah selalu mengadu sakit lutut kepada saya. Tapi tadi saya bagitahu ayah untuk terus konsisten ambil vivix sebab ia juga penawar untuk darah tinggi. Kemudian ayah cerita,” Ayah gi buat check up kat doctor. Bila di chek, dapat result yang menggembirakan. Sebelum ni tekanan darah ayah tidak pernah 150/90. Biasanya 170/100 atau 160/100”.
Saya sangat bergembira dengan result ini. Dan saya doakan agar ayah dan mak saya semakin sihat dan bahagia selamanya. Saya tak kisah nak topup vivix untuk mak ayah saya setiap bulan pon sebab walaupon ia mahal, ia sangat berbaloi. 

Testimonial Kak Zara (50an) tentang kecantikannya pon ada?
A'kum cery. I kak zara dari JB. ingat u ada hantar shaklee kat I.. i ade beli vivix dah lama dgn u.. i minum half then i stop.. Baru 2 minggu then i start again the vivix +lecitin. Wow Alhamdulillah.... SMALL LINE BAWAH MATA DA MULA KURANG, PIPI JD PINKY N GLOW. any lady yg tgk my face when i open my veil mcm teruja..walllaa.. 

(Info-info diambil dari SINI - Klik untuk baca lebih testimoni)

WOWOWOW!! Best kan? Vivix sangat terkenal sebagai antioksidan, mengembalikan keremajaan, nak sihat, nak tubuh bertenaga, sesuai untuk orang-orang tua yang ada masalah kesihatan tiga serangkai (Kencing Manis, Darah Tinggi & Jantung) dan pelbagai masalah kesihatan lagi. Memang berbaloi jika dihadiahkan kepada orang-orang tersayang. Nak pakai sendiri pon apa salahnya kan?


PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.



Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, September 5, 2012

"Mama, Sorry Tau Mama?"

Aktiviti hujung minggu memang selalunya berkubang je atas tilam anak beranak. Main-main bergurau senda sampai anak-anak penat. Ayahnya layan Najah yang sibuk sangat nak berdiri sekarang ni. Manakala aku melayan Nashriq yang memang sentiMENTEL nak berpeluk cium pastu main rambut Mama dia ni. Tak faham sungguh aku anak bujang seorang tu. Apa yang best sangat entah rambut Mama dia ni. Heh.

Gurau main, gurau main, gelak-gelak pastu Nashriq terketuk kepala aku dengan satu objek yang agak berat. Terdiam kejap aku. Nak marah nak pukul, budak baru 2 tahun tahu apa? Kalau asyik pukul pon tak elok jugak. So aku mogok diam diri main handphone sorang-sorang. Muka Nashriq dah serba salah.

Ayah : Ayoooooo. Mama marah. Nashriq salahh.....

Nashriq : Mama? Mama? Salam eh? Salam eh?

Dia ambil tangan aku dan salam cium tangan. 

Nashriq : Mama? Sorry tau Mama? Sorry eh?

Aku buat tak tahu jugak. 

Dia pegang pipi aku. Tangan kanan dia kat pipi kiri aku. Tangan kiri dia kat pipi kanan aku. 

Nashriq : "Sorry tau Mama. Anash sorry tau Mama"

HAHAHAHAHAHAHA!! Terus cair hatiku. 

I love you Anash, no matter what!

Bergambar dengan Haqq. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Bersedia Nak Tambah Pendapatan & Capai Impian?

Jawapan aku : YES, I AM!

Sebelum aku join Shaklee, aku selalu terfikir, mampu ke aku nak jalankan bisnes dalam masa yang sama aku punya kerja hakiki yang perlu ke-fokus-an 200%? Bila di rumah pulak, aku punya dua anak yang perlu perhatian tidak berbelah bahagi. Kerja rumah lagi? Layanan untuk suami lagi (ehem!). Itu belum dikira lagi dengan luangan masa untuk keluarga belah aku sendiri dan suami. Semua benda perlu diambil kira. Banyak benda. Sangat banyak.

Tapi bila aku dah start, semuanya berjalan dengan flow yang cantik. Istighfar dan doa tak henti dalam hati agar tiap perjalanan dan apa sahaja yang aku buat setiap hari agar dipermudahkan. Benda jadi lagi cantik bila aku cinta dan suka dengan apa yang aku buat. Suami yang pada mulanya sukar nak menerima pon, jadi supportive dan mula beri ruang agar isterinya ini mula berkembang (kembang bisnes lah, bukan kembang badan!). 

Rezeki tidak datang bergolek. Nak rezeki? Kena usaha! 

Alhamdulillah, pendapatan aku bersama Shaklee semakin grow. Dari bonus 3 angka (first month join dapat RM215), sekarang aku dah masuk fasa 4 angka (bulan Ogos aku dapat RM1502). Kena usaha lagi dan lagi agar bonus semakin grow. Teringin nak dapat bonus Shaklee macam orang lain. Ada yang dah masuk fasa 5 angka pon. Siapa yang tak nak kan?

Insya-Allah, aku tahu impian aku yang satu ini bakal tercapai.

I dreamed and I believed! :)

Korang pon berminat nak tambah pendapatan dan capai impian? Hubungi aku! :)

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, September 3, 2012

10 Tips Bagi Menjayakan Penyusuan Susu Ibu.

Aku ambil artikel ini dari blog Kak Cery. Memang sangat berguna. Disamping untuk aku sendiri menambah ilmu, boleh jugak sharing dengan kawan-kawan yang lain. 

Dah sedia? Here we go!

10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu.

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
 
3. Minum Banyak Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir Bayi Fikir Susu 
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nak mengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip #6 dan #7.
6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Disamping anak dapat menyusu, kita dapat juga mengumpul stok.
7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sikit, tapi ada beza.
8. Menyusu / Mengepam Lebih Lama 
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Mengepam lebih lama juga bleh buat let down 2-3kali. Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

Selain daripada 10 tips di atas, aku tambahkan satu lagi tips yang aku sendiri amalkan sejak mula menceburkan diri dalam bidang penyusuan susu ibu ini. Echeh. 

PENGAMBILAN VITAMIN SECARA KONSISTEN.
Perkara ni nampak tak penting tapi bagi aku tersangatlah penting. Sebab apa? Sebab dalam setiap vitamin SHAKLEE yang aku ambil khas untuk penyusuan tu, mengandungi khasiat-khasiat dan faedah-faedah yang tersangatlah bagus. Contohnya VITALEA. 

Kenapa VITALEA SHAKLEE sangat bagus?

Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan. 
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Kredit info dari Master Cery.

Tepuk dada dan tanya diri kita sendiri. Mampu ke kita menyediakan 28 galian dan lebih nutrien setiap hari bagi memastikan susu untuk anak kita complete dengan semua vitamin? 

Bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi aku di;

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015